Matanya terkebil-kebil memandang siling biliknya.Tidak enak berbaring terlentang,dia mengiring ke kiri,selepas itu dia akan berpusing ke sebelah kanan pula.Sudahnya dia bangun dan mendengus kuat.Hatinya runsing dan tidak tenang.Sekeliling bilik diperhatikan tanpa minat.Kenapa dia merasakan separuh jiwanya pergi bersama dengan isterinya itu.
“Apa dah kena dengan
aku ni?Ish…serabut-serabut..”Terus dia bangun dari pembaringannya dan
menyerabaikan rambutnya sendiri.Selepas itu dia meniup rambut yang menutupi dahinya
kasar.
“Perempuan tu dah jampi
aku agaknya.Haih..”Kali ini lengan kanannya diletakkan ke atas peha sebagai
penongkat dagunya.
“Sepatutnya aku kena
gembira sebab dia dah berambus dari rumah aku..lagipun lepas ni aku boleh
kahwin dengan Annisa.Apa lagi yang aku nak?”Dia memang tidak faham dengan
kehendak hatinya sekarang ini.Sejak kejadian petang tadi,dia terlalu
teringatkan si isteri yang bagaikan sedang menari tango di hadapannya.
“Aku kena buat sesuatu
ni,tak boleh jadi macam ni.”Dari menongkat dagu,tangan kanannya menumbuk tangan
kirinya pula.Hilman macam orang sasau dan yang paling penting dia asyik
terbayangkan kejadian petang tadi.Serentak dengan itu bibirnya diusap-usap
berulang kali.
“Apa aku buat ni?Ya
Allah…”Mulutnya ditampar pula berkali-kali marahkan diri sendiri yang begitu
asyik mengingatkan kehangatan bibir Pa’an di saat menyentuh bibirnya.
“Asyik kau je yang
muncul dalam kepala aku sekarang ni kenapa?Hailah otak…kenapalah sekarang ni
kau dah mereng sangat,hah?Tolonglah keluarkan perempuan tu dari kepala otak aku
ni.” Bentaknya lagi dengan mengetuk kepala pula.Sampai bila dia nak jadi angau
macam ni pun dia tidak tahu.Sungguh,masa ni kepalanya lebih banyak teringatkan
Pa’an daripada Annisa.Mengenangkan kekasih hatinya itu,dia terus mendail nombor
telefon Annisa tetapi tidak berangkat.Bila dilihat jam di handphonenya barulah
dia tahu yang Annisa sudah tidur masa ni.Mana tak tidurnya dah pukul dua
setengah pagi.Dia je yang berjaga kerana angau.Esok tak tahulah macam mana dia
mahu mengadap wajah si isteri.
“Ni semua kerja setanlah
ni..menghasut kepala otak aku yang
bukan-bukan.Astaghfirullahaladzim…syuh-syuh..nyah kau dari aku.”Lantas
comforter ditarik menutupi seluruh badannya dan dia memaksa agar dirinya
tidur.Esok nak kerja wei…
Pagi ini,Pa’an terasa
sedikit tenang daripada semalam walaupun hakikatnya hari ini mesti dia akan
berjumpa lagi dengan suaminya itu.Tetapi seperti yang dia katakana
semalam,selepas ini hubungan mereka hanya sekadar bos dan pekerja sahaja.Tiada
yang lebih.
“Fuh..aku
boleh.Fighting!!”Terikut-ikut dengan drama korea,Pa’an memberikan semangat
kepada dirinya sendiri,peristiwa semalam langsung dia tidak beritahu kepada
sesiapa hatta Bazlaa Aina sekalipun.Hari ini dia menggayakan baju blouse labuh
berwarna hitam bercorak bunga matahari kecil dan dipadankan dengan skirt
kembang berwarna kuning plain.Setelah agak puas dengan penampilannya dia keluar
dari bilik menuju ke dapur.Dilihatnya Bazlaa Aina sedang menyediakan roti bakar
buat mereka.
“Roti je?”Sungutannya
membuatkan Bazlaa Aina berpaling.
“Bersyukurlah dengan
apa yang ada…”Balas Bazlaa Aina dengan geram.Memilih sangat.
“Memang aku bersyukur
dengan apa yang ada tapi mana cukup aku breakfast banyak macam ni..tak
kenyanglah.Kau pernah dengar tak tentang cara permakanan kita yang
sepatutnya.Breakfast like a queen,lunch like a princess and dinner like a
pauper.So…kita kena makan banyak waktu pagi untuk mulakan hari kita.”Diambilnya
sekeping roti yang siap dibakar,lalu disapukan planta dan disalutkan pula
dengan kaya di atasnya.
“Yelah aku tahu…tapi
mana sempat nak masak.Kalau kau nak
sangat nanti kita stop kejap dekat gerai mek tu..beli nasi lemak dia.Aku pun
teringin nak makan nasi dagang ni.”Bazlaa Aina menghulurkan secawan Milo kepada
Pa’an.
“Cantik…thanks…Tini
mana?”Dicari kelibat sahabatnya seorang lagi tetapi tiada pula.
“Dia memerut dalam
tandaslah…biasalah dia pagi-pagi ni.”Tersengih Pa’an mendengarnya.
“Eh..awal lagi ni,aku
pergi beli sendirilah nasi lemak tu.Sempat lagi kalau nak makan kat rumah
ni.Kau nak nasi dagangkan?Nanti bila si Tini tu dah siap memerut,kau tanya dia
nak makan apa,lepas tu teks aku ya.Aku bawa phone ni…”Bergegas dia bangun dan
masuk ke dalam bilik untuk mencari pursenya.Seketika dia keluar terdengar
Bazlaa Aina memanggilnya.
“Hati-hati Pa’an…”Dia
mengangkat tangan sahaja,perut dia mana boleh tahan makan pagi dengan roti
sahaja.
“Pa’an mana?”Dalam
lapan minit Pa’an pergi,Hartini sudah keluar dari toilet.
“Dia pergi beli nasi
lemak.Ha..dia tanya kau nak makan apa?”Bazlaa Aina memegang handphonenya
bersedia untuk menghantar mesej kepada Pa’an.
“Kau suruh dia beli mee
gorenglah..tambah sambal tau.Aku nak pakai tudung kejap..”Pantas sahaja Bazlaa
Aina menghantar mesej kepada sahabatnya itu.
“Assalamualaikum
mek…”Ramah sahaja Pa’an menegur mak cik yang menjual nasi lemak itu.Nasi lemak
mek ni memang sedap,ramai customer yang datang beli dengan dia tidak kira
bangsa,semua ada.
“Waalaikumsalam…hah
Pa’an.Dah lama tak datang gerai mek ni..mek ingat Pa’an dah tak suka nasi lemak
mek ni.”Tertawa Pa’an mendengarnya.
“Tak adalah mek…sebelum-sebelum
ni Pa’an selalu masak dekat rumah je.”Pa’an menjawab dengan berlapik,takkan dia
nak beritahu mek yang dia bersarapan di rumah suaminya sedangkan mek tahu yang
dia masih belum berkahwin,sibuk sangat nak kenenkan dia dengan anak bujangnya
yang kerja di Sarawak tu.
“Yelah tu…Pa’an nak
apa?Macam biasalah ya..buat sendiri,mek sorang je hari ni.Milah sakit pula.”Terang
mek yang kelam-kabut melayan customer tetapnya yang lain.
“Alah kesiannya
mek..yelah.Pa’an buat sendiri ya.Nak tolong mek pun Pa’an nak kena cepat
ni..”Sambil bercakap,tangannya sibuk mencari polisterin dan mencedok nasi lemak
ke dalamnya.
“Alah…mek tak suruh
Pa’an tolong pun.Tolong diri sendiri sudah…”Tertawa Pa’an dengan telatah mek
yang menghiburkan itu.Orangnya terlalu ramah dan baik hati.
“Ada-ada je mek ni…”Dia
menggelengkan kepala,setelah itu diambilnya kertas pembungkus makanan untuk
membungkus mee goreng yang dipesan oleh Hartini.
“Nasi lemak ni satu ya
cik…”Kedengaran satu suara menyeru ke arahnya.’Dia ni ingat aku ni jual nasi lemak
dekat sini ke?Tak nampak ke orang dah pakai cantik-cantik
ni?Agak-agaklah…’Sewaktu dia mengangkat wajahnya,pemilik suara itu bagaikan
terkedu dan ralit memandangnya.
“Mek…semua ni
berapa?”Pa’an menjeling lelaki tersebut dan mencuit bahu mek.Dia mahu cepat.
“Tujuh ringgit
je..”Pa’an menghulurkan not sepuluh ringgit dan diserahkan kepada mek.Baki yang
mahu dipulangkan ditolaknya.
“Takpe mek…sedekah.Ni
mek…ada customer nak nasi lemak.Balik dulu ye mek..”Selepas menerima anggukan
dari mek yang tengah sibuk itu,terus sahaja Pa’an berlalu pergi.Ikutkan hati
mahu sahaja dia menolong mek membungkuskan nasi lemak untuk lelaki itu.Setakat
satu je tak susah manapun,cuma apa yang dia tidak sukakan bila lelaki itu ralit
merenungnya tanpa kelip.Lemas dan rimas dibuatnya.
Ilham terkedu seketika
melihat wajah yang dipanggilnya itu.Wajah itulah yang telah menganggu lenanya
malam tadi.Ralitnya dia memandang sehingga tidak sedar yang si gadis sudah
tiada lagi di situ.
