“Dia dah datang
tu..syyy..”Senyap terus Azman waktu itu,tersenyum-senyum memandang wajah gadis
yang sudah lama bertakhta dihatinya ini.Tak sabar rasanya nak mengikat gadis
itu menjadi miliknya buat selama-lamanya.
“Sorry lambat..”Tunduk
sahaja lagak si Bazlaa Aina ini,masih lagi malu barangkali.
“Kau berak batu
ya..”Mulut Pa’an memang cakap main lepas je,kalaulah dia sekarang duduk di
sebelah sahabatnya itu mahu berbekas lengannya.Azman tersengih,malas nak masuk
campur antara dua sahabat ini.Matanya meliar melihat gelagat
pengunjung-pengunjung yang lain sibuk bershopping.Dalam ralitnya dia
memandang,matanya tertangkap kepada satu pasangan yang berlalu jauh di
hadapannya.Rasanya dia kenal dengan pasangan tersebut,langsung tidak dihirau
tiga wanita itu bertekak di hadapannya.
“Kau pandang siapa tu
weh?”Pa’an bertanya setelah kata-katanya tadi tidak dilayan oleh Azman.Pa’an
pun mencari apa yang dipandang oleh Azman.Hartini dan Bazlaa Aina serentak
berpaling ke tepi.Setelah dapat menangkap apa yang dipandang oleh Azman
itu,Pa’an terus terdiam dan duduk menunduk.Mata yang hampir bergenang dilarikan
dari sesiapapun agar tidak kelihatan.Hartini dan Bazlaa Aina pula berpandangan
sesama sendiri sebelum mencari wajah Pa’an yang tertunduk itu.
“Eh..tu senior kita
kan?Hilman kalau tak salah aku,dia yang selalu cari gaduh dengan kau dulu
tu.Sebelah dia Annisa kan?Wah..lama diorang couple ya.Aku nak jumpa dengan
dialah..”Azman yang mahu bangun dihalang serentak oleh Bazlaa Aina dan Hartini.
“Kenapa?”Pelik dia
melihat mereka bertiga ini.
“Jangan…please,kita
balik.”Rayuan mendayu Pa’an menjadikan Azman semakin tertanya-tanya apatah lagi
dia melihat wajah ceria sahabat lamanya ini bertukar mendung dan matanya
seakan-akan dilinangi air.’Apa kaitan Pa’an dengan Hilman?Kenapa dia terkejut
sangat?Aku mesti terlepas sesuatu ni..tak apa,nanti aku boleh tahu juga.’
“Yalah…jom kita
balik.”Hartini menyokong ayat Pa’an itu,tidak sanggup rasanya dia melihat
sandiwara Hilman bersama Annisa sedangkan sahabatnya ini terluka.
“Okay…betul tak nak
beli apa-apa dah ni?”Azman bertanya lagi,sebenarnya belum puas lagi untuk dia
berborak dengan mereka,apatah lagi menatap wajah buah hatinya ini namun
terpaksa jua dia ikutkan permintaan Pa’an itu.Hanya gelengan yang dibalas oleh
ketiga mereka akan soalannya tadi.Pelik.
“Kalau macam tu..aku
hantar korang sampai dekat parking jelah ya.Aku ada benda yang nak dibeli
nanti.”Azman melihat jam ditangannya baru pukul sembilan empat puluh lapan
malam.Sempat lagi untuk dia shopping barang dapur rumahnya sekejap lagi.
“Sorry..”
“It’s okay..”Maaf
Bazlaa Aina dibalas semula oleh Azman,yang pasti dia mesti korek cerita dari
kekasih barunya ini.
“Careful..assalamualaikum.”Lambaian
Azman hanya dibalas oleh Bazlaa Aina sahaja.Pa’an pula masih mendiamkan
diri,langsung tidak bersuara.Sesungguhnya ingatannya kembali kepada perbualan
mereka petang tadi.Pasti mereka berdua sedang mencari barang persiapan
perkahwinan mereka nanti.Sebuah keluhan berat dilepaskannya.Hartini yang sedang
memandu menjelingnya kehairanan.Dalam hatinya tertanya-tanya adakah Pa’an
mencintai Hilman manakala Bazlaa Aina sudah dapat tangkap maksud keluhan Pa’an
itu.Dia sebenarnya kecewa kerana cintanya yang terlalu lama kepada Hilman tidak
berbalas.Kenangan hitam itu membuatkan Pa’an seboleh-bolehnya membuang perasaan
yang dinamakan CINTA kepada mana-mana lelaki.Dan sekarang perasaan itu kembali
wujud buat orang yang sama.Mana mungkin dia boleh menjadi sekuat dulu,dirinya
ditimpa pelbagai masalah yang direkanya sendiri.Selepas ini dia tidak tahu apa
nasib sahabatnya ini.
Azman mengekori
langkah kedua pasangan yang dia kenal itu.Hilman kelihatan gembira di samping
kekasihnya itu.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan senior dia ini.Kalau masa
kecil dulu dia selalu takut dengan lelaki ini sehinggalah kedatangan Pa’an ke
sekolahnya barulah dia mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan seniornya
ini.Perkara sudah lama berlalu,takkanlah mereka masih bermusuh lagikan.Tak
salah agaknya kalau dia bertegur sapa dengan bekas musuh mereka ini.
“Assalamualaikum…”Azman
menegur mereka yang sedang sibuk memilih ais-krim.Serentak keduanya berpaling.
“Hai..remember
me?”Masing-masing berpandangan sesama sendiri dan tertanya-tanya siapa lelaki
ini.
“Sorry…who are
you?”Hilman masih menyambut huluran salam lelaki yang tiba-tiba menegur mereka
itu.
“Bro…tak ingat aku
ke?”Tersengih-sengih Azman dihadapan Hilman,berharap musuhnya itu mengenalinya.Lama
wajah Hilman berkerut melihat lelaki dihadapannya ini lantas bila dia langsung tidak
mendapat clue siapa lelaki ini terus dia menggelengkan kepalanya.
“Aku tak ingat.Sayang
ingat siapa dia ni?”Annisa turut menggeleng.
“Ni akulah Azman…satu
sekolah dengan kau dulu.”Hilman cuba mengingat lagi,seingatnya mana ada budak
kelasnya yang bernama Azman.
“Kau satu kelas dengan
aku ke?”Jarinya dituding kepada Azman tetapi Azman menggeleng.
“Bukanlah…aku muda
sikit dari kau.Takkan kau tak ingat aku,aku kan geng dengan Pa’an budak tomboy
tu..dululah,sekarang dah tak tomboy dah..”Tersengih-sengih Azman melihat reaksi
Hilman yang sudah dapat mengingat itu tetapi dia pelik dengan reaksi Annisa
yang semacam benci tatkala dia menyebut nama Pa’an.
“Seriously kau ni
Azman?Wah…katang kau sekarang ya..”Ditepuk bahu Azman dengan kuatnya.Dulu,budak
lelaki inilah yang selalu menjadi mangsa bulinya jika dia tidak dapat membuli
si Pa’an.
“Biasa bro…haha.Ni kak
Nisa kan?”Azman beralih kepada Annisa pula.
“Dialah ni..kau tak
payah nak berkakak-kakaklah dengan dia..geli pula aku dengar.”Annisa tersenyum
malas.Rasa cemburu membuak-buak dalam dirinya saat ini.
“Betullah..dia kan lagi
tua dari aku.”
“Woi..dia sama umur
dengan aku jelah.”Hilman tergelak,tidak sangka si Azman ni tak berdendam
langsung dengannya.Ada setengah junior yang dia terjumpa di kampung pasti lari
tatkala melihat dia.Semuanya takut sedangkan dia hanya mampu tergelak
sahaja.Banyak betul dosa dia masa kecil-kecil dulu.
“Haha..kau lain.Kau
taiko sekolah,kak Nisa ni budak baik.Aku salutelah korang boleh couple
lama-lama.Bila nak kahwin?”Soalan Azman menyebabkan air muka Hilman yang tadi
gembira berubah sedikit demi sedikit.
“Tak lama
lagi..insya-Allah nanti aku jemput kau.”Sementara itu mereka saling
bertukar-tukar nombor telefon,senang katanya si Azman untuk Hilman menjemputnya
ke kenduri kahwin mereka.
“Kau datang seorang je
ke?Mana wife?”
“Aku mana kahwin
lagi…baru nak mencari.Hahaha…tadi lepak dengan Pa’an kejap.Lama dah tak jumpa
dia,baru sekarang contact balik dengan dia.”Berubah terus air muka Hilman
tatkala Azman menyebut nama Pa’an.Matanya terus tercari-cari kelibat isterinya
itu,manalah tahu ada.Annisa mula perasan Hilman bagaikan mencari bayang
Pa’an,wajah yang berkerut bertambah masam.Bengang dengan Hilman yang semakin
hari semakin berubah.
“Dia dah baliklah
bro…katanya ada emergency.Lawa dia sekarang bro..dah tak macam dulu.Nasib baik
aku dah ada buah hati,kalau tak mahu juga aku buat awek tu.”Hilman tersenyum
kelat padahal dalam hati cemburu bila mengetahui isterinya keluar bersama
lelaki lain tanpa pengetahuannya.
“Abang..Nisa nak
balik…”Terkejut Azman mendengar suara Annisa yang mengatasi suara dj yang
berkumandang di Giant itu.
“Lah..tadi kata nak
shopping barang rumah.Belum beli apa-apa lagi ni.”Agak terkejut juga Hilman
dengan sikap si kekasih yang tiba-tiba berubah itu.
“Tak jadilah…panaslah
dekat sini.”Tanpa pamitan,Annisa beredar meninggalkan kedua lelaki itu.
“Sorry bro,aku pergi
dulu.Entah angin apa yang melanda sekarang ni.Assalamualaikum…”Hilman pantas
menyaingi langkah kekasihnya yang sudah melepasi counter cashier
itu.’Ish..lajunya macam pelesit.’
“Apahal dengan kak Nisa
tu?Muka monyok je dari tadi.Asal aku sebut nama Pa’an je muka macam tapai
basi.Takkan cemburu kot?”Dengan penuh pertanyaan di dalam kepalanya,Azman
berlalu untuk membeli barangan keperluannya.Buat sesak kepala je memikirkan
masalah orang lain.
“Nisa…Nisa wait…kenapa
laju sangat ni?”Setelah penat berkejaran,akhirnya dapat juga Hilman memintas
langkah si Annisa.Nasib mereka sudah berada di luar,kalau tidak pasti ramai
yang bakal melihat drama swasta sebentar sahaja lagi.
“Kenapa marah sangat
ni?”Annisa berpeluk tubuh dan menjeling kekasihnya itu.
“Abang tanya kenapa
Nisa marah?Abang…kenapa abang selama ni tak pernah beritahu Nisa yang si Pa’an
tu dah berubah?Dah tak tomboy macam dulu lagi?Kenapa bang?Abang tak nak beritahu
Nisa sebab abang dah syok dekat dia kan?Patutlah selama ni bila Nisa call abang
suruh abang cepat-cepat jumpa mak dengan ayah,banyak je alasan abang
kan..”Mencerlung biji mata Annisa memandang Hilman.Keluhan berat dikeluarkan
oleh Hilman.Sesaat tiada kedengaran jawapan dari Hilman.
“Kenapa tak
jawab?Betulkan abang dah mula sukakan dia?”Sayu hati Hilman pabila melihat di
bening mata Annisa terbit satu cairan yang bakal mengalir tidak lama lagi.
“Buat apa abang nak
jawab sedangkan abang tak sukakan dia?”Hilman cuba menidakkan perasaannya.Dia
yakin perasaannya terhadap Pa’an itu hanyalah kasihan semata-mata dan bersifat
sementara.Kasihnya yang sejati adalah Annisa,gadis yang sudah bertahun menyulam
cinta bersamanya.
“Abang tak payah nak
tipu Nisa..Nisa nampak dalam mata abang bersinar-sinar bila si Azman tu
bercakap tentang Pa’an.Mesti dia dah lawa sekarang kan?Maklumlah dah tak tomboy
macam dulu…”Air mata yang bertakung akhirnya tumpah jua.Langkahnya diatur
menuju ke kereta.
“Nisa…wait.Abang tak
tipu Nisa,abang langsung tak ada perasaan dengan dia.Yang ada cuma belas
kasihan je.Betul..abang kasihankan dia sebab mak dan abah dia dah buang dia
sebagai seorang anak.”Annisa tidak mahu mendengar sebarang alasan dari Hilman
lagi.
“Hantar Nisa
balik..”Dia menunggu sehingga Hilman unlock keretanya.
“Please Nisa..believe
me.Hanya Nisa je yang abang sayang..”Hilman masih merayu walaupun hatinya
ragu-ragu dengan tindakannya sendiri.
“Then..prove it.”Lama
Hilman terpaku dan terdiam.Hanya satu sahaja cara untuk dia buktikan cintanya
kepada Annisa.
“Hujung minggu ni abang
masuk meminang.”Fullstop.Tiada rungutan dari Annisa melainkan
kelegaan.Kata-kata itulah yang dia mahu dengarkan daripada Hilman.
“Seminggu lepas tu kita
nikah.”Kali ini Annisa terkedu,hatinya menjadi tidak sedap tiba-tiba bila
mendengar ayat nikah dari Hilman itu.Jika tadi dia gembira Hilman mahu
meminangnya namun sekarang hatinya menjadi gundah gulana.Dirasakan
hujung-hujung ayat Hilman itu tidak ikhlas di pendengarannya,tidak seperti kali
pertama Hilman melamarnya dahulu.Jiwa Hilman meracau mengingatkan dia yang baru
terlepas cakap sebentar tadi.Minggu depan dia akan menikah dengan Annisa,ini
bermakna hanya seminggu sahaja lagi sebelum dia bercerai dengan Pa’an.Keputusan
yang dibuat terburu-buru itu benar-benar membuatnya serabut dan hilang
arah.Jika dulu inilah impian yang dia mahukan tetapi sekarang mengapa seakan
susah untuk dia melepaskan isterinya itu.Mereka hanya mendiamkan diri sahaja
sehinggalah Hilman menghantar Annisa pulang.
