Segala yang berlaku dia tidak boleh putarkan semula,semua itu adalah takdir untuknya.Keluhan yang paling berat dilepaskannya untuk entah kali yang keberapa.Raut wajah diraup berkali-kali sambil beristighfar panjang.Doa dipanjatkan agar dia diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.Dalam sedang teringatkan kenangan lama,dia tiba-tiba merindui Nek Lang.Sudah lama dia tidak pulang ke kampung,mahu pulang dia malu,sudahnya terpaksalah dia menanggung malu itu sehingga orang kampungnya melupai peristiwa itu.
Pa'an tidak sedar pada pukul berapa suaminya balik rumah pada malam tadi,dia tidak kisah dan tidak mahu ambil tahu langsung.Masing-masing mendiamkan diri bagai salah seorang daripada mereka itu makhluk ghaib.Hilman menjelingkan matanya kepada Pa'an,sememangnya dia marah dengan isterinya itu tetapi terasa pelik pula bila mereka berdua tidak bertekak.
"Ehem..."
Hilman cuba berdehem tetapi tiada sebarang reaksi daripada isterinya itu.Dia melihat Pa'an dengan lagaknya mengibas rambut panjangnya sehinggga mengenai wajah Hilman.Terkedu sekejap lelaki itu menghidu bau haruman syampu rambut Pa'an.
Pa'an pula sengaja malas untuk bersuara kerana hatinya masih lagi bengang dengan apa yang berlaku semalam.Suka-suka hati dia je nak mengamuk.Setelah siap berdandan apa yang patut,Pa'an meninggalkan Hilman yang terkulat-kulat di situ.
"Ah..kenapa pula aku beria nak pujuk dia ni?Bukan ke aku yang tengah marah?"Hilman menjadi keliru.
"Padan muka..huh..kau ingat aku ni apa?Silap oranglah.."Pa'an membebel tanpa dia perasan adik iparnya berada di belakangnya.
"Akak marahkan siapa ni?"Fariza bertanya setelah pelik mendengar akak iparnya itu membebel sedari dia turun dari bilik lagi.Dia yang mahu menyapa Pa'an tidak berani untuk menegur.
"Eh..adik,tak ada apa-apalah.Ni hah,kawan akak kata nak belanja akak makan nasi dagang tapi tak jadi pula,tu yang akak marah-marah ni.Heeee.."Pa'an mereka alasan supaya Fariza tidak akan syak apa-apa.Nasib baik dia tidak bercakap yang bukan-bukan dengan menyebut nama Hilman.Kalau tidak lagi mampus untuk dia bersoal jawab.
"Ada-ada jelah akak ni..dah jom kita sarap.Mama masak nasi goreng kampung.Jom..jom..jom..."Fariza mendahului kakak iparnya itu.
"Fuh lega..."Pa'an menarik nafas lega dan memulakan langkahnya.Ops..sebelum terlupa,hari ni dia akan mula bekerja dan bermakna Hilman akan mengetahui di mana dia bekerja dan mereka akan berjumpa setiap hari dua puluh empat jam sehari.Oh my Allah...boleh pitam dia kalau macam ni.Macam mana dia mahu mengadap muka lelaki ini setiap hari.
"Hilman mana?"Belum sempat dia duduk lagi,ibu mertuanya sudah bertanya tentang anak kesayangan mereka.
"Aaaa...abang ada dalam toilet tadi.Cirit-birit,dari malam tadi dia asyik duduk dalam toilet.Entah apa yang dia makan dekat luar pun Fatin tak tahulah mama.."Pa'an sedaya-upaya menahan tawanya.Entah dari mana dia dapat idea itupun dia tidak tahu,yang penting soalan Puan Sri Faridah berjawap,jangan sesekali ditinggalkan kosong.Tawanya hampir meletus melihat reaksi daripada bapa mertuanya pula.
"Suami kamu tu memang,dah tahu perut tu tak tahan dengan makanan pedas cari nahas buat apa."Puan Sri Faridah menggelengkan kepalanya,sudah tahu dengan perangai anak lelakinya yang tidak boleh makan pedas tetapi masih berdegil makan makanan itu.
"Alah ma...abang mengidamlah tu.."Selamba sahaja Fariza menjawab,tangannya sibuk menceduk nasi goreng kaampung buatan tangan mamanya itu.Berselera sungguh dia pagi ini.
"Fatin kerja pagi ni?"Tan Sri Zakaria bertanya kepada menantunya itu setelah melihat penampilan Pa'an yang agak bergaya lebih dari hari biasa.Comel dan cantik dia melihat ibu mengandung itu memakai baju kurung berwarna maroon dan rambut panjangnya dilepas bebas.