“Adik ni nak apa?”Bagai
tersentak dari lamunan,Ilham tercari-cari si gadis itu.
“Cari siapa?”Wanita tua
itu bertanya lagi.
“Eh..tak ada
apalah…nasi lemak satu ya mak cik.Nak ayam masak merah bahagian peha ya.”Dia
menggarukan kepalanya,sekilas dia berpaling ke belakang dan dilihatnya si gadis
berbaju kuning itu sudah menjauh darinya.Tak ada rezekilah untuk dia berjumpa
lagi dengan gadis berani itu sebab lepas ni dia akan terus balik ke Kuantan.
Hilman bagaikan cacing
kepanasan di dalam officenya.Segala tingkahnya bagaikan serba tidak kena pagi
ini selagi dia tidak melihat kelibat Pa’an di companynya.
“Leeya…please bring me
a cup of coffee.”Dia menjengulkan kepalanya di muka pintu bukanlah hanya
semata-mata untuk menyuruh Aleeya Nasuha buatkannya kopi.Niatnya hanya untuk
melihat si isteri samada sudah masuk kerja atau belum.
“Now?”Aleeya Nasuha
bertanya pula barangkali pelik dengan sikap bosnya yang lain macam
ini.Selalunya kalau di company lama mereka,Hilman hanya memanggilnya dengan
menggunakan intercom sahaja.Tak pernah dia buang tabiat keluar macam tu sekali.
“Yup..by the way,lepas
ni you tolong panggilkan Mr.Kumar ya,ada benda yang I nak discuss dengan
dia.”Sambil bercakap,matanya melilau mencari Pa’an dan hatinya kelegaan tatkala
melihat Pa’an sudah masuk bersama dengan Hartini.Isterinya itu riang bergelak
ketawa dengan Hartini namun ketawa Pa’an mati bila mana mereka bertentang mata.
“Ehem..tolong cepat
sikit ya.”Tidak tahan dengan panahan mata Pa’an yang tajam disertakan dengan
bayangan bibir Pa’an itu,Hilman terus menutup pintu biliknya sehingga mengundang
kehairanan di wajah Aleeya Nasuha.
“Pervert!!!”Bentak
Pa’an dalam diam.Dia cuba berlagak biasa,pagi tadi elok sahaja moodnya untuk
bekerja namun moodnya menjadi terbalik pula setelah orang pertama yang dia
nampak di company ini ialah Hilman.Macam manalah dia nak bekerja dengan lebih
lama di sini sedangkan baru sehari pun dia dah tak boleh tahan.
“Farhana…”Pa’an pantas
berpaling memandang orang yang sedang memanggilnya itu,terus sahaja senyumannya
terukir melihat susuk tubuh lelaki itu.Nampak sangat mulut panggil namanya tapi
mata pandang kawan sebelahnya ini.Hartini pula buat-buat tak tahu.’Eleh…dua-dua
dah suka sama suka tapi tak nak mengaku…aku jugak yang jadi mangsa.’Pa’an sudah
tersengih-sengih melihat gelagat keduanya itu.
“Ada apa En.Hairi?Ni
nak tegur saya ke member sebelah saya ni?”Satu cubitan hinggap di lengannya
membuatkan dia bertambah galak tersengih.Hairi pula sudah terpegang-pegang
lehernya.Malu agaknya sebab Pa’an tengok mukanya pun dah kemerahan sedikit.
“Ish..apa pula.Kan
En.Hairi panggil nama kau tadi.Merepek jelah kau ni…dahlah aku nak buat kerja
aku.Bye..”Hartini berlalu pergi,malu dengan usikan Pa’an yang entah betul atau
tidak itu.Sememangnya dia ada perasaan suka kepada Hairi namun dia sedar siapa
dirinya ini dan lagipun Hairi langsung tak tunjuk minat kepadanya sebaliknya
Hairi selalu bertanyakan tentang Pa’an.Terlihat oleh Pa’an sedikit kekecewaan
di muka Hairi.
“Suka cakap suka
En.Hairi..jangan main tarik tali macam ni.Bertanyakan tentang saya tapi
sebenarnya sukakan orang lain.Stop playing others feeling En.Hairi..saya tahu
En.Hairi sukakan kawan saya tu.Tak salah kalau En.Hairi berterus-terang dengan
dia..”Pa’an berpeluk tubuh dan berwajah serius membuatkan Hairi tidak tertelan
air liur dibuatnya.Bagi Pa’an pula mahu tergelak dia melihat wajah takut
ketuanya ini.
“Erk..nampak sangat
ke?”Tergaru-garu pula Hairi ini.
“Lah…memang terlebih
nampak En.Hairi..saya ni tak buta lagi.Please..terus-terang okay..”Pa’an
berusaha lagi untuk mengetahui perasaan sebenar ketuanya itu.
“Tapi saya takut dia
tolak…”Perlahan sahaja Hairi berbisik dekat dengan Pa’an.Kata-kata itu
mengundang tawa kecil oleh Pa’an.’Yes..dia dah mengaku..kalaulah Tini ada ni
mesti blushing gila dia.Hahaha…aku boleh jadi matchmaker ni..lepas ni Aina
pula..hehehe’Girang benar hati Pa’an di saat ini.
“Don’t worry
En.Hairi…saya tahu mesti dia suka punya.Believe me…”Pa’an menepuk dadanya tanda
dia bersungguh.
“Itu yang saya takutkan
tu.”Berkerut dahi Pa’an mendengarnya.
“Hah…apa maksud
En.Hairi?”
“Yelah…susah saya nak
percayakan awak ni.”Geram pula Pa’an melihat Hairi tersengih mengenakan dia.
“Ceh..ingatkan apalah
tadi..kali ni betul punya…cayalah..”Bukan main bersungguh lagi Pa’an mahu
mendekatkan lagi hubungan antara Hartini dan Hairi.Yang penting kali ni,jangan
gunakan nama dia sebagai alasan untuk bercakap dengan Hartini lagi.Dia dah naik
menyampah pula bila Hartini tak habis-habis kata Hairi sukakan dia padahal
sebaliknya.
“Okay…kalau macam tu
nanti awak tolong saya ya..saya sebenarnya segan.Hehe..saya pergi dulu ya.Sebelum
tu nah..ni usul awak semalam,baiki yang mana saya dah tandakan tu..lepas tu
terus submit dekat bos besar ya.Good luck..”Mencuka wajah Pa’an di saat Hairi
menyerahkan fail biru itu ditangannya.Bengang bukan sebab dia kena betulkan
semula usul tu tetapi dia bengang sebab nak kena mengadap muka suaminya nanti.
“Huh..yelah..yelah…”Pa’an
berlalu ke tempat duduknya dengan wajah membengis,takut pula Emy dan Naim nak
menegurnya.
Dalam bilik pula,Hilman
bagaikan mahu meletup melihat aksi gelak ketawa antara Pa’an dengan Hairi
tadi,selepas dia meminta kopi dari Aleeya Nasuha sebentar tadi,dia mengintai
isterinya itu di sebalik langsir tingkap biliknya dan ternyata,hatinya menjadi
panas melihat Pa’an yang gembira bergelak ketawa di samping lelaki lain
sedangkan dengan dia bukan main masam lagi.
“Hai Man..your coffe
here..anything else?”Aleeya Nasuha bertanya kepada bosnya yang masih membisu
itu.
“Nothing..Leeya,you may
go know..”Aleeya patuh dengan arahan bosnya itu.Tanpa menunggu lama,Aleeya
Nasuha terus keluar dari meihat lelaki idamannya itu terus termenung,buang masa
dia je.Dalam asyik dia termenung,handphonenya berbunyi dan nama Annisa naik.
“Assalamualaikum
abang..”Begitu lunak suara Annisa memberi salam namun ianya bagai sudah tiada
makna buat diri Hilman lagi sekarang.Dia rasa hatinya semacam sudah hilang.
“Waalaikumsalam…ada apa
Nisa call abang ni?”Hilman membetulkan duduknya.
“Amboi..macam tak bagi
Nisa call je ni?Sebenarnya Nisa nak beritahu abang sesuatu ni…semalam mama
abang ada call Nisa tanya betul ke Nisa sanggup kahwin dengan abang?”Terbeliak
biji mata Hilman mendengar ayat yang diungkapkan oleh kekasih kesayangannya
itu.
“So..mama cakap apa
dengan sayang?Mama marah-marah ke?”Nak juga Hilman tahu apa yang mamanya
cakapkan kepada Annisa.
“Tak ada apalah
bang…mama cuma tanya je.Dia kata kalau boleh biarlah Nisa bermadu je dengan
Pa’an dari abang bercerai dengan dia..tapi nak buat macam mana,abang dah lafaz
cerai taklik dekat dia..mama abang redha katanya.Nampak sangat mama abang
sayangkan Pa’an tu lebih dari Nisa kan?Dengan Nisa dulu tak ada pun mama abang
beria macam tu.”Suara Annisa kedengaran seperti merajuk.
“Mama cakap macam tu?”Sungguh
Hilman tidak sangka mamanya akan menelefon Annisa,itu belum papanya masuk
campur lagi.