“Jumaat ni kita balik
kampung sama-sama.”Annisa memandang wajah Hilman tidak percaya.
“Abang betul-betul
ke..”
“Nisa ingat abang
main-main ke?Ini soal hidup abang..abang tak ada masa nak main-main
pula.Dah..abang nak balik dulu.Jumaat ni tunggu abang ambil Nisa pukul enam petang…abang
balik dulu.Assalamualaikum..”Hilman menghilang dari pandangan matanya.Sedetik
hatinya bagai terasa dengan kekasaran Hilman sebentar tadi.Dirasakannya kasih
Hilman semakin pudar buatnya.Wajah bengis dan kusut Hilman tidak pernah
ditunjukkan kepadanya selama ini.Selalunya Hilman pasti bersikap baik dan
melayannya sehemah mungkin.Tidak pernah menengking dan meninggi suara
kepadanya.Air mata kembali mengalir di saat memikirkan kasih Hilman semakin
hilang buat dirinya.
Dua pasang mata
melirik kepadanya yang masih membeku selepas pulang dari bertemu dengan
Azman.Kelu lidah untuk bertanya kepada sahabatnya yang sedang monyok ini.
“Kau apasal monyok je
dari tadi?Kau sedih ya?”Hartini yang tidak tahan melihat itu terus bertanya.Wajah
monyok si Pa’an dah serupa ikan perkasam dah gayanya.
“Kau ada masalahkan
dengan Hilman?Sejak dari kau balik semula ke rumah ni lagi aku dah tahu kau ada
masalahkan?Cuba cerita dengan kami,manalah tahu kami berdua boleh tolong.Selama
ni asyik kau je yang tolong kami.”Bazlaa Aina mengenggam tangan Pa’an yang
tadinya sibuk memintal bucu bantal.
“Aku tak tahu nak
cerita macam mana dengan korang.”Wajah yang monyok bertambah keruh,kali ini
tubir matanya bergenang.Cuak kedua sahabatnya ini.
“Weh..kau nak menangis
ke?Alamak…”Hartini sudah menggelabah.
“Aku…tak
menangislah.Aku terharu je sebab korang berdua care dengan aku.Huhu..”Air mata
yang hampir tumpah dilapnya kasar.Bencilah bila terlalu melayan perasaan ni.
“Aku tahu kau still
sukakan dia kan?”Soalan dari Bazlaa Aina tidak dijawab sebaliknya dia memandang
sahabatnya itu dalam-dalam.
“Aku tahu betapa
seksanya memendam perasaan kepada seseorang tanpa pengetahuan dia.”Hartini
bercakap melalui pengalamannya sebelum ini.
“Sumpah…aku dah buang
perasaan suka dekat dia sebelum aku pindah lagi.”Dia berhenti seketika dan
memandang Bazlaa Aina.Hanya dia dan Bazlaa Aina yang faham maksud pandangan
itu.Bukan dia tidak percayakan Hartini tetapi dia malu untuk membuka aibnya
sendiri.Biarlah perkara itu dirahsiakan.
“Tapi aku tak sangka
perasaan tu wujud kembali setelah kitorang kahwin.Hilman cintakan Annisa dari
dulu lagi,hati dia bukan untuk aku.Buat apa aku nak menagih kasih kepada dia
kan?Bodoh betul aku ni..”Sekali lagi air mata dilap.
“Kau tak bodoh
Pa’an..perasaan suka,kasih dan cinta tu datangnya dari hati.Setiap manusia
dianugerahkan perasaan cinta cuma kau tersalah beri hati kau kepada
dia.”Genggaman semakin dieratkan.Kekuatan disalurkan kepada sahabat yang sedang
patah hati itu.
“Kau tahu
tak?Kadang-kadang aku berdoa supaya Allah bukakan hati dia untuk terima
aku.Tinggalkan Annisa dan teruskan perkahwinan kami ni.Sepanjang aku
berpura-pura mengandung dua minggu lepas..serius hati aku sebak sebab menipu
orang tua dia tetapi aku selalu bayangkan andai kandungan itu benar-benar
wujud.”Sesaat dia mengusap perutnya yang kosong.Yang ada hanyalah KFC yang baru
ditelannya tadi.
“Apa aku nak buat
Aina..Tini?Pagi tadi dia beritahu aku yang dia akan berkahwin dengan Annisa tak
lama je lagi..aku akan ditinggalkan macam tu je.Sebelum dia berkahwin dengan
Annisa,aku akan berterus-terang dengan semua orang.”Dicekalkan hatinya.
“Hah!Kau biar betul
Pa’an?Kau nak berterus-terang macam mana?”
“Aku akan beritahu
semua orang yang aku hanya menipu.Aku tak mengandung dan akulah penyebab mereka
berdua tak jadi berkahwin.Aku yang bersalah..”Kali ini tangisan kecil mula
kedengaran.Tangan yang digenggam Bazlaa Aina ditarik dan ditekup mukanya.Malu
pabila mereka berdua melihatnya menangis.Tidak pernah dia menangis sebegini
hatta dulu lagi teruk dia kena marah dengan abahnya pun dia masih mampu
bertahan.
“Hish…bukan ke aku dah
cakap dengan kau dulu supaya berterus-terang.Bila keadaan dah jadi macam ni
takkanlah dia nak letakkan kesalahan tu kepada kau je.Dia pun bersalah
juga.”Bengang pula Bazlaa Aina memikirkan perangai Hilman.
“Memang ni yang dia
nak..dia nak aku malu sebagaimana aku malukan dia dulu.”Hartini beralih tempat
duduk.Dia merapati Pa’an dan mengusap belakang sahabatnya itu.
“Tapi dia yang mulakan
dulu..”Wajah berang Bazlaa Aina ditatap pelik oleh Hartini.Dia pelik kenapa
Bazlaa Aina mengatakan Hilman yang mulakan dulu sedangkan apa yang dia tahu Pa’anlah
yang memulakan permainan ini.
“Tak mengapalah..aku
dah bersedia nak hadapi semua ni.Aku harap korang berdua doakan aku
ya.”Cepat-cepat Pa’an memintas percakapan Bazlaa Aina itu,bimbang jikalau
sahabatnya yang seorang ini terlepas cakap.
“Bersedia kau cakap?Aku
tak fahamlah kenapa kau jadi selemah ni Pa’an?Dulu kau tak macam ni?Dulu kau
kuat..semua orang kau tentang sekali dengan mangkuk tu kau hayun..tapi sekarang
kenapa kau lemah sampai macam ni sekali.Biarkan kesalahan tu kau yang tanggung
seorang?”Bazlaa Aina bangun dan bercekak pinggang.Dia berdiri di hadapan Pa’an
dengan muka yang membengis.Hartini mendiamkan diri,dia sebenarnya tidak suka
memujuk orang yang sedang bersedih tetapi sebaliknya dia mahu memberi Pa’an
peluang untuk bertenang.Memang dia mahu mencelah agar Bazlaa Aina tidak
menambahkan beban yang sedang ditanggung Pa’an itu namun dia tahu ada sesuatu
yang mereka sembunyikan dari dia dan dia berniat mahu menunggu.Manalah tahu
jika terlepas sesuatu dari mereka berdua sebab itu dia diam sahaja.
“Aku lemah sebab
cinta.Cinta yang melemahkan aku..apa yang perlu aku buat Aina?Apa yang perlu
aku buat untuk buang perasaan ni jauh-jauh?Betul kata kau..aku dah tak sekuat
dulu.Aku dah tak seperti dulu…aku lemah.”Pandangan sayu diberikan kepada Bazlaa
Aina yang sedang marah itu.Sayu hati Bazlaa Aina disaat ini,dari berdiri terus
dia terduduk lesu.
“Aku tak tahu nak cakap
apa dah dengan kau.Nasihat aku dulu kau tak nak dengar dan sekarang yang
tanggungnnya kau.Kau pernah tak fikir tentang perasaan Nek Lang dekat kampung
tu?Perasaan mertua kau?Mak abah kau?Kalau dulu kau malukan diorang dengan
perbuatan tak matured kau tu dengan mengganggu
perkahwinan orang.Sekarang kau nak cakap macam mana depan diorang semua?Aku
tahu kau ganggu perkahwinan Hilman dengan Annisa bukan sebab dendam tapi sebab
kau cintakan diakan?Kau tak sanggup Hilman berkahwin dengan perempuan
lain..sebab tulah kau buat macam tu.Iya kan?”Kepalanya diangkat.Tuduhan Bazlaa
Aina itu langsung tidak dapat diterima akalnya.
“Tak…sumpah tak..”Dia
menjerit lantang.
“Tengok…kau menjerit
kuat macam ni,menafikan apa yang aku cakap sedangkan semuanya tu
betulkan?Sudahlah Pa’an…aku tahu semuanya.”Segala yang terpendam diluahkan
Bazlaa Aina,sudah lama dia mahu melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya
ini.Dia sayangkan Pa’an dan dia mahu Pa’an sedar yang selama ini dia sudah
bermain dengan api.
“Dahlah tu Aina…takut
pula aku tengok korang berdua bertekak macam ni.”Hartini menyampuk bila
dirasakan suasana semakin tegang.
“No..aku nak settle
malam ni juga.Aku dah ingatkan kau,jangan teruskan permainan tu tapi kau
degil.Degil sebab kau memang cintakan dia.”Terbungkam Pa’an dengan kenyataan
Bazlaa Aina itu,dirinya sendiri tertanya-tanya samada betulkah dia bertindak
sedemikian semata-mata demi cinta bukannya dendam.
“Habis kau nak aku buat
apa?Dia akan ceraikan aku tak lama lagi.Aku nak berterus-terang tu pun kau nak
marah ke?”Pa’an berdebat dengan Bazlaa Aina.Kepalanya tiba-tiba menjadi sakit
akibat menangis.
“Aku tak marah kau nak
berterus-terang tapi aku marah sebab kau seorang je yang kena tanggung
akibatnya sedangkan dia…”
“Cukup Aina..cukup..aku
tahu kau concern tentang aku.Thanks tapi please…jangan ungkit benda tu
lagi.Biarlah aku yang tanggung malu tu seorang…stop it here okay.Aku masuk
bilik dulu…”Pa’an terus meninggalkan Hartini dan Bazlaa Aina yang
terpinga-pinga itu.
“Ungkit benda
apa?”Hartini cuba mengorek rahsia daripada Bazlaa Aina.
“Kau tanyalah dia
sendiri..aku tak nak masuk campur.Kau dengar sini Pa’an..mulai saat ni,aku
takkan ambil tahu dah tentang masalah kau ni.Serabut tahu tak?Serabut..”Tidak
Hartini sangka Bazlaa Aina akan menjerit sebegitu sekali.Serentak dengan itu
pintu bilik Pa’an terbuka sedikit.
“Terima kasih
Aina..terima kasih sebab selama ni setia menjadi kawan aku..tapi aku tak sangka
masalah aku ni buat kau serabut.Aku janji lepas ni kau dah takkan terlibat lagi
dalam masalah aku.”Pintu bilik ditutup dan dikunci.Hartini bertindak mengetuk
pintu bilik Pa’an namun hampa,terus matanya berkalih kepada Bazlaa Aina.
“Yang kau marah sangat
dengan dia tu kenapa?Bukan kau tak tahu yang dia tengah bersedih?Aku tak
fahamlah dengan korang berdua ni…”Bazlaa Aina menjeling Hartini.’Aish..macam
nak korek je biji mata tu.’Bisik hati jahat Hartini.
“Aku tak marahkan dia
tapi aku marahkan si Hilman tu…sedap-sedap dia je lepas tangan.”Hartini
menggelengkan kepalanya.
“Lah…kau marahkan
Hilman tapi kau tempik dekat dia.Kau ni emo terlebihlah…kau tahu tak yang kau
dah lukakan hati dia?Dia tu kawan baik kau dari kecil lagi tau?Aku ingat kau
betul-betul faham perasaan dia tapi…aish,susahlah aku nak cakap.Dah…aku nak
tidur.”Bazlaa Aina terdiam memikirkan kata-kata Hartini itu.Baru dia terfikir
yang dia telah menambah kelukaan di hati Pa’an.’Ya Allah..apa aku dah buat
ni?’Tudung yang masih tersarung di kepala ditanggalkannya.Diserabutkan rambut
yang masih berikat.Menyesal kerana dia telah memarahi Pa’an sedangkan dia
sebenarnya meluahkan perasaannya itu untuk Hilman.
Sepanjang malam,Bazlaa
AIna tidak senang tidur.Dirinya asyik memikirkan kekasarannya kepada Pa’an
sebentar tadi.Bukan niatnya untuk memarahi Pa’an tetapi dia bengang dengan
tindakan Pa’an yang mahu menanggung semua itu seorang diri.Kalau ikutkan hati
dia yang sedang marah tadi,mahu sahaja terkeluar cerita lama Pa’an.Kisah hitam
yang membuatkan Pa’an berubah dan menjadi selemah ini.Keluhan dikeluarkannya
entah yang keberapa kali.Pelik dia dengan kes si Pa’an ini kerana kebanyakan
kes mangsa yang dirogol dari kecil selalunya akan berubah dari seorang yang
feminine kepada tomboy kerana berdendam dengan lelaki dan benci menjadi
perempuan yang lemah tetapi tidak Pa’an.Tapi ada hikmahnya Pa’an tidak menjadi
lebih teruk dari tomboy.Nauzubillah…Teringat dia betapa serabutnya kawan Pa’an
sewaktu kejadian itu terjadi.Nasib baiklah masa tu sekolahnya tengah cuti
seminggu.Kepada dialah Pa’an mengadu nasib.
Flashback….
“Aku malu Aina…mana aku
nak letak muka aku ni?Kalau abah,mak dengan Nek Lang tahu abis aku.”Mukanya
diraup berkali-kali.Air mata tidak usahlah dikira banyak mana yang tumpah.Kalau
boleh ditadah mahu penuh satu kolah rumahnya.
