Annisa memandang si kekasih yang sedang termenung memikirkan perkara yang dia sendiri tidak pasti.
"Abang termenung ni fikirkan siapa?Teringatkan bini dekat rumah ya?"Annisa bertanya dengan senyuman yang ikhlas,dia langsung tidak berasa cemburu dengan Pa'an kerana dia tahu hati Hilman hanya untuknya.
"Ish..tak kuasalah abang nak fikirkan dia,abang tengah fikir ni macam mana caranya nak beritahu mama dengan papa pasal semua ni..abang dah tak sanggup berlakon lagi."Hilman melepaskan keluhannya.
"Hurm..abang nak minta tolong dari Nisa ke?"Annisa bertanya dan sememangnya dia boleh menolong kekasihnya itu.
"Tak apalah...abang tak nak menyusahkan Nisa..biar abang yang setelkan semuanya ya...."Hilman berdalih kerana dia tidak mahu Annisa masuk campur di dalam masalahnya manakala Annisa merasakan Hilman seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya.Jika benar Pa'an tidak mengandungkan anaknya mengapa perlu mereka berlakon untuk menjadi pasangan suami isteri yang sebenar.Itulah perkara yang paling dia bingungkan sekarang ni.
"Lepas ni kita pergi jalan-jalan ya..abang dah lama tak keluar berdua dengan Nisa."Annisa mengangguk mengikuti segala kemahuan Hilman pada hari itu.
"Nak ke mana?"
"Kita jalan-jalan dekat,hurm...IOI Mall jelah..malaslah pula nak pergi jauh-jauh.Boleh ya?"Hilman menyengih kepada Annisa.
"Laa...ingatkan jauh sangatlah nak pergi tadi kan?Hurm..boleh-boleh.Tapi abang kena belanja Nisa novel dua buah..amacam?"Annisa sengaja menyakat kekasihnya itu.
"Boleh..apa-apa pun abang sanggup belikan untuk kekasih kesayangan abang ni."
"Thanks abang..abang makanlah cepat,nanti lambat."Teruja benar Annisa bila permintaannya dipenuhi oleh Hilman.
"Amboi...excited ya nak dapat novel free.."Hilman membuka pintu kereta dan menyuruh kekasihnya masuk dahulu.Tunjuk gentlemanlah tu.
"Of courselah...bukan senang nak dapat free.."Menyeringai senyuman Annisa.Mereka meninggalkan perkarangan rumah Annisa dengan hati yang gembira.Hilman dapat melupakan masalah yang melandanya tadi.Perkara tu akan dia fikirkan kemudian hari,hari ini biarlah dia bergembira dengan Annisa,kekasih tercinta.
Pa'an merungut-rungut bila mengingati kejadian dia dimarahi Hilman tadi.Silap oranglah kalau Hilman nak berkasar dengannya.Sakit hatinya kembali menyelubungi dirinya tatkala mengingatkan peristiwa dia dimalukan oleh Hilman suatu ketika dahulu.Segala-galanya bermula...
flashback....
"Woi Man..kata nak lepak dengan kitorang semalam?Alik-alik kau tak datang pun dekat pondok kita ni?"Hakimi bertanya kepada Hilman merangkap ketua kumpulan mereka.Hilman kelihatan kusut dan serabai.Gayanya seperti orang yang tidak mandi.
"Woit bro..kau kenapa serabut semacam je aku tengok?"Kali ini faiq menepuk bahu Hilman yang sudah duduk di sebelah mereka itu.Dia baru sahaja tiba di sana bersama dengan Raihan.Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
"Weh..ceritalah dekat kami kenapa ni?"Faiq merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Hilman.Ketuanya itu termenung menghadap bumbung.
"Han..kenapa?"Faiq mencuit lengan Raihan yang masih berdiri di sebelah Hilman itu.
"Tu kau kena tanya Hilman sendiri."Faiq dan Hakimi mengeluh bila Raihan tidak mahu cerita kepada mereka.
Hilman membaringkan dirinya teringatkan kejadian malam tadi.Sungguh dia tidak faham apa yang telah terjadi,bangun sahaja dari tidur dia....ah..susah untuk dia cakap.Terasa pahit untuk dia mengingatinya.
"Hoi..keluar kau mangkuk.."Satu suara menjerit kuat sehingga terkejut ketiga-tiga sahabatnya.Dia bangun dengan perlahan dan melihat seraut wajah yang sedang memerah itu semakin menghampiri pondok buatan mereka.
"Kau kenapa perempuan?"Faiq bertanya dengan nada marah kerana terkejut.Mahu gugur jantung dia dirasakannya.Mata si pemanggil membulat dan ditangannya dikepal-kepal geram.Hilman berdiri dengan lemah tetapi buat-buat tiada apa yang berlaku.Dapat dilihat wajah dan mata perempuan itu merah,tidak tahulah samada menangis atau panas ataupun marah.Tangan diseluk ke dalam poket seluar untuk menghilangkan rasa gentar dan bersalahnya.
"Kau nak apa?"Hilman bertanya dengan perlahan.Dia kasihankan perempuan ini.
"Kau tanya aku nak apa?Kau memang lelaki kurang ajar..menyesal aku percayakan kau selama ni.Kau memang lelaki pemusnah.."Jeritannya semakin kuat.