“A’ah…mama abang cakap
kalau boleh biarlah sampai Pa’an tu bersalin dulu..nak je Nisa cakap dekat mama
abang hal yang sebenarnya tapi Nisa ingat janji Nisa dengan abang
dulu..”Terdengar keluhan Hilman di telinga Annisa,dia pasti yang kekasihnya itu
sedang marah walhal hati kekasihnya ini sedang berbelah bahagi antara dia dan
isterinya.
“Nisa jangan beritahu
mama…biar mama sendiri yang tahu hal ni…”Agak pelik Annisa dengan sikap Hilman
sekarang ini dan dia sebenarnya ingin tahu kenapa Hilman beria-ia sangat
merahsiakan perkara ini dari keluarganya.
“Ikut suka
abanglah…Nisa nak beritahu ni yang family Nisa dah tahu yang kita nak
kahwin..diorang nak jumpa abang dulu..abang bersedialah menjawab dengan ayah
dan mak..”Kusut Hilman dibuatnya,satu hal lagi yang mana dia perlu menjawab dengan
keluarga Annisa membuatkan dia hilang arah.
“Okaylah bang…Nisa
banyak kerja ni..assalamualaikum…”Annisa seakan berjauh hati dengan kekasih
hatinya itu manakala Hilman pula pening memikirkan apa yang patut dia buat
selepas ini.Hendak meyakinkan keluarga Annisa teramatlah payah kerana ayah
Annisa tu merupakan guru silat di kampung mereka.Maunya dia patah riuk
dikerjakan oleh ayah Annisa nanti.
Bagaikan
orang yang tak pernah masuk Bandar,Farah Fariha seperti mengalami kejutan
budaya di Kuala Lumpur ini.Sejak dia lari dari kampung Nek Langnya tempoh
hari,pemakaiannya semakin berubah.Kalau dulu dia hanya berani berpakaian
ketat-ketat sahaja,sekarang ini dia sudah berani memakai skirt pendek paras
peha dan tiub sahaja.Kalau ada Nek Lang yang menegurnya namun di sini dia bebas
melakukan apa yang dia suka.
Dia memerhatikan
manusia-manusia di sekelilingnya yang sedang asyik berpesta dan bersuka
ria.Kelihatan Zura bahagia bergelak tawa dipeluk oleh seorang lelaki tua yang
berperut boroi dan berkepala botak.Sesaat dia mencebirkan bibirnya,bukan dia
meluat tetapi dia tahu Zura berpura-pura hanya untuk mendapatkan tips yang
lebih.Air coke ditangan diminumnya seteguk,malam ini entah kenapa dia tidak
teringin untuk meneguk air kencing syaitan itu sedangkan seminggu sebelum
ini,itulah minuman yang menjadi kesukaannya ketika sedang bekerja.Masih
terbayang di matanya sewaktu kali pertama dia menjejakkan kakinya di pub
itu,terbeliak biji matanya dan segala maki hamun keluar memarahi Zura yang
menipu dirinya.Dia tiada pilihan lain melainkan mengikuti Zura kerana
sahabatnya itu telah mengugut untuk membocorkan rahsianya dengan bekas
kekasihnya dahulu yang mereka sudah banyak kali terlanjur tanpa pengetahuan
orang tua mereka.Sungguh pandai Zura menghasut dan mengugutnya,dan sekarang dia
tersepit samada mahu pulang ke kampung dengan maki hamun oleh Nek Lang,abah dan
emaknya ataupun kerja sahaja di pub ini asalkan rahsianya terselamat.Seketika
lamunannya terhenti bila merasakan lengannya yang terdedah di pegang oleh
seseorang yang bertangan kasar.
“Hai sayang..why are
you here?”Lelaki tersebut bertanya kepada Farah Fariha lalu duduk di sebelah
wanita cantik itu.
“Saja…bosan.”Moodnya
yang hilang tadi kembali bersemangat bila mana lelaki yang menegurnya ini
sangat kacak dan kelihatan kaya.Terkebil-kebil biji matanya memandang lelaki
yang sedang tersenyum di hadapannya ini.
“Ooo..hai…I’m
Zack..you?”Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Farah Fariha.Sudah lama dia
memerhatikan wanita cantik disebelahnya ini.Sengaja dia menunggu masa yang
sesuai untuk menegur.
“Hai…Farah..”Farah
Fariha menyahut tangan itu.
“Sorry..again!”Akibat
bunyi muzik yang kuat di dalam pub itu membuatkan Zack tidak mendengar apa yang
dikatakan oleh Farah Fariha.Wanita cantik itu tersenyum dan itu membuatkan Zack
merasa bangga bila ramai lelaki yang melihatnya,cemburu.
“I’m Farah…”Kali ini
dikuatkan sedikit suaranya,Farah Fariha agak tergedik sedikit bila melihat
lelaki kacak didepannya.mana tidaknya,sepanjang seminggu dia bekerja sebelum
ini,dia terpaksa melayan lelaki-lelaki tua dan mamat-mamat cikai sahaja.Bosan.
“Nice name..you pun
cantik.”Tangan Farah tidak dilepaskannya,sengaja dia mahu menggenggam tangan
itu lama-lama dan Farah pun tidak berniat untuk melepaskan tangannya.
“Thanks…”Tersipu-sipu
Farah kerana malu.Pandangan mata Zack sudah meliar ke segenap badan Farah yang
terdedah itu.Asyik benar matanya menatap ke arah lurah dada Farah yang terdedah
luas.Mahu tak tertelan air liurnya melihat kulit gebu itu.
“Jom menari?”Zack
mencuba nasib.
“Sorry…I tak ada mood
nak menari.”Wajah cantiknya berubah keruh tiba-tiba.
“Why?Syok apa dapat
menari,boleh peluk-peluk..”Tanpa berselindung,Zack menyuarakan suara hatinya
manakala Farah hanya tersenyum kerana dia sudah biasa dengan semua itu.
“Not now…”Farah
sebenarnya mahu menari dengan lelaki kacak seperti Zack namun dia benar-benar
tiada mood hari ini.
“Okay..you period
ya?”Tembakan Zack sememangnya tepat,hari ini merupakan hari pertamanya,sebab
itulah dia tiada mood untuk berbuat apa-apa.Lambat-lambat dia menganggukkan
kepalanya.
“Ah…rugilah
I..”Berkerut dahi Farah cuba memahami maksud tersirat Zack itu.
“Excuse me…”Zack
tersengih miang dan Farah sudah boleh mengagak maksud sengihan itu.
“Lelaki…tak pernah
fikir benda lain kalau jumpa dengan perempuan.”Farah menjeling manja,kalau
dengan lelaki lain sudah pasti dimakinya kaw-kaw tetapi dengan Zack,seperti
tidak mampu untuk dia menolaknya.Dan sedikit kekesalan dalam dirinya kerana
period pada hari ini.Bodohkan manusia bernama Farah Fariha ni.
“Nak buat macam
mana…you ni hot sangat..sampai I pun naik hot.”Zack mencuit pipi Farah selamba
membuatkan dia tersipu-sipu sekali lagi.Ah..hatinya seakan-akan jatuh cinta dengan
lelaki yang baru dikenalinya tak sampai sepuluh minit ini.Agaknya lelaki di
Kuala Lumpur ni semuanya bermulut manis,pandai mengayat perempuan.
“Sudahlah you…”Farah
meneguk lagi air cokenya.
“Betul..youlah
perempuan yang paling cantik yang pernah I jumpa dekat pub ni.”Memang
betul,sepanjang Zack bertandang di pub ini,inilah kali pertama dia berjumpa
dengan wanita secantik Farah.
“Tipulah..”Digoncang-goncangkan
gelasnya manakala Zack sudah tahu perangkapnya mengena.
“Betul..kalau you tak
percaya,jom tanya kawan-kawan I..tu mereka kat sana.”Zack menuding jarinya ke
arah sahabat-sahabatnya yang sedang bergembira itu.Farah berpaling dan melihat
teman-teman Zack sedang melambai kepadanya.Ada dua orang lelaki dan empat orang
perempuan.Dibalasnya lambaian itu dengan rendah dan senyuman.
“Tak
payahlah…segan.”Zack tertawa kecil dan itu membuatkan Farah terkesima
memerhatikan wajah kacak ini.Sungguh,lelaki ini lebih handsome dari bekas-bekas
kekasihnya dan yang semestinya lagi handsome daripada Hilman.Terus senyumannya
mati bila teringatkan lelaki itu,langsung dia tidak mendengar apa yang
diperkatakan oleh Zack sekarang ini.
“Look…you termenung
lagi.Hallo si cantik…”Dengan selambanya Zack mencium pipi Farah untuk mematikan
lamunannya.Terkejut Farah tatkala menerima ciuman dari lelaki yang baru
dikenalinya itu namun tidak pula dia marah.
“Lembutnya pipi
you..gebu,,nak sekali lagi boleh?”Kali ini Farah menepis muka Zack yang
mendekat.
“Lagi sekali you
mengelamun..dekat tempat lain pula I kiss..”Tersengih-sengih Zack melihat Farah
yang menjengilkan matanya.
“Gatal..”Bukannya marah
tetapi Farah turut ketawa bersama Zack.Sungguh seronok mereka berborak
sampaikan akhirnya Farah bersetuju untuk menari dengan Zack.Alangkah gembira
dan bangganya Zack bila dapat menari dan memeluk wanita tercantik seperti Farah
di pub itu.Dari jauh,Zura memandang menyampah dengan Farah.Dia membawa Farah ke
pub itu kerana telah berjanji untuk membawa seseorang sebagai ganti hutangnya
dan dia memilih Farah kerana kawannya itu senang terpengaruh.Dia sudah lama
meminati Zack dan banyak kali cuba menawan hati lelaki itu namun Zack hanya
melayannya biasa-biasa sahaja,tiada lebih seperti Farah.Sedikit sebanyak api
cemburu menguasai dirinya.
