Kakinya terhenti tatkala berdiri di hadapan pagar rumah yang pernah mencatat sejarah dalam hidupnya.Tangan kedua kembarnya dipegang kemas.Dia menarik nafas sedalam-dalam yang boleh.Camelia tidak dapat menemaninya,dia tidak menyalahkan sahabatnya yang seorang itu kerana dia tahu yang Camelia sibuk orangnya.Cukuplah dengan segala apa yang telah Camelia lakukan padanya dia bersyukur,bersyukur mempunyai seorang kawan yang terlalu mengambil berat tentangnya.
"Mama,ni rumah siapa?Besarnya...adik nak rumah macam nilah nanti."Ellyana tersenyum mendengar ayat yang keluar dari si kecilnya.
"Ni rumah atuk dengan nenek."menjerit keduanya tatkala mendengar Ellyana menyebut atuk dan nenek.Sungguh mereka berdua terlalu teruja untuk berjumpa dengan kedua bekas mertuanya.
"Iya ke mama...eii...besarnya rumah atuk dengan nenek.Mesti banyak mainankan mama."Ujar si adik pula.Ellyana tersenyum.Loceng ditekan beberapa kali namn masih tiada sesiapa yang keluar.'Mama lupa ke aku nak datang hari ni?'Teka Ellyana di dalam hati.Tiba-tiba...
"Assalamualaikum.....nenek o0o nenek..."Jerit Airin kuat.Ellyana tertawa mendengar telatah anak sulongnya itu.
"Abang,abang..nenek takkan dengarnya kalau abang jerit-jerit macam ni.Rumah nenek kan besar."Ellyana mengusap kepala anaknya lembut.Tentu Airin tidak sabar mahu berjumpa dengan nenek dan atuknya.
"Eh..abang,suara budak mana dekat luar tu?Cuba abang pergi tengok."Arah Mak Long kepada suaminya itu.Pelik juga dia tiba-tiba ada suara kanak-kanak yang menjerit di hadapan rumah majikannya itu.'Jangan-jangan peminta sedekah tak?Ish..orang sekarang ni suka sangat culik bdak kecil lepas tu jadikan sebagai peminta sedekah.Padahal duit tu dia orang yang cekau.Huh..'Tiba-tiba pula Mak Long naik angin,entah betul atau tidak peminta sedekah dia main redah je membuat andaian.
"Siapalah agaknya ya?Datuk dan Datin ada tetamu ke hari ni?"Pak Long bergegas untuk melihat siapakah tetamu yang datang itu.Saat pintu pagar dibuka,berkerut dahinya untuk melihat tetamu yang hadir.
"Assalamualaikum Pak Long..."Ucap Ellyana dan lama wajahnya diperhatikan sehinggalah lelaki tua itu menjerit memanggil majikannya.
"Ya Allah Isya...dah lama kam tak balik ke rumah ni.Rindunya Pak Long."Ucap Pak Long sambil tangannya sibuk menarik pintu pagar dan mempelawa mereka masuk."
"Abang,adik..salam Tok Long."Kedua kembarnya hanya menurut dan bersalam dengan lelaki tua yang baru dikenali mereka itu.
"Mama..ni atuk yang mana mama?"Soal Airina menarik baju Ellyana.Belum sempat soalan Airin dijawab,Pak Long tiba-tiba menyoal.
"Anak-anak kamu Isya?"Ellyana menggangguk mengiakan.Disaat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah besar itu,hatinya dipaut resah dan pilu.Sungguh dia rindukan suasana rumah itu dan dilihatnya tiada satu pun yang berubah.
"Assalamualaikum cucu-cucu atuk.."Dato'Mustaffar terlebih dahulu turun mendahului isterinya.Dia benar-benar teruja untuk berjumpa dengan cucu-cucunya itu.Kedua kembar itu meluru dan memeluknya erat.
"Papa apa khabar?"Ellyana tunduk menyalami bekas mertuanya itu.
"Alhamdulillah..Allah masih lagi beri kesihatan kepada papa untu bertemu dengan kamu semua."
"Mama mana papa?"Soal Ellyana pula.
"Mama kamu dengan Mak Long dekat dapur.Sibuk sangat nak sediakan masakan untuk kamu anak-beranak."Jawab Dato'Mustaffar.
"La..buat apa mama susah-susah masak.Kami..."
"Tak susah manalah Yana..mama saja je nak masakkan untuk kamu semua."Ellyana terus pergi ke arah Datin Zulia yang baru keluar dari dapur bersama dengan Mak Long.Disalami tangan kedua orang tua yang pernah memberi kasih sayang mereka kepadanya dulu.
"Yana dengan anak-anak duduk dulu.Sekejap lagi kita boleh makan."Dihalangnya Ellyana tatkala wanita itu mahu menolongnya di dapur.Katanya Ellyana adalah tetamu istemewa mereka jadi dia tidak boleh menjejakkan kakinya di dapur.Ellyana terpaksa menurut.Mereka bergurau senda dan bercerita tanpa menyentuh sedikit pun pasal Adam.Naluri Ellyana kuat ingin bertanyakan tentang Adam namun dia malu.
