Monday 30 January 2012

sambungan HakikAt CiNtA 41

Sehari selepas Alisya meninggalkan rumahnya,Adam teruk dimarahi oleh kedua papa dan mamanya.
"Ya Allah...apa yang kamu dah buat ni Am?Kamu sedar tak yang Alisya tu anak yatim piatu?Dia dah tak ada sesiapa lagi di dunia ni Am.."Datin Zulia sudah merah matanya.Tidak tahu apa yang telah merasuk anaknya itu.
"Lantak dialah..Am tak nak bela perempuan jalang macam tu.Menjalang dengan lelaki lain,itu yang mama nak Am pertahankan dia sebagai isteri Am?Am tak perlulah perempuan yang macam tu.Dia tu layak jadi pelacur je."
DEBUK!!
Bukan penampar tetapi tumbukan yang diterimanya dari Dato'Mustaffar.Kesabarannya sudah pecah dengan tingkah Adam yang meninggikan suaranya dengan Datin Zulia,mamanya sendiri.
"Kamu jangan nak biadap sangat Am..Apa salah Isya sampai kamu ceraikan dia?Kenapa kamu sewenang-wenangnya memanggil dia dengan panggilan macam tu?Kamu ada bukti?"Soal Dato'Mustaffar panjang lebar.Adam mengelap mulutnya yang mengalir cecair merah setelah ditumbuk papanya.Mukanya terasa sengal.'Huh..kuat juga papa ni.'Bisik Adam di dalam hati.
"Semua tu mama dan papa tak payah ambil tahu.Yang penting Adam bencikan dia,kenapa semua orang sukakan dia?Dia dan keluarga dia sama pembunuh!"Ucap Adam lancang.
"Stop it Am..kamu ingat kami tak tahu macam mana Arwah Syafiq boleh meninggal.Kamu ingat kami tak tahu yang kamulah sebenarnya penyebab keluarga Alisya meninggal.Kamu ingat sikit Am..siapa yang berlari di tengah-tengah jalan macam orang bodoh?Siapa yang cuba menyelamatkan kamu,kalau bukan Arwah Syafiq selamatkan kamu,jangan harap kamu dapat hidup dimuka bumi Allah ni lagi.Kalau macam nilah perangai kamu,lebih baik kamu sahaja yang mati dahulu."Adam terpempan dengan kata-kata papanya itu.Marahnya terhadap Alisya semakin membara,kerana Alisyalah kedua papa dan mama membencinya.
"Abang..."Datin Zulia cuba untuk masuk campur namun ditegah suaminya.
"Dah Zu...abang dah tak boleh sabar lagi dengan perangai anak awak yang sorang ni."Dato'Mustaffar mengeluh panjang.Menyesal dia mempunyai anak seperti Adam.
"Papa katalah apa saja yang papa suka.Yang penting Am bencikan perempuan tu dan kalau papa bencikan Am,biar Am keluar je dari rumah ni."Ujar Adam mencabar papanya sendiri.
"Am.."Sekali lagi Datin Zulia cuba untuk menyampuk.
"Biarkan dia keluar dari rumah ni..."Adam sebenarnya mahu menunjukkan gambar curang Alisya kepada keduanya tetapi kalau beginilah kesudahannya biarlah dia mengalah.Tidak tertanggung pula dosanya dengan kedua orang tuanya itu.
"Assalamualaikum..."Semua mata tertumpu kepada tetamu yang hadir secara tiba-tiba itu.Tetamu itu tersenyum kesukaan melihat keluarga itu yang sedang bergaduh.
"Luqman?"Adam malas melayan sepupunya itu lantas dia meluru ke tangga untuk ke biliknya namun langkahnya mati tatkala namanya dipanggil Luqman.
"Aku nak cakap dengan kau pasal Alisya."Darahnya mendidih mendengar nama itu.
"Ni..gambar ni gambar aku dengan Alisya."Ucap Luqman dengan bangganya.Sepantas itu juga satu tumbukan padu mengenai tepat di batang hidungnya.Sudahlah dia sedang marah kini muncul pula pelakunya di hadapan mata menyerah diri.
"Kurang ajar kau.Dengan bini aku pun kau nak menyundal?Sial...."Adam mahu menambah tumbukannya namun dia mendengar jeritan dari mamanya.
"Am...papa Am..."Adam melihat papanya sudah terbaring di lantai sambil memegang dadanya.Mungkin orang tua itu diserang penyakit orang-orang kaya.Sakit jantung.Walaupun hidungnya sakit dan berdarah,Luqman tersenyum puas.
"Aku akan pastikan Alisya menjadi hak aku."Ucap Luqman sebelum meninggalkan mereka semua,bukannya nak tolong bapa saudaranya itu.Haih...
"Kita bawa papa ke hospital..."Pantas Adam menjerit Pak Long untuk meminta bantuan.
Adam tersedar dari lamunannya.Dia kembali menatap gambar perkahwinan mereka dahulu.Perasaan bersalah kembali menyerangnya.
"Abang sayangkan Isya...abang janji selepas ni kita akan hidup bahagia."Ucap Adam bersama linangan air matanya.Ingatannya kembali kepada tiga tahun lepas di mana segala kebenaran telah terungkai.