“Kau takkan tak tahu
siapa yang taruk ubat tidur tu dalam air korang berdua?”Pelik juga Bazlaa Aina
bila mengetahui berita mengejutkan ini.Hanya gelengan yang diberikan oleh
Pa’an.
“Sumpah aku tak
tahu…yang aku ingat,lepas kitorang minum air tu terus je aku tak sedarkan
diri..lepas tu…”
“Syyy….relax
Pa’an.Kawal diri kau tu..bertenang okay.”Bazlaa Aina mengusap belakang
sahabatnya itu.
“Macam mana aku nak
relax?Maruah aku dah tercemar..daripada aku hidup macam ni lebih baik aku mati
je.”Bentak Pa’an dengan kuat sekali.Rambutnya diramas kasar.
“Astaghfirullahaladzim…tak
baik kau cakap macam tu.Kau ingat dengan membunuh diri semua masalah ni akan
selesai?Come on Pa’an…istighfar banyak-banyak.Aku rasa kau kena buat report
polis.”Mencerlung mata Pa’an mendengar cadangan Bazlaa Aina itu.
“Buang masa je..kau
ingat polis nak percaya ke aku kena rogol?Aku yang datang rumah dia Aina,mesti
pihak polis tuduh aku macam-macam.”Tisu yang dihulurkan sahabatnya itu langsung
tidak diambil sebaliknya dia hanya mengesat cecair yang keluar dari hidungnya
dengan tangan.Pengotor ke apa ke,apa dia kisah.Yang dia kisahkan sekarang ni
adalah maruah dirinya sendiri.
“Habis tu takkan kau
nak berdiam diri je?”Sebagai remaja yang masih di bawah umur,apalah yang mereka
tahu sangat tentang undang-undang Negara.
“Aku buntu sekarang
ni…”Mereka berdua terdiam untuk beberapa minit,yang kedengaran hanyalah
tangisan sendu Pa’an yang tidak akan berhenti.Tidak pernah Bazlaa Aina melihat
sahabatnya ini menangis,ini baru kali pertama.’Kesian kau…jatuh cinta dengan
orang yang salah.’Bisik hati Bazlaa Aina yang mengasihani kisah hidup rakannya
ini.
“Aku kena pindah dari
sini…”Sudahnya Pa’an bersuara jua.
“Kenapa sampai nak kena
pindah?”Muka Pa’an dipandang tidak puas hati.
“Aku dah tak sanggup
nak tinggal dekat kampung ni lagi.Aku tak sanggup nak pandang muka setan
tu.”Beritahu Pa’an dengan penuh emosi.
“Dulu,Azman
pindah.Sekarang kau pula nak pindah tinggalkan aku sorang-sorang dekat kampung
ni.Hurm..tak apalah,aku faham.”Terharu Pa’an mendengar kesabaran sahabatnya
ini,lantas dipeluk tubuh kecil Bazlaa Aina erat.
“Maafkan aku..aku rasa
ni je cara untuk aku lupakan dia dan peristiwa hitam tu.Maafkan aku…”Tangisan
Pa’an semakin deras mengalir,dia tidak suka menangis tetapi hari ini dia
benar-benar memerlukan sebuah tangisan itu.Harapannya agar tangisan ini dapat
menghapus kenangan pahitnya di kampung ini.
Imbasan kenangan lama
Bazlaa Aina terhapus dek kedengaran bunyi pintu bilik dibuka.Dia cuba mengintai
dari celah pintu biliknya melihat siapa yang keluar.Dari belakang dia boleh
nampak kelibat Pa’an yang sedang ke dapur walau dalam gelap.Keputusan di ambil
olehnya untuk meminta maaf kepada Pa’an malam itu juga.Selagi dia tidak meminta
maaf dengan sahabatnya ini,selagi itulah tidur malamnya tak tenang.
“Pa’an…”Perlahan dia
memanggil Pa’an yang sedang menadah air dalam cerek untuk dimasak.Sahabatnya
ini tidak berpaling,terasa sedikit seram di dalam hati Bazlaa Aina kerana
manalah tahu yang membelakanginya ini bukanlah Pa’an tetapi jelmaan yang
menyerupai Pa’an.Dahlah rambut panjang dibiarkan lepas bebas.Meremang habis
bulu romanya.
“Aku…aku..Mak!!!!!!”Jeritan
Bazlaa Aina bergegar di ruang dapur rumah mereka.Tak sampai satu saat dia sudah
rebah di lantai dapur.Pa’an yang sedang menadah air dalam cerek berpaling
kepada Bazlaa Aina dan betapa terkejutnya dia bila sahabatnya itu menjerit lalu
rebah.’Dia ni nampak apa?’Cerek dilepaskan,paip ditutup lalu bergegas dia
mendapatkan Bazlaa Aina yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“Ya Allah..apa yang
bising-bising ni?”Hartini yang sedap-sedap tidur bermimpikan pelamin indah
bersama Hairi terkejut dengan jeritan nyaring Bazlaa Aina.Dah pukul dua
pagi,apa yang dia buat sampai menjerit sebegitu sekali?Fikirannya dah fikirkan
yang bukan-bukan.Manalah tahu ada orang pecah masuk rumah mereka sebab tulah
Bazlaa Aina menjerit.Nauzubillah…Setibanya di dapur dia melihat susuk Bazlaa
Aina yang sudah rebah dan seorang wanita sedang menggoncang tubuh sahabatnya
itu.Dia tahu yang itu mesti Pa’an kerana sebentar tadi dia melihat pintu bilik
sahabatnya ini terbuka.
“Kenapa dengan Aina
ni?Buat apa dia tidur sini?”Hartini bertanya kepada Pa’an.
“Astaghfirullahaladzim…Pa’an,terkejut
aku.Yang kau pakai masker pagi-pagi buta ni kenapa?Tak reti-reti nak cabut
ke?Patutlah minah sorang ni pengsan.Kalau aku tak fikir kau tadi,mau aku juga
pengsan dekat sini.”Bengang sahaja wajah Hartini kerana terkejut disaat Pa’an
berpaling kepadanya dengan muka putih melepak bersalut masker.Pa’an bersuara
namun tidak difahami oleh Hartini.
“Aku tak fahamlah..buka
jelah masker tu.”Dia sudah bertinggung di sebelah Pa’an.
“Huh…angkat dialah.Bawa
ke depan.”Dengan suara yang sengau,dapat juga Pa’an memberitahu
Hartini.Sama-sama mereka memapah tubuh kecil Bazlaa Aina ke ruang tamu
mereka.Tubuh Bazlaa Aina direbahkan ke sofa panjang.Selepas itu Pa’an terus
berlalu.
“Weh..kau nak pergi
mana tu?Takkan nak tinggalkan dia macam ni je?”Hartini memanggil Pa’an tetapi
tidak diendahkan panggilannya itu.
“Merajuk lagilah
tu..Aina..”Hartini cuba menampar sedikit wajah Bazlaa Aina supaya sahabatnya
ini sedar.Lemah semangat betul perempuan ni.
“Nah…ambil tuala ni
sapu dekat muka dia.”Hartini berpaling kepada tangan yang menghulurkan tuala
kecil itu.Dilihatnya Pa’an sudah menanggalkan masker tersebut.Tanpa menunggu
lama,dia mengambil tuala itu dan disapukan ke wajah Bazlaa Aina sambil
membacakan beberapa surah al-quran untuk mengembalikan semangat Bazlaa Aina.Pa’an
pula hanya memerhatikan tingkah Hartini yang sedang mengelap wajah Bazlaa Aina.Dengan
beberapa kali usapan,Alhamdulillah Bazlaa Aina kembali sedar.
“Alhamdulillah kau dah
sedar.”Dah macam ayat seorang doktor pula ucapan si Hartini itu.
“Aku kat mana ni?”Pa’an
mencebir bibirnya,bukan dia menyampah tetapi asyik ayat tu ke yang diguna kalau
seseorang itu baru sedar dari pengsannya.’Gunalah ayat lain macam aku dekat
rumah ke?Aku dalam bas ke?Barulah best dengar.’
“Kau tak payah nak
berdramalah dekat sini.Baru pengsan lima minit dah tak ingat dekat mana.Kau
dalam rumah lagilah..Aduh..sakitlah.”Pa’an mengaduh bila terasa tangan Hartini
mencubit pehanya.
“Kau cakap berlapik
sikit boleh tak?”Marah Hartini.
“Apanya?Betullah aku
cakap.”Pa’an membuat muka tidak puas hati kepada Hartini namun pandangannya
berubah menjadi bulat kerana terkejut tatkala merasakan tubuhnya dipeluk
seseorang.
“Pa’an..aku minta maaf
dengan kau.Aku tak patut cakap macam tu dengan kau..aku tak marahkan kau tapi
aku bengang kenapa kau je yang kena tanggung semua tu sedangkan Hilman lepas
bebas.”Tangisan Bazlaa Aina bergema.Hartini sebak manakala Pa’an kelu,dia tidak
ambil hati langsung dengan kata-kata Bazlaa Aina malam tadi walaupun dia agak
terasa juga tetapi ditelannya sahaja.
“Syy…kau tak payah
minta maaf dengan aku.Kau tak buat salahpun dekat aku sampai nak kena minta
maaf bagai.Aku tahu kau cuma care tentang aku dan takut aku semakin
bersedihkan?Percayalah..aku dah bersedia nak tanggung semua ni.Aku hanya
mengharapkan kepercayaan korang berdua je sekarang ni.Berikan aku kekuatan
untuk menghadapi semua orang yang aku dah tipu selama ni.”Pa’an merenggangkan
pelukan.Bazlaa Aina masih lagi merembeskan air mata.
“Dahlah…buruk ah kau
menangis.”Pa’an menyakat Bazlaa Aina.Sedaya-upaya dia menahan air matanya dari
tumpah.Tidak sanggup lagi dia untuk menangis.
“Aku takut kau tinggalkan
aku macam dulu lagi…”Terkedu Pa’an dibuatnya.
“Ish..mana ada aku nak
tinggalkan kau.Dahlah…nanti jiran-jiran dengar apa pula kata mereka.Jangan
nangis ya..”Pa’an kembali memeluk Bazlaa Aina.
“Aku pun nak peluk juga…huhuhu..”Hartini bangkit dan terus memeluk mereka berdua.Pa’an tersepit namun dia membiarkan sahaja.Jika kasih sayang ibu dan ayah dia tidak dapat,tetapi kasih sayang dari Nek Lang dan kawan-kawan sudah mencukupi baginya.
“Aku pun nak peluk juga…huhuhu..”Hartini bangkit dan terus memeluk mereka berdua.Pa’an tersepit namun dia membiarkan sahaja.Jika kasih sayang ibu dan ayah dia tidak dapat,tetapi kasih sayang dari Nek Lang dan kawan-kawan sudah mencukupi baginya.
“Kejap…tadi aku nampak
han…”Bazlaa Aina mula teringatkan makhluk yang dipandangnya di dapur.Kembali
tegak bulu romanya.
“Hurm..kau tak payah
takutlah.Ni hah hantunya…keluar bilik pakai masker.Kalau aku lemah semangat
juga tadi,dah tentu-tentu aku pengsan sebelah kau.”Hartini menepuk bahu Pa’an
yang sedang tersengih itu.
“Hehehe..kau tu,aku
belum sempat kata apa-apa lagi dah rebah.Terkejut beruk aku dibuatnya.”Pa’an
merenggangkan pelukan mereka berdua dan duduk kembali ke sofa.
“Cis…lemah jantung aku
ni tahu tak.Kau tu,aku panggil kenapa tak menyahut?Dahlah rambut mengerbang
je.Takut aku tahu…”Bazlaa Aina duduk berhadapan dengan Hartini dan Pa’an.
“Macam mana nak
menyahut kalau dah pakai masker…terbantut aku nak minum milo tau.”Bazlaa Aina
sibuk mengelap saki-baki air matanya.Lega bila Pa’an tidak ambil hati dengan
sikapnya malam tadi.
“Aku tolong
buatkan..tapi malam ni aku nak tidur bilik kau sebab kau dah takutkan aku tadi.”Bazlaa
Aina masih lagi takut sebab itulah jika dia takut dia akan tidur samada dengan
Hartini atau Pa’an atau kedua-duanya sekali diajak tidur sebilik.
“Yelah…Tini kau tak nak
join ke?”Pa’an bertanya kepada Hartini yang dilihatnya sudah menguap.
“Aku tak
naklah..ngantuk sangat ni.Esok nak kerja…aku masuk tidur dulu ya.Jangan tidur
lambat sangat korang…”Hartini sudah bangun dan menghilangkan diri ke dalam
biliknya.
“Jom teman aku masak
air.”Bazlaa Aina mengajak Pa’an menemaninya ke dapur.
“Tak naklah..dah
terbantut dah.Jom tidurlah…ambil bantal dengan selimut kau,aku tunggu dalam
bilik.”Bazlaa Aina terus bangun terlebih dahulu dari Pa’an.Lampu ruang tamu ditutup
Pa’an dan membiarkan lampu dapur sahaja yang menyala,senang untuk mereka ke
tandas.Tidak sempat Pa’an masuk ke bilik,Bazlaa Aina sudah mengambil bantal dan
selimutnya.Ini dah penakut tahap apa dah ni.Pa’an hanya mampu menggelengkan
kepalanya sahaja.
Sepanjang berada
di At-Taufiq ini,Ilham sebenarnya lebih banyak termenung berbanding bermain
dengan anak-anak yatim tersebut.Matanya menghala kepada kanak-kanak lelaki yang
sedang bermain bola sesama mereka sedangkan hatinya melayang teringatkan benda
lain.Langsung dia tidak sedar akan kehadiran uminya disisi.
“Amboi anak bujang umi
ni,termenung je dari tadi.Teringatkan siapa ni hurm?”Rambut anak lelakinya yang
sedang duduk diusap perlahan.Mereka melepak di kerusi batu yang disediakan di
hadapan rumah anak yatim itu.Mudah untuk mereka memerhatikan anak-anak lelaki
mereka bermain.