"Apa yang kau merepek ni perempuan?"Hakimi tidak faham mengapa tiba-tiba sahaja si tomboy ni datang dan menengking Hilman.Sekali dia pandang,tomboy di depannya ini pun serabai habis pemakaiannya.Ada apa-apa yang berlaku ke antara mereka berdua.Hakimi memandang si tomboy itu atas bawah.
"Kau baliklah...kita cerita kemudian."Hilman serabut memikirkan masalah yang berlaku di antara mereka.
"Senang je kau cakapkan..lepas apa yang berlaku semalam kau nak lepas tangan?"Dia mahu menumbuk Hilman tetapi cepat-cepat dihalang oleh Faiq dan Raihan.
"Woit Pa'an..sabar boleh tak?Kau tu dahlah perempuan,ada hati nak tumbuk lelaki."Faiq sengaja bermain api dengan si tomboy,Pa'an.
"Kau diam..aku tak bercakap dengan kau..aku bercakap dengan setan ni."Hilman sudah hilang sabar,dia mara ke depan dan dia pula yang mahu menumbuk si Pa'an.
"Hey tomboy..kau sedar diri kau tu dulu.Ikut sedap mulut kau je panggil aku setan.Kau tu iblis.."Mereka berdua langsung ditahan oleh kawan-kawan Hilman.Hakimi memeluk Hilman daripada terus mara untuk menumbuk Pa'an manakala Pa'an ditolak-tolak oleh Faiq dan Raihan agar menjauhi.Mereka bukannya apa,mereka tidak mahu Pa'an dikerjakan oleh Hilman kerana kalau ketua mereka naik angin,bala jadinya nanti.
"Sial kau Hilman,aku menyesal berkawan dengan kau.Kalau aku tahu perangai kau macam ni,hidup mati semula pun aku tak nak jadi kawan kau."Bentak Pa'an sambil menolak-nolak tangan Faiq dan Raihan yang menujah-nujah ke badannya.
"Hey..kau dengar sini,selama ni aku baik dengan kau sebab nak balas dendam dekat kau dengan apa yang kau dah buat dekat aku selama ni."Hilman hanya menggerakkan tangannya mengawang-awang ke depan menunjuk ke arah Pa'an.Pa'an yang mendengar kenyataan Hilman itu terasa kecewa dan marah.Maknanya selama ini Hilman tidak ikhlas berkawan dengannya.Dia yang terhegeh-hegeh sukakan lelaki itu.
"Jadi memang kau rancang semuanya semalam?Sebab kau nak balas dendam dengan aku."Pa'an tidak lagi meronta-ronta,dia kelihatan agak kecewa dengan apa yang didengarinya.Hilman tersentak,dia terdiam sejenak samada mahu mengaku atau tidak.Jika dia mengaku pasti dia akan ditangkap tetapi kalau dia tidak mengaku,Pa'an pasti tidak percaya juga walhal yang sebenarnya dia tidak tahu langsung pasal perkara semalam.
"Kalau betul kenapa?"Pandangan mata Pa'an tertunak ke arah lelaki yang dicintainya di dalam diam itu.Tidak sangka begini jadinya.Hilman terasa ada kesayuan di dalam anak mata Pa'an.Wajah itu semakin memerah tetapi tetap cantik.Ah,sudah kenapa dia berasa begini?Adakah disebabkan semalam?
"Kau memang setan.."Jeritan Pa'an sudah tidak sekuat tadi sebaliknya suara itu kedengaran agak sumbang.Tidak disangka mereka,Pa'an menitiskan air mata di situ juga.Mereka yang menyaksikan drama itu tertegun tidak terkata apa-apa.Masing-masing ingin mengetahui sebabnya,hanya Pa'an,Hilman dan Raihan yang mengetahui perkara yang telah berlaku.
"Huh..kalau kau dah tahu aku setan kenapa kau ikut juga aku semalam?Kalau kau nak report polis pun aku tak kisah,tapi yang malunya nanti kau juga.SEORANG TOMBOY DI..."Hilman sengaja menggertak Pa'an sedangkan hatinya takut jika benar-benar Pa'an report kepada polis.
"Cukup..aku benci kau.Kau kena ingat,satu hari nanti aku akan balas semula apa yang dah kau buat dekat aku.Kau dah menjatuhkan maruah aku.."Pa'an tidak menghiraukan lagi apa pandangan mereka terhadapnya,yang penting perasaannya di waktu ini tersangat malu dan terhiris.
"Dahlah..blah lah kau.Aku pun dah tak selera nak tengok muka kau lagi.Berambus.."Hilman berpaling dari melihat wajah menangis Pa'an.Dia takut dia akan bersimpati dengan Pa'an yang serasi bila bersama.Pada mulanya memang niat dia berkawan dengan Pa'an kerana dendam tetapi setelah mengenali si tomboy itu secara dekat dia rasa senang dan serasi.Sehinggalah perkara semalam berlaku.
p/s: hait..sorry lameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgat x post..kte xde tenet la skang,ni pon gune celcom punye tenet..rm5 sehari..mahalkan..hurm..agak2 tau x msalah pa'an dengan hilman.Kak Shafriza..leh teka x?hehehehe...
hahaha... akak kene seru... takkan hilman rogol/tidur/buat perkara x elok kat pa'an? atau jadi mangsa fitnah?
ReplyDelete