Thursday, 1 December 2011

sambungan hakikat cinta 39.....

"Assalamualaikum..."
"Haris..tolong aku..."Rayu Adam kepada lelaki yang tiba-tiba datang memberi salam kepada mereka semua.
"Waalaikummussalam...hah,ni ke kawan kau?"Atan bertanya.
"Heh aok ni Atan...cube berhemah sikit bahasa tu...ini idok...main sergah je.Tak ada adab langsung."Pak Pin bersuara.
"Abang Adam.."Jerit Ema yang berlari anak mendapatkan mereka semua.
"Aok kenal lelaki ni Ema?"Anom bertanya kepada kawan baik adiknya itu.
"Mestilah kenal,abang Adam ni anak orang kaya dari KL..dia datang sini nak beli tanah ayah.Abang Atan kenapa ni?Lepaskan abang Adam..."Ema menepis tangan Atan supaya dilepaskan Adam.Ellyana dan Mak Pah kembali ke tempat kejadian.Ellyana buat-buat tiada apa yang berlaku walhal hatinya saat ini meronta untuk menolong Adam.Haris pula meluat dengan tingkah Ema,memang niatnya mahu menolong tetapi tak payahlah beria nak beritahu pasal kekayaan Adam.
"Oo jadi nilah budak lelaki yang Majid ceritakan tu.Budak KL yang nak beli tanah dia tu."Adam mengangguk mengiakan,hatinya lega kerana Atan sudah melepaskan tangannya.
"Apa kau buat dekat sini Adam?"Haris berbisik ditelinga Adam namun dia sudah mendapat jawapannya tanpa dijawab oleh Adam.'Kau memang dah gila Adam.'Bisik hati Haris pula.
"Aku minta maaflah..aku ingatkan kau nak curi ayam ni.Pelik juga aku takkanlah pencuri nak mencuri siang-siang macam ni.Maafkan aku."Adam menyahut huluran tangan Atan itu.
"Itulah aok ni Atan..koi dah kabo jangan cepat menuduh orang,ini idok men redah je."Teguran Mak Leha hanya disambut sengihan oleh Atan.
"Maafkan saya sebab menyusahkan semua.Saya sebenarnya nak jumpa dengan dia."Adam menuding jarinya ke arah Ellyana.Ellyana,Mak Pah dan Haris dan tak lupa juga dengan Ema terkejut mendengarnya.
Masing-masing memandang Ellyana kehairanan.
"Saya?Kenapa dengan saya?"Ellyana berusaha untuk tidak cepat melatah.Ema sudah menarik muka masamnya dan laju dia berlalu sambil menghentakkan kakinya.Mulutnya juga tidak habis-habis mengomel namun tiada siapa yang menghiraukan Ema.Mereka lebih berminat untuk mendengar cerita di hadapan mereka kini.
"Saya nak tanya sesuatu dengan awak..please.."Rayu Adam.Haris pula tak tahu hendak buat apa lagi.
Ellyana cuba untuk memandang ke arah Mak Pah yang berdiri jauh darinya dan Mak Pah memberi isyarat mata supaya berjumpa dengan Adam.
"Baiklah...Saya tunggu kat depan."Ellyana berlalu meninggalkan mereka semua dan dalam hatinya berdoa supaya kembarnya tidak lagi bermain di rumah Mak Cik Melah ini.
"Adam,aku tunggu kau dekat rumah Pak Majid."Haris juga turut berlalu dan tetamu yang tadinya berkerumun juga sudah kembali menyiapkan tugas mereka.