“Aiman…jangan main
kasar sangat dengan Budin tu,Budin tak berapa sihat sangat tu.”Jeritan
diberikan kepada si Aiman yang sedang mengusik Budin.
“Sorry umi…”Balas Aiman
pula.Ilham tersenyum,kalau tidak ke At-Taufiq mesti dia akan ke Al-Hidayah dan
sekali-sekala sahaja dia akan ke As-Sumayyah kerana As-Sumayyah asrama untuk
anak-anak yatim perempuan jadi dia rasa tidak elok untuk dia yang bujang selalu
ke sana.
“Tengok..dari tadi umi
tanya dia termenung je.Ingatkan siapa ni?”Sekali lagi wanita yang dipanggil umi
itu bertanya lantas dia tersenyum lagi.Antara dia dan umi tiada apa-apa rahsia
yang perlu disimpan.Segala isi hati dan perasaannya akan diceritakan kepada
uminya berbanding abinya.
“Entahlah umi…along pun
tak tahu nak cerita macam mana dengan umi.”Jika di Al-Hidayah ada Mak
Misah,Harlina dan Pak Ya’acob,di At-Taufiq ada Mak Kuntum,Muin dan Pak
Leman.Manakala di As-Sumayyah ada Mak Jiha,Alisia dan juga Pak
Syukor.Kedatangan Mak Kuntum menatang sedulang air dibalasnya dengan ucapan
terima kasih.
“Lah..kenapa pula?Umi
tengok anak umi ni macam dah jatuh cinta je?”Memerah muka anak bujangnya itu
bila dia bertanyakan tentang cinta.Memang sah anak bujangnya ini jatuh cinta.
“Siapa dia?Umi kenal
ke?”Dia cuba untuk mengorek rahsia anak bujangnya ini.Ini kali pertama dia
melihat anaknya jatuh cinta dan dia pasti wanita yang berjaya mencuri hati
anaknya ini sememangnya seorang wanita yang hebat.
“Ish umi ni..mana
ada.Along tak kenal pun siapa dia.Tak sempat..”Ilham tersenyum menutup
kekecewaannya ini.Kecewa sebab tidak sempat bertanya hatta nama perempuan itu
sekalipun.
“Lah…kenapa boleh jadi
macam tu?”Dari teruja untuk mendengar terus dia menjadi kecewa pula.
“Macam mana
ya..sebenarnya along jumpa dia dekat Puchong…termakbul doa umi dengan adik.Masa
tu…”Ilham menceritakan kembali bagaimana dia boleh terjatuh hati kepada
perempuan itu.Sungguh dia telah jatuh cinta.
“Wah…hebatnya dia
ya.Umi tak sabar nak jumpa dia.”
“Umi..nak jumpa macam
mana,dia kerja dekat sana along dekat sini.”Jelas wajah kecewa terbit di wajah
anaknya ini.
“Along…percaya dengan
Allah.Kalau ada jodoh Insya-Allah akan bertemu juga,cuma lambat atau cepat
je.Banyakkan berdoa..”Bahu anak lelakinya ditepuk.Lega rasa hatinya bila dapat
berkongsi rasa hati dengan uminya ini.Seperti yang disarankan uminya,dia akan
sentiasa berdoa untuk bertemu kembali dengan perempuan yang telah berjaya
menambat hatinya dikala ini.Seraut wajah comel itu senantiasa tersemat
dihatinya.
“Along…tengok tu
termenung lagi,kemaruk sungguh anak umi ni.”Sekali lagi dirinya tertangkap oleh
uminya.Hanya sengihan yang dapat diberikannya.
“Lia…bual apa dengan
along tu?”Hassan yang tadinya ke tandas kembali menyertai perbualan kedua beranak
itu.
“Tak ada apa bang..ni
hah anak bujang abang ni dari tadi asyik termenung je.Sejak balik dari rumah
Norman tempoh hari macam nilah keadaan dia.”Wanita yang dipanggil Lia itu
menjelaskan kepada suaminya tetapi bukan perkara yang sebenar kerana dia tahu
anaknya ini mahu berahsia dahulu dengan suaminya.Kalau boleh biarlah Ilham
sendiri yang memberitahu Hassan.
“Kenapa termenung
long?Along ada masalah ke?”Soal Hassan perihatin kepada anak bujangnya ini.Anak
hasil dari perkahwinan pertamanya dengan seorang wanita muallaf.
“Nothinglah abi…saja
cari hobi baru.”Tersengih Ilham bila melihat uminya hampir tergelakkannya.
“Takkanlah hobi baru
pula?Ni mesti ada something yang disorokkan dari abi ni..abi tahulah abi tak
pandai simpan rahsia macam umi..”Lirih suara Hassan membuatkan Ilham
menggelabah,bukan niatnya untuk membuat abinya terasa hati cuma dia terlalu
segan untuk bercerita soal cinta dengan abinya.Akan tetapi Hassan hampir
tergelak melihat wajah serba-salah anak bujangnya ini,sekali-sekala menyakat apa
salahnya.
“Ala abi…bukan macam
tu.Abi tanya umi jelah ya…Along masuk dalam dulu..”Tanpa menunggu lama,Ilham
berlalu masuk meninggalkan mereka suami isteri.Sebenarnya dia malu untuk
berhadapan dengan abinya sendiri.
“Lah…sudah kenapa
dengan along tu?Malu semacam je abang tengok.”Terkejut Hassan melihat tingkah
anak bujangnya yang malu-malu kucing serupa anak dara itu.
“Anak abang tu dah
jatuh cinta.Tu yang dia malu sangat tu..”Terang Lia kepada suaminya Hassan.
“Serius?”Terbeliak biji
mata Hassan mendengar kata-kata isterinya.Selama ini jika ditanya tentang
kekasih pasti sahaja banyak alasan yang diberikan oleh Ilham.Sebab itulah dia
benar-benar terkejut.
“Betullah bang..takkan
Lia nak tipu pula.”Tersenyum sahaja Lia memandang suami yang masih tidak
percaya itu.
“Hah..kalau macam
tu.Siapa nama budak perempuan tu?Tinggal dekat mana?Siapa mak bapa dia?Kerja
apa?Single lagi ke?Dah berapa lama bercinta?Dah..”Nonstop pertanyaan yang
keluar dari mulut Hassan sehingga terpaksa dihentikan oleh Lia.
“Abang…amboilah dia.Banyaknya
soalan..”Lia menyentuh dada suaminya agar bersabar.
“Iyalah..abang nak tahu
juga siapa dia..nanti senang kita nak masuk meminang.Abang excited ni nak dapat
menantu.”Teruja benar wajah suaminya dikala ini.
“Hurm…memanglah,Lia pun
excited juga bang tapi masalahnya sekarang ni,along tak tahu siapa nama
perempuan tu,mana dia tinggal,siapa mak bapa dia..”Keterangan dari isterinya
membuatkan Hassan menjadi pelik.
“Lah…habis tu macam
mana boleh jatuh cinta?”Soal Hassan kebingungan.
“Love at the first
sight bang…along jumpa perempuan tu masa lepak dekat rumah Norman..hurm..”Lia
terseyum melihat keluhan yang terbit dari diri suaminya itu.
“Baru nak berangan dah
musnah..”Hampa,dia benar-benar hampa tatkala mendengar berita dari isterinya
itu.Baru nak pasang angan-angan dah musnah.
“Abang..abang..insya-Allah
kalau ada jodoh budak berdua tu,cepat atau lambat jumpa juga.Lia tahu along
memang betul-betul suka ke budak perempuan tu.Dari cara dia
termenung,tersenyum,memang hati dia betul-betul terpaut dengan perempuan tu.Lia
tak sabar nak jumpa dia bang..nak berterima kasih dengan dia sebab dah buka
semula hati anak kita tu.”Hassan mengangguk kecil.Kata-kata isterinya
mengingatkan kembali nostalgia lama,nostalgia di mana anaknya itu hampir
berputus asa untuk hidup.Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini
termasuklah anak lelakinya itu.Dulu,semasa masih belajar di sekolah menengah yang
mana semuanya lelaki,dia dikejutkan dengan berita bahawa anaknya meminati
seseorang.Niat dia menghantar anaknya ke sekolah menengah lelaki kerana mahu
menjadikan anaknya itu seorang yang keras tetapi sebaliknya terjadi.Dia
marah,dia kesal dan dia hampir sahaja bertindak membelasah anaknya ini.Masakan
dia perlu marah jikalau yang disuka oleh anaknya itu adalah perempuan tetapi dia
marah sebab anaknya menyukai kaum sejenis.Nauzubillah,dia tidak tahu macam mana
anaknya boleh terpengaruh dengan wabak itu.Terus sahaja dia mengambil keputusan
untuk menghantar anaknya ke sekolah lain dan juga memberi kaunseling kepada
Ilham agar kembali ke pangkal jalan.Alhamdulillah,segala usaha dan penat lelah
mereka suami isteri,akhirnya Ilham sudah berjaya dipulihkan sebab itulah bila
isterinya mengatakan Ilham telah jatuh cinta,hatinya gembira bukan kepalang.
“Abang..”Lia perasan
tubir mata suaminya bergenang dengan air mata.
“Abang bersyukur sangat
Lia…perasaan abang jadi lega bila dengar yang along sukakan perempuan.Selama ni
abang takut dia tak mahu kahwin sebab masih sukakan kaum sejenis,nampaknya
abang ni paranoid.”Tubir matanya dikesat.
“Sudahlah bang…benda
dah lama berlalu,kita doakan yang terbaik sahaja untuk along ya bang..”Lia
turut berperasaan yang sama seperti suaminya.Ibu mana yang tidak sedih bila
mendapat tahu yang anaknya berpemikiran songsang.Hancur hatinya masa itu pabila
melihat betapa susahnya untuk memulihkan Ilham semula.Pelbagai inisiatif mereka
gunakan untuk mengembalikan Ilham ke jalan yang benar.Hanya dengan bimbingan
agama dan perhatian mereka sahaja yang mampu mengembalikan Ilham.Semuanya salah
dia kerana terlalu manjakan Ilham dan melayan Ilham seperti anak perempuan
kerana sewaktu itu dia asyik teringatkan anak perempuan yang
ditinggalkannya.Sebab itulah masa itu jiwa dan perwatakan Ilham sedikit
keperempuan dan kerana itulah perasaan Ilham mudah terusik dengan perhatian seorang
lelaki.
“Lia yang bersalah
bang..”Wajah mendung si isteri membuatkan Hassan merasa bersalah.
“Lia punca along jadi
macam tu..maafkan Lia sebab gagal jadi ibu yang sempurna kepada along.”Tangan
suaminya digenggam erat.
“Sy…sayang jangan cakap
macam tu.Semua tu bukan salah sayang tapi takdir yang Allah berikan kepada kita
untuk menguji sekuat mana ikhtiar kita untuk menyelamatkan along.Abang
berterima kasih dengan Lia sebab sudi terima abang dengan along dalam hidup Lia
malah sanggup melahirkan zuriat abang.”Hassan sedaya-upaya memujuk isterinya.
“Terima kasih juga
dekat abang sebab sanggup terima janda seperti Lia.”Lia mengesat air matanya
dengan hujung tudungnya.
“Dahlah..mari kita
masuk.Sekejap lagi nak makan petang kan,Lia masuk dulu biar abang panggil
budak-budak ni suruh pergi mandi.”Lia mengangguk dan terus bangun meninggalkan
suaminya kesorangan.Dulang air yang dibawa oleh Mak Kuntum tadi dibawanya pula
ke dapur.Air mata dikesat supaya tiada siapa yang melihat.
Rancangan yang
difikirkannya selama ini akan diselesaikan minggu ini juga.Dia tidak boleh
tunggu sehingga Hilman bernikah dengan Annisa,kalau boleh biarlah sewaktu
mereka bernikah nanti dia tiada di situ dan dia telah mengambil keputusan untuk
berhenti kerja.
“Betul ke perancangan
kau ni?”Berkerut dahi Hartini tatkala Pa’an memberitahunya yang dia akan
berhenti kerja dari company mereka.
“Tak apalah..aku sokong
kau Pa’an.Aku tahu kau nak berhenti kerja dari situ sebab kau tak sanggup nak
menatap muka suami kau setiap harikan?”Bazlaa Aina menyokong tindakan Pa’an.
“Hurm…aku memang tak
sanggup nak tengok muka dia lagi.Biarlah aku berhenti dari hati aku terus sakit
tengok muka bahagia dia tu.Banyak lagi kerja yang aku boleh cari.kalau
susah-susah sangat aku cari je sugar daddy taja aku.Habis cerita..”Tersengih
Pa’an cuba menutup hatinya yang pilu itu.Tiada siapa pun yang tertawa melainkan
dia seorang dan akhirnya tawa dia mati
begitu sahaja.
“Tak lawak ke?”Soalnya.
“Kau ingat sekarang ni
masanya untuk buat lawak ke?”Perli Hartini yang sedikit bengang dengan sikap
Pa’an yang tidak serius ini.Soal hidup dia sendiri pun dia masih boleh lagi
gelak-gelak.
“Habis takkan kau nak
suruh aku buat apa lagi?”Makanan yang berada di depan mata tidak
disentuhnya.Malam ini Hartini membawa mereka keluar berjalan-jalan di Sunway
Pyramid,baru dapat gajikan,memang syoklah berjalan.
“Aku tak suruh kau buat
apa-apa tapi boleh tak kau serius bila kitorang tengah cakap pasal life kau
ni.”Ice lemon teanya disedut rakus.
“Betul apa yang Tini
cakapkan tu.Macam nilah,minggu ni kita sama-sama balik kampung.Aku temankan
kau..lagipun aku dah lama tak balik kampung.Mak ayah aku dah membebel tanya
bila nak balik.”Bazlaa Aina memberi cadangan kepada Pa’an.Seboleh dia,dia mahu
pulang seorang diri sahaja namun apa yang dia boleh buat jika rumah Nek Lang
bersebelahan je dengan rumah Bazlaa Aina.Memang dia tidak boleh larilah.