"Mama,papa..Yana datang rumah ni sebenarnya ada sesuatu yang Yana nak minta tolong papa dan mama."Ellyana menarik nafasnya panjang.Waktu itu kembarnya sedang bermain dengan Pak Long dan Mak Long.Suami isteri itu berpandangan sesama mereka.
"Macam ni mama,papa..Yana sebenarnya dah dapat kerja dan akan mula kerja minggu hadapan.Jadi,Yana ingat nak minta tolong mama dan papa jagakan abang dan adik.Yana sebenarnya bukan tak nak hantar ke pusat asuhan kanak-kanak tapi Yana tak berapa percayakan orang luar."Wajah kedua mertuanya gembira mendengarnya.Lantas mereka bersetuju.
"Yana akan hantar setiap hari dan pukul lima Insya-Allah Yana ambil semula.Cuma Sabtu dan Ahad je Yana akan jaga mereka."
"Ya Allah..mama tak kisah Yana.Mama dan papa suka sangat.Taklah sunyi sangat rumah ni nanti kan bang?"Suaminya hanya mengangguk bersetuju.
"Tentang Adam,Yana jangan risau.Tahulah kami nak kelentong dia macam mana."Ellyana menganggukkan kepalanya.Macam tahu-tahu je orang tua ni apa yang dia nak cakap.
"Yana kerja dekat mana?"Soal Dato'Mustaffar pula.
"Yana minta tolong dengan Camelia,kebetulan syarikat papa dia perlukan pekerja Yana try apply dekat sana.Alhamdulillah rezeki Yana agaknya dapat di sana.'
"Oh..baguslah."Ucap Dato'Mustaffar pendek.
Hari ini Adam terpaksa bekerja separuh hari.Badannya tidak berapa sihat dan otaknya bagaikan tidak berfungsi dengan elok semenjak dia pulang dari kampung bekas isterinya itu.Dari luar lagi dia sudah mendengar riuh rendah suara kanak-kanak di dalam rumahnya.Perasaan pelik menghantuinya,sejak bila pula mama dan papa ada anak kecil.'Mungkin ada tetamu yang hadir kut'.Fikirnya malas.
"Assalamualaikum..."Di saat dia masuk tiba-tiba ada seorang kanak-kanak melanggarnya.Dia baran tiba-tiba namun tidak jadi marah tatkala terpandangkan wajah kanak-kanak tersebut.
"Pakcik Adam.."Terkebil-kebil mata kanak-kanak it memandangnya.
"Adik?Ya Allah...rindunya pakcik dengan adik."Terus dipeluknya kanak-kanak itu erat dan diciumnya bertalu-talu,hilang segala sakit dan merengnya hari itu.Sungguh dia sendiri pelik mengapa beria sangat dia rindukan kanak-kanak itu.
"Pakcik Adam!!"Jerit si abang pula dan memeluknya erat.Datin Zulia dan suaminya yang melihat terkedu dan terharu.Benarlah apa orang kata air yang dicincang tidak akan putus.Begitulah dengan hubungan mereka anak-beranak.
"Mama,papa..macam mana abang dengan adik boleh ada di rumah kita?"Soal Adam kehairanan.Dipimpin kedua kembar itu ke ruang tamu.Suami isteri itu berpandangan satu sama lain.Maknanya Adam belum tahu perkara yang sebenarnya.Sibuk benar dia melayan telatah mereka itu,hatinya terhibur.
"Dah lama baru kamu nak tanya.Dah nak dekat sebulan dah mama dan papa jaga mereka.Kamu je yang tak balik ke rumah ni."Ucap Dato' Mustaffar.
"Atuk...pakcik Adam ni anak atuk dengan nenek ya?Boleh tak adik nak panggil papa..adik dengan abang tak ada papa."Ucapan dari si adik membuatkan semua terdiam.Air mata Datin Zulia seakan mahu keluar mendengarnya.'Memang itu papa kamu cu...'Tidak terluah olehnya perkataan itu.
"Boleh...mulai dari hari ni abang dengan adik boleh panggil papa.No more pakcik Adam..okey?"Kedua-dua kanak-kanak itu benar-benar teruja dan mencium pipinya bertalu-talu.Datin Zulia menarik suaminya ke dapur.
"Bang..Yana macam mana?Kalau dia tahu Adam dah jumpa kembar dia macam mana?"Soalnya.
"Alah..memang kita tak boleh nak elak pun.Lagipun awak tengok tadi,bukan ke mereka dah pernah kenal sebelum ini.Jadi,tak payahlah awak nak sibuk."Ucap Dato'Mustaffar senang.
"Ish abang ni..senang je dia cakap."Ujar Datin Zulia geram.
"Betullah...kita tak boleh nak larang.Kalau betul Yana tak nak Adam berjumpa dengan kembarnya,buat apa dia hantar mereka berdua tu di rumah kita sedangkan dia sendiri tahu yang Adam ada di sini."Datin Zulia terdiam mendengar hujah suaminya yang masuk dek akal itu.
