Saturday 3 December 2011

sambungan hakikat cinta 39.....kedue...

"How sweet both of them...eeee,geramnya.Ya Allah comel-comelnya anak kau ni Isya...dah besar dah anak-anak mami ni."Camelia memeluk kedua-dua kembar Ellyana erat.Sungguh dia sayang dan rindukan kembar itu kerana selama Ellyana mengandung sehinggalah keduanya lahir dialah yang menjaga mereka.Ellyana menggelengkan kepalanya,dia faham yang Camelia rindukan anak-anaknya namun kerana kekangan kerjanya mereka terpaksa berjauhan.
"Ingat mami lagi tak?"Soal Camelia kepada pasangan kembar itu.Dia tidak hiraukan pandangan orang lain kepadanya di terminal bas Pekeliling itu.Keduanya hanya menggangguuk,mereka sudah tidak ingat wajah Camelia namun mereka kenal akan suara wanita yang membahasakan dirinya mami iu kerana sepanjang mereka di kampung Camelia tidak pernah lupa untuk menelefon mereka.
"Dahlah tu Cik Intan Camelia oi...awak tak malu ke orang tengok awak?"Ellyana tersenyum.
"Alah,ada ak hairan dengan apa yang dia orang nak cakap.Aku tau kau sebenarnya jealous kan aku tak peluk kau.Meh sini...ala mucuk-mucuk.."Ellyana terus memeluk sahabat baiknya itu.Air matanya tumpah jua tidak dapat dibendung.
"Woit...janganlah menangis,chill beb...aku tahu kau rindukan aku.Tak apa..lepas ni kita balik rumah...then kalau kau nak menangis berteriak pun aku no hal punya...sekarang ni siapa yang tak malu?"Camelia cuba menutup rasa sedihnya kerana dia tidak mahu Ellyana terus bersedih.
"Mama..adik lapar."Kedua mereka tersenyum sahaja.
"Jom kita pergi makan,mami belanja nak?"Camelia mendukung Airina manakala Ellyana memimpin tangan Airin.
"Adik nak makan MC DONALD.."Camelia tersenyum riang dengan telatah mereka berdua.
"Abang nak makan KFC..."Airin pula bersuara.Ellyana mengerutkan dahinya,tidak pernah pula Airin berperangai seperti ini,selalunyadia hanya menurut sahaja.
"Nope...kita makan nasi je."Ucap Ellyana membuatkan keduanya terdiam.
"Alah mama...adik nak makan MC DONALD..."Airina sudah memuncungkan mulutnya.
"Adik jangan degil...nanti."
"Alah kau ni Isya...dengan anak-anak pun nak berkira ke?"Ucap Camelia.
"Bukan apa,saya tak nak ajar diorang ni makan makanan fastfood macam ni..."Ucap Ellyana pula.
"Tak apa,kali ni biarlah diorang merasa sekali."
"Yelah,mula-mula sekali..lama-lama banyak kali."
"Amboi kau sekarang bukan main garang ya..."Usik Camelia.
"Usia mematangkan kita sebagai manusia..."Jawapannya yang penuh dengan sendu dan Camelia faham dengan maksud tersurat Ellyana itu.
"Macam nilah...mami belanja adik makan MC D,kita beli yang drive thru punya then nanti kita belikan KFC untuk abang pula ya...kita makan dekat rumah...boleh?"Camelia cuba tidak mendengar kata-kata Ellyana tadi.
"Boleh!!"Jerit kedua-dua kembar itu semangat.Dapat makanlah katakan.


Hati Adam tidak tenang,masuk hari ini sudah seminggu dia di kampung bekas isterinya.Selepas kejadian di rumah mak cik Melah itu dia sudah tidak jumpa dengan kelibat gadis yang serupa wajah dengan bekas isterinya itu.Dia ada datang pada kenduri keesokan harinya namun puas dia mencari dan menunggu namun tidak ketemu juga.Semalam pula dia pergi ke rumah bekas isterinya di mana rumah pasangan kembar yang baru dikenalnya itu tinggal,akan tetapi nasibnya malang apabila tiada siapa pun dirumah itu sehinggalah dia di tegur oleh seseorang yang dia kenal.
"Kau buat apa lagi dekat sini?"Adam terkejut mendengar suara yang menyergahnya dari belakang itu.
"Zarif...."Perlahan sahaja nama itu keluar dari mulut Adam apabila dilihatnya hanya api kemarahan yang dia nampak di dalam mata Zarif,abang angkat Alisya.
"Bukan ke aku dah larang kau jejakkan kaki ke rumah ni lagi?"Zarif mendekati Adam.Huluran salam Adam tidak disambutnya,rasa marah kepada Adam sangatlah kuat kerana dia pernah memberi amaran kepada Adam dahulu supaya jangan sakitkan hati adik kesayangannya itu.
"Aku nak jumpa Ayien dengan adik.."Ucap Adam jujur membuatkan riak wajah Zarif berubah.
"Apa hak kau nak jumpa dengan mereka?"Zarif mendekat dan mencekak leher baju Adam kuat manakala Adam pula terkejut tidak faham apa-apa.
"Kau jangan berani datang dan tuntut hak yang tak pernah kau pedulikan sebelum ni."Bertambah pelik Adam dengan kenyataan yang baru diucapkan Zarif itu.
"Hak?Hak apa pula ni?Aku tak faham..."Zarif melepaskan pautannya.'Dia dah tahu atau belum yang abang dan adik adalah darah daging dia?'Zarif terus berlalu untuk meninggalkan Adam,dia tidak boleh lama di situ takut lain pula jadinya.Dia takut kaki dan tangannya naik dan juga dia takut jikalau dia terlepas kata-kata yang membolehkan rahsia Ellyana terbongkar.
"Zarif...hak apa yang kau cakap ni?"Adam cuba mengejar.
"Kau..huh,aku malas nak cakap dengan malaun macam kau ni."Zarif terus berlalu tanpa sempat Adam bersuara.
"Dia panggil aku malaun?"Akhirnya dia turut balik hampa tidak dapat bertemu dengan kembar itu.

"Kau dah siap berkemas?Kejap lagi nak gerak dah ni,aku dah tak sabar nak jumpa anak bini aku ni.Rindu giler..."Adam tersenyum sahaja.
"Nanti kita singgah rumah Ayien dengan adik sekejap,semalam aku tak dapat jumpa diorang.Aku pun nanti akan rindukan diorang juga."Haris hanya mengangguk,dia sebenarnya kasihankan Adam,langsung tidak mengetahui hal yang sebenarnya.
"Ema,abang Adam tak rindu ke?"Haris sengaja bersuara gedik seperti Ema sehingga mengundang tawa Adam.
"Woi..kau ingat aku ni apa?Aku dah taubat tau..dia tu pangkat adik je bagi aku."Haris turut tertawa malah lebih kuat dari Adam.
"Hahahahahaha..baguslah macam tu.Aku tak sanggup nak ada biras macam tu."Adam tersengih mendengarnya dan dalam kepalanya sekarang adalah Ayien dan adik.'Nanti mesti rindukan diorang...haih...'bisik hati Adam mengeluh.

3 comments:

  1. tq update.. nak lagi.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. ohohoho jap lagi mesti bertemu lagi kat bandar, kan ellyana dah pindah ke bandar.

    ReplyDelete
  3. Alahai biarla adam tau cpt then biar dia susah payah pujuk alisha dgn bntuan kmbr

    ReplyDelete