“Ikut suka kaulah…aku
tak paksa.”Dia menunduk sahaja.
“Hurm…tinggallah aku
sorang-sorang dekat sinikan.”Hartini buat-buat merajuk.
“Eleh…tak payah nak
merajuk sangatlah Tini.Bukan aku tak tahu yang kau tu nak balik
kampung.Yelah,orang tu nak balik kampung sebab nak beritahu mak ayah pasal
En.Hairi dia tu nak masuk merisik bulan depan.”Terbeliak biji mata Hartini bila
mendengar ayat Pa’an itu.
“Ni mesti abang yang
beritahukan?”Hartini mengagak bahawa Hairi yang menceritakan kepada Pa’an.
“Wooooo…abang.Hot ni
hot..”Pa’an yang tadinya bersedih menjadi riang tatkala mendengar cerita
bahagia kawannya ini.Hartini sudah malu-malu alah kerana tersilap sebut.
“Hahahaha..practice
make perfect Pa’an.Tahniah..”Bazlaa Aina mengucapkan tahniah kepada Hartini.
“Eleh…kau tu pun dah
tak lama lagilah.”Kali ini ditujukan kepada Bazlaa Aina pula.
“Aku?Huh..lepas malam
tu dia terus menyepi je kau tahu tak.Dah dua hari aku tunggu dia telefon aku
tapi hampeh.”Merungut si Bazlaa Aina.Hartini hanya mampu tersengih manakala
Pa’an mula membuat rancangan nakalnya.
“Kot-kot dia dah kahwin
lari tak?”
“Choi….mulut tu jangan
celupar sangat tau.”Marah Bazlaa Aina beria-ia,takut sebenarnya jika kata-kata
Pa’an itu benar dan dia takut jika Azman hanya mempermainkan perasaannya
sahaja.
“Kau jangan
risaulah..esok telefonlah dia tu..dia kerja tu sebab tu tak dapat call
kau.”Hartini cuba menenangkan Bazlaa Aina.Jika mengharapkan Pa’an,sampai
kesudahlah dia asyik mengusik si Bazlaa Aina ini.
“Korang berdua tahu
something ke tentang dia?Kerja dia?”Tertanya-tanya juga Bazlaa Aina akan
pekerjaan si Azman itu.
“Nanti kau akan tahu
juga…dahlah cepat makan.Lepas ni kita pergi survey handset baru pula.Handset
aku dah rosak ni hah..”Hartini menunjukkan handsetnya yang sudah pecah skrinnya
itu.
“Pergh!!Ganasnya
kau..”Pa’an membelek Samsung Note yang telah rosak itu.Ingatkan dia seorang je
yang ganas,rupanya ada yang lebih ganas daripadanya.
“Semalam..handset aku
terjatuh dari dashboard kereta..aku lupa tingkap terbuka,masa nak turn right tu
handset aku pun melayang ke jalan raya.Memang sadis sangat….huhuhu.”Teringat
lagi dia bagaimana handsetnya itu terjatuh selepas digunakannya.Nasib baik ada
satu lagi phone cikai,bolehlah dia bergayut dan mengadu kepada si abang.
“Adoilah kau…dahsyat
sungguh.”Pa’an hanya mampu tertawa sahaja,dapat dibayangkannya bagaimana
handset mahal Hartini ini tercampak.
“Hahaha…macam-macamlah
kau ni Tini…”Bazlaa Aina turut mentertawakan Hartini.Memang teruk keadaan
handset Hartini itu.Dah tak boleh diselamatkan lagi.
Hilai tawa tiga orang
gadis yang berada berdekatan dengan mereka membuatkan dia naik angin.Dia tahu
di foodcourt ini semua orang ada hak untuk bersuara bebas tetapi ini sudah
melampau sebab hanya suara mereka yang kedengaran ditelinganya.Berasap sungguh
dia.
“You ni kenapa muncung
semacam je?Tak suka yang keluar dengan I?”Zack bertanya kepada Farah Fariha
yang sudah tiga hari menjadi pasangan suka-sukanya tapi sampai sekarang dia
belum dapat apa yang diingininya.
“Bisinglah
perempuan-perempuan dekat belakang you tu..menyampah I tengok.”Farah Fariha
menyedut saki-baki minumannya.Straw digoyang-goyangkan selepas minum.Tidak
sanggup matanya menatap wajah perempuan yang agak chubby sedikit dan
menghadapnya manakala dua orang gadis lagi duduk membelakanginya.Seorang pakai
tudung dan seorang lagi free hair.Pakai tudung tapi gelak macam
Pontianak.Itulah tafsirannya sekarang ini kepada setiap perempuan yang
bertudung.
“Yang mana..”Zack mahu
berpaling tetapi cepat-cepat dihalang Farah Fariha,dia tidak mahu lelaki itu
berpusing ke belakang.Nanti buat kecoh je.
“Ish..tak payahlah you
nak tengok diorang tu.Bukannya cantik pun.”Sela Farah Fariha sehingga mengundang
tawa kecil Zack.
“You ni…cemburu ya?Okay
,I takkan pandang.I akan pandang muka you sorang je.”Zack menongkat dagu dan
memusatkan pandangan matanya ke arah Farah Fariha.
“So sweet..comellah you
buat muka macam ni.”Farah Fariha mencuit sedikit wajah lelaki yang berada
dihadapannya ini.Sebatang fries dihulurkan ke mulut Zack.Dia mahu lupakan hilai
ketawa gadis-gadis di belakang kekasih barunya itu.
Hartini perasan yang
perempuan di belakang Pa’an dan Bazlaa Aina itu macam tidak berpuas hati dengan
mereka dan sebenarnya dia naik meluat tengok gelagat minah Melayu yang seksi
bagai nak rak bermanja-manja dengan lelaki bukan muhrim di tempat awam.
“Korang dah siap
ke?Jomlah kita blah…aku menyampahlah tengok couple yang dekat belakang korang
tu.Dari tadi pandang tak puas hati dekat kita,lepas tu berasmaradana pula dekat
public macam ni.Meluat aku..”Hartini menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Antara
Bazlaa Aina dan Pa’an,kedua-duanya tidak berniat langsung untuk berpaling.Kalau
dah Hartini menyampah tambah meluat,buat apa mereka nak tengok.Buat tambah dosa
mereka je nanti.
“Jomlah..lepas ni aku
nak ke toilet kejap.”Bazlaa Aina sudah bangun,begitu juga dengan Pa’an.Bazlaa
Aina dan Pa’an jalan terlebih dahulu manakala Hartini masih terkial-kial untuk
bangun.Makan terlalu banyak sangat sampai susah nak bangun.
“Pa’an…tunggulah
aku.”Hartini menjerit memanggil Pa’an.
“Cepatlah…tadi kau juga
yang nak cepat.”Pa’an berpaling sekilas kepada Hartini dan menunggu sehingga
sahabatnya itu berdiri.
Farah Fariha merasa
lega bila ketiga-tiga mereka sudah seperti mahu meninggalkan meja makan
mereka.Tenang sedikit telinganya namun dia seakan tersentak bila mendengar
gadis yang berhadapan dengannya itu memanggil nama seolah nama adiknya sendiri.
““Pa’an…tunggulah aku.”
“Cepatlah…tadi kau juga
yang nak cepat.”Farah Fariha menggelabah dan riak wajahnya dapat dibaca oleh
Zack.Dia berpaling jua untuk melihat apa yang membuatkan Farah Fariha
menggelabah semacam.Gadis free hair yang comel plus cantik itu membuatkan dia
tidak puas untuk memandang.Gadis itu lagi cantik dari Farah Fariha,lagi putih
dari Farah Fariha yang berkulit kuning langsat ini.Kenalkah mereka berdua
sampai muka si Farah ni pucat semacam.Sejenak dirinya terfikir akan kandungan
Pa’an,terus matanya memerhatikan perut adiknya yang kelihatan kempis.Berkerut
dahinya memikirkan bilakah adiknya ini bersalin?Dia pasti ada sesuatu yang
disorokkan oleh adiknya ini.Dari pucat kini wajahnya berubah dengan sengihan
yang jahat.Ada rencana yang akan digunakannya,jika benar Pa’an tidak mengandung
maka mudahlah rancangan jahatnya ini.
“Farah..why you
tersengih pula ni?You kenal ke dengan perempuan tadi?”Zack bertanya untuk
mengetahui siapakah gadis itu.
“Hah…oh,dia adik
I.”Jujur sahaja Farah Fariha menjawab manakala Zack teruja,tidak sangka
perempuan cantik itu adalah adik Farah Fariha.
“Wow…adik you?Tak
sangka...kenapa you tak tegur dengan dia?Tak nak kenalkan dengan I ke?”Soalan
Zack mengundang dengusan Farah Fariha.
“Nak buat apa?Tak
payahlah..I dengan dia kongsi ayah je,mak lain-lain…I tak suka dia.Mulut
jahat..”Sedap sahaja Farah Fariha memberi tohmahan yang buruk tentang adiknya
kepada Zack.Dia tidak suka bila Zack seolah-olah teruja untuk mengenali adiknya
itu.Tahulah Pa’an lagi cantik darinya,lagi putih darinya.Tak payahlah tunjuk sangat
yang dia suka nak kenal dengan Pa’an.
“Oo….patutlah.”Zack
masih lagi memandang ke belakang melihat kelibat Pa’an yang sudah menghilang di
sebalik orang yang ramai.
“You…amboi mata,pantang
nampak perempuan cantikkan.”Farah Fariha mula merajuk.
“Bukanlah..I just make
a comparison between you and her.Yes I admit adik you cantik tapi you seksi.I
lagi suka you sebab you seksi…”Pujian Zack dapat mengembalikan senyuman manja
di bibir Farah Fariha.Senang sangat untuk dia memujuknya.Dalam hati Zack,dia
bagaikan sedang merencana sesuatu bagaimana caranya untuk dia mendapatkan adik
Farah Fariha pula.Bagi Farah Fariha pula,kepalanya memikirkan cara bagaimana
untuk dia mendapatkan cuti daripada tauke pubnya.Dia mahu pulang ke kampung
untuk melancarkan serangannya kepada Pa’an.Rasanya dia ada cara untuk menipu tauke
pubnya nanti.
Asap rokok yang
berkepul-kepul dilepaskannya ke udara,disedut rokok itu berkali-kali.Semenjak
tinggal bersama Zura dan berkenalan dengan si Zack,rokok sudah menjadi peneman
hidupnya.Sebelum ini memang dia pernah merokok di kampung tetapi semuanya
dilakukan secara sorok-sorok.Gila nak merokok depan Nek Lang dengan abah
dia,mahu berbirat belakang dia kena tibai dengan abah nanti,Nek Lang pula tak
habis-habis akan memberi ceramah free kepadanya.Bosan pula dia malam ini sebab
Zura and the geng semua overnight dekat rumah pakwe masing-masing sedangkan dia
terpaksa tinggal seorang diri.Bukan Zack tidak mengajaknya untuk tinggal
bersama tetapi dia merasakan masih terlalu awal untuk dia bersedudukan dengan
lelaki walaupun dia sudah tidak dara lagi.Biarlah dia tinggal disini buat
sementara waktu.Agak-agak dia sudah tidak tahan tinggal dengan Zura,dia larilah
tinggal dengan Zack.Sekarang ni pun Zura and the geng macam nak cari pasal
dengan dia.Semuanya gara-gara dia dapat Zack sedangkan mereka yang kenal Zack
dah lama pun tidak berpeluang untuk rapat dengan jantan kaya itu.Dalam sibuk
dia melayan perasaan dengan merokok itu dia teringatkan adiknya yang dia jumpa
malam tadi.
“Shit….macam manalah
aku boleh lupa dengan cerita hot ni.Mana pula phone aku ni.”Tergagau-gagau
tangannya mencari handphone yang berada di longgokan bajunya.
“Weh sial…time aku nak
gunalah kau hilang.Bodoh betullah.”Farah Fariha memekik-mekik sambil menyepak
longgokan bajunya itu.Rokok disedutnya lagi,kali ini lebih dalam.
“Hah jumpa pun
kau…”Akhirnya jumpa juga dia dengan handset blackberrynya yang tersorok di
bawah bantal.Simpan tempat lain cari kat tempat lain,manalah nak jumpa lepas tu
terpekik-terlolong macam orang gila.Pantas tangannya mencari nombor phone
abahnya.Nombor didail dan ditekap ke telinganya.
“Hah bah..telepon
semula.Farah tak ada kredit ni.”Terus dimatikan panggilannya.Betapa kurang
ajarnya dia,anak apalah dia ini.Tipu kredit tak ada sedangkan baru semalam Zack
top upkan tiga puluh ringgit kepadanya.Memang anak tak kenang budi.Lama dia
menunggu abahnya menelefon semula,mendengus-dengus sahaja kerjanya.Bukannya dia
nak telefon semula.Dah dia yang sibuk nak bercerita tentang Pa’an,sepatutnya dialah
yang telefon bukannya menyusahkan abahnya.Blackberrynya berdering dan laju
sahaja dijawabnya.
“Hah bah…kenapa lambat
sangat ni?”Rokok yang baru habis dihisapnya ditonyoh kasar di ashtraynya.
“Abah tak ada kredit
tadi..abah keluar kejap pergi kedai beli top up.Ada apa Farah suruh abah
telefon ni?”Kedengaran suara Che Abdullah yang lembut menyapa telinga anak
kesayangannya ini.Dah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang anaknya
selepas Farah Fariha keluar dari rumah emaknya.Farah Fariha mendengus lagi
kasar,Che Abdullah tidak terasa hati dengan kekasaran anak kesayangannya
ini.Maklumlah,apa sahaja yang dibuat oleh Farah Fariha semuanya betul di mata
dia tetapi tidak dengan Pa’an.Kalau Farah Fariha membuat salah tidak pernah dia
memukul walau menjentik anaknya yang ini tetapi kalau dengan Pa’an walaupun
bukan salahnya pasti dia akan memukul setidak-tidaknya dengan penyapu lidi.Beza
benar kasih sayang yang diberikan antara Pa’an dan Farah Fariha.
