Friday 9 December 2011

haKikAt CinTa 40

Ellyana keluar setelah menidurkan kedua kembarnya dan duduk di sebelah Camelia.
"Dah  tidur?"Ellyana hanya menganggukkan kepalanya.
"Sekarang aku nak kau ceritakan dekat aku sebab apa kau ambil keputusan untuk datang sini,sebelum ni bukan main payah lagi bila aku ajak...tup-tup kau telefon aku then here you are now.."Ellyana tersenyum dan dia sememangnya mahu menceritakan apa yang telah berlaku dalam masa seminggu ini.Camelia khusyuk mendengar,sesekali dia menyamuk dan selebihnya dia hanya mengangguk.
"So,dia dah jumpa abang dengan adik belum?"Camelia berminat untuk mengetahuinya namun Ellyana hanya menggelengkan kepalanya.
"Entahlah..saya kalau boleh tak mahu mereka berjumpa."Ujar Ellyana.
"Astaghfirullahaladzim...tak baik kau buat macam tu,walau jauh pun kau pisahkan mereka,mereka tetap darah daging Adam.Takkan kau nak putuskan pertalian yang sudah ditetapkan Allah."Walaupun Camelia tidak menyukai Adam namun dia merasakan tindakan sahabatnya itu tidak sepatutnya dilakukan.Ellyana terseyum sinis.
"Anak?Apa makna anak pada dia..awak dah lupa segala apa yang dia pernah buat pada saya dan kata-katanya.Sehingga anak sendiri pun dia sendiri menafikannya."Ellyana mengenggam tangannya,dia nekad yang dia takkan menangis mengenang perkara yang sudah lepas.
"Itu aku tahu...tapi kau tak kasihankan abang dengan adik ke?Aku rasa mesti ramai budak-budak kampung menghina mereka kan?Sebab mereka tak ada ayah,sedangkan ayah mereka masih hidup.Dari segala apa yang kau ceritakan dekat aku,aku tahu yang Adam sudah berubah dan dia dah menyesal akan perbuatannya.Kau kata kau dah memaafkan dia tapi kau sebenarnya masih berdendam dengan dia,sama dendam lamanya terhadap kau dahulu."Ellyana terdiam mendengar hujah Camelia yang panjang itu.Ada kebenarannya di situ.
"Aku bukan suruh kau kahwin semula dengan dia,cuma cukuplah sekadar dia mengetahui kewujudan kembar ini.Lagipun dia tak salahkan...dia pun ada hak."Ucap Camelia lagi.
"Ya memang dia ada hak,tapi dia dah lama menafikan hak itu.Saya tak nak anak saya mengetahui bahawa mereka telah dibuang oleh bapa mereka sendiri."Keluh Ellyana lagi.
"Itu dulu Isya...sekarang ni bukan ke Adam sudah  berubah."Ucap Camelia buat kali keduanya.
"Itu lagi saya takut,saya takut dia akan merampas abang dan adik dari saya kalau dia tahu yang mereka anaknya."Menungan Ellyana semakin panjang.Ingatannya kembali kepada lima tahun lepas di mana dia sudah sarat mengandung dan hanya tinggal sebulan sahaja lagi dia mahu melahirkan.Sewaktu itu Camelia menemankan Ellyana berjalan di Times Square untuk membeli barangan terakhir untuk kelahiran anak-anaknya nanti.
"Ish mak buyung ni..jalan tak ingat dunia,ingatlah sikit yang awak ni bertiga.Ni main menonong aja jalannya."Ellyana tersengih melihat Camelia yang sudah penat sebenarnya menemaninya shopping.Dia tersenyum dan bersuara.
"Arwah mak saya cakap,orang mengandung ni kena banyak berjalan,nanti senang nak bersalin."Mudah sahaja jawapannya.Camelia menggelengkan kepalanya.
"Banyaklah kau..orang lain pun banyak berjalan juga tapi tak adalah semegah kau ni.Boleh tak mak buyung kita berhenti sekejap.Kaki aku dah lenguh ni."Ucap Camelia.
"Hrm..okey tapi saya nak pergi masuk kedai sana sekejap."Terus sahaja Ellyana meninggalkan Camelia di situ.
"Ya Allah mak buyung ni,lantak kau lah..jangan terberanak dekat kedai tu sudah."Camelia hanya memerhatikan langkah Ellyana yang memasuki kedai di hadapan mereka itu.Dia ralit melihat kelibat manusia yang lalu lalang di kiri dan kanannya.Dan kali ini pandangannya tertancap kepada seseorang yang amat dia kenal.'Aduh...dalam banyak-banyak tempat ni kenaalah boleh jumpa dia ni.Mana aku nak lari ni.'Camelia gelisah,dia mengalihkan pandangannya kepada Ellyana dan selepas itu kepada lelaki yang semakin mengahampiri kedudukannya kini.Dia menjadi kalut dan sebenarnya bercampur marah namun takkanlah dia mahu membuat kecoh di situ.Dia bertambah gelisah apa bila melihat kelibat Ellyana yang tersenyum keluar dari kedai tadi.'Aku harus berbuat sesuatu.'Bisik kata hatinya.
"Aduh...perut aku sakit sangat ni,macam nak period.Jom kita balik,aku takut nanti senggugut susah pula."Camelia menghalang pandangan Ellyana dari lelaki yang semakin menghampiri mereka itu,nasiblah lelaki itu berhenti sebentar di kedai kasut.Rupanya lelaki itu tidak berseorangan,dia ditemani oleh seorang gadis yang seksi.Cepat betul dia mencari pengganti,muak pula dia melihat gelagat mereka itu.
"Ye ke..jomlah,saya pun dah tak nak beli apa-apa dah ni.Kesian pula dekat awak."Mereka berlalu menuju ke tempat parking kereta.

