"Ya Allah betul ke ni?Sukanya mama...hari apa kamu mahu datang?Pukul berapa?Bolehlah mama dan Mak Long masakkan yang sedap-sedap untuk kamu dan cucu-cucu mama."Ellyana tertawa mendengarnya.Banyak benar soalan dari mentuanya itu.
"Mama mama...sebelum tu Ellyana nak tanya,minggu depan En.Adam ada di rumah ke?"Berdebar juga dia kalau Adam ada,bagaimana harus dia lakukan.Ada rancangan di sebalik kedatangannya itu,itupun dengan cadangan dari Camelia dan juga sebab lain.
"Oh...Adam tak ada.Dia selalunya kalau hujung minggu dia akan balik ke rumah dia sendiri."Ellyana menganggukkan kepalanya seperti Datin Zlia melihatnya.'Dah ada rumah sendiri.'Bicara hati Ellyana sendiri.
"Baguslah macam tu..hari Sabtu Yana kesana...Yana ada perkara nak beritahu dengan mama dan Yana nak minta tolong dengan mama."Ucap Ellyana perlahan.
"Apa-apa saja untuk Yana mama sanggup.Datang je bila-bila,rumah ni sentiasa terbuka untuk kalian."Saat itu air mata Ellyana seakan mahu tumpah mendengarnya kerana terhar barangkali.
"Yelah mama..nanti Yana datang.Okeylah mama,Yana telefon ni pun guna handphone Camelia..tak boleh lama-lama...kredit orang.Nanti kita berbual lagi ya.Assalamualaikum."Panggilan diputuskannya.
"Wei..apa kau cakap macam tu.Kau ingat aku ni kedekut sangat ke?"Ellyana tersenyum lagi dan dia cepat-cepat mengesat air matanya yang hampir tumpah.Camelia kaget seketika.
"Weh..kau kenapa ni?"Soal Camelia takut namun apabila melihat Ellyana tertawa dia lega.
"Tak ada apa-apa...nah,terima kasih tau."
"Mama kau kata apa?"
"Okey je..minggu depan saya ke sana.Hari sabtu...awak ikut saya."Pinta Ellyana.
"Eh..mestilah aku ikut kau."Ellyana mengenggam tangan Camelia.
"Terima kasih lagi."
"Dalam berkawan tak ada istilah terima kasih..sebab kawan yang sebenar adalah kawan yang akan selalu bersama apabila kawannya kesusahan."
"Memang betul tu..tapi asyik saya je menyusahkan awak dengan masalah saya ni."
"Dah...kau jangan nak merepek tak tentu pasal.Aku nak tanya ni..malaun singa kepala kambing kau tu ada tak sabtu ni?"Tawa Ellyana meletus sedikit.Sudah lama dia tak menyebut nama panggilan itu.
"Dah...jangan risau,mama kata setiap minggu dia akan balik ke rumah dia sendiri.So,dia tak ada di rumah."
"Bagus...kalaulah betul dia cintakan kau...dia harus berusaha kuat sikit.Betul tak?"Ellyana hanya mendiamkan dirinya,tidak mengia atau menafikannya.
"Dahlah...aku nak tidur ni,kau jangan tidur lambat pla...tak elok.Assalamualaikum."Ellyana menjawab salam perlahan.Fikirannya melayang entah kemana saat itu.
"Awak ni kenapa?Gembira semacam je abang tengok?"Dato'Mustaffar pelik melihat tingkah isterinya yang gembira setelah mendapat panggilan dari seseorang tadi.Cemburu pula rasanya dia.
"Bang...Yana nak datang sini Sabtu depan.Dia dah ada di KL sekarang ni,di rumah kawan lamanya dulu."Dato'Mustaffar terus memandang tepat ke arah isterinya.Rancangan tv yang tadinya menarik minatnya sudah tidak dihiraukannya.
"Betul ke ni?Ya Allah...Alhamdulillah,rindu abang dengan mereka semua.Termakbul juga hajat kita."
"Yalah bang..."Sesaat itu mereka terdiam merindu.
hope diorg jmp...
ReplyDeleteplezz bg diorang jumpa..penat dh tunggu bila diorang nk jumpa...
ReplyDeletejgn2 ari sbtu nnt adam x blik umh die..huhuh
ReplyDeletetu la rasa mcm ada ada kat umah mama dia tu.hehehe
ReplyDeletelambatnye.. ble next n3 ny?????
ReplyDelete