“Apa-apa jelah
abah..bah.Abah balik kampung tak minggu ni?”Farah Fariha memulakan
rancangannya.Dia yang tadinya berwajah kerut kembali ceria.Tak sabar rasanya
nak tengok abah dia membelasah si Pa’an nanti.
“Huh..buat apa abah nak
balik sana.Bukannya Farah tak tahu Nek Lang tu..tak habis-habis sebut pasal
anak kurang ajar tu.”Farah Fariha tersenyum kemenangan.Makin senang kerjanya
untuk menghasut orang tuanya ini.
“Alah bah…abah balik
ya.Farah pun nak balik juga,dah lama tak jumpa abah dengan mak..Farah
rindulah..”Rindulah sangat padahal wajahnya mencebik tatkala mengungkapkan ayat
tersebut.
“Abah pun rindu kamu
juga…tak payahlah balik sana.Farah balik Perlis terus…abah dah tak sukalah
balik kampung.Nak mengadap Nek Lang lagi..”Che Abdullah membuka tudung saji
rumahnya.Kecur liur bila melihat sambal petai sudah siap terhidang.
“Ish..tak naklah
Farah,abah ingat Farah suka ke balik rumah Nek Lang?Lagipun jauhlah bah nak
balik Perlis.Kampung Nek Lang kan lagi dekat…bolehlah abah ya..lagipun Farah
ada cerita nak beritahu abah ni.”Daripada berdiri,Farah Fariha sudah duduk di
atas katilnya yang berselerak.
“Cerita apanya?Sekarang
ni tak boleh cerita ke?”Che Abdullah sebenarnya sudah tidak sabar untuk makan
nasi sambal petai isterinya ini.Dah tak senang duduk dibuatnya,kelibat
isterinya juga tidak kelihatan keluar dari bilik.
“Ish abah ni…banyak
hallah.Farah nak balik sebab nak beritahu abah sesuatu.Kalau abah tak nak balik
kampung Nek Lang,sudah.Tapi jangan marahkah Farah kalau sampai bila-bila Farah
takkan balik jenguk abah.”Berani sungguh Farah Fariha menggertak abahnya sebab
dia tahu yang Che Abdullah langsung tidak boleh tidak berjumpa dengannya.
“Alah anak abah
ni..merajuk pula dia.Yalah-yalah..abah balik petang esok lagipun hari Jumaat
abah tak kerja.”Berjaya juga Farah Fariha membuatkan abahnya bersetuju.
“Okay bah…kita jumpa
kat kampung ya.Farah nak pergi kerja ni.Kirim salam dekat mak ya.Bye..”Tanpa
sempat Che Abdullah memberi salam terus sahaja panggilan telefon dimatikan.
“Eh budak ni..tak
sempat aku nak beri salam.Apalah yang beria sangat dia nak cerita tu?Dah nak
kahwin ke?”Che Abdullah tertanya-tanya kenapa anaknya beria-ia menyuruhnya
pulang ke kampung sedangkan dia tahu Farah Fariha tak sukakan Nek Lang.
“Siapa bang?”Fatimah
yang baru selesai solat Zuhur turun bertanyakan suaminya sebab dari tadi dia
dengar suaminya sedang bercakap dengan seseorang.
“Siapa lagi..anak
kesayangan kita tulah.”Tubuh yang semakin membuncit itu direbahkan ke atas
kerusi.Tak sabar menunggu isterinya menghidang nasi untuknya.
“Nak apa dia
telefon?”Tahu yang suaminya sudah lapar,Fatimah bergegas mengambil pinggan dan
air basuh tangan dan dibawa kepada suaminya.Selepas itu dia mengambil bekas
nasi dan disendukkan ke dalam pinggan suaminya.
“Dia suruh kita balik
rumah mak minggu ni..”Selamba je Che Abdullah berkata-kata,tumpuannya kini
lebih kepada sambal petai daripada perbualan antara dia dengan anaknya tadi.
“Habis..abang nak balik
ke?”Fatimah sebenarnya tidak kisah samada suaminya mahu balik atau tidak cuma
dia tidak berapa suka bila mendengar dan melihat suaminya bergaduh dengan ibu
mertuanya.
“Baliklah..anak awak tu
nanti merajuk kalau saya tak balik.Katanya dah tak nak balik jenguk kita
dah..lagipun katanya ada hal penting nak beritahu.”Tangannya sudah dibasuh.
“Apa yang penting
sangat tu?”Soal Fatimah lagi.
“Entah..dahlah,saya nak
makan ni.Kalau awak nak berborak,pergi rumah Esah tu..ajak dia berborak
puas-puas.”Menjeling Fatimah menerima sindiran suaminya itu.Kalau dah menghadap
sambal petai,bini depan mata pun dah tak nampak.
“Puas hati aku…kau
tunggu jelah nasib kau Pa’an.Sebelum ni kau rampas Hilman daripada aku kan..tak
lama je lagi nasib kau bakal berubah.Tak semua yang kau dapat tu akan kekal
dengan kau.Hahahahahaha…”Habis sahaja berbicara dengan abahnya,Farah Fariha
kembali menjadi orang gila.Mengilai seorang diri suka dengan rancangannya yang
bakal terlaksana.
“Hai…tak sabar aku nak
malukan kau depan-depan orang ramai…depan Nek Lang…mak bapak si Hilman tu dan
yang paling puas bila dapat tengok kau kena balun dengan abah.”Tinggi
angan-angannya dikala ini.
Pa’an yang sedang
menyiapkan kerjanya berasa tidak sedap hati,jantungnya seakan berdetap
pantas.Dia terasa bagai ada sesuatu yang bakal terjadi tidak lama
lagi.Mungkinkah berkaitan dengan rancangannya untuk berterus-terang tentang
‘kandungannya’ nanti.Entahlah,dia hanya mampu berserah kepada Allah sahaja buat
masa ini.
“Pa’an..jom kita lunch
sekali.”Tidak sedar dia bila masa Emy terpacak di depan mejanya.
“Hah..aaaa…sekejap
ya.”Tanpa menunggu lama,dia mencapai beg tangannya yang berada di belakang
mejanya.
“Dah..jom.Tini mana?”Melilau
dia mencari kelibat Hartini.
“Dia dengan En.Hairi
tunggu kita depan lif..jomlah.”Emy menarik tangan Pa’an agar cepat berjalan.Tak
suka lambat-lambat nanti kena tinggal.Itu pesan Hairi kepadanya tadi.Mendengar
kata sungguh.
Raihan merasakan inilah
masa yang sesuai untuk dia memberitahu perkara yang sebenar kepada Hilman.Sudah
lama dia memendam perasaan,selama ini dia teragak-agak untuk memberitahu kepada
Hilman namun sekarang dia terpaksa jua sebelum terlambat.
“Hello bro,aku nak jumpa
kau malam ni..nanti aku SMS kau kita jumpa dekat
mana.Okay..assalamualaikum.”Selepas ini selesai sudah beban yang ditanggungnya
selama ini.
“Aku akan pastikan kau
akan menyesal.”Tersenyum Raihan sambil tangannya laju menaip SMS tempat
perjumpaan mereka nanti.
“Nak apa pula si Raihan
ni jumpa aku dekat sini?”Hilman tertanya-tanya kenapa Raihan mengajaknya
berjumpa di Oldtown berdekatan dengan tempat tinggalnya.Jam di tangan
dilihat,masih ada sepuluh minit sebelum pukul lapan setengah malam.Sengaja dia keluar
awal,bosan duduk sorang-sorang di rumah.
“Assalamualaikum
bro…awal sampai.”Raihan berjabat tangan dengan Hilman.Mata Hilman cuba mencari
kelibat teman-temannya yang lain.
“Waalaikumsalam…kau
sorang je ke?Mana yang lain?”Soal Hilman kehairanan.Dia ingatkan Raihan mahu berkumpul
macam hari tu tetapi bukan.
“Aku tak ajak orang
lain..sebenarnya ada something yang aku nak beritahu kau.”Straight to the
point,Raihan sudah tidak sabar untuk membocorkan rahsia yang disimpannya selama
ini.
“Apa dia?”
“Kau masih ingat lagi
tak kejadian dulu…yang masa kau dengan Pa’an ter…”Raihan sudah dapat membaca
reaksi muka Hilman namun dia mesti beritahu juga.
“Kau nak cakap apa
sebenarnya ni?”Bengang wajah Hilman bila mendengar Raihan cuba mengungkit
kejadian yang tidak diingininya itu.
“Sorry bro..aku tahu
kau marah bila aku sebut hal ni tapi aku dah tak ada cara lain.Aku kena
beritahu kau juga.”Menggelabah Raihan bila melihat Hilman sedang menahan marah.
“Kau nak beritahu
apa?”Hilman cuba mengawal intonasi suaranya agar tidak terlalu kuat.Tadipun
sudah ada mata-mata yang memandang ke arahnya.
“Sebenarnya bro..aku
tahu siapa yang masukkan ubat tidur dalam minuman korang berdua.”Terkejut
Hilman tatkala mendengar ayat yang baru disebut oleh Raihan ini.
“Si..siapa?”Tidak sabar
untuk dia mengetahui siapa dalang sebenar angkara ini.Mukanya
berkerut-kerut,merah habis kerana marah.Segala cerita yang diberitahu oleh
Raihan membuatkan dia tidak percaya dan bertambah marah.
“Aku beritahu kau apa
yang berlaku…aku bukan nak porak-perandakan rumahtangga kau tapi….”
“Cukup…aku bersyukur
sebab kau dah beritahu aku perkara yang sebenar sekarang ni.Dia memang nak
mampus…aku balik dulu.Ada hal yang aku nak settle.”Hilman bangun dan terus
meninggalkan Raihan keseorangan.Air yang di order sebentar tadi terpaksa
dibayar oleh Raihan.
“Bang air bang…”Tegur
seorang budak lelaki,pelayan di situ.
“Tak apa…kau minum je
aku belanja.Nah..”Not sepuluh ringgit dihulurkan kepada budak lelaki itu lantas
dia turut meninggalkan restaurant itu selepas mendapat baki wangnya.Misinya
sudah lepas dan dia rasa beban yang ditanggung sudah hilang.Lega di dalam hati
tiada siapa yang tahu.
“Kau
keluar sekarang…Now!!”Pekik Hilman kuat membuatkan Pa’an terperanjat.Dia yang
baru mengangkat panggilan suaminya itu terkejut dengan suara Hilman menjerit
tiba-tiba sehinggakan Bazlaa Aina dan Hartini yang duduk jauh darinya pun boleh
dengar.
“Pergh!!Kuatnya suara
dia..dia nak apa tu?”Hartini bertanya namun di balas gelengan oleh Pa’an.
“Entah…dia suruh aku keluar.Keluar
mana?”Soal Pa’an bingung.
“Kot-kot dia ada depan
rumah kita tak?Aku dengar macam ada bunyi kereta je dekat luar.Cuba kau intai
kejap Tini..”Hartini laju sahaja mengikut arahan Bazlaa Aina.
“A’ah lah beb..laki kau
ada dekat luar tu.Muka ketat semacam je,baik kau keluar sekarang sebelum dia
mengamuk dekat sini.Malu dengan jiran-jiran nanti.”Pa’an masih membuat muka
tidak mahu keluar.
“Pergilah..mana tahu
ada benda penting yang dia nak beritahu kau..”Kali ini Bazlaa Aina pula yang
memujuknya.
“Yalah-yalah.”Dia terus
bangun dan melangkah ke arah pintu rumah.
“Weh..kau nak keluar
macam ni je ke?”Hartini menegur Pa’an yang hanya memakai legging dan t-shirt
sleeveless labuhnya.
“Lah..nak jumpa depan
ni je kot.Dahlah…”Tanpa menghiraukan teguran Hartini,Pa’an keluar begitu
sahaja.Fikirnya buat apa dia menukar pakaian sedangkan hanya berjumpa dia depan
rumah sahaja.Selipar disarung lambat-lambat,wajah bengis Hilman langsung tidak
dihiraukannya saat ini.Kunci ditangan digunakan untuk membuka manga pagar rumahnya.Setelah
itu dia berdiri betul-betul di hadapan Hilman.
“Kau nak apa?”Baru
sahaja dia mahu berpeluk tubuh,Hilman menarik tangannya kasar dan menghumban
dirinya ke dalam kereta.
“Woi sakitlah…kau nak
bawa aku pergi mana ni?”Jeritan Pa’an langsung tidak dihiraukan Hilman.Hartini
yang sibuk mengintai dari tingkap rumah mereka kelam-kabut memanggil Bazlaa
Aina yang sedang menyiapkan kerjanya yang tertangguh.
“Apa dia kau ni?”Malas
sungguh Bazlaa Aina untuk bangun.
“Boss aku bawa lari Pa’anlah…aku takut ada apa-apa yang terjadi dengan dia.Risaulah aku…dia bawa phone tak?”Hartini bertanya kepada Bazlaa Aina yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
“Boss aku bawa lari Pa’anlah…aku takut ada apa-apa yang terjadi dengan dia.Risaulah aku…dia bawa phone tak?”Hartini bertanya kepada Bazlaa Aina yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
“Alah..biarlah,diorang
kan laki bini.Kalau kau nak buat report polis pun buang masa je.Aku rasa dia
bawa phone dia tu…atas meja tu tak adapun.”Bazlaa Aina menjeling sekilas ke
sofa yang Pa’an duduk tadi.
“Kalau dia bawa phone
tak apalah..aku takut je kalau-kalau Hilman tinggalkan dia kat tepi jalan
ke.Dahlah pakai macam tu..risau aku.”Terhenti jua kerja-kerja Bazlaa Aina bila
mendengar kemungkinan yang diberikan oleh Hartini.
