Tuesday 13 December 2011

sambungan hakikat cinta 40....

"Am...kenapa kamu belum tidur lagi?"Dato' Mustaffar menegur anak tunggalnya yang sedang termenung di halaman rumahnya.Tadi dia mahu ke dapur untuk membasahkan tekaknya,dia melihat lampu di luar rumahnya menyala dan dilihatnya Adam duduk di situ,berhadapan taman mini isterinya itu.
"Nothing papa..."Jawab Adam sambil tersenyum pahit.
"Ini mesti ada kaitan dengan Isya kan?"Adam tidak hairan jika papanya mengetahui sebab apa dia termenung.
"Sudahlah Am...Jangan lagi kamu mengharap pada dia...biarlah dia bahagia dengan hidup dia."Dato' Mustaffar mendengar anaknya mengeluh sebelum berkata-kata.
"Tapi Am nak minta maaf dengan dia.Am dah banyak buat salah dengan dia.Selama ni Am percaya dengan segala fitnah yang ditaburkan pada dia.Am hina dia,Am...Am bersalah papa."Tubir mata Adam digenangi air mata.Dato' Mustaffar menepuk bahu anaknya untuk memberi semangat.Dia tahu Adam diselebungi dengan perasaan bersalah.
"Sudahlah..mungkin dia dah maafkan Am.Lagipun dekat mana Am nak cari Isya?"Dato' Mustaffar cuba memujuk anaknya,belum pernah dia melihat Adam menjadi selemah ini.
"No papa,selagi Am tak minta maaf depan-depan dengan dia,hati Am takkan tenang.Am mesti cari dia sampai jumpa dan Am sebenarnya terlalu sayangkan dia..hanya dia dihati Am..."Perlahan sahaja tutur Adam kali ini.Dato' Mustaffar tersenyum mendengar pengakuan dari hati anaknya itu.
"Insya-Allah kalau ada jodoh..Am akan berjumpa juga dengan Isya walaupun tanpa pengetahuan Am.Dahlah..papa masuk dulu.Assalamualaikum."Salam dijawab dalam hati,Adam pelik dengan ayat yang baru sahaja diucap oleh papanya tadi.'Apa maksud papa?'Adam langsung tiada jawapan untuk soalannya itu.


"Assalamualaikum..siapa ni?"Ucap Datin Zulia kepada pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
"Waalaikummussalam..mama."Datin Zulia terlonjak gembira mendengar suara si pemanggil itu manakala Ellyana tertawa riang mendengar jeritan mamanya itu.
"Ya Allah Yana...sukanya mama kamu telefon mama.Kamu apa khabar sihat?Cucu-cucu mama sihat?"Soal Datin Zulia bertubi-tubi.
"Alhamdulillah kami semua sihat je mama.Yana nak beritahu mama sesuatu ni."Berdebar pula dada Datin Zulia jadinya.
"Apa dia?"
"Yana dan anak-anak ada di KL sekarang,di rumah Camelia."
"Betul ke ni?Ya Allah..bila kamu nak datang sini.Mama rindukan cucu-cucu mama.."
"Cucu je?Yana?"Seloroh Ellyana pula.
"Dengan kamu lagilah mama rindu."
"Insya Allah nanti Yana datang tapi bukan sekarang ye mama.."
"Kalau macam tu,kamu beritahu mama di mana rumah Camelia,biar mama je yang kesana."
"Eh..tak apa mama..jangan susah-susah,mungkin minggu depan kami kesana."Mereka berbual lama.

5 comments:

  1. pendeknyer..x puas baca..nnt bile ader mase upload lg yer.. ^_^

    ReplyDelete
  2. hohoho tu ayat isya dia nak g jumpa kat umah adam. kata nak lari dari adam. ke dia dah dengar nasihat kawan dia tu? hehehe next next next. nak lagi.hehehe

    ReplyDelete
  3. akak berharap..mereka dapat bersatu semula dan memulakan kehidupan baru..yg lepas biarlah dan menjadi titik tolak kebahgian buat mereka..

    ReplyDelete
  4. Biarla adam dgr perbualan mama tu n akan intip bila mama g jupe isya ye pleassse

    ReplyDelete