"A'ah papa...dah lama sangat Fatin cuti,nanti apa pula kata bos Fatin."Pa'an menyengih padahal dalam hati dia mahu saja berkata yang Hilmanlah bos dia.
"Betul juga tu..kerjalah dulu sementara masih larat.Nanti bila dah bersalin terus berhenti kerja,duduk rumah jaga anak.Hilman mampu sara kamu anak-beranak."Berat sungguh kepala Pa'an untuk mengangguk,betapa dia tidak bersetuju dengan cadangan bapa mertuanya itu.Ada ke patut dia disuruh berhenti kerja.Nanti kalau Hilman ceraikan dia,dia nak makan apa?Kayu?
"Mama setuju dengan kata-kata papa kamu tu,jangan tinggalkan anak dengan orang gaji atau nursery,mama tak percaya dengan orang zaman sekarang ni.Budak kecil pun dilambung-lambungnya."Puan Sri Faridah teringatkan berita baby yang dilambung-lambung oleh orang gajinya sendiri.Naik seriau dia kalau cucunya sendiri dibuat begitu.Nasi goreng yang dikunyah terasa seperti pasir yang masuk ke dalam mulutnya.Hebat sungguh perancangan mereka sampaikan dia tidak tahu nak berkata apa lagi.
"Assalamualaikum.."Hilman mengambil tempat di sebelah adik perempuannya,sengaja dia mahu duduk mengadap dengan isterinya itu.Mata dia tidak lekang dari melihat raut wajah bersahaja Pa'an.
"Dah elok perut kamu tu?"Tan Sri Zakaria bertanya setelah anak lelakinya itu duduk.
"Hah?"
Sungguh Hilman terkejut,apa pula kaitan dengan perutnya.
"Dah berapa kali mama cakap..jangan makan pedas,perut kamu tu bukannya tahan."Berkerut-kerut kening Hilman bila mamanya membebel tentang makanan pedas kepadanya.Bila masa dia makan pedas?Dah lama dia tidak menjamah makanan yang pedas-pedas.Dia tahu perutnya sensitif dengan makanan tersebut.
"Hari ni tak payah masuk kerja,pergi klinik ambil ubat.Nanti melarat kamu juga yang susah.Mama tak nak kamu menyusahkan menantu mama nak kena jaga kamu.Dia tengah sarat ni..."Tegas arahan yang dikeluarkan oleh Puan Sri Faridah kepada anak lelakinya.
"Mama cakap apa ni?"Pa'an membuat wajah selamba bila suaminya memandang dan seolah-olah meminta jawapan kepadanya dan dalam masa yang sama tawanya mahu meletus melihat wajah cemberut Hilman.
"Alah bang..tak payah nak malu sangatlah."Fariza menepuk bahu abangnya.
"Ya Allah..Man tak fahamlah mama,papa.Kenapa Man kena cuti dan pergi klinik?"Hilman benar-benar bingung.Dan apa yang pasti ianya pasti ada kaitan dengan isterinya kerana sedari tadi dia melihat Pa'an tersenyum-senyum menahan gelak.
"Lah...apa yang kamu tak fahamnya.Fatin cakap kamu cirit-birit,dari malam tadi lagi kamu keluar masuk ke tandas."Hilman menghalakan pandangannya kepada Pa'an yang sedang berpura-pura makan dengan matanya dihalakan kesana sini.Hilman sudah mengagak yang ini semua kerja isterinya.
"Tak ada apalah mama...Man okey je.Man boleh tahan lagi ni..lagipun malam tadi isteri Man dah tolong ubatkan."Hilman sengaja menyakat Pa'an dengan mengenyitkan matanya.Hampir tersedak Pa'an mendengar jawapan suaminya yang mengada-ngada itu.
"Thanks sayang..i'm really enjoy it."Tanpa segan silu Hilman berkata lagi sehingga dia terasa mahu mencampak pinggan mangkuk ke muka suaminya itu.
"Eeeeee..abang ni tak senonohnya.Wekkkkkk.."Fariza membuat muka geli dengan statement abangnya itu.
"Apa pula...adik bukannya tahu apa-apa."Semakin seronok Hilman mahu menyakat si Pa'an.Suka dia melihat wajah merah isterinya itu.Itulah,siapa suruh dia cakap yang bukan-bukan,memang cari bala dengannya.