“Yalah..hurm..kalau
macam tu kita tunggu je dulu.Kalau dalam masa dua jam dia tak balik lagi baru
kita telefon dia.Okay?”Bazlaa Aina cuba menyedapkan hati dia dan
Hartini.Hartini hanya mampu menganggukkan kepalanya dan berlalu duduk di
sofa.Matanya mengerling ke arah jam yang baru menunjukkan pukul sembilan suku
malam.Maknanya dia kena tunggu dua jam lagi untuk mengetahui keadaan Pa’an.Dia
mengeluh berat.
“Kau nak bawa aku pergi
mana ni?”Pa’an memandang sekeliling,apa yang dia tahu Hilman sudah membawanya
jauh dari kawasan perumahannya.Dalam beraninya dia tetap terselit satu perasaan
takut terhadap suaminya ini.Dilihatnya wajah ketat Hilman hanya memandu tanpa
arah dan sekarang mereka sudah masuk ke dalam Kampung Medan.Nak buat apa dekat
Kampung Medan ni malam-malam buta.
“Kau nak buat apa bawa
aku pergi sini?”Semua pertanyaan Pa’an tidak berjawab sehinggalah Himan
menghentikan keretanya di satu bangunan kedai yang mana kawasan di situ teramat
sunyi,Hilman memandu keretanya ke satu jalan yang sudah ditutup.Gelap,yang dia
nampak hanya lampu-lampu bangunan dari jauh sahaja.Walaupun dia mempunyai
pelbagai jenis martial arts tetapi dia tidak boleh memandang rendah kepada
Hilman yang sedang marah ini.
“Kau nak apa sebenarnya
ni?”Pa’an berpeluk tubuh,dia nampak Hilman mencengkam stereng dengan kuatnya.Senyap,masih
tiada respon dari Hilman membuatkan Pa’an bertindak memegang lengan lelaki itu
namun alangkah terkejutnya dia bila Hilman berpusing dan menghentakkan dirinya
sehingga kepalanya terhantuk sedikit ke tingkap kereta.Suasana agak gelap
tetapi dia masih nampak wajah Hilman yang semakin membengis itu.
“Apasal kau
ni?Sakitlah..”Pa’an sedaya-upaya untuk melawan tenaga Hilman yang seakan luar
biasa itu.Dirasakan wajah Hilman semakin mendekat,dia menjadi takut bukan
kerana berdebar-debar tetapi taku dengan sikap Hilman yang tiba-tiba menjadi
raku situ.Entah setan apa yang merasuk suaminya itupun dia tidak tahu.Hilman
tidak bersuara namun tindakannya yang ganas itu membuatkan Pa’an menjadi lebih
takut.
“Lepaskan aku…apa yang
kau buat ni?”Wajah Hilman yang sudah mencecah lehernya yang terdedah sedikit
itu menjadikan Pa’an menggelabah.Tiada apa yang boleh dia lakukan masa ini
melainkan berdoa kepada Allah sahaja.Segala pergerakannya mati,kedua tangannya
telah dicekup oleh Hilman,hanya kepalanya sahaja yang boleh mengelak dari
serangan seksual Hilman itu.Hilman yang terleka menggomol leher Pa’an itu tidak
menyedari yang dia telah merenggangkan pegangan tangan Pa’an.Kesempatan itu
diambil Pa’an dengan menolak tubuh Hilman menjauhi dirinya.
“Sial…setan apa yang
dah merasuk kau ni hah?”Pekik Pa’an kuat.Selepas itu dia cuba membuka pintu
keretanya namun hampa.Hilman yang bengang dengan tindakan Pa’an yang cuba
melepaskan diri itu sekali lagi bertindak menarik tubuh isterinya itu berpaling
dan kali ini bukan leher lagi sasarannya sebaliknya bibir comel isterinya
itu.Perit bibirnya dirasakan saat ini.Hilman meragut bibirnya kasar.Dia tidak
sanggup dirinya dipermainkan oleh Hilman sebegini,bukankah suaminya ini bakal
berkahwin dengan Annisa dan berpisah dengannya.Buat apa mahu menuntut tuntutan
batiniah ini walhal mereka tidak pernah membicarakannya.’Ya Allah..kenapalah
lelaki ini mahu menyeksaku?Jika dia mahu menuntut hak dia,tidak sepatutnya dia
membuat begini kepadaku.Apatah lagi dekat tempat yang macam ni.Dia membuat aku
seolah-olah seperti pelacur.’Air mata bercucuran mengalir mengenangkan dirinya
dilayan sebegitu rupa oleh suaminya.Satu kekuatan mengalir dalam tubuhnya dan
dia bertindak menarik tubuhnya dari diteroka oleh Hilman.Tindakannya itu
berjaya tetapi mengakibatkan di hujung bibirnya luka.
Pang!!!!
Satu tamparan hinggap
di muka Hilman,dia terkejut dan suaminya turut terkejut.Dalam esakan tangisannya
dia mengelap bibirnya yang berdarah.Pedih tapi hatinya lagi pedih dengan sikap
Hilman ini.
“Kenapa?Kau tak suka
ke?”Akhirnya Hilman bersuara jua,lelaki itu turut mengelap bibirnya.Perit juga
ditampar oleh Pa’an namun dia mesti kena ego.Dalam kesamaran,Pa’an boleh nampak
wajah suaminya yang tersenyum sinis itu.
“Gila!!Aku nak balik..”Air
matanya mengalir dengan derasnya.
“Bukan ni ke yang kau
nak daripada aku selama ni?”Berkerut dahi Pa’an mendengar soalan Hilman yang
tidak masuk akal itu.
“Apa yang kau merepek
ni?Please Hilman…aku nak balik.”Rayu si isteri yang nyata tidak diendahkannya.
“Kau cakap aku
merepek?Kau jangan ingat kau buat muka naif macam ni aku akan maafkan
kau.Never!!”Pekikan Hilman langsung tidak digeruninya lagi selagi dia tidak
faham mengapa Hilman bertindak sedemikian rupa.
“Kau cakap pasal apa ni
hah?Tolonglah cakap dengan aku,apa salah aku..”Rayu si isteri dengan penuh
pertanyaan yang bersarang di kepala.
“Kau jangan ingat kau
boleh terlepas,selama ni aku terpedaya dengan muka tak bersalah kau tu tapi
sekarang aku takkan tertipu lagi.”Pa’an memalingkan wajahnya,tidak mengerti
akan maksud ayat sindiran Hilman ini.
“Ya Allah..apa salah
aku?”Dia menepuk dadanya kuat.
“Salah kau?Huh…kau
jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat dua belas tahun lepas.Kau sengaja
perangkap aku kan?Kau yang letak ubat tidur dalam air minuman aku kan?”Tempik
Hilman dengan kuatnya,dia melampiaskan rasa marahnya pada malam ini.
“Astaghfirullahaladzim…berapa
kali aku nak cakap bukan aku yang bubuh.Bukti apa lagi yang kau nak aku beri
dekat kau?”Bibir yang sakit tidak dihiraukan dikala tuduhan yang tidak berasas
dilemparkan oleh Hilman kepadanya.
“Bukti yang kau sudah
hilang dara.Macam mana kau nak buktikan dekat aku?”Terdiam Pa’an mendengar
permintaan Hilman itu.Bagaimana dia mahu membuktikannya kepada Hilman?Takkanlah
dia mahu menyerahkan dirinya kepada Hilman semata-mata mahu memberi bukti
kepada suaminya itu.
“So?Dah fikir
habis-habis?Entah-entah kau trap aku,kau main dengan jantan lain tapi lepas tu
kau suruh aku bertanggungjawab.Kau tuduh aku yang rogol kau!Shame on you…”Pa’an
menutup telinganya disaat mendengar semakin banyak ayat tuduhan dari si suami
kepadanya.
“Shut up!!
“Why?Memang betulkan
kau projek dengan jantan lain tapi kau tuduh aku sebab kau sukakan aku.Betul
Tak?”Matanya terbuntang melihat wajah Hilman di kesamaran malam.Macam mana
rahsia yang selama ini disimpan terbongkar.
“Kenapa diam?Selama ni
aku ingat kau berubah feminine macam ni perangai kau pun berubah sama
tapi..macam pelacur!”Bergegar gegendang telinga Pa’an,sakitnya hati hanya Allah
sahaja yang tahu.
“Memang..memang aku
pernah sukakan kau tapi aku tak tergamak sampai nak perangkap kau macam tu
sekali.Kalau betullah aku perangkap kau,buat apa aku tinggalkan kampung?Lebih
baik aku suruh kau kahwin dengan aku masa tu.Kalau kau nak tahu,aku menyesa
sebab pernah sukakan orang macam kau.Aku menyesal kenal dengan kau.Ceraikan
aku!!”Bergegar tiang arasy tatkala seorang isteri meminta cerai dari
suaminya.Akan tetapi kali ini dia tidak boleh bersabar lagi,setiap tuduhan yang dilemparkan
oleh Hilman menghancurkan hatinya.Perasaan suka semakin lama semakin hilang dan
yang timbul adalah benci yang mendalam.Terdiam Hilman seketika,tidak menyangka
Pa’an akan meminta untuk bercerai walaupun memang itu yang akan dia lakukan
nanti.
“Kau tak payah nak
memekik macam tu.Kau ingat aku nak ke simpan kau ni lama-lama?Buat semak hidup
aku je.Lagipun aku akan dapat Annisa yang jauh lebih baik dari kau,sedarlah
diri tu sikit.Kau tu perempuan,kau keluar macam ni pun dah menambah dosa dekat
aku tau.Terdedah sana sini…memang sama taraf dengan perempuan pelacur.”Betapa
sinisnya ayat yang dituturkan oleh Hilman.Memang sengaja dia mahu menyakiti
hati perempuan yang padahalnya sudah mula bertempat dihatinya.
“Enough!!Aku bencikan
kau Hilman…sampai mati pun aku takkan lupakan kau.Aku nak balik.”Pa’an memegang
lengannya yang tidak beralas,serba sedikit dia terasa dengan teguran sinis
Hilman itu.Air mata sudah tumpah,dia tidak hairan samada Hilman perasan atau tidak.Hatinya
sudah terluka.
“Siapa nak hantar
kau?Keluar!!”Pa’an yang tadinya memandang ke sisi berpaling mencari wajah si
suami di dalam sahaya bulan.
“Kau tak faham bahasa
ke?Aku cakap keluar..keluarlah.Aku dah tak nak tengok muka kau
lagi.Faham!!”Tersentak Pa’an,dia masih tidak berganjak.Fikirnya takkanlah
Hilman tergamak mahu meninggalkan dia di tempat yang gelap macam ni.Tapi dia
silap,Hilman boleh buat apa sahaja termasuklah turun dari kereta dan menariknya
keluar dengan kasarnya.
“Kalau iya pun kau bencikan
aku..takkan kau tak ada belas kasihan dekat aku?Sekurang-kurangnya hantar aku
balik ke rumah semacam mana kau ambil aku tadi.”Pa’an merayu dengan esak
tangisnya.Dia mengetuk tingkap kereta Hilman,tidak dihiraukan egonya yang
tercalar,yang penting dia tidak ditinggalkan keseorangan di tempat yang gelap
ini.Tanpa belas Hilman terus meninggalkan Pa’an keseorangan di situ.Dari cermin
pandang belakangnya,dia nampak kelibat isterinya itu jatuh terjelopok di
jalan.Mungkin terjatuh semasa mengejarnya.Hatinya sayu,sedih dan simpati
terhadap Pa’an tetapi dia tidak dapat melupakan perbuatan Pa’an terhadapnya
dahulu.Bukan senang untuk dia memaafkan Pa’an.
Jika tadi bibirnya yang
pedih,kini lengannya yang terdedah menjadi mangsa dan juga lututnya.Sampai hati
suaminya itu meninggalkan dia kesorangan di situ.Bagaimana jika dia diculik
atau dibunuh?Lelaki itu jugalah yang akan menjadi suspek utama dalam
kesnya.Esakan tangisannya semakin bergema,jika tiada siapa yang nampaknya
disini pasti ada yang salah anggap dia sebagai hantu.Lengan yang luka
dilihatnya tanpa minat kerana luka di hati laki terasa sakitnya.Dia cuba untuk
bangun tetapi kakinya terasa sakit.Ya Allah,bukan hanya lengannya yang luka
tetapi kedua belah lututnya juga berdarah dan leggingnya juga terkoyak.Perit
untuk dia berjalan namun digagahinya jua.Baru beberapa langkah barulah dia
teringat yang dia ada membawa handsetnya bersama.Gajet yang dipegang bersamanya
itu langsung tidak diperasaankannya kewujudan benda itu.’Alhamdulillah ya
Allah,Kau masih membantu aku.’Tanpa menunggu lama,Pa’an menghubungi nombor
telefon Hartini.
“Harap maaf,baki kredit
anda tidak mencukupi..sila tambah nilai..”Terus dimatikan panggilan
tersebut.Macam manalah dia boleh terlupa yang dia belum sempat top-up
handsetnya ini.’Ya Allah…apa yang perlu aku buat ni?Nak tunggu diorang telefon
aku ataupun pergi beli top-up..masalahnya aku tak bawa wang.’Kusut fikirannya
dikala ini.Kalau nak tunggu mereka berdua itu menelefonnya mahu dia mati kering
sahaja di sini.Lebih baik dia pergi ke kedai seven eleven yang ada di bangunan
belakang.Dia sebenarnya malu untuk pergi ke sana dalam keadaannya yang macam
ini namun dia terpaksa juga.Kaki yang sakit dipaksa melangkah kerana dia tidak
mahu tunggu lama-lama di tempat yang gelap itu.Kebarangkalian yang negative
mungkin bakal berlaku kepadanya jika dia hanya menunggu.Dia sudah semakin dekat
dengan bangunan tersebut dan diaa terpaksa melintas sebuah kedai makan yang
penuh dengan orang.Ramai yang melihatnya dengan pelik,lengan yang terdedah
diusapnya perlahan.Sejuk dan juga malu mengenangkan teguran Hilman
tadi.Menyesal dia tidak mendengar teguran Hartini tadi yang menyuruhnya menukar
pakaian dan sekarang dia yang terpaksa menanggung malu.Mereka melihat dia
dengan pelbagai persepsi,langsung tiada yang mahu menolong.Mungkin mereka
berfikir yang dia lari daripada rumah.Sampai di kedai serbaneka dua puluh empat
jam itu,Pa’an berhenti seketika.Dia cuba mencari kekuatan dengan membaca nama
Allah dengan yakinnya.