Annisa
merengus geram tatkala teringatkan perbualan telefon antara dia dan buah
hatinya sebentar tadi,geram dengan sikap Hilman yang sekarang ini seperti
berdolak-dalik dengannya.Kata mahu berkahwin dengannya tetapi bila dia menyuruh
Hilman berjumpa dengan kedua orang tuanya dan berterus-terang tentang apa yang
telah terjadi,Hilman menyuruhnya menunggu.
“Nak kena tunggu sampai
bila bang?Sampai si Pa’an tu bersalin?Abang juga yang cakap dia tak
mengandung,jadi macam mana nak kena tunggu dia bersalin pula?Abang jangan
main-main bang..”Berasap telinga Annisa di saat itu.Patung teddy bear yang
dihadiahi oleh Hilman itu dipeluknya kemas.
“Bukan macam tu maksud
abang…”Suara Hilman kedengaran agak serabut bagi Annisa tetapi dia tidak
peduli,yang penting Hilman kena berjumpa dengan keluarganya.Bukannya jauh
pun,berjiran je dekat kampung tu.
“Habis tu macam
mana?Abang juga yang cakap nak bercerai dengan dia bila kita dah nikah.Selagi
kita tak bernikah macam mana abang nak ceraikan dia?”Kadang-kala Hilman
merasakan Annisa ni mendesak juga orangnya namun dulu tidak pula gadis
kesayangannya seperti ini.Mungkin faktor usia agaknya.
“Memang..tapi kita
tunggu masa yang sesuai ya..”Hilman mencari alasan,kalau dulu dia terasa
beria-ia mahu berpisah dengan Pa’an tetapi sekarang ini bagai ada sesuatu yang
menghalangnya,mungkin kisah lama mereka yang menjadikan dia takut untuk
bercerai.Mungkin.
“Masa?Sampai bila
bang?Kalau ikut jangkaan,bulan depan sepatutnya si Pa’an tu bersalin.Abang nak
menipu lagi ke?Abang dah tak sayangkan Nisa lagi ya?”Mendengar suara lirih
Annisa itu membuatkan Hilman serba-salah dan hilang arah.Sungguh dia sayangkan
perempuan itu tetapi dirasakan sayang itu semakin lama semakin pudar.
“Macam nilah…minggu
depan abang balik kampung.Kita settlekan masalah ni…tapi kalau boleh abang nak
Nisa rahsiakan dulu perkara ni dari mak abah Nisa ya..biar abang yang
beritahu.”Akhirnya barulah Annisa berpuas hati walaupun dirasakannya Hilman
bukan seperti dahulu.
“Okay…minggu depan kita
jumpa dekat kampung.”Tanpa menunggu lama,Annisa mematikan panggilan
telefonnya.Puas hati dia bila dapat memaksa Hilman sebegitu,semenjak
perkahwinan mereka tidak jadi enam bulan yang lalu,hidupnya semakin
tertekan.Terpaksa hidup mendengar cemuhan dan umpatan orang ramai walaupun
dirinya tidak bersalah.Atas perbuatan Pa’an itu seluruh keluarganya mendapat
malu dan yang paling menyedihkan abahnya terus jatuh sakit sehari selepas
itu.Nasib baiklah tidak teruk sampai memudaratkan,barangkali terkejut dengan
berita bakal menantu kesayangannya buat hal.
Kepalanya dipanggung,apa
yang perlu dia buat sekarang ni.Jika dulu dia seakan yakin untuk bertemu dengan
kedua ibu bapa Annisa tetapi sekarang dia tidak pasti.Apa yang penting hatinya
menjadi tidak sedap untuk menghadapi semua ini.
“Kenapa aku perlu rasa
macam ni hah?Bukan ke ini yang aku nak?Aku cintakan Annisa tapi kenapa sekarang
ni mesti perempuan tu yang muncul dalam kepala otak aku?”Semenjak kes tempoh
hari,beginilah keadaan dia sehingga dia terpaksa minta cuti supaya tidak
melihat wajah Pa’an buat sementara waktu tetapi sebaliknya yang terjadi,jiwanya
meronta-ronta untuk berjumpa dengan Pa’an.Dalam dia sibuk
mengelamun,handpphonenya berbunyi hebat.
“Ah..bisinglah,siapa
yang sibuk mengacau aku ni?”Dengan malasnya Hilman mengambil phonenya tanpa
melihat siapa pemanggil tersebut.
“Hello…”Kasar sahaja
bahasa yang digunakan.
“Hello bro..amboi
garang nampak.”Berkerut dahi Hilman mendengar suara yang menegurnya itu.Sekilas
dia melihat skrin telefonnya.Kali ini senyuman terbit di bibirnya.
“Woi…sorry bro aku tak
tengok nama kau tadi.”Hilman bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.Peti ais
dibuka dan dikeluarkan fresh orange marigold.Dicapainya pula gelas yang berada
di sebelah peti ais lalu menuangkan air itu.Diteguknya seteguk.
“Tension je aku dengar
suara kau tadi.Aku ingat kau marahkan aku.”Hilman meletakkan semula fresh
orange itu dan kembali ke ruang tamu.
“Sorrylah..kepala aku
tengah berserabut sekarang ni.Kau dekat mana ni Han?”Hilman bertanya kepada
kawan sekolahnya dahulu,Raihan.Antara Faiq,Raihan dan Zamil,Raihanlah sahabat
yang paling rapat dengannya.
“Aku tengah lepak
dengan Zamil dan Faiq..jomlah bro,lepak sekali dengan kitorang.”Raihan mengajak
sahabatnya itu untuk berjumpa.Sudah lama mereka tidak berjumpa,kali terakhir
mereka bertemu adalah semasa dia berkahwin dahulu.Masing-masing bekerja di
tempat lain.Raihan bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat besar di
Melaka.Faiq pula sebagai inspector polis yang bertugas di Kemaman,Terengganu
dan Zamil usahawan muda yang baru nak naik.
“Woi…nak gather-gather
tak nak beritahu aku.Bila korang naik KL ni hah?”Bersemangat pula Hilman untuk
bertemu dengan mereka bertiga.
“Alah..kitorang baru
sampai petang tadi.Sekarang ni kitorang lepak dekat Sunway
bro..jomlah.”Kedengaran Suara Faiq memekik dari belakang.Hilman melihat jam
ditangannya sudah menunjukkan pukul sembilan setengah malam,terasa malas pula
untuk dia keluar.
“Alah..malaslah aku nak
keluar.Korang stay mana malam ni?”Hilman bertanya kepada mereka.Difikirkan dia
bekerja esok terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu.
“Ingat nak sewa hotel
je dekat sini.”
“Tak payah…apa kata
korang datang rumah aku.Tidur sini..boleh kita borak panjang-panjang.”Hilman
memberikan cadangan.Lagipun dia terasa rumahnya ini kosong.
“Ha..bini kau tak marah
ke bro?”Faiq bertanya sambil mengekeh ketawa.Sejenak Hilman terdiam.
“Ah..dia bukannya ada
dekat rumah ni.”
“Wow…dia pergi mana
bro?Ni cerita menarik ni..kena dengar ni.Confirm kitorang pergi rumah kau.”Laju
sahaja Faiq bersetuju.Teruja benar dia mahu mendengar cerita tentang Hilman dan
Pa’an.
“Kira jadilah ni..kalau
jadi aku nak keluar kejap ni.Nak beli jajan-jajan untuk kita mengunyah malam
ni.Amacam,okay?”Soal Hilman girang.
“Cantik….”Terdengar
pekikan ketiga sahabatnya itu sehingga dia terpaksa menjauhkan handphonenya
dari telinga.Habis berborak,pantas sahaja dia naik ke bilik untuk menukar
seluar.Sempat rasanya untuk dia pergi ke Mymydin untuk membeli jajan.Selalunya
kedai itu tutup dalam pukul sebelas.Sekarang baru pukul sembilan empat puluh
malam.
Gembira bukan
main Hilman menyambut kedatangan ketiga-tiga sahabatnya itu.Seronok bila dapat
berjumpa dan bercerita sehingga pukul empat pagi.
“Korang ni apa cerita
datang KL mengejut macam ni?”Dia mencampakkan sehelai tuala mandi kepada
Raihan.
“Bukan
mengejutlah..kitorang dah lama merancang nak turun KL ni.Saja nak bagi kejutan
dekat kau.”Faiq mengangkat keningnya kepada Zamil yang tersenyum panjang itu.
“Kejutan hotak
kau…haha..”
“Aku ada seminar
keusahawanan esok dekat Hotel Shangri-La..dah alang-alang tukan,aku saja ajak
budak dua orang ni.Tak sangka pulak diorang nak join datang KL ni.”Zamil
bercerita perkara yang sebenar.
“Okay..kau memang aku
faham sangatlah,ada seminar.Ni yang akauntan kita dengan abang polis kita ni
tak kerja ke esok?”Segelas air pepsi diteguknya rakus.Bersepah kulit kacang
dimakan mereka.Seketika dia tersenyum tatkala teringatkan isterinya yang pernah
membebel jika dia membuat sepah diruangan tamu mereka.’Ah..kenapa pula aku
teringatkan dia sekarang ni?’