"Sudahlah...depan rezeki pun cakap yang bukan-bukan.Dah,makan...kalau betul dah okey tak apa,jangan nanti melarat sudah."Hilman tersengih melihat muka muncung isterinya itu.Sejak bila entah dia suka menyakat si Pa'an pun dia tidak tahu,yang penting dia suka.
Pa'an menunggu Hartini datang untuk mengambilnya jauh daripada rumah Hilman.Dia dan suaminya keluar rumah bersama tetapi dia tiada niat untuk menumpang lelaki itu walaupun tempat kerja mereka sama.Hatinya kembali sakit teringatkan kata-kata Hilman sebelum mereka keluar dari pagar rumah lagi.
"Suka kau ya kenakan aku?"Pa'an yang sedang mencari handphonenya di dalam beg tangan tersentak dengan suara Hilman yang benar-benar rapat dengannya.
"Kau apasal dekat sangat ni?"Pa'an menolak tubuh lelaki itu agar menjauhi dirinya.Jantungnya terasa tidak stabil di saat itu.Hilman mencebik dan berlalu mengambil kasutnya di dalam rak kasut yang berada bresebelahan dengan Pa'an dan dia terus duduk untuk memakai kasut.Stokin dipegang lalu dikibas-kibas di hadapan isterinya itu.Sengaja dia mahu memanaskan hati Pa'an yang sememangnya bakal meletup sekejap sahaja lagi.
"Woit..tak ada sivik langsunglah kau ni.Kau ingat stokin kau tu wangi sangat ke?"Pa'an menutup hidungnya walaupun tiada apa-apa baupun.
"Kau jangan nak koya lah...ni stokin baru okey..sekarang cakap,kenapa kau beritahu mama and papa yang aku cirit-birit?"Hilman bertanya lagi walaupun sebenarnya dia tidak kisah,apa yang dia mahu ialah bertengkar dengan wanita ini setelah sedari tadi mereka membisu.
"Ikut suka hati akulah nak cakap apa pun.Siapa suruh kau turun lambat sangat."Giliran Pa'an pula mengambil kasutnya,high heel berwarna hitam dicapai.Segala tindak-tanduknya diperhatikan oleh Hilman.Sememangnya wanita di hadapannya ini sudah berubah sama sekali.Pa'an sekarang memang sudah feminin habis.Sudah pandai bergaya.
"Macam kau tak boleh beri alasan lain kan?"Hilman masih tidak mahu mengalah,matanya masih memandang gerak-geri Pa'an yang mahu memakai high heel itu.Matanya terbeliak seketika tatkala Pa'an mengangkat kakinya untuk membetulkan kasut itu,betis putih Pa'an menjadi santapan Hilman pada pagi itu.Indahnya pandangan dihadapannya ini.Perasaannya terbuai-buai dan tangannya tiba-tiba terangkat dan.....
Puk!!!!
"Hei...apa yang kau buat ni hah?Tak senonoh.."Merah padam wajah Pa'an bila mana dia berpaling,dilihatnya tangan Hilman sedikit sahaja lagi mencapai betisnya,salah dia juga yang mengangkat kain tinggi-tinggi di hadapan lelaki iu tetapi bukan salah dia kerana sewaktu itu kasutnya itu terasa seperti ada batu di dalamnya,jadi dia malas mahu menunduk sebab itulah dia mengangkat sebelah kakinya.
"Aduh..."Hilman menarik tangannya dan mengusap-usapnya tanda dia sakit bila diketuk oleh Pa'an menggunakan fail.
"Dasar lelaki gatal..huh."Pa'an terus berlalu meninggalkan Hilman dengan hati yang bengkak.Sakitnya hati dia dengan Hilman ni.Geram,geram,geram.......
Hilman memandang kiri dan kanannya,manalah tahu kalau-kalau ada orang yang nampak dengan insiden tadi.Malu juga dia,lagi-lagi adiknya si mulut kepoh itu.
"Huh...kenapa dengan aku ni?"Hilman bangun sambil menggelengkan kepalanya teringatkan kejadian tadi.Mesti lepas ni Pa'an akan lebih marah dengannya.Sudahlah perkara semalam belum selesai lagi,pagi ni dia buat hal lagi.
"Woit..masam je aku tengok muka kau ni?"Hartini bertanya setelah sedari tadi sahabatnya itu mendiamkan diri.
"Wow...besar juga perut kau ni ya?Kembar ke?"Hartini sengaja membuat lawak.
"Not funny okay.."Pa'an memandang ke luar,tiada mood untuk dia melayan Hartini.