“Dik…akak nak minta
tolong boleh?Akak tak bawa duit sekarang ni tapi akak terdesak sekarang
ni.Boleh tak adik bagi akak top-up maxis lima ringgit.Akak nak telefon kawan
akak,nanti akak suruh dia bawa duit.Tolong ya dik..”Pa’an cuba meminta simpati
daripada cashier tersebut.Tangan dan bibirnya yang terluka tidak dihiraukan.
“Akak ingat kedai ni
rumah kebajikan ke?”Balas budak perempuan itu dengan penuh lagaknya.Jika bukan
kerana dia sedang sakit dan memerlukan pertolongan,sudah lama dia
ganyang-ganyangkan mulut budak perempuan ini.
“Akak tahu tapi akak betul-betul
minta tolong dengan adik…kalau adik tak percaya,akak akan stay sini sampai
kawan akak datang.”Pa’an sekali lagi mencuba nasib.
“Ish..tak reti bahasa
ke?Tak boleh!!Dah keluarlah..ni mesti baru lepas merempit ni.Menyusahkan orang
betul…keluarlah,customer lain pun nak bayar ni.”Budak perempuan itu
menghalaunya,dia melihat beberapa customer sedang beratur di belakangnya.
“Astaghfirullah dik…tak
baik cakap macam tu.Beri akak top-up maxis lima ringgit.Bagi dekat adik
ni…”Customer perempuan berbadan gempal yang berdiri di belakang Pa’an memarahi
cashier kurang ajar itu.
“Lima ringgit tak ada
kak…sepuluh adalah.”Budak perempuan itu menjeling Pa’an,kerana Pa’an dia kena
marah.Bikin hati dia panas je.
“Tiga puluh pun akak
boleh bayar..ingat,awak tu perempuan..jaga adab,jaga bahasa.Jangan main serbu
orang macam tu aje.Lagipun akak dah lama perhatikan cara awak kerja,banyak
berborak dari bekerja,lepas tu marah-marah customer.Awak jangan sampai kami
report dekat manager awak.”Walaupun geram dirinya dimarahi,dia terpaksa berdiam
diri kerana tidak mahu dirinya di report kepada manager.Pa’an berpaling dan
ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Terima kasih kak…”Alangkah
terkejutnya wanita itu melihat bibir Pa’an yang luka,lengan dan lututnya yang berdarah.
“Astaghfirullahaladzim…adik
ni luka ni.Ya Allah…adik ni baru lepas excident ya?Jom akak bawakan pergi
klinik.”Wanita gempal itu cuba menarik tangan Pa’an.Si gadis cashier sudah
mencebir menyampah.’Buat apa ditolong sampah masyarakat itu entah.’Bisik kepala
jahatnya itu.Barang-barang customer selepas wanita gempal itu dihempasnya
kasar.
“Dik..buat kerja tu
biar ikhlas.Biar muka tak cantik tapi perangai tip top…ini..lu pikirlah
sendiri.”Marah customer yang dihempas barangnya tadi.
“Tak apalah kak…sikit
je ni,terima kasih ya kak.Akak tunggu ya,saya telefon kawan saya sekejap.Suruh
dia bawa duit.”Top-up sudah digores,niatnya mahu menghubungi Hartini terhalang
sekejap.
“Tak apalah…adik tak
payah bayar.Akak sedekahkan dekat adik..betul ni tak nak ke klinik?”Pa’an
mengangguk,terharu bila mana masih ada lagi insan yang sudi menolongnya.
“Kalau macam tu biar
akak yang hantarkan adik balik.”Wanita itu masih menawarkan bantuannya.Segan
pula Pa’an untuk menerimanya.
“Tak apalah kak…akak
sudi belikan top-up untuk saya pun saya dah bersyukur sangat-sangat.Lagipun
kawan saya boleh ambil.”Tubir matanya kembali bergenang,ditahannya supaya tidak
gugur dilihat oleh wanita baik hati ini.
“Betul ni?Akak risau
tengok adik ni macam ni…”Wanita itu masih memerhatikan tubuhnya yang luka.
“Tak apa kak…terima
kasih.”
“Kalau macam tu…akak
balik dulu ya.Lain kali hati-hati…assalamualaikum…”Akhirnya wanita gempal itu
meninggalkannya keseorangan di luar kedai serbaneka dua puluh empat jam itu.Ah,lupa
pula dia bertanyakan nama insan yang baik hati itu.Dia hanya mampu berdoa agar
Allah murahkan rezeki wanita yang menolongnya itu.Tanpa menunggu lama,dia
mendial nombor telefon Hartini.Air mata kembali berlinang mendengar pertanyaan
rakannya yang terlalu risaukan dirinya itu.
“Korang…ambil
aku..”Hanya itu yang termampu terluah dari bibirnya.Air mata mengalir lebat,langsung
tidak terkeluar suaranya.
“Kau dekat mana
ni?”Jelas kedengaran suara Hartini yang kerisauan tatkala telinganya disapa
esak tangisan Pa’an.
“Aku..aku dekat depan
seven eleven Kampung Medan…”Tidak dihiraukan pada mata-mata yang memandang dan
ada juga remaja yang bersiul nakal mengusiknya.
“Hilman
mana?Hilman?”Pelik juga Hartini bila Pa’an menyuruh mengambilnya di Kampung
Medan sedangkan tadi Hilman yang membawa dia.Jangan-jangan…astaghfirullah…
“Dia tinggalkan kau
kan?”Tangisan kecil Pa’an menguatkan lagi firasatnya.
“Ya Allah…okay,kau
tunggu dekat situ.Aku dengan Aina ambil kau.Tunggu tau…jangan pergi
mana-mana.”Pa’an hanya menjawab okay dan selepas panggilannya dimatikan,dia
duduk di hadapan kedai serbaneka dua puluh empat jam itu dengan penuh rasa malu
bila semua mata memandangnya dengan wajah yang pelbagai.Ada yang memandang
kasihan,ada yang memandang pelik,dan ada juga yang cuba menggatal
dengannya.Apa?Ingat dia minah rempit ke?Bila terpandangkan pakaiannya,dia
menjadi malu.Lengannya yang terdedah cuba ditutup,rambut yang terurai bebas
cuba di sorok namun tutup dan sorok macam manapun dilakukannya,ia tetap
terdedah dan menjadi santapan setiap mata lelaki yang memandang.Dia malu,dia
insaf dan dia mahu bertaubat.Kejadian hari ini benar-benar menyedarkan dia.
“Mana si Pa’an ni tak
balik lagi ni…”Hartini ke hulu hilir di depan Bazlaa Aina dan sekali-sekala dia
akan mengintai di tingkap rumahnya.Masa masih berbaki setengah jam lagi untuk
dia menelefon Pa’an tapi dia tidak boleh bersabar lagi.
“Aku tak sedap hati
ni..”Bisingnya lagi dan kali ini dia dapat menarik perhatian Bazlaa Aina.
“Hurm..kau telefonlah
dia,aku pun risau juga ni.”Baru sahaja kakinya mahu melangkah ke almari,handphonenya
sudah berdering.Laju sahaja dia menekan button hijau pabila melihat nama Pa’an
yang tertera di skrin phone barunya itu.
“Korang…ambil
aku..”Tidak sempat untuk dia memberi salam,dia sudah mendengar getaran sendu
suara Pa’an yang meminta tolong.
“Kau dekat mana
ni?”Menggelabah dibuatnya,dia memandang Bazlaa Aina yang sudah mula bangun dari
duduknya,barangkali risau tatkala melihat wajah Hartini yang berkerut itu.
“Aku..aku dekat depan
seven eleven Kampung Medan…”Wajahnya semakin berkerut,Kampung Medan?Dia buat
apa dekat sana.
“Hilman
mana?Hilman?”Pelik juga Hartini bila Pa’an menyuruh mengambilnya di Kampung
Medan sedangkan tadi Hilman yang membawa dia.Jangan-jangan…astaghfirullah…
“Dia tinggalkan kau
kan?”Tangisan kecil Pa’an menguatkan lagi firasatnya.
“Ya Allah…okay,kau
tunggu dekat situ.Aku dengan Aina ambil kau.Tunggu tau…jangan pergi mana-mana.”Hartini
bergegas masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Bazlaa Aina yang
tertanya-tanya.Dia juga masuk ke dalam bilik Bazlaa Aina dan mengambil tudung
sahabatnya itu.Tiada masa untuk dia menerangkan kepada Bazlaa Aina.
“Nak pergi mana
ni?Pa’an balik tak?”Tudung yang dihulurkan oleh Hartini membuatkan dia menjadi
blurr,Hartini pula mencapai kunci keretanya yang disangkut di dinding belakang
pintu rumah mereka.
“Boss aku tinggalkan
Pa’an dekat Kampung Medan sorang-sorang..jom cepat.Aku dengar dia menangis
tu,mesti something wrong happen dekat dia.Aku dah agak dah benda macam ni akan
berlaku…dah jom.Kau kunci pintu rumah..cepat.”Tanpa berlengah,Bazlaa Aina turut
bergegas mengikut arahan Hartini.Tidak dia menyangkakan yang Hilman akan
bertindak sebegitu rupa.Bagaimanalah agaknya reaksi mereka bila melihat keadaan
Pa’an sekarang ini,pasti mereka terkejut dan bertambah marah kepada Hilman.
Hartini meliarkan
meluaskan pandangan matanya mencari kelibat Pa’an dari jauh.Signal diberikan ke
sebelah kanan untuk memasuki bangunan itu.
“Tini..Tini…tu
Pa’an…cepat-cepat.Ya Allah..”Bazlaa Aina sudah dapat melihat kelibat Pa’an yang
terduduk di luar kedai itu dalam keadaan yang kesejukan.Dapat dia rasakan yang
sahabatnya ini telah terluka hati dan perasaannya.
“Ye..ye..aku
nampak.Sabar,ada motor melintas dekat depan tu.Takkan aku nak langgar je
dia.”Hartini juga tidak sabar untuk menemui Pa’an tetapi dia harus mengikut
undang-undang jalan raya demi keselamatan orang lain.Sesampai sahaja di depan
kedai serbaneka dua puluh empat jam itu,Bazlaa Aina terus meluru keluar
mendahului Hartini.
“Pa’an..”Nama
sahabatnya itu dipanggil bila dia melihat Pa’an masih menunduk memeluk lutut
tidak sedarkan kedatangan mereka.
“Aina…”Kepala
diangkat,air mata tidak usah dikira berapa banyak yang mengalir.Beristighfar
panjang Bazlaa Aina dan Hartini bila melihat keadaan Pa’an yang tidak sempurna
seperti mula-mula dia keluar tadi.Lengannya luka,bibirnya pun luka manakala
seluar leggingnya terkoyak dan lututnya turut luka.
“Ya Allah…apa dah jadi
dengan kau ni?Siapa yang buat kau macam ni?”Hartini menghampiri Pa’an yang
masih memeluk Bazlaa Aina,dia menmbaluti tubuh Pa’an menggunakan selendang yang
ada didalam keretanya itu.Nasib baik petang tadi dia terlupa untuk membawa
selendang itu masuk,rupa-rupanya ada sebab mengapa dia meninggalkan selendang
tersebut.
“Aku tak syak orang
lain Tini…ni mesti kerja si mangkuk tu.Huh…memang minta kakilah dia ni.”Wajah
manis Bazlaa Aina sudah berubah merah.Bengang sungguh dia dengan sikap Hilman
yang kurang ajar itu.
“Huh…dia tu manusia apa
entah.Tak ada belas kasihan langsung.”Hartini bercekak pinggang di depan mereka
berdua.
“Dahlah…jom kita balik
dulu..”Bazlaa Aina memandang Hartini dan memberi isyarat mata kepada Pa’an dan
Hartini memahami isyarat tersebut.
“Jom…”Mereka berdua
memapah Pa’an yang sudah tidak bertenaga untuk berdiri itu bangun menuju ke
kereta.Kebisuan Pa’an mengesahkan tekaan mereka berdua.Tak mengapa,balik nanti
akan mereka korek cerita daripada Pa’an.Mereka takkan biarkan Pa’an berkurung
sendirian.
p/s : ok..ni yg termampu ye...sambungan seterusnye da ade tp saje xnak upload ag..kasi gempak sikit yg ni ya.... yang next n3 lagi gempak...hahaha...rasenye2 korg boley agak kot...to readers,sorry la ye kalau masuk2 dekat blog ni still xde n3 baru..sye mmg akan upload jike cite tu da sye rase pnjang...lagipun ni pon gune wifi jiran sebelah rumah...hahaha...
arghh.... suspennnye. wat report la pa'an. benci hilman wat cm2. mcm bgs je
ReplyDeleteBest sangat2 nak lagi.
ReplyDeleteakakkkkk.. bila nak update citer niiii ? tak sabar nya saya nak baca citer trgempak sterusnya mengenai hilman ngan pa'ann tuuu.. dah gatal sangat dah hati ni.. asyik belek2 blog akak je. harap2 dah ade sambungan citer ni.. tapi hampa.. takde lagi uhuhu :((
ReplyDeletewhy still no entry ? waaaaa :( ada fb dak akak ? nak add :)
ReplyDeletesori lame x on....ade...cari azmah tan
DeleteHi..novel ni dah tak ada sambungan ker??
ReplyDeletesori....ade sambungan cume x berkesempatan untuk publish...
DeleteBile akak nak update? Curious nih btw novel akak superb👍👍
ReplyDelete