"Am...tolonglah Mak Teh...Luqman betul-betul mahu berjumpa dengan kamu.Kasihankanlah dia ,dia dah nazak.."Desakan dan rayuan mak sedaranya itu tidak dihiraukannya.Baginya,Luqman bukan lagi sepupunya.
"Tolonglah Am..ini permintaan Luqman buat kali terakhir.Kalau kamu tak kasihankan dia,kamu kasihankanlah Mak Teh."Esak tangis mak sedaranya itu merimaskan dirinya.Hatinya keras seperti batu.
"Katanya dia nak minta maaf dengan kamu dan katanya ada sesuatu yang kamu patut tahu."Adam memandang mak sedaranya kehairanan.'Orang tua ni betul-betul ke main-main?'
"Mak Teh tak tahu,katanya itu rahsia antara kamu dan dia sahaja."
"Tengoklah kalau Am ada masa Am pergi."Ucap Adam pendek.
"Jangan lambat Am..takut kamu terlambat dan menyesal."Adam mengerutkan dahinya.Apa maksud mak sedaranya itu.Hari itu Adam terpaksa melangkahkan kakinya ke HKL kerana dia ingin mengetahui apa yang akan diperkatakan oleh Luqman.Saat kakinya melangkah ke wad sepupunya,dia terkejut melihat keadaan Luqman yang sememangnya menunggu masa untuk menghadap Ilahi.
Dia berdiri di hadapan pintu sahaja,tidak terasa untuk masuk.Tiada siapa yang menjaga Luqman saat itu,mungkin mereka pergi makan agaknya.
"Kau datang juga Adam..."Ucap Luqman lemah.
"Mak Teh kata kau ada sesuatu yang nak bagitahu aku?Cakap cepat..aku dah tak ada masa ni."Ucap Adam kasar.Bukan dia tidak kasihankan seppunya iu tapi perasaan marah mengatasi segalanya disaat ini.
"Aku nak minta maaf dengan kau."
"Kenapa pula kau nak minta maaf bagai dengan aku..kalau setakat perempuan tu ka jangan sebut lagi."Ucap Adam.Luqman telah dimasukkan ke dalam Hospital kerana menghidap barah otak tahap kritikal.
"Aku sebenarnya dah buat banyak salah dengan kau.."Adam kasihan melihat nasib sepupunya itu.Muda lagi tapi ajalnya sudah di hujung tanduk.Dia tersedar bahawa itu adalah Qada' dan Qadar Allah,lalu dia berIstighfar panjang.
"Apa maksud kau..."Adam menunggu apa yang mahu diucapkan oleh Luqman.Dia melihat Luqman mencapai sesuatu di bawah bantalnya.
"Kau ingat lagi dengan gambar ni?"Beberapa keping gambar ditunjukkan Luqman kepadanya.
"Kau nak apa lagi sebenarnya hah?"Marah Adam semakin membara setelah melihat gambar itu lagi.
"Aku nak kau tahu perkara yang sebenarnya."Ayat yang keluar dari mulut sepupunya itu mula menarik minatnya.Rambutnya diraup kasar.Sudah tiga tahun dia cuba melupakan perkara itu,kini Luqman pula mengungkit.
"Aku nak kau tahu sebelum aku mati yang gambar ni bukan gambar Alisya.Dia tak bersalah."Kenyataan yang keluar dari mulut Luqman amat mengejutkan Adam namun dia masih tidak mempercayainya.
