Monday 19 September 2011

haKikAt CinTa 35

"Adam...kau tahu ke jalan nak pergi sana?Dari tadi aku tengok kau ni tertoleh-toleh..kalau susah-susah sangat kita berhenti tanya orang..Aku da fed up ni,dari tadi kau asyik pusing kat tempat yang sama.Aku rasa dah dekat lima jam kita duduk dalam kereta ni.Perut aku pun dah memberontak ni."Haris membebel panjang.
"Alah...sekejap la...aku ingat jalan ni.Cuma aku dah tak berapa nak cam sangat."Tegas Adam.
"Hah...tulah jawapan kau daripada tadi.Apa kata kalau kau berhenti dulu dekat kedai makan depan tu.Aku dah tak tahan lapar dah ni."Gertak Haris.
"yelah-yelah...kau ni,perut dah boyot macam tu pun lapar lagi?"Soal Adam berjenaka.
"Aish..ni boyot bukan sebarang boyot..ini boyot anak nak masuk tiga punya...hahahahaha.."Tawa mereka meletus di saat Haris menunjuk tangannya ke perut.Sememangnya perutnya kini semakin membesar sehingga hampir hilang ketampanannya.
"Kau ni Haris...tak nak ke kuruskan badan kau tu?Tak kisah dah ke hilang gelaran lelaki kacak?"
"Huih...tak apalah..aku sayang anak bini aku..Lagipun Lisa yang tak bagi.Dia kata nanti aku cari lain...hahahahaha..."
"Ada-ada ajelah kau ni...dah jomlah..tadi kata lapar sangat.Jom aku belanja."
"Ha...ni yang aku nak dengar ni.."Mereka berjalan seiring menuju ke arah kedai makan di kampung itu.
"Ye bang..nak makan apa?'Soal seorang budak lelaki yang ingin mengambil pesanan mereka.
"Lauk apa yang tinggal sekarang ni dik?"Haris menyoal dahulu.Nampak sangat yang dia sememangnya lapar.
"Lauk semua dah habis bang,tapi kalau abang nak masakan panas dah ade..sebelum tu,abang-abang ni nak minum apa ya?"Soal budak lelaki tadi...
"Bagi abang orange juice.."
"Abang pulak, nescafe suam ya.. "
"Kak Yana...orange juice dengan nescafe suam satu..Makan apa bang?"Jerit budak tadi.
"Boleh kau minum nescafe panas-panas macam n?"Soal Haris.
"Aku nak jaga badan.."Ucap Adam mengndang tawa mereka.
"Ni dik..bagi abang berdua ni nasi goreng kampung,sotong goreng tepung dengan sambal sekali ya."Budak lelaki tadi berlalu pergi.
"Aku rasa dulu tak ada lagi kedai ni."Ucap adam.
"Alah kau ni...masa berubah,manusia berubah..kampung pun mestilah berubah juga."
"Patutlah aku dah tak berapa nak cam jalan sini.Banyak sangat perubahannya."Ucap Adam lagi sambil matanya merayau melihat sekitar kampung itu.
"Sebab tulah papa kau nak beli tanah dekat sini.Lepas ni kita cari surau atau masjid,solat dulu.Aku dah penat ni."
"Yelah.."Mata adam terpandangkan sepasang kembar yang ingin melintas jalan.Gayanya seperti mahu menuju ke kedai itu.
"Bang...ni airnya.."
"O...terima kasih dik..."serentak mereka bersuara.Matanya kembali kepada kembar yang sudah berada didalam kedai makan itu.
"Abang Ucop..mama mana?"Soal kembar perempuannya.
"Mama korang dekat dalam..."Budak lelaki yang bernama Ucop itu menggamit mereka berdua ke dalam.
"Comel kan...teringat pulak aku dekat anak-anak aku.."
"Ah kau...baru lima jam dekat sini kau dah rindukan mereka."Sengih Adam.
"Aish...of course...dorang kan anak-anak aku.Kau pun kalau ada anak nanti merasalah macam aku ni."Mendengar sebutan anak di bibir Haris,dia teringat adakah Alisya mengandung selepas perbuatannya itu.
"Hoi...minumlah..."Sergah Haris,dia tahu sepupu isterinya itu teringatkan kisah lama.Adam tersentak,dia pernah merasa air itu.Seperti air yang selalu dibuatkan oleh Alisya,air kegemarannya.
"Adik...siapa yang buat air ni?"Soal Adam tiba-tiba sehingga mengundang tanda tanya antara Haris dengan Ucop.
"Kenapa bang?Air ni tak sedap ke?Atau abang nak tukar?"Muka Ucop cuak.
"Bukan...abang just nak tahu siapa yang buat air ni?"Soal Adam lagi.
"Kenapa dam?"Haris menggoncangkan bahu Adam.
"Kak Yana yang buat..tapi dia dah balik dengan anak-anak dia tadi."Jawab Ucop jujur.
"Kau ni kenapa?Macam orang tak betul dah aku tengok.Malulah..semua orang pandang."Ucap Haris.
"Maaf ya dik..."Adam menunduk.
"A..air ni macam air yang Alisya selalu buatkan untuk aku."Ucap Adam.Haris terkejut.Dia sebenarnya tahu rancangan Dato' Mustaffar menyuruhnya menemani Adam ke Raub.'Yana?Ya Allah...itukan panggilan Alisya sekarang.Maknanya tadi tu anak mereka?'Haris teringat segala cerita Dato' Mustaffar kepadanya namun dia bersyukur yang Adam tidak berjumpa lagi dengan Alisya.Namun kembar itu,memang ada seiras mereka berdua.Kenapalah dia tidak cam dari tadi.
"Ah kau ni..merepek ajelah.Bukan ke kau jugak yang kata Alisya tak balik ke kampung ni?"
"Entahlah..."Ucap Adam lemah...hilang seleranya untuk makan.
"Lagipun kauu dengar kan budak tu tadi sebut Yana bukannya Alisya."Ujar Haris lagi.

2 comments:

  1. wah berdebar ni.cpt2 nak lagi.

    ReplyDelete
  2. wahh...pdn muka adam, dlu suka2 jek halau alisha..sian die..suke btul tgk kmbar die..msti adam trkejut klu tau die ade ank..bestnyer!!!

    ReplyDelete