Monday 19 September 2011

sambungan hakikat cinta 34.....

Duduknya serba tak kena.Jam di tangan ditatapnya malah tidak cukup dengan itu jam didinding juga dikerlingnya.
"Aduh..apesal lambat sangat mama dengan papa ni.."Adam berdiri di hadapan pintu rumahnya,dia sudah tidak sabar untuk mengetahui suara siapa yang didengarnya hari itu.Deruman bunyi kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumahnya membuatkan Adam terus bangun dan menuju ke arah kedua orang tuanya.
"Aik..sejak bila kamu tiba-tiba tunggu kami balik ni?Tak pernah-pernah papa tengok...kamu demam ke Am?"Dato' Mustaffar menyakat walhal dia tahu hal yang sebenarnya itpun setelah isterinya bercerita kepadanya tadi.
"Alah papa...tak salahkan kalau Am nak tunggu mama dengan papa balik.."Adam mengangkat beg-beg mama dan papanya masuk.
"Memang tak salah..tapi macam ada something tak kena je ni."Datin Zulia pula bersuara,dia sudah bersedia untuk menjawab soalan yang bakal ditanya oleh anaknya itu.
"Mama..."Adam pantas menarik tangan mamanya dan duduk di sofa.
"Hari tu,suara tu...Alisya kan?"Tiba-tiba wajah Adam bertukar sayu,dia benar-benar mengharap bahawa suara yang didengarnya itu adalah bekas isterinya.
"Apa yang kamu merepek ni Am?Kamu ni dah angau ke?Itu suara orang lainlah..malam tu papa bawak mama pergi makan dekat sebuah restoran ni,masa mama tengah berborak dengan kamu budak perempuan tu lalu belakang mama then she was talking to her mama...so,Am sebenarnya dah salah dengar ni."Datin Zulia mengurut belakang bahu anaknya.'Maafkan mama Am...bukan niat mama nak menipu Am..tapi itu semua kehendak Yana..satu hari nanti kamu berdua pasti akan bertemu.'Suara hati Datin Zulia kedengaran sayu menahan tangisan.
"Habis...kenapa mama macam cuba mengelak dari Am masa Am cakap dia tu Alisya?"Adam masih tidak berpuas hati.
"Oh..masa tu ada orang kawan lama papa datang jumpa kami.Tu yang mama terus offkan phone tu..betulkan bang?"Datin Zulia cuba meminta pertolongan dari suaminya.
"Betul tu Am..Am ni dah salah orang ni."Wajah Adam kembali monyok,harapan yang disangkanya boleh membant rupa-rupanya khayalan semata-mata.Dia percaya bahawa mama dan papanya tidak akan menipunya.
"Kalau macam tu tak apalah...Am cuma tanya sahaja.Manalah tahu kalau-kalau mama dan papa ada jumpa dengan Alisya.Am naik dululah mama,papa.."Langkahnya lemah,selemah dirinya tatkala mendengar jawapan yang dinantikannya itu bukanlah seperti yang diharapkannya.
"Am..papa sebenarnya ada projek untuk Am.."Adam berpaling.
"Projek apa papa?"
"Nanti kita discuss...just nak beritahu Am yang projek tu dekat Raub..."Adam hanya mengangguk dan berlalu pergi.Tidak ingat apa-apakah dia pasal Raub?
"Bila abang ada buat projek dekat sana?Zu tak pernah dengar pun..."Datin Zulia bertanya namun Dato' Mustaffar hanya tersenyum menyimpan rahsia.

"Macam ni Am..papa sebenarnya  mahu beli tanah di Raub.Jadi papa mahu Am dan Haris pergi tengok dan cari tanah yang sesuai."Syarikat Haris kini sudah bergabung dengan syarikat mereka.Sudah lama Haris menyepi bersama Lisa.Kini mereka sudah mempunyai sepasang anak,dan sedang menunggu yang ketiga pula keluar.
"Buat apa papa nak beli tanah jauh-jauh macam tu?"
"Saja..papa ingat papa nak bat rumah di sana.udara disana sejuk,tenang, dan aman...papa rasa elok kalau mama dan papa habiskan masa tua kami di sana."Jelas Dato' Mustaffar lagi.Sememangnya dia memang mahu tinggal di kampung.
"Habis rumah ni?"Soal Adam pelik.
"Sekali sekala kami baliklah sini.Lagipun Am kan ada..."
"Ikut suka papalah..tapi Raub tu dekat mana pulak?"
"Ulu Dong..."Adam merasakan dia seperti pernah mendengar nama tempat itu.'Sah!sana ialah kampung Alisya.'
"Tapi..kenapa dekat sana juga papa pilih?"Dulu Adam pernah mencari Alisya disana namun tidak ketemu.Dia juga pernah pergi ke rumah Mak Pah tetapi dihalau oleh abang angkat Alisya.
"Saja...lagipun,mungkin disana nanti Am akan dapat jumpa dengan apa yang Am cari selama ni.."Senyuman papanya tidak dapat ditafsirkan.Dia sekadar mengangguk bersetuju.
"Papa nak Am pergi esok juga...papa dah beritahu Haris hal ni..."Adam terkejut.
"Cepatnya?"
"Lagi cepat lagi bagus..."Sekali lagi senyuman Dato' Mustaffar menyimpan seribu makna.
"Habis...office?"
"Papa take over for one week.."
"What?One week?Lamanya papa..."Keluh Adam.
"Tak apa..sambil-sambil tu Am bolehlah berehat..."Adam mengiakan sahaja.

2 comments: