Friday 17 June 2011

hakikat cinta 20

’Adam perasan perbahan wajah Alisya yang tiba-tiba mendung.Dia menggelabah mencari idea untuk menenangkan Alisya.
“Erk..ha aku nak cakap sesuatu ni dekat kau.Mulai hari ini,saat ini,detik ini dan waktu ini..kita kawan????”Adam menghulurkan tangannya.Alisya memandang Adam pelik.Punya banyak ini da...
“Maksud En.Adam?”Keningnya terangkat sedikit.Mungkin lelaki ini ada rancangannya yang lain.
“Kawan..ehem..maksud aku kita cuba perbaiki hubungan kita dengan menjadi kawan.Mungkin dengan cara tu boleh melupakan kebencian aku dekat kau.Siapa tahu?”Alisya berfikir samada dia perlu mempercayai Adam atau tidak namun dia melihat ada kesungguhan di mata suaminya.
“Woit..cepatlah..dah naik lenguh tangan aku ni hah..”Adam mengeluh.Akhirnya Alisya bersetuju dan menyahut huluran Adam.Dada mereka bergetar hebat di saat kedua-dua tangan mereka bertaut.’Argh..kata nak berbaik tapi cakapnya masih lagi kasar..mungkin memang perangai dia macam ni kot..’hati Alisya berbicara.
“Friend?”ujar Adam sambil mencari anak mata Alisya.Soalan Adam dibalas anggukan Alisya.
“Okey..sekarang aku nak tidur,and one more thing..aku rasa tak perlulah kau pakai tudung bila dalam bilik ni.Lagipun aku bukannya orang lain,suami kau jugak.”
Fulamak!!dah mengaku suamilah pulak.Alisya tersentak,selama ini Adam tidak pernah langsung mempersoalkan hal tudungnya.
“Tak payah kau nak sorokkan dari aku.Aku dah nampak dah...”ujar Adam sambil berbaring menghadap isterinya yang masih lagi berdiri tegak macam patung itu.Suka benar dia melihat kerutan di wajah Alisya,seolah-olah dia sedang melihat lawak jenaka di televisyen.Tiba-tiba dia bangun,niatnya untuk menyakat Alisya.
“Ataauuu kau nak aku tolong bukakan?”Pantas Alisya menghadiahkan jelingan tajam kepada suaminya.’Apa kena dengan hantu singa kepala kambing ni?Dah buang tabiat ke apa ni?Aku rela dia mengamuk daripada menggatal macam ni..mak!!tolong Alisya...’Menggeletar tubuh Alisya di saat Adam semakin menghampirinya.
“En.Adam..saya keluar sekejap.”Alisya berlalu keluar dari bilik,tidak sanggup dia duduk lama-lama di situ.Ketawa Adam meletus,tidak disangkanya Alisya akan ketakutan seperti itu.Hati dan dirinya lebih tenang dengan perasaannya kini berbanding sebelum ini.Mungkin kejadian yang menimpa Alisya memberi hikmah kepada hubungan mereka.

“Morning papa,mama..”
“Hm..morning..Alisya mana?Tak breakfast sekali?”Datin Zulia tercari-cari menantunya.
“Oh kejap lagi dia turun..dia tengah bersiap.”Adam mengucapkan terima kasih kepada Mak Long setelah wanita itu menuangkan air untuknya.
“Bersiap?Dia bersiap nak pergi mana?”Hampir tersembur tawa Adam melihat kerutan dan kekaltan di wajah ibunya.Jelas sekali orang tua itu menyayangi isterinya.
“Mama..mama...dia nak pergi kerjalah..nak pergi mana lagi?”Ujar Adam sambil menggelengkan kepalanya.
“Kerja?Kan dia baru je keluar..”
“Alah..biarkan dia,biar dia lawan trauma dia..kalau dia terperap je kat rumah ni nanti lambat untuk Alisya pulih.”Adam mengangguk mengiakan papanya.
“Abang ni asyik biar-biar..saya risaulah..”
“Mama jangan risau..Alisya tak apa-apa..”Alisya bersuara apabila dia mendengar namanya menjadi tajuk perbualan pada pagi itu.
“Betul kamu tak apa-apa?”Datin Zulia masih tidak berpuas hati.
“Mama don’t worry..Adam ada,Adam akan jaga isteri Adam.”Terencat rasanya tatkala Adam menggenggam tangannya erat.Pandangan mereka bertaut,Alisya gelisah lantas menarik tangannya perlahan.
“Ha yelah..kamu tu Adam..jangan dibuat lagi perangai sebelum kamu kahwin t.Ingat sikit yang kamu tu dah ada isteri,dah ada tanggungjawab.”Hah!Ambik...ceramah free daripada Datin Zulia buat anak kesayangannya.
“Iyelah mama...”
“Mama..papa..Alisya pergi dulu..”
“Eh kamu tak nak makan ke?”Dato’ Mustaffar bersuara.
“Tak apalah papa..Alisya puasa hari ni...Alisya pergi dulu.”Alisya berlalu selepas bersalam dengan kedua-dua mertuanya.
“Papa mama..Adam pun pergi dulu.”Kalut Adam yang cuba menyaingi isterinya namn dia terlambat kerana Alisya sudah keluar.
“Pak Long ada nampak isteri saya?”Adam bertanya.
“Dia dah keluar..kenapa tak pergi sekali?”Adam hanya tersenyum.Macam mana dia nak jawab sedangkan dari mula-mula kahwin lagi mereka tidak pernah naik bersama.
“Tak apalah Pak Long..Adam pergi dulu..Assalamualaikum..”Dia perlu cepat mengejar Alisya.Dia tahu isterinya itu akan menunggu bas berhampiran dengan rumah mereka.Kalau dulu dia buat-buat tidak nampak akan kelibat Alisya di bus stop itu sedangkan haluan mereka sama.Namun kini tidak lagi,dia tidak mahu Alisya jauh darinya.Dia tidak mengerti mengapa hatinya boleh selemah itu apabila melihat Alisya terlantar di Hospital.Dendam masih ada namun dia mahu melupakannya buat masa ini.Adam mendapat akal untuk mengenakan Alisya.
Pin!Pin!
Bunyi hon yang sangat kuat menarik perhatian semua yang berada di bus stop tidak terkecuali Alisya.Bukan main terkejutnya dia apabila melihat kereta dan pemandunya amat dikenali.’Apa mamat singa ni buat?’Kali ini Adam berhenti betul-betul di hadapan Alisya.
“Hai cik adik yang pakai tudung warna pink tu..jom abang tumpangkan.”Masing-masing yang bertudung memandang tudung mereka.Alisya menjadi jelik dengan sikap mereka yang kelihatan hampa melihat warna tudung mereka tidak seperti yang disebutkan oleh si pemandu.Kali ini kening Alisya terangkat apabila mereka semua memandangnya.Mana taknya,hanya dia seorang sahaja yang memakai tudung berwarna pink.Merah mukanya menahan malu dan juga marah.Marah dengan sikap Adam yang tiba-tiba menggatal itu.Kali ini Adam turun pula.Mereka semua seperti tertarik dengan kekacakan dan gaya Adam itu.Ceh,kacaklah sangat.Dalam hati Adam,dia sebenarnya mahu tergelak yang teramat.Kelakar dengan muka Alisya yang mencuka dan gelagat penunggu bas wanita yang lain.Sudah lama dia tidak berperangai buaya seperti ini.Ternyata dia masih lagi laku.Cheewah.
“Hai..sorang je,jomlah abang tumpangkan.”Adam berdiri di hadapan Alisya.Suka dia apabila Alisya menundukkan mukanya malu.
“Bang..kalau dia tak nak..saya nak.”Tanpa segan silu seorang gadis bersuara.Adam memandang gadis tersebut.’hm..cantik..tapi tak tahu malu,perempuan macam ni senang sangat kena tipu dengan lelaki.’Hatinya bermonolog.Adam hanya tersenyum.Malas untuk dia bersuara dengan perempuan sebegitu.Sudah ramai perempuan seperti itu yang dia jumpa,namun dia bukanlah jenis yang kaki perempuan.

2 comments:

  1. salam..baru jumpa blog hakikat cinta.lama da cari..tapi kan,mana episod 1?xkan terus stat epi 20 kut?

    ReplyDelete
  2. salam...hehehe...yg episod 1 awk kne la bce dkat penulisan2u yek...coz sye x save coz laptop lme rosk tnpe smpt sye nk save hakikat cinta..

    ReplyDelete