Adam hanya tersenyum memandang gadis itu.Manakala Alisya seolah-olah tidak percaya melihatnya kerana belum pernah Adam senyum kepada perempuan terutamanya.
"Apa yang En.Adam merepek ni?Selama ni saya pergi sendiri je,saya tak mahu tumpang En.Adam."Akhirnya Alisya bersuara apabila Adam sudah duduk di sebelahnya namun dia tidak langsung memandang suaminya itu.
"Hah..ada pun suara,ingatkan dah bisu tadi?"Ujar Adam sinis.
"En.Adam ni kenapa suka sangat nak sakitkan hati saya?Sudahlah,saya malas nak bergaduh dengan En.Adam,lebih baik En.Adam pergi dulu."Alisya sudah berdiri,dia tidak betah duduk bersebelahan dengan Adam.
"Salah ke kalau aku tumpangkan kau pergi kerja.Lagipun kau kerja dengan aku kan.Kau ni memang tolak tuahlah."Adam memandang isterinya geram,entah kenapa dia susah untuk memarahi Alisya walaupun selepas kejadian itu berlaku,sikap Alisya semakin kasar dengannya.Dia sendiri bingung.
"Saya tak menolak tuah En.Adam.Saya tak mahu menyusahkan En.Adam,lagipun bukan ke dulu memang saya naik bas."
"Kau ni degilkan.Sudah..jom ikut aku sekarang."Adam bangun dan menarik tangan Alisya menuju ke keretanya.Penunggu bas yang lain terkedu dengan tindakan Adam menarik tangan gadis itu.Alisya meronta tidak mahu menaiki kereta Adam.
"Hoi sedara..kalau dah dia tak nak tu tak payahlah nak paksa-paksa."Tiba-tiba kedengaran satu suara menegur.Langkah Adam terhenti apabila tangannya ditepis oleh seseorang.
"Kau ni siapa nak menyibuk hal aku ni?"Adam mula berang manakala Alisya terpaku seketika.
"Tak baik tau buat kaum wanita macam ni."Suara itu menegur.
"Ikut suka hati akulah..dia ni isteri aku.Kenapa?Kau jangan ingat kau nak try dia.Kang aku debik baru tahu."Adam bersuara geram.Merah mukanya menahan marah.Lelaki itu mengangkat tangan meminta maaf.Baru ingat nak jadi hero,fikirnya.
"Ooh..sorry-sorry..tapi sedara..kalau ye pun takkanlah sampai nak buat drama pagi-pagi dekat sini."Lelaki itu bersuara lagi.
"Lantak akulah nak buat drama pagi ke,petang ke,malam ke.Kau sibuk kenapa?"Adam semakin bengang dengan lelaki itu.Nanti ada juga yang kena penumbuk ni.Alisya pantas menarik Adam masuk ke kereta.Dia tidak mahu Adam memanjang-manjangkan pergaduhan.
"Sudahlah..saya naik dengan En.Adam.Terima kasihlah encik.Saya minta maaf sebab menyusahkan semua.Jom."Adam kembali tersenyum apabila Alisya menarik tangannya pergi.Rasa marah hilang sama sekali.Adam masih lagi bengang semasa mereka di dalam kereta.
"Siapa lelaki tu?"Adam menyoal Alisya dengan tiba-tiba.Berkerut-kerut kening Alisya dibuatnya.
"Lelaki mana?"
"Ah..kau jangan nak buat bodohlah.Lelaki yang tahan aku tadi.Nasib baik tak kena debik dengan aku tadi."
"Dia tak ada kena-mengena dengan saya."Ujar Alisya geram.
"Yelah tu..kot-kot dia tu scandal kau kan?Patutlah aku ajak naik kereta dengan aku kau tak nak.Dah ada jantan lain rupanya.Adam menghentak stereng keretanya.Entah hantu apa yang merasuknya disaat itu.
"En.Adam jangan nak tuduh saya sembarangan.Saya sedar siapa saya.Saya ni isteri orang,takkanlah saya nak menjatuhkan maruah saya sendiri.
"Kau isteri siapa?"Soal Adam pula,kali ini kemarahannya dapat dikawal.
"Isteri En.Adam lah..ups..."Alisya pantas menutup mulutnya.Adam tidak dapat menahan tawanya lalu tertawa melihat telatah Alisya yang mencuit hatinya.Suka benar dia melihat wajah Alisya yang kemerahan itu.Lalu dia menyentuh pipi Alisya perlahan.Alisya terkedu dengan tingkah Adam yang tiba-tiba.Tangannya pantas memegang pipinya yang disentuh Adam.Ini kali kedua Adam menyentuh pipinya selepas di kampungnya dulu.Senyuman Adam semakin melebar sehinggalah mereka tiba di pejabat.Alisya menoleh ke tepi tingkap lalu dia turut tersenyum bahagia.
No comments:
Post a Comment