“Aku apply
cutilah…bosan dah aku hari-hari nak kena mengadap nombor je.Serabut kepala otak
aku ni.Lagipun apa salahnyakan minta cuti emergency macam ni.Hahahaha…”Suka
sangat Raihan bercerita.
“Aku pula kena tukar
cawangan dekat Bukit Aman Rabu ni.Saja je aku datang awal.”
“Serius?Wah..naik
pangkat ke ni?”Hilman menepuk bahu sahabatnya itu.
“Naik pangkat
apanya,aku kena tukar sebab kena gantikan orang lainlah.Tapi aku no hal je
sebab bosanlah dekat Kemaman tu.Apa yang ada?Hurm..”Terkekeh Hilman
mengetawakan Faiq,tahu sangat dengan sikap Faiq yang suka berhibur itu.
“Yalah kau tu..aku tahu
sangat perangai kau.Ni mesti ada sebab lain kenapa kau kena transfer
kan?”Menyengih sahaja Faiq bila tebakan Zamil mengena.Mana dia boleh beritahu
mereka bertiga atas sebab apa dia kena ditukarkan.
“Haha..pandai-pandai je
kau.”Kulit kacang dibaling kepada Zamil.
“Hah..mana bini
kau?Dari tadi kitorang tak nampak pun.”Meliar mata ketiga mereka bila mendengar
Zamil bertanyakan tentang Pa’an.Teruja juga untuk mereka berjumpa dengan isteri
kawan mereka itu.
“Kau lupa ke?Kan aku
dah cakap tadi yang dia tak ada.”Wajah ceria Hilman semakin mengendur bila
Zamil bertanya pasal isterinya itu.
“Haha…ye ke?Aku
lupalah..teruja sangat nak jumpa dengan dia ni.Dah lama tak jumpa kan…”Melihat
wajah Hilman yang serius membuatkan Zamil seakan kaget.
“Kau jangan cakap yang
kau dengan dia dah berpisah?”Raihan menunding jari kepada Hilman.Lambat-lambat
Hilman mengeluarkan sebuat keluhan yang membuatkan mereka bertiga tidak sabar
untuk mendengar.
“Not yet but soon..”
“Apa maksud kau
tu?”Faiq mendekatkan dirinya kepada Hilman.Tidak sabar untuk mendengar cerita
selanjutnya.
“Aku akan bercerai
dengan dia lepas aku bernikah dengan Annisa.”Terkejut ketiga mereka dan yang
paling terkejut adalah Raihan sendiri.
“Weh…kau masih
berhubungan dengan Annisa lagi ke?”Geram sungguh dia melihat anggukan kepala
Hilman yang agak lambat itu.Entah kenapa dia terasa bengang.Ada sesuatu yang
dirahsiakannya.
“Yup..”
“Kenapa kau buat macam
tu?”Tanya Raihan lagi.
“Because I love her.She
is my first love and the only one that I should married.”Tegas ayat yang
dituturkannya di saat mendengar suara Raihan yang semakin meninggi.
“Isteri
kau?”Pandangannya terarah kepada Zamil yang bertanya.
“Lantak dialah..”
“Tapi kau tahu tak
kesian dekat Pa’an tu..”Belum habis ayat yang diucapkan Faiq,Hilman membantah.
“Kenapa nak kesiankan
dia pula?Sepatutnya korang bertiga kena kesiankan aku sebab jadi mangsa keadaan
dia.Sepatutnya aku dengan Annisa dah bahagia sekarang ni.memang patut pun aku
buat dia macam tu..”Terasa puas Hilman disaat meluahkan hatinya yang membengkak
selama ini.
“Aku percaya dia takkan
buat semua ni kalau bukan kejadian dekat rumah kau dulu.”Terasa mahu ditumbuk
sahaja muka Raihan yang sedang memandangnya itu.Dirasakan Raihan beria-ia
memarahinya sekarang ini.
“Kau kenapa nak sebelahkan
perempuan tu hah?Bukan aku yang buat semua tu.Dia yang bubuh ubat tidur dalam
air sunquick tu.Kau jangan nak salahkan aku kalau kau sendiri tak ada
bukti.”Terus dia bangun dari duduknya.Faiq dan Zamil sudah sama berdiri dan
cuba menenangkan Hilman dari terus mengamuk.
“Sorry bro..aku tak
bermaksud nak buat kau marah.Sorry okay…”Raihan berusaha untuk mengawal
emosinya kerana dia tahu jika Hilman mengamuk,teruk nanti dia akan dikerjakan.
“Lagi sekali kau ungkit
pasal benda tu,aku tak teragak-agak nak tumbuk kau walaupun kau kawan baik aku
sendiri.Ingat tu?”Melihat anggukan Raihan dan wajah pucat ketiga mereka,terus
sahaja dia beristighfar dan kembali duduk.Suasana senyap seketika.Masing-masing
takut untuk menegur.
“Aku minta
maaf..”Raihan memberanikan dirinya untuk bersuara.
“Dahlah…aku malas nak
ingat benda tu.Kita jumpa ni nak bergembira,bukannya nak bergaduh pasal
perempuan tak siap tu.Dahlah..dah pukul empat dah ni,aku nak tidur dulu.Esok
aku kerja.”Hilman bangun dan diikuti oleh mereka bertiga.
“Korang tidurlah dekat
bilik tamu yang ada.Kalau nak tidur dengan aku pun boleh.Haha..”Tersengih
mereka bertiga mendengar lawak Hilman itu.
“Tak naklah aku..aku
lebih rela tidur dekat ruang tamu ni dari tidur dengan kau.Bahaya…”Meledak
kembali ketawa mereka berempat.
“Siot…aku naik
dulu.Nanti kalau korang dah nak tidur,tutup lampu depan ni tahu.”Hilman berlalu
meninggalkan mereka bertiga yang masih tidak mahu tidur itu.Tidak lama itu
Zamil pula yang naik.
“Kenapa kau beria
sangat marahkan Hilman tu tadi?”Soalan Faiq itu dibiarkannya tanpa jawapan
lantas dia berlalu meninggalkan sahabatnya itu keseorangan.Buat masa sekarang
ini tiada jawapan yang tepat untuk dia berikan kepada Faiq akan soalannya itu.
Hari
ini Hilman terlambat ke tempat kerjanya gara-gara tidur lambat malam tadi dan
juga menunggu kawan-kawannya beransur pergi.Agak selekeh jugalah penampilan dia
pada hari ini,baju tidak sempat di iron,tie pula tidak sempat diikat dan juga
rambut yang berserabai menunjukkan dia seperti baru bangun dari tidur.
“Good morning Man…Oh my
god,kenapa you selekeh sangat ni hari ni?”Aleeya Nasuha menegur bossnya itu
dengan pandangan atas bawah atas bawah je.Selekeh pun still handsome what.
“I terlambat bangun
hari ni…anything schedule for me this morning?”Hilman melihat jam di tangannya
sudah pukul sebelas tengah hari.Untunglah dia bos,suka hati je nak masuk lambat
ke atau tak.
“Hurm…let me see.Oo
ya…you have outside meeting with Mr.Kumaran about our latest design,meeting
sekali dengan team marketer tapi En.Hairi minta Farhana tu yang jadi wakil team
dia.”Aleeya Nasuha membelek Ipadnya mencari schedule Hilman yang lain pula.
“Farhana?Farhana mana
ni?”Hilman bertanya kerana setahu dia team marketer hanya ada empat
orang.Hairi,Pa’an,Emy dan Hartini.Ada orang baru masuk ke?Takkan dia tak tahu.
“Alah..perempuan yang
berlagak dengan I tempoh hari tulah…yang baru kerja setahun dah apply cuti
seminggu.Ingat ni company laki dia ke.”Terkebil-kebil biji mata Hilman
mendengar ayat setiausahanya itu.Memang company laki dia pun.
“Oh..dah tak ada orang
lain ya?”Hilman bertanya kerana dia segan untuk bersua muka dengan isterinya
itu.
“Nope..En.Hairi dengan
yang lain semua banyak kerja.Minah tu je yang free,lagipun..ini bukan I yang
cakap tapi En.Hairi yang cakap kerja-kerja luar untuk convince customer beli
produk kita ni selalunya minah tu.Maklumlah minah kepoh..”Nampaknya memang dia
terpaksa jugalah pergi bersama isterinya dan yang pasti mereka akan menaiki
satu kereta.
“Where and when?”Wajah
setiausahanya dipandang.
“KGC pukul dua setengah
petang.After lunch hour.”Baru Hilman perasan yang setiausahanya hari ini
memakai bulu mata palsu yang teramat panjang.Eee..tak berat ke mata tu nak
buka?Dia yang pandang pun terasa menyemak,tak kuasa dia nak pandang mata
setiausahanya itu lama-lama.
“What?GSC?Apa dia gila
nak meeting dekat GSC tengahari macam tu?”Akibat mengutuk bulu mata palsu
Aleeya Nasuha itu,Hilman tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh
setiausahanya tadi dengan tepat.
“Bukan GSC lah
Hilman…KGC.”Aleeya Nasuha mengerdipkan matanya beberapa kali,terasa berat untuk
membuka mata.Nak lawa punya pasal,sanggup dia memakainya walaupun tidak kena
dengan tempat.