BAB DUA PULUH LIMA
Ellyana memerhatikan lelaki yang duduk dihadapannya kini.Lelaki itu riak wajahnya amat terkejut namun selepas itu tersenyum kesukaan.Dia yang pada mulanya juga terkejut terpaksa berbuat biasa atas urusan pekerjaan.
"Tak sangka kita boleh berjumpa semula."Ucap si lelaki teruja bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.Senyuman yang pernah digilai oleh Ellyana suatu ketika dahulu.
"Bumi Allah ni kecil sahaja.Pusing mana-mana pun kita akan bertemu lagi."Ucap lelaki itu lagi.Geram pula dia mendengarnya.
"Macam nilah En.Adam...saya datang ni atas urusan kerja.Kalau En.Adam nak jual minyak dengan saya,kirim salam jelah."Lantas Ellyana bangun dan mahu meninggalkan restoran itu.Adam turut berdiri.
"Wait..I'm sorry okay..awak boleh teruskan.Sebelum tu,order lah air ke ape ke?"Ellyana kembali duduk.Menyesal pula dia mengofferkan diri untuk menggantikan Hanani untuk berjumpa dengan client,tidak pula dia tahu orangnya adalah Adam.Memang perancangan Allah itu hebat untuk mempertemukan mereka lagi.Sepanjang perbincangan itu,Adam hanya memerhatikan wajah Ellyana tanpa mendengar butir bicara wanita itu.
"Abang rindukan Isya.."Terucap kata-kata itu dengan tiba-tiba membuatkan Ellyana terkedu.
"Ops...sorry,just continued..."Adam tertunduk sayu.Kasihan pula Ellyana melihatnya saat itu.Lidahnya seakan kelu untuk meneruskan perbincangannya.
"Well En.Adam..syarikat kami benar-benar mengharapkan usahasama antara kita akan berjalan dengan lancar."Habis sudah perbincangan mereka dan Ellyana menarik nafas lega.Tatkala matanya bertembung dengan mata Adam,sekali lagi lidahnya terkelu.Panahan mata itu sangat dirinduinya.
"Baiklah...saya akan terima apa sahaja yang company awak mahukan."Ucap Adam.'Uit..senangnya mamat ni.Kalau aku tipu dia pun mesti dia main setuju je.'
"Kalau macam tu,saya pulang dulu En.Adam.Assalamualaikum..."Ellyana bangun untuk meninggalkan Adam,dia tidak betah berlama-lama di situ.
"Wait...bila lagi kita boleh berjumpa Cik Ellyana?"Adam turut bangun.
"Kalau ada urusan berkaitan dengan usahasama ini,Insya-Allah..."Ellyana pantas berlalu dan dia bernasib baik apabila kelibat Camelia hadir di hadapannya.
"Weh macam mana?"Soal Camelia sebaik sahaja Ellyana berdiri di sebelahnya.Dia juga terkejut melihat Adam client Ellyana.
"Macam tulah."Jawab Ellyana pendek.
"Eh Alisya...dia tu..."Panggilan dari Camelia mengejutkan seseorang.
"Ye saya tahu..biarlah,lagipun ianya hanya urusan kerja.Jomlah kita balik."Ellyana menarik tangan Camelia,sudah masanya untuk dia menjemput kembarnya balik.
Adam terkedu,segala tekaannya benar selama ini.Dia yang sebenarnya mahu meminta nombor telefon wanita itu mengekori mereka berdua dari belakang namun langkahnya mati apabila mendengar sahabat wanita itu memanggil wanita itu dengan nama bekas isterinya.Dia gembira tapi bengang mengapa Alisya menipunya.
"Ya Allah..."Baru dia teringat bahawa nama isterinya Nurul Ellyana Alisya.Ellyana memang nama isterinya cuma dia yang tidak peka.Dia yang tidak pernah ambil tahu tentang bekas isterinya selama ini.
"Sayang dah tak boleh lari lagi."Ucap Adam penuh yakin.Hatinya berbunga riang.Dia ada perancangannya sendiri selepas ini yang akan menyatukan mereka semula.
p/s:sori lmbat update...netbook buat hal n lupe password blog...hehehehe...
akhirnya...... ada n3 baru... thankz cik writer..
ReplyDeleteadam n ellyana dah berjumpa akhirnya... harap2 adam dpt memujuk ellyana kembali kpdnya....
haha sy phm,dulu pun sy penah terlupa pasword n email blog sy. dekat 8bln kot tak post kat blog sebab tak dpt masuk.
ReplyDeletehehe so dah jpa ni, grenti dia guna kan usahasama tu tuk dptkan alisya semula.ke kes tangkap basah?
bestt..sambug lagi!!!
ReplyDeleteakhirnya ad entry....
ReplyDeleteAdam bersedialah nak tmbat hati elyana..huhu
yey2...cepat lah bersatu blk..
ReplyDeletenak lagi..sambung la cepat2 huhu
ReplyDeletehope happy ending....sayang anak2mereka. cepat2 le sambung lagi
ReplyDelete