"Mana kau tahu yang perempuan ni tak bersalah."Bergetar dada Adam untuk mendengar ayat luqman yang seterusnya.Walaupun dalam keadaan yang lemah,Luqman terpaksa teruskan juga kerana dia tidak sanggup dibebani dosa yang telah dia lakukan selama ini.Wajah pucatnya dipandang tajam oleh Adam.
"Sebelum tu aku nak kau maafkan aku dulu."Adam mula bengang dengan Luqman,macam-macam perangainya.
"Ye..ye...aku akan maafkan tapi kau kena beritahu aku dulu."Adam mendengar Luqman mengeluh.
"Sebenarnya semua tu rancangan aku dengan Syafiqah..kau masih ingat lagi dengan Syafiqah?"Soal Luqman.Adam pelik,apa kaitan dengan Syafiqah.Sudah lama dia tidak berjmpa dengan wanita itu.
"Dalam gambar tu bukan Alisya tetapi Syafiqah sendiri."Adam yang mendengar kenyataan dari mulut Luqman terkedu tidak percaya.Dia meraup mukanya berkali-kali.
"Maksud kau?Isteri aku tak bersalah?"Soal Adam meminta kepastian.
"Betul Adam..aku nak minta maaf dengan kau dan Alisya sebelum aku mati.Aku berpakat dengan Syafiqah kerana aku cuba untuk mendapatkan Alisya dari kau dan Syafiqah cuba untuk membalas dendam.Tapi sampai sekarang aku belum berjumpa lagi dengan Alisya.Maafkan aku..."Usai berkata-kata,tangisan Luqman kedengaran menyesali segala perbuatannya dahulu.Adam sudah tersandar di dinding.Segala persoalannya tentang kesucian isterinya sebelum ini terjawab.Dia menyesal dan segala perlakuannya dahulu kini terlayar di ingatannya.Dikepalanya kini hanya satu,Alisya dan juga kandungan yang pernah dilihatnya tak lama dahul.Besar kemungkinan itu adalah anaknya,mana mungkin Alisya berkahwin lain disaat edahnya belum habis.'Ya Allah..banyaknya dosa aku dengan isteriku.Aku menganiaya dia,aku menafikan zuriatku sendiri..Ya Allah.."
Adam mengesat air matanya.Dia kini perlu meminta maaf dengan bekas isterinya itu dan kalau memang jodoh mereka dia mahu menyambng kembali  ikatan yang pernah terputus itu dan dia juga mahu menyayangi anak yang tidak pernah dilihatnya.Teringatkan kenangan di parking dulu membuatkan dia takut samada anaknya masih hidup atau tidak.Jika tidak,memang peluangnya untuk bersama Alisya semula tipis.


p/s:hehehehe...n3 kali ni kasi pnjg ckit...da due kali post ni...hope sume enjoy la yek...idea tengah kmbali mncurah2...insya-Allah kalau ade mase esok update lg...Salam Maulidur Rasul....

5 comments:

  1. Smbng lg......best2..... Dh lama da tgu....

    ReplyDelete
  2. sambung lagi...hope alisya maafkan adam cepat...nak tengok diorg bersatu sbg keluarga lagi..

    ReplyDelete
  3. beeeeeeeeeesssssssssstttttttt cam ni la bagus, pjg!puas hati baca.hehe.

    ReplyDelete
  4. bestttt! hope diorang dapat bersama semula.

    ReplyDelete