“KGC tu binatang apa
pula?”Sungguh bengap Hilman pada pagi ini.Gara-gara tak cukup tidur.
“Hilman,are you kidding
me?KGC?Takkan tak tahu…Kinrara Golf Club?”Terkebil-kebil biji mata Aleeya
Nasuha menerangkan kepada Hilman.Pelik juga dia dengan perangai boss dia ni,dah
tersampuk kea pa.
“Are you okay
Hilman?”Aleeya Nasuha melambai-lambai tangannya di hadapan Hilman yang sedang
termenung itu.
“I’m okay..lain kali
jangan beritahu saya shortform-shortform macam tu…straight to the
point.”Mencebir Aleeya Nasuha bila ditegur oleh boss kesayangannya itu.Baru dia
nak tunjuk protes Hilman sudah masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa.Lagilah
dia nak merajuk.
“What?Come on
En.Hairi…takkan saya nak kena pergi dengan dia?Dah tak ada orang lain ke nak
pergi?Saya dengan Tini ke..takpun dengan En.Hairi ke Emy ke..saya tak naklah
pergi dengan boss kerek kita tu.”Hairi tersenyum mendengar rungutan Pa’an itu.
“Nak buat macam
mana,awak juga yang beri cadangan suruh saya straight to the pointkan?”Berkerut
dahinya tidak faham.
“Straight to the point
apa pula ni En.Hairi?”Hairi yang tersengih-sengih di hadapannya itu
dirasakannya teramatlah menjengkelkan.
“Hari tu awak juga yang
suruh saya pikat Hartini secara terang-terangan.And now I wanna be a
gentleman,so you have to support me.”Mahu ternganga Pa’an mendengarnya,sungguh
dia gembira dengan semangat Hairi itu tetapi kenapa mesti hari ni.
“Alaaa…dah tak ada hari
lain ke?”Semak kepala otak Pa’an sekarang ini.Macam mana dia nak buat bodoh di
hadapan Hilman nanti.Malu yang hari tu belum hilang lagi.
“Aik…bunyi macam tak
suka je saya nak mengorat kawan awak tu.”
“Bukan macam
tulah…maksud saya kenapa mesti hari ni and why me?”Tepat di batang
hidungnya,dia menunjuk kepada dirinya sendiri.
“Because only you je
yang boleh deal dengan Mr.Kumaran tu,Emy kena uruskan kerja di office.Saya pula
ada meeting baik punya dengan kawan baik awak tu.”
“Meeting apa?”Malas-malas
pa’an bertanya jua.
“Meeting nak confess
depan dia yang saya sukakan dia.”Membulat biji mata Pa’an.Dah tak punya masa
lain ke nak confess?Takkan masa bekerja kot.
“Hello
En.Hairi..punyalah banyak masa yang lain,takkanlah masa tu juga yang En.Hairi
plan nak confess dengan dia?Pilihlah candle light dinner ke apa ke.Tak romantik
langsunglah…”Pa’an menghempas fail yang dipegangnya sedari tadi.Fail yang
diberi oleh Hairi untuk dibawanya semasa berjumpa dengan Mr.Kumaran nanti.
“Ini je masa yang saya
ada,lagipun lepas balik kerja ni saya terus fly ke Sabah,nak melawat adik saya
dekat sana.Parents saya semua pergi.Konvokesyen day dia…memang saya kena
pergi.”Pa’an terdiam,terlupa pula dia yang sebelum ini Hairi sudah
memberitahunya.
“Ooo..memang kena pergi
jugalah ni ya?”Lambat-lambat Pa’an terpaksa juga akur dengan kehendak Hairi
yang tidak dapat dielakkan.
“Tak apalah..demi
kebahagiaan En.Hairi dan kawan baik saya tu,saya rela mengorbankan
diri.Hehehe..”Tertawa Hairi mendengar ayat tak boleh blah Pa’an itu.
“Thanks…by the
way,kenapa awak beria sangat tak nak pergi dengan boss kita tu ya?Sebelum ni
dengan siapa-siapa pun awak tak pernah kisah.”Tak tahu bagaimana untuk Pa’an
memberitahu ketuanya itu,takkanlah nak beritahu yang lelaki itu adalah suaminya,mampus
nanti dia kena buang kerja.
“Hah..alah,saya tak
sukalah dengan boss baru kita tu.Cerewet nak mampus…”Menjeling Pa’an tatkala
mengingatkan perangai suaminya itu.
“Ye ke?Jangan-jangan
awak suka dekat dia tak?”Serkap jarang Hairi itu membuatkan Pa’an hampir
tercekik air liurnya sendiri.Pergh..mengena sungguh tembakan dia.’Terasa macam
kena dass je dekat dada ni.’
“Apa kehalnya saya nak
suka dekat dia..eiuww…tak hingin saya.Dia tu sesuai sangat dengan perempuan
gedik tu.Siapa nama dia?Ah…perempuan yang pakai bulu mata palsu tu..yang
make-up tebal sepuluh inci tu.”Meledak ketawa Hairi kerana dia tahu yang
dimaksudkan Pa’an itu ialah Aleeya Nasuha,setiausaha Hilman.
“Cantik apa?”Saja je
Hairi mahu melayan umpatan Pa’an ini.
“Wek..ayam dekat reban nenek
saya lagi cantiklah dari dia tu.”Tergeleng-geleng kepala Hairi mendengar
perumpamaan yang diberikan Pa’an kepada Aleeya Nasuha.
“Ehem…amboi..sedapnya
ketawa.Dah tak ada kerja ke?”Seseorang menegur mereka dari belakang.Hairi yang
berpaling dan melihat kelibat itu hampir menghaburkan ketawanya kerana terus
dia membayangkan ayam yang sedang berdiri di hadapannya.
“See..datang
dah,panjang umur kau.Kau nak apa?”Dia yang tadinya sedang duduk,bangun bercekak
pinggang melihat gadis yang kurang sopan ini berdiri di mejanya.
“Kau tak payah nak
bless-bless aku..”Berkerut-kerut dahi Pa’an tidak memahami apa yang
diperkatakan oleh perempuan ini manakala Hairi sudah menutup mulutnya.Tidak
pula dia mahu beransur dari situ.Dia mahu melihat dan mendengar apa lagi yang bakal
diperkatakan oleh Pa’an selepas ini.
“Sedap je mulut kau
mengata aku kan?”Matanya yang sarat dengan bulu mata palsu yang panjang itu
dikecilkannya,gaya dah nak tertutup pun ada.Silap hari bulan orang cakap yang
dia ni tengah tidur.Sleep walking.
“Mulut aku,lantak
akulah..kau nak apa?”Sekali lagi Pa’an bertanya kasar,entah kenapa dia langsung
tidak boleh berlembut dengan perempuan di hadapannya ini.Perangai sebiji
berlagak macam Hilman.
“Bitch!”Keluar
perkataan kesat dari mulut Aleeya Nasuha.Pa’an yang sememangnya sudah panas itu
masih boleh menyabarkan dirinya,jika mereka bukan berada di dalam office
sekarang ini sudah lama perempuan ni dimaki dan dibelasahnya.
“Weh kau..mulut tu jaga
sikit.Kau kalau aku jumpa dekat luar,memang tak selamat hidup kau.”Dengan hati
yang panas,Pa’an mula mahu menyinsingkan lengan baju kurung yang
dipakainya,sebenarnya dia hanya mahu menakut-nakutkan perempuan di hadapannya
ini dan ternyata Aleeya Nasuh menjadi takut.Nampak sangat muka takut dia.Hairi
pula bimbang jika benar-benar Pa’an mahu memukul gadis ini.Haru nanti satu
office,orang ramai sudah memandang-mandang ke arah mereka.Ada yang
berbisik-bisik sesama sendiri.
“Farhana..”Hairi cuba
menegur dan matanya sibuk mencari di mana Hartini,dia mahu Hartini membantunya
menyelesaikan masalah ini.Panggilan Hairi tidak didengarinya,mahu dia tergelak
melihat wajah kedua mereka ini.Sengaja digertaknya Aleeya Nasuha.Suka-suka hati
mulut dia je nak cakap yang bukan-bukan.
“Hilman suruh kau
tunggu dekat parking lepas lunch nanti…huh..”Dengan wajah yang
takut-takut,Aleeya Nasuha memberanikan diri dengan menjeling kepada Pa’an lalu
melarikan dirinya cepat-cepat.Takut pula muka cantiknya bengkak ditumbuk
Pa’an.Belum sempat kelibat Aleeya Nasuh menghilang,Pa’an menghamburkan tawanya
membuatkan staff yang lain turut ketawa tetapi tidak kepada Hairi.
“Kenapa awak
ketawa?”Soal Hairi bingung.
“Adeh…En.Hairi tak rasa
kelakar ke tengok muka perempuan tu?Hahaha…sakit perut saya ni.”Hairi memandang
gadis yang pada mulanya pernah dia suka ini,rasanya dahulu dia tidak pernah
melihat perangai lepas Pa’an yang sebegini.
“Saya rasa tak pun..and
one more thing,kenapa awak buat macam tu?”Sungguh Hairi tidak faham dengan
gadis ini.Nasib baik perasaannya sudah berubah kini,kalau tidak jenuh juga
untuk dia memahami perangai Pa’an yang semacam ini.