"Sorry la,tapikan sejak kau 'mengandung' ni,aku tengok kau selalu moody je."Takut pula dia nak buat lawak bodoh yang melebih-lebih,nanti makan penumbuk pula.Si Pa'an tu bukan boleh,kalau datang je marah dia,sikap kasar dia kembali semula.
"Ni semua lelaki tu punya pasallah.Geram betul aku,ni kejap lagi nak mengadap muka dia macam manalah.Aku pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana."
"Oooo...dah seminggu dia masuk tapi aku tengok okay je,dia mesra dengan staff cuma aku sakit mata sikit tengok setiausaha dia tu,Aleeya..menggedik sokmo dengan suami kau.Puff...benci aku."Hartini berhenti di perhentian awan besar KESAS.Itu semua permintaan Pa'an kerana mahu menanggalkan 'perut'nya itu.Kalau ikutkan dia,tak mahu dia ikut highway,shortcut lagi bagus tapi mengenangkan sahabatnya ini takkanlah Pa'an mahu ke pejabat dengan perut yang tiba-tiba memboyot,apa pula kata staff di situ.Pintu kereta ditutup,beg kosong dibawanya bersama.Hartini setia mengikut kerana dia pun mahu melepaskan hajatnya.
"Lantak dialah nak menggedik dengan siapa pun,aku tak kisah."Selamba je Pa'an menjawab,mereka kini sudah berada di dalam toilet wanita,tidak terlalu ramai yang berada di dalamnya,adalah seorang dua termasuk mak cik cleaner.Pa'an sempat menghadiahkan senyuman kepada mereka.Sesungguhnya kerja cleaner itu teramatlah mulia kerana bukan semua orang yang sanggup dan berani untuk memilih pekerjaan itu.Tanpa mereka,pasti toilet akan kotot dan terbiar.
"Kau tunggu sini kejap."Pa'an bersuara tetapi Hartini menggeleng.
"Aku pun nak masuk jugalah.."Tanpa menunggu lama Hartini terus masuk mendahului Pa'an.
"Sengallah kau..."Jerit Pa'an kuat.Hartini sudah selesai melepaskan hajatnya namun Pa'an masih belum lagi keluar.
"Woi..apa yang lama sangat kau buat dekat dalam tu?"Tak lama selepas itu,Pa'an keluar.
"Alah..benda alah ni susah sangatlah nak tanggal."Pa'an menunjukkan isi beg itu.
"Oh..dah jom.Kita dah lambat ni,takut tak sempat pula nanti.Kang tak pasal-pasal kena mengadap muka suami kau tu."Mereka pandang ke kiri dan kanan,takut-takut ada yang perasan dengan tingkah mereka yang mencurigakan.Nasib mak cik cleaner itu sudah keluar.Mereka cepat-cepat meninggalkan toilet dengan harapan tiada siapa yang perasankan mereka.
"Lama kau cutikan Pa'an...rindu betul aku dengan kau."Naim bergurau dengan gadis di hadapannya ini.
"Kau cuti kahwin ya?"Tambahnya lagi membuatkan Pa'an menumbuk bahunya kuat.
"Aduh...kasarnya kau.Aku main-main jelah..."Naim menggosok bahunya yang sakit.
"Nak bergurau pun cakaplah benda lain."Pa'an meneruskan langkahnya ke mejanya sendiri.
"Alah kau ni..garang nak mampuslah,dengan En.Hairi tu bukan main lembut lagi kau ya."Naim masih tidak berpuas hatii,sudah agak lama juga sebenarnya dia mahu meng'usha' gadis ini.Sampaikan sekarang ni dia dah berputus asa dan berkahwin lain.
"Kau sibuk apa?Lantak akulah..."Malas Pa'an mahu melayan sikap Naim yang kadang-kadang terlebih busy body itu.Prinsip dia senang je,aku tak kacau hhidup kau,kau jangan kacau hidup aku.Dan dia rasa Naim tiada hak untuk bertanya perkara-perkara peribadinya.
"Tepilah,pergi buat kerja tu.Kau ni asyik menular je kerjanya."Naim berlalu dengan membuat muka kepada Pa'an,sedikit pun dia tidak terasa dengan gadis itu kerana dia tahu Pa'an hanya cakap je begitu tetapi hatinya baik.
"Hai you alls...morning..."Kedengaran satu suara yang kuat memekik di gegendang telinganya.Yang nyata suara itu gediks-gediks manja.