"Encik nak apa lagi?"Mereka kini berdiri di tempat yang jauh dari penduduk kampung namun masih lagi dapat dilihat.Adam tidak menyahut tetapi matanya tidak lepas dari memandang wajah yang dirindunya selama ini.
"Encik nak cakap apa?Kalau setakat nak berdiri tercegat je macam ni lebih baik saya pergi sambung semula kerja saya.Kerja kat belakang tu banyak lagi."Ellyana sudah tidak betah menunggu.
"Wait..maafkan saya."Dahi Ellyana berkerut kerana Adam yang sekarang sudah pandai menuturkan kata maaf.
"Betul ke awak ni bukan Alisya?"Soal Adam.Ellyana mendiamkan diri sebelum menjawab soalan Adam it.'Betul ke dia tak tahu siapa aku yang sebenarnya?'Hatinya berteka-teki sendiri.
"Bukan ke saya dah beritahu Encik tadi?"Jawab Ellyana dan Adam mengangguk menandakan yang dia faham bahawa dia memang sudah tersalah orang.
"Haha..memang betullah cakap Haris..."Adam tertawa perlahan menutup kekecewaannya.
"Apa yang betulnya?"Soal Ellyana.
"Yang saya ni dah gila bayang..."Jawab Adam sambil tersenyum dan jauh pandangannya.
"Maksudnya?"Ellyana cuba untuk membuatkan Adam bercerita tentang hidupnya selama lima tahun kebelakangan ini.
"Saya gila bayang dengan bekas isteri saya sendiri."Ellyana terkedu.
"Be..bekas isteri?"
"Yup.."Adam tersenyum sekilas memandang ke arah Ellyana dan pandangannya kembali ke hadapan.
"Kalau dah gila bayang kenapa mesti ceraikan dia?"Terasa bergetar suara Ellyana menuturkannya.Dia mesti mendengar sendiri dari Adam walapun Adam tidak mengetahui yang dia adalah Alisya.
"Itu silap saya sendiri...saya yang bodoh..selama tiga tahun barulah saya tahu yang saya telah melukakan hati orang yang saya sayang.Saya teramat rindukan dia dan sampailah saya nampak awak yang sememangnya seiras dengan dia.Sebenarnya tadi saya menghendap awak...hehe..Tak sangka kan,dalam kampung ni ada juga muka yang sama dengan bekas isteri saya...ke awak ni kembar dia?"Soal Adam sambil berpaling menghadap ke arah Ellyana.
"Eh..bu..bukanlah,saya pun baru je lima tahun tinggal di sini,saya tak pernah kenal siapa orang yang Encik maksudkan tu."Dalam hatinya, dia turut mengucapkan kata rindu namun dia bukan semudah itu untuk mengalah.
"Hurm..kalau saya jumpa dia,saya akan minta maaf darinya dan saya juga mahu kami bersatu semula."Luahan hati Adam memeranjatkan Ellyana.'Tak..tak mungkin dia cintakan aku..'
"Sebab saya dah sedar yang saya dah lama cintakan dia..."Adam seperti dengar akan luahan hati Ellyana.Dia pantas berpusing ke belakang menahan air matanya.
"Saya tak rasa dia akan terima Encik semula setelah apa yang Encik buat dekat dia."Ellyana berlalu meninggalkan Adam yang terpinga-pinga dengan tingkah Ellyana yang tiba-tiba memarahinya.
"Aku salah cakap ke?"Adam menggaru kepalanya,sebenarnya  banyak lagi perkara yang ingin dia tanyakan kepada Ellyana.

"Kamu okey tak ni?"Mak Pah bertanya setelah dilihatnya Ellyana mengesat air matanya.
"Mak Pah,Yana balik dulu ya,nanti Mak Pah suruh abang dengan adik balik.Bagitahu yang Yana balik dulu."Ucap Ellyana bersama sendunya.
"Apa yang dia dah buat dengan kamu Yana?Risau Mak Pah macam ni..."Ellyana menggelengkan kepalanya.
"Mak Pah tolong Yana ya,beritahu Mak Cik Melah yang Yana tak dapat datang kenduri esok sebab esok Yana akan pergi dari sini."
"Kamu dah fikir betul-betul ke ni Yana?Dia dah tahu kamu ni siapa?"Soal Mak Pah lagi.
"Belum lagi Mak Pah..tapi biarlah Yana keluar dari kampung ni sebab tak mustahil selepas ni En.Adam akan cari Yana lagi dekat sini.Yana tak mahu dia tahu Yana dan Alisya adalah orang yang sama."Setelah dipujuk akhirnya Mak Pah membenarkan pemergian Ellyana cuma syaratnya malam ini dia anak-beranak mestilah tidur dirumahnya.




p/s: sori guys lmbat smbung coz skang ni da start sem yg br...so,bz ckit...insya Allah smbungannya slpas ini...

4 comments:

  1. yana, ni bkn cara nak selesaikan masalah...percaya lah, klu awk lari lagi dgn twins adam akan cr u oll jgk..

    ReplyDelete
  2. Pendapat akak..Alisya patut bagi peluang kat Adam.. tak adakah sekelumit rindu dan cinta yg tertinggal kat bekas suaminya itu.. tak pernah kah dia rasa yg anaknya memerlukan seorg ayah..

    ReplyDelete
  3. akhirnya penantian sy berakhir jugak...punya la tunggu hari2 novel ni..hope azmah boleh sambung cepat ye tp sy phm saudari busy...harap lepas ni adam ngan alisya boleh bersatu,tp sy rasa maybe dh smapai masa untuk adam jumpa his twins..kesian adam..so hope n3 adam dpt tahu kebenaran

    ReplyDelete