“Alah En.Hairi ni..tadi
tak dengar ke dia panggil saya apa?Saya ni pantang tau orang mengata saya yang
bukan-bukan…lagi pun tadi saja je saya nak gertak dia,takkanlah saya nak tumbuk
dia pula kan.”Pa’an kembali duduk.Seketika dia terfikir,apa motif perempuan tu
datang ke mejanya sedangkan dia boleh menghubunginya sahaja melalui
telefon.Bukannya susah pun.Ah,perempuan tu memang sengaja nak cari pasal
dengannya.
“Saya ingat awak
betul-betu nak tumbuk dia,risau juga saya ni.”Pa’an tersenyum sahaja.
“Okaylah..saya nak
masuk bilik saya dulu.Nanti bila kawan awak tu dah balik semula tempat
dia,beritahu saya nak jumpa dia ya.”Pa’an menganggukkan kepalanya.Dia tersenyum
senang melihat perubahan Hairi dan juga merasa happy untuk Hartini.’Dah tak
lama dah tu..hehehe..’Hatinya berbisik nakal.
Selepas sepuluh minit
Hairi berlalu,Hartini kembali semula ke mejanya,Pa’an terus memanggil
sahabatnya itu.
“Lama betul kau memerut
ya?”Tersengih-sengih Pa’an berbisik kepada Hartini.
“Kau diam..ni semua kau
punya pasal.”Pa’an tersengih lagi.Memang salah dia pun.
“Rugi kau tak ada tadi
Tini…ada drama sebabak sekejap tadi.”Emy memanjangkan lehernya memandang
Hartini.
“Drama apa?”Laju sahaja
Hartini bertanya,terasa rugi pula dia terlepas tengok drama tu.Ni semua
gara-gara makan mee goreng terlebih pedas Pa’anlah ni semalam.Mesti Bazlaa Aina
pun sama macam dia,kawan dia yang seorang tu dahlah tak tahan makan
pedas,memang dasar nak membunuh kawan.
“Alah…secretary Hilman
tu tadi sibuk je datang sini.Datang nak cari pasal dengan aku memang
kenalah..”Sakit pula hati Pa’an bila teringatkan perempuan tu.
“Dia buat apa dengan
kau?”Seronok pula Hartini nak
mendengarnya.
“Dia panggil Farhana
bitch..”Suka benar si Emy ni mengadu kepada Hartini.
“Serius weh?Kau tak
buat apa-apa ke dengan dia?”
“Gila kau..ni office
okay,otak aku ni masih waras.Dahlah tak nak cerita pasal dia…aku ada benda
penting yang nak diberitahu ni.”Emy sudah tersenyum tatkala Pa’an memandangnya
sekilas,dia sudah tahu apa yang mahu diberitahu oleh Pa’an itu.
“Apa dia?”
“En.Hairi ajak kau
keluar lunch sama-sama hari ni.”Terbeliak mata Hartini
mendengarnya.Pelik,selalunya dia yang menjadi pengantara Hairi untuk Pa’an,kini
Pa’an pula yang menjadi pengantara.Hatinya berdebar tiba-tiba.
“Ye ke ni?Bukan dia
ajak kau ke?”Hartini masih lagi tidak boleh percaya.
“Dia ajak kaulah…aku
ada kerja dekat luar hari ni.”Balas Pa’an malas.
“Farhana kena jumpa
Mr.Kumaran dengan boss kita.Sweet ah..dapat keluar dengan boss handsome kita
tu,nasib baik dia dah kahwin.Hehehe..”Hartini bagai mahu melopong mendengarnya.
“Biar betul?”Perlahan
sahaja Hartini bertanya namun melihatkan wajah cemberut Pa’an itu,memang
betullah tu.
“Sabar ya…”Hartini
memegang tangan Pa’an memberinya kekuatan.Sedikit senyuman diberikan oleh Pa’an
untuk Hartini,dia tahu sahabatnya itu risaukan dirinya.
“Aku okay.”Selepas
memberi isyarat yang dia okay menggunakan mulut,Pa’an kembali ke mejanya.Di
situ,dia tidak buat apa-apapun melainkan termenung sahaja.Bingung memikirkan
apa yang perlu dia buat nanti.Pura-pura tak kisah ataupun kisah.Sungguh hatinya
berdebar-debar setelah dua hari tidak bertemu muka.
Telefon
yang berdering dibiarkan sahaja tanpa diangkat.Akhirnya selepas selesai semua
kerjanya baruladia memerhatikan skrin handphhonenya yang sedari tadi memekik
minta diangkat.Nasib baiklah handphonenya itu dalam keaadan silent mode,kalau
tidak pasti dia dimaki hamun oleh bossnya.Dipandang sahaja skrin Samsung Galaxy
Y nya itu,tidak pernah dia melihat nombor ini sebelum ni.Stranger mana pula
yang menelefonnya sampai berbelas-belas kali.Penting sangat ke?Setelah
ditimbang-timbang banyak kali,akhirnya dia menelefon stranger tersebut.
“Assalamualaikum..siapa
ni ya?”Tanpa sempat stranger itu menjawab panggilannya,dia yang pantas terlebih
dahulu bertanya soalan.
“Waalaikumsalam…amboi,tak
sabarnya dia.”Berkerut keningnya mendengar suara stranger tersebut adalah
seorang lelaki.
“Siapa ni?”Geram pula
dia bila si lelaki bermain-main dengannya.
“Kau ni dari dulu
memang tak pernah berubah kan?Garang bukan main kalau bercakap dengan
aku.”Bertambah peliklah dia bila lelaki ini mengenalinya sedangkan dia tidak
cam siapa yang bercakap sekarang ini.
“Siapa kau hah?Aku tak
pernah kenal kaulah…kalau kau nak main-main macam ni,menyesal aku telefon
baliklah.Huh..”Sakitlah pula hatinya disaat mendengar suara ketawa lelaki itu
yang terlalu kuat.Disebabkan dia bengang dan malas nak layan lelaki gila
itu,terus dimatikan phonenya.
“Ambik kau..gila!”Diletakkan
phonenya diatas meja.Baru sahaja dia mahu bangun ke pantry,handphonenya sekali
lagi bergegar.
“Ish…orang gila ni nak
apa?Ah..lantak kaulah…”Tanpa menghiraukan panggilan tersebut dia terus
berlalu,malas nak layan.Tidak lama selepas dia siap membancuh secawan
nescafe,dia kembali semula ke mejanya.Dilihat ada lima missed called dan satu
mesej masuk.Dibuka inbox mesejnya.Berkerut dahinya tatkala membaca mesej
tersebut.
Assalamualaikum..sorry
Aina kalau aku buat kau takut,ni akulah Azman..hehehe…
Membulat biji matanya
teringatkan Pa’an yang pernah memberi nombornya kepada Azman dahulu.Mahu
menggelabah dia di saat handphonenya bergetar lagi dan pemanggilnya adalah
Azman,lambat-lambat dia angkat.
“Hai..”
“Aa..Hai..”Berpeluh dia
masa ini walhal baru je bercakap dalam phone,belum lagi bersua muka macam
tempoh hari.Entah kenapa dia merasakan lain macam dengan Azman
sekarang.’Ah..aku nak cakap apa dengan dia ni?’Kuku ibu jarinya digigit,habit
bila bercakap dengan seseorang yang dia terasa gabra.
“Busy ke?”Pantas Bazlaa
Aina mengangguk.Macamlah si Azman tu nampak.
“Busy sangat ke?”Sekali
lagi Azman bertanya dan sekali lagi jugalah Bazlaa Aina mengangguk dan kemudian
baru dia tersedar yang dia sedang bercakap di dalam phone bukannya berhadapan
dengan lelaki itu.Ditarik nafasnya panjang.
“Hello?”Azman pelik
kerana yang dia hanya dengar hanyalah deru nafas gadis pujaannya itu.
“Sorry…busy jugalah
sekarang ni.Kau nak apa?Kalau nak bercakap dengan Pa’an,nanti aku mesej nombor
dia dekat kau.”Senafas sahaja Bazlaa Aina menuturkan kata-katanya sehingga
mengundang ketawa kecil oleh Azman.
“Kau ni…langsung tak
pernah berubah kan?Anyway…aku tak nak cakap dengan Pa’an,aku nak bercakap
dengan kau sebab tulah aku telefon kau.”Tidak terkata Bazlaa Aina dibuatnya.
“Kau…kau nak apa?”
“Aku nak kau.”Akibat
dijerkah oleh Bazlaa Aina,Azman termelatah pula.Dua-dua terdiam.
“Erk..bukan tu maksud
aku,aku sebenarnya nak ajak kau keluar.Tak kisahlah bila..ajak si Pa’an tu
sekali,dah lama kita tak jumpa kan.”Bazlaa Aina menarik nafas lega.
“Fuh..gila
kau.Okay..bila tu?”Bila dengar si Azman tu mengajak Pa’an sekali,barulah dia
bersetuju untuk keluar bersama,jika tidak jangan haraplah.
“Dekat mana?”Bazlaa
Aina cuba mendengar setiap bait perkataan Azman dengan teliti,bukan apa dia
takut jikalau dia tersalah dengar je,lain yang Azman cakap lain pula yang dia
dengar.