"Pssst...tu lah suami kau punya setiausaha.."Hartini yang berada tidak jauh darinya berbisik memberitahu.Dia memerhatikan gadis itu atas dan bawah.Masya-Allah..seksinya,dia tahu gadis ini bukannya pilihan Hilman.Sedangkan dia yang tidak seksi ini tidak disukai oleh Hilman,takkanlah Aleeya yang tidak cukup kain ni disukai Hilman.Pilihan HIlman mestilah perempuan bertudung seperti Annesa,manis lembut dan sopan-santun.Bukan macam dia,freehair dan kasar.Tiba-tiba dia rasa rendah diri dengan Annesa,terlalu banyak perbezaan antara dia dan gadis idaman Hilman itu.
"Oo you....siapa yek?"Entah bila Aleeya sudah sampai di mejanya.Dia memerhatikan gadis itu dengan senyuman.
"Ooo...you Farhana Fatin yang minta cuti seminggu tukan..wow.Lama ya you dapat cuti.."Gadis itu berpeluk tubuh di hadapannya.Apa masalah dia ni?
"Ye saya dan sebab apa aku bercuti kau tiada hak nak ambil tahu."Hah..hambik kau.Sibuk sangat.
"What?"Mencerlung biji mata Aleeya memandang Pa'an setelah mendengar ayat pedas gadis itu.Menyampah dia melihat biji mata palsu Aleeya yang besar mengalahkan kucing.Dengan eyeliner hitam yang pekat dan tebal beserta bulu mata yang panjang melentik mengalahkan bulu mata lembu membuatkan Pa'an bertambah meluat.
"You don't know who I am.."Balas Aleeya berlagak.
"Alah,kalau kerja setakat jadi secretary je baik tak payah nak berlagak."Sekali lagi mulut Aleeya terlopong dengan ayat-ayat pedas gadis yang baru dijumpainya ini.
"You.."Aleeya menunding jari ke arah Pa'an tetapi dia menjadi kecut perut melihat Pa'an yang dengan selambanya melipat lengan baju kurungnya.Staff-staff yang lain hanya ketawa melihat situasi itu kerana mereka tahu siapa yang cari pasal dengan Pa'an pasti akan dapat habuannya.Lagiun mereka suka kalau si Aleeya ni kena sebiji dengan Pa'an,baru seminggu masuk sini dah nak berlagak.Mentang-mentanglah dia boleh dikatakan orang kuat bos mereka,naik lemak jadinya.
"Aleeya..."Satu suara menghentikan gerak Pa'an.Dia berpaling dan melihat Hilman yang sedang membelek fail ditangannya langsung tidak perasan lagi di situ.
"Yes Hilman..."Suara menggedik Aleeya semakin gedik.Berkerut kening Pa'an melihatnya.
"You dah cek jadual I untuk hari ni?"Hilman bertanya dan di saat matanya mengangkat untuk memandang ke arah Aleeya.Orang pertama yang dia nampak ialah Pa'an,berkali-kali dia mengerdipkan matanya,benar atau salah pandangannya ini.Takut jika dia menjadi gila bayang pula.Seperti biasa Pa'an membuat muka selamba.
"Yes dear,hari ni you tak ada apa-apa appointment pun.You free.."Aleeya merapati jejaka idamannya itu.
"Kau.."Tangan Hilman menuding kepada Pa'an.
"Saya Farhana Fatin bte Che Abdullah,Sales Marketing Assistant from Marketing group...saya baru habis bercuti selama seminggu."Laju sahaja Pa'an memperkenalkan dirinya kerana dia tidak mahu Hilman berkata sesuatu yang akan membuatkan semua orang curiga.
"Oh...lepas ni kau masuk office aku.Ada banyak benda yang aku nak tanya pasal marketing memandangkan En.Hairi MC hari ni."Pa'an mengerutkan keningnya padahal dia tahu yang itu semua hanya alasan Hilman untuk bersoal jawab dengannya.
"Dia ni kurang ajar you..nanti you sekolahkan dia banyak-banyak tau."Pa'an mendengar buir bicara antara Aleeya dengan Hilman tadi kerana pitching perempuan gedik itu sengaja ditinggikan.Blahlah...ingat aku hairan sangat ke.
p/s: ampun beribu2 kali ampun...sebenanye da xde semangat nak sambung tp terpakse juga demi kalian...maafkan diri ini ye...hanya ini yang termampu..assalamualaikum...
alahai cik writer..... tlg terus sambung cite ni.... tak sabar nak tahu kisah selanjutnya....
ReplyDeletexsabar nk tggu kisah selanjutnye...
ReplyDeleteLa nape plak cik writer, jgn majuk yea..
ReplyDelete