Friday 4 November 2011

sambungan hakikat cinta 38.....kedue...

Adam menghampiri kawasan rumah yang semakin ramai orang itu.Dia cuba untuk mencari bayangan wanita yang dijumpainya tadi namun tidak kelihatan.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melihat di belakang rumah.Akhirnya pencariannya berjaya dan sengihan terbit di bibirnya.Dia cuba mencari tempat untuk menyorok dari dilihat wanita itu.Dia mahu mencari kepastian dan apa yang pasti dia melihat ada resah di wajah itu.Adam menyorok di belakang reban ayam.Dia cuba mengendap di sebalik reban ayam itu."Alamak,busuk la pulak.Adoi...cari nahaslah aku ni."adam mengomel sendiri.Dia asyik memerhatikan wanita itu yang sedang sibuk dengan kerjanya."Ya Allah rindunya aku dengan dia...kalaulah itu dia,dah lama aku bawak balik KL..."Ucap Adam tanpa sedar.

Ellyana mengangkat wajahnya mencari-cari sesuatu,dirasakannya ada orang yang sedang memerhatikannya dan memanggil-manggil namanya.
"Mak Leha ada panggil Yana ke?"Soal Ellyana kepada Mak Leha.
"Tak ada...aok ni kenapa Yana?Pelik Mak Leha tengok aok ni.."Ujar orang tua itu.
"Tak ada apalah Mak Leha..Yana macam dengar ada orang panggil Yana."Ucapnya jujur.
"Orang kat depan nu kot..Entah,Mak Leha tak dengar apa-apa pon.Aok ada dengar Anom?"Soal Mak Leha kepada rakan di sebelahnya.
"Tak ada pulok koi dengonye..."Jawab Anom.
"Tak apalah Mak Leh,Kak Anom...perasaan Yana je tu.."Dia kembali dengan tugasnya.Matanya terasa pedih kerana mengupas bawang yang terlalu banyak itu.

"Alahai...ni yang aku benci ni.Kenapalah kau boleh berak kat sini ayam oi..."Agaknya kalau ayam tu boleh jawab mesti ayam t cakap "Suka hati akulah ni reban aku,yang kau menyibuk dekat sini buat apa?"Adam geli dengan tangannya yang terkena tahi ayam itu.Sedang dia sibuk mencari sesuatu untuk mengesat tangannya,ayam-ayam di reban itu mengokok kuat,mungkin marah dengannya.

"Apasal dengan ayam-ayam Melah tu?Jangan-jangan ada ular sawa tak?"Mak Leha bersuara.Mata mereka semua menghala ke arah reban ayam Mak Cik Milah.
"Cuba aok pergi tengk nuh Atan.."Arah Mak Leha.

"Woi ayam...diamlah..."Jerit Adam perlahan dan dia gabra apabila semua orang memandang ke tempat dia bersembunyi sekarang.'Macam mana aku nak lari ni?'Bisik kata hatinya.

"Hoi..kamu ni siapa?"Jerkah seorang lelaki kepada Adam.Terkulat-kulat Adam apabila dirinya ditarik keluar oleh lelaki yang dipanggil Atan itu.
"Mak Leha...ni pencuri ayam ni."Jerit Atan.'Hah!Muka aku ni dia panggil pencuri ayam?'
"Bu...bu..bukan...saya bukan pencuri ayam pak cik..."Jerit Adam.

5 comments:

  1. hahaha padan la muka,awat la hng p menyelit kat reban ayam tu?pokok takdak ke adam oiiii...
    ha sambung sambung azmah...

    ReplyDelete
  2. hahahha..kan dah kene tuduh jdik pencuri ayam..

    ReplyDelete
  3. muke da ensem tp kene tuduh pncuri ayam pulak..
    lau tokey ayam okla lg..
    hihihi

    ReplyDelete
  4. adehh...2 lar kan dah kena cop pencuri ayam..adam ..adam..

    ReplyDelete