Wednesday 29 June 2011

hakikat cinta 23

"Aish..apa yang perlu aku buat sekarang ni..bosanlah macam ni."Alisya tidak senang duduk,ke hulu ke hilir menawaf office Adam itu.
"Apa kata kalau aku tolong kemaskan meja dia?Taklah aku bosan sangat."Alisya mendekati meja Adam."Hurm..dah kemaslah pulak.Argh...tensionnya aku macam ni!"Jerit Alisya kuat tanpa menyedari Adam sudah berada di dalam officenya.
"Kau ni kenapa menjerit?Dah nak jadi tarzan ke?"Alangkah terkejutnya Alisya dengan sergahan Adam yang tiba-tiba.'Bila pula dia ni masuk?'
"Aa..saya bosanlah En.Adam.."Alisya menunduk malu.
"Bosan??"Adam menghampiri isterinya itu.Alisya yang menunduk tidak perasan bahawa Adam sudah berada betul-betul di hadapannya.
"Aku ada satu tugas untuk kau."Ujar Adam sambil menunduk sedikit mencari wajah Alisya.Bunyinya seperti ada idea nakal untuk mengenakan Alisya.
"Apa dia En.Adam.."Alisya mendongakkan kepalanya.
Cup!!
Satu kucupan hinggap di bibir Adam.Alisya malu,Adam tersenyum menang.
"Apa ni En.Adam?"Alisya  menolak tubuh Adam supaya menjauhinya.Debaran di dada semakin kencang.
"Hahahaha...itu tugas kau..hutang yang pertama dah selesai..yang kedua nanti aku minta."Walaupun dia ketawa namun jantungnya bagai hendak pecah disaat bibir mereka bertemu.Memang dia sengaja mengenakan Alisya kerana dia geram melihat bibir mungil yang merah tanpa dicalit sebarang gincu.
"En.Adam jangan ingat saya ni perempuan murahan.Saya..."
"Aku tak cakap pun..salah ke kalau aku buat macam tu.Kau bukannya orang lain.Kau kan isteri aku,aku ada hak..malah kalau aku nak lebih pun boleh."Sambil tersenyum dia duduk di kerusinya.Alisya sedikit tersentakdisaat Adam mengakui dirinya sebagai isteri.Dia terharu namun bengang dengan Adam yang suka mengambil kesempatan.
"Am I your wife?Since when En.Muhammad Adam Shauqi bin Dato' Mustaffar?"Hah..ini dia,kalau dia dah marah,habis disebutnya nama penuh Adam.Adam tersengih.'Makin kau marah,makin aku suka kacau.So sweet..hehehehe.'Dia memerhatikan sahaja wajah Alisya yang sudah kemerahan itu.Sebenarnya Adam sengaja mengusik Alisya supaya isterinya itu tidak lagi mengingati peristiwa yang berlaku di tempatnya.
"Ish..orang tengah bercakap dengan dia,boleh pulak dia berangan lagi.En.Adam!!"Jeritan Alisya kali ini mengejutkanAdam.
"Kau ni kenapa?Asyik menjerit je.."Gumam Adam.Pelik benar dia kerana dulu Alisya tidak pernah meninggikan suara.Mungkin ke ini semua effect daripada kejadian itu.Kalau betullah,dia mahu mencari lelaki yang telah mengubah isterinya itu menjadi garang seperti ini.Tapi macam ni lagi seronok.Kan,kan,kan...
"Ish..bencilah saya bercakap dengan tungguk kayu ni.Buat habis air liur je."Alisya berpeluk tubuh,dia sendiri tidak tahu mengapa mulutnya sekarang boleh jadi selancar itu,namun apa yang pasti semua itu adalah kerana Adam.
"Ewah-ewah..berani kau kata aku ni tunggul?Dah tak sayang mulut ke?"Geram juga Adam medengar bebelan Alisya,dah imitate mama dah.Adam bangun menghampiri Alisya.
"Memang betul pun.Lantak sayalah..ini mulut saya,bukan mulut...."Sekali lagi ayatnya tergantung.Kali ini bibirnya dipagut kemas oleh Adam.Alisya terkedu,sedaya upaya dia menolak Adam dari dirinya.Lemas dia apabila diperlakukan seperti itu.Adam melepaskan Alisya dengan senyuman yang puas.Geram dia melihat mulut itu asyik membebel.Tindakannya juga sebenarnya spontan namun apabila Alisya menolaknya dia tersedar tapi takkanlah dia nak melepaskan peluang pula.
"Dah puas bercakap?Dari tadi pot pet je..tak penat ke mulut tu?"Alisya mengesat mulutnya.marahnya semakin membara.Terasa dirinya kotor yang teramat.Matanya pula semakin merah tanda mahu menangis.Kalut Adam apabila melihat ada juraian air mata yang mengalir di pipinya.
"Puaskan hati En.Adam sekarang ni?Apa salah saya dengan En.Adam..saya benci En.Adam!"Alisya keluar dari situ dengan juraian air mata tanpa memperdulikan semua staff yang memandangnya.
"Wait..Alamak,apa yang aku dah buat ni?"Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aduh..bodoh..bodoh..kenapa aku buat macam tu?"Adam memegang bibirnya,selepas itu dia memegang dadanya pula.Denyutan jantungnya tidak seirama,seolah-olah telah dibawa lari bersama Alisya.
"Aku dah parah..Syafiq..tolong aku..aku tak berdaya nak teruskan niat aku.."

2 comments:

  1. best..best..cepat smbg...x sbr nak bca next episode

    ReplyDelete
  2. tanx..huhuhuhu..ikutkan pale da blank da ni..

    ReplyDelete