"Allah,Isya..kau tunggu sini sekejap.Aku lupa nak pergi bayar tiket.Nah kunci kereta.."Camelia meninggalkan Ellyana dan bergegas pergi kerana tidak mahu membiarkan sahabatnya itu keseorangan.
Sedang Ellyana berjalan menuju kearah kereta Camelia,tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang.Hampir sahaja dia terjatuh namun terasa ada tangan kasar yang memegangnya dari jatuh.Jantungnya berdegup kencang.'Syukur Ya Allah...'Dia tidak tahu apa nasibnya jika dia terjatuh tadi,dia sayangkan kandungannya.
"Are you okey mam?"Suara lelaki itu seperti dikenalinya.
"I'm okey...thanks..."Di saat dia mahu memandang wajah penyelamatnya itu,kedua-duanya terkejut dan terpana.'Ya Allah...'Suara hatinya berkata-kata.
"Huh..kau?Kalau aku tahu tadi baik aku biarkan sahaja kau jatuh.Jijik aku pegang kau."Adam menepuk tangannya yang telah memegang Ellyana semasa menyelamatkan bekas isterinya itu tanda dia benci.Bergenang mata Ellyana di saat itu.Dia harus kuat.
"What wrong honey..kenapa you lambat sangat?Who's that lady?"Seorang perempuan datang menghampiri dan memaut lengan Adam.Dia memandang Ellyana dari atas sampai bawah dan matanya tertumpu kepada perut Ellyana yang memboyot itu.
"Nothing..."Adam turut memerhatikan keadaan Ellyana yang sedang sarat itu.Hatinya tersentuh namun apabila teringat kembali kepada gambar dan cerita-cerita terbaru yang dia dapat dari sumber yang tidak pernah dia ketahui,hatinya kembali membenci.
"Huh..dah membusung kau sekarang."Adam memandang Ellyana dengan pandangan yang menjengkelkan.Perempuan yang memaut tangan Adam itu kehairanan mendengar ucap Adam itu.
"Maafkan saya.."Ellyana cuba untuk berlalu,dia tidak betah berdiri di hadapan bekas suaminya itu.
"Wait...Anak siapa yang kau kandungkan tu?"Soal Adam sengaja.Langkah Ellyana terhenti,tanpa berpaling dia menjawab.
"Soalan tu tiada kena-mengena dengan Encik."Marah Adam membuak,bengang dengan keberanian bekas isterinya itu.
"Anak luar nikah lah tu...tu yang tak nak beritahu tu.."Ucap perempuan  itu yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang mereka berdua.Yang dia tahu hanya mengikis duit Adam.
"Saya sanggup bersumpah demi Allah yang kandungan ini adalah anak saya dan suami saya."Ucap Ellyana tegas.
"Kau yakin?"Tanya Adam lagi.
"Encik lebih tahu..."
"Hei..kau jangan ingat aku ni bodoh..entah anak siapa yang kau kandung suka-suka hati kau je menuduh aku kan."Tempik Adam tiba-tiba,perempuan tadi terkejut.
"Sudahlah..saya nak balik."Tanpa sempat Ellyana meneruskan langkahnya,Adam menarik Ellyana supaya menghadapnya dan satu tamparan hinggap di pipi Ellyana.Kali ini ibu sarat mengandung itu terjatuh terjelupuk.
"Aku takkan sesekali mengaku yang itu anak aku.Faham!"Setelah itu Adam meninggalkan Ellyana yang sedang mengerang kesakitan itu.Perempuan tadi mengekori Adam walaupun da sebenarnya terkejut dan mahu menolong wanita mengandung itu.
"Ya Allah..selamatkanlah anak-anakku.."Perutnya terasa senak sekali,dia terasa seperti ajalnya semakin mendekat.Dia pasrah dan redha,pandangannya semakin kabur dan dia dapat melihat Camelia dan beberapa orang berlari menerpa ke arahnya untuk memberikan bantuan.
"Isya...mengucap..Ya Allah..."Camelia mengongoi menangisi nasib sahabatnya itu.

Adam beristighfar dan mengucap panjang,kenangan itu sudah lama berlalu namun dia teramat menyesalinya.Dia teringat semasa dia meninggalkan isterinya itu,dia mendengar bekas isterinya mengaduh kesakitan namun dipekakkan telinganya.Dia meraup mukanya berkali-kali,berfikir apalah nasib bekas isteri dan anaknya selepas kejadian itu.Dia teringat semula kata-kata wanita yang seiras dengan  bekas isterinya bahawa tidak mungkin Alisya akan menerimanya semula.



p/s:adoi...x larat dah ni...nanti kite smbung lagi ek...insya Allah esok malam pulak...tanx

4 comments:

  1. ya allah kejamnyer adam buat alisya camtu..mmg padan muka alisya x nk baik lg dgn adam..writer buat la watak lelaki baru yg boleh jaga alisha..biar padan muka adam..heheh.ter emo la pulak..

    ReplyDelete
  2. ha betul gak tu, wat watak baru sokong aisy. tp up to u la, i terima saja apa azmah tulis.

    ReplyDelete
  3. adam, kejam nye awak...klu u nak alisya blk, u kena fix everything yg dah berlaku dlm your marriage...byk betul salah u kat alisya dan twins...

    ReplyDelete
  4. erkk...kejam btul si adam..tnpa usul periksa tudh bukan2..cuba la gna otak sikit

    ReplyDelete