“Urm…kita jumpa dekat
Giant Bandar Kinrara nak?Aku belanja korang KFC?Amacam?”Mencebir Bazlaa Aina
dibuatnya.’Aku ingat nak bawa makan dekat tempat mahal-mahal.Ini,KFC
je?Hurm..bolehlah.’
“Kalau keluar aku
dengan kau je,aku bawalah kau makan kat tempat grand-grand sikit.Kalau bawa
Pa’an pokai pula aku nanti..Heheh..kau tau-tau jelah yang kawan kau tu kuat
melantak walaupun badan cekeding.”Gurauan Azman membuatkan Bazlaa Aina hampir
tercekik air yang diminumnya.Azman seolah-olah mengetahui isi hatinya sebentar
tadi.
“Ada-ada jelah kau..nak
pergi pukul berapa ni?”Untuk menutup gusar dihati,dia bertanya dengan penuh
lagaknya.
“Hurm…lepas
Isya’lah,kau ajaklah kawan kau yang sorang lagi tu.Kita jumpa dekat sana dalam
pukul sembilan.Boleh?”
“Insya-Allah,aku tak
janji..aku kena tanya diorang dulu,takut masing-masing ada hal.”Dalam kepala
dia sudah setkan agar tidak terlupa dengan ajakan Azman ini.Kalau dia pergi
sekurang-kurangnya save budget untuk dia makan malam ni.
“Alah..kalau diorang
ada hal,kita keluar berdua jelah.Aku ambil kau.Amacam?”Sekali lagi dan kali ini
gurauan Azman memang membuatkan Bazlaa Aina tercekik air minumannya
sendiri.Tersedak dan habis tersembur air terkena kertas kerjanya.Nasib baik
sedikit sahaja.Pantas dia mengambil kotak tisu yang tersedia di belakang
mejanya dan mengelap mulutnya dahulu.
“Hello…Aina..sorry,aku
tak sengaja.”Serba salah Azman bila mendengar semburan dari hujung talian.Dia
boleh mengagak yang gadis itu tersembur sesuatu.Sedang minum airlah tu.
“Kau nak cakap
pun,agak-agaklah…dahlah,aku banyak kerja ni.Nanti kalau jadi aku mesej kau.Okay
bye…assalamualaikum.”Akibat malu,pantas sahaja Bazlaa Aina mematikan panggilan
telefon.Kertas yang tersembur tadi dilapnya sedikit.kemudian dia menyandar di
kerusi sambil memegang hatinya yang berdetap hebat.’Ah..perasaan apakah ini?Dia
kembali lagi setelah berbelas tahun menghilang.’Dipejam rapat matanya menghapus
kenangan lama.
Lagu Angin Syurga
nyanyian Misha Omar berkumandang sayup di telinga Pa’an.Dia cuba menangkap
setiap bait-bait ayat yang dinyanyikan oleh Misha Omar itu.Sedap pula dia
dengar lagi ni sedangkan selama ni si Hartini tu terpekik menyanyi lagu ni
dimarahinya kerana bising tapi sekarang dirasakannya lagi ini seolah-olah
berhantu.Macam lagu pertama Misha Omar dulu,Bunga-bunga Cinta benar-benar berhantu.Langsung
dia tidak menghiraukan seseorang yang sesekali menjeling ke arahnya itu.
“Mata kau sakit ke
terjeling-jeling ni?”Hilman yang asyik memerhatikannya sedari tadi berdehem.
“Perasan…aku tengok
cermin sisilah.”Untuk cover malu,Hilman berkali-kali memandang cermin sisi di
sebelah Pa’an.
“Cover…huh.”Lagu sudah habis,kini hanya celoteh dj radio sahaja yang berkumandang,akibat kebosanan dengan jalan yang jem,Pa’an mengiring sedikit ke tepi.Lebih baik dia tengok pokok-pokok di sebelah tepi dia daripada bertekak dengan Hilman.Selepas kejadian tempoh hari,baru hari ini mereka bersua muka.Dan kejadian seperti tempoh hari hampir terjadi lagi sekali tadi,syukurlah dia tersedar.Nak tahu apa yang terjadi…
“Cover…huh.”Lagu sudah habis,kini hanya celoteh dj radio sahaja yang berkumandang,akibat kebosanan dengan jalan yang jem,Pa’an mengiring sedikit ke tepi.Lebih baik dia tengok pokok-pokok di sebelah tepi dia daripada bertekak dengan Hilman.Selepas kejadian tempoh hari,baru hari ini mereka bersua muka.Dan kejadian seperti tempoh hari hampir terjadi lagi sekali tadi,syukurlah dia tersedar.Nak tahu apa yang terjadi…
Pa’an menunggu di
sebelah kereta Vios milik Hilman.Dahlah panas,boleh pula suaminya itu lambat
turun.Dilihat jam ditangannya hampir menunjukkan pukul dua petang,sudahlah tadi
lunchnya tergesa-gesa.Dia hanya sempat menjamah roti dan air mineral
sahaja,selepas itu dia naik ke surau untuk tunggu solat Zuhur.
“Ish..mana malaun
ni…lambat betul.”Dia berpeluk tubuh dan cuba bersandar ke kereta Hilman.
“Aduh..panasnya…”Semacam
terkena renjatan elektrik,tubuh Pa’an terkedepan kerana terkejut dengan bahang
panas kereta Hilman.
“Aduh…nasib baik pakai
baju,kalau tak melecur kulit aku.”Belakangnya yang terkena panas itu
diusap-usapnya kasar.
“Ehem..”Deheman
seseorang itu teramatlah dia kenal,pantas sahaja dia berkalih pandangan namun
matanya hampir terbeliak melihat penampilan lelaki itu yang berserabut.
“Lambat..”Sepatah
sahaja perkataan yang keluar dari mulut Pa’an.Tanpa menegur atau mengucap walau
sepatah kata pun,Hilman terus masuk ke dalam kereta.Tak mungkin untuk Pa’an
menunggu lama,terus sahaja dia masuk dan buat muka selamba bila Hilman
memandangnya tidak puas hati.
“Kuatkan sikit aircond tu..panas..”Dikipas-kipaskan mukanya,Hilman menurut kerana dia turut merasa bahang terik panas matahari hari ini.
“Kuatkan sikit aircond tu..panas..”Dikipas-kipaskan mukanya,Hilman menurut kerana dia turut merasa bahang terik panas matahari hari ini.
“Kau tak iron baju
ke?Serabai semacam je aku tengok.”Pa’an menelek seketika wajah serabai suaminya
ini.’Aik…minah ni dah lupa ke?Relax je aku tengok dia?Aku pulak yang
menggelabah dari tadi..’Hilman pelik dengan sikap Pa’an yang bersahaja,bukankah
isterinya ini masih memarahinya sebab kejadian tempoh hari?
“Aku tak sempat nak
iron..”Keluar juga suara dari mulut Hilman.Dia mengetap bibirnya geram bila
melihat Pa’an seolah-olah mengejeknya dengan mencebirkan bibirnya.Sememangnya
dia tak sempat dan lagipun sepanjang tempoh dua minggu Pa’an duduk di
rumahnya,dia dah terbiasa ada orang yang tolong gosokkan baju kerjanya.
“Kau jangan buat muka
macam tu boleh tak?Menyampah aku tengok.”Menjeling Pa’an meluat.
“Daripada kau menjeling
aku macam tu,baik kau tolong ambilkan t-shirt aku dekat belakang tu.”Hilman
belum ada tanda-tanda mahu memulakan perjalanannya,mahu panaskan enjin yang
sudah tersedia panas agaknya.
“Kenapa pula aku yang
nak kena ambil?”Sungguh tidak puas hati dengan arahan Hilman yang tiba-tiba
itu.
“Aku suruh buat tu buat
jelah..takkan kau nak jalan dengan aku pakai baju selekeh macam ni?”Serentak
Pa’an memandang baju Hilman yang berkedut seribu itu,ada benarnya kata-kata
Hilman itu.Takkanlah pula dia nak pergi meeting dengan pakai baju macam
tu.Tanpa banyak kata,Pa’an berpusing untuk mencapai baju Hilman yang tersangkut
di belakang kerusinya.Tangannya yang terlalu pendek menjadikan dia agak susah
untuk mengagau baju Hilman yang disangkut hanger itu.
“Ish..susahlah nak
ambil..”Pa’an mendengus geram.Dia mencuba sekali lagi dengan mengenjakkan
badannya kebelakang.Badannya kini berpusing sembilan puluh darjah namun masih lagi
tidak sampai.Hilman yang sedang membuka butang baju kemejanya turut mendengus.
“Kau ni aku minta
tolong sikit pun tak boleh nak harap.Benda senang macam tu pun susah sangat ke
nak buat?”Hilman sedia untuk berpaling.
“I got it…”Akhirnya
dapat juga dia mencapai t-shirt berwarna merah Hilman itu.Disaat Pa’an mahu
berpaling ke hadapan semula,wajah Hilman berada hampir dengannya.Mata
bertentang mata,desah nafas seakan senada membuatkan mereka masing-masing
terpana.Hilman yang hatinya sudah semakin goyah di masa ini merasakan inilah
detik dan peluang yang terindah buatnya untuk menatap wajah yang hampir setiap
malam menganggu tidurnya.Tangan kanannya diangkat dan dibawa ke pipi Pa’an yang
mulus.Pantas sahaja tangannya itu mengusap pipi gebu milik isterinya itu.Mata
Pa’an pula sudah berkalih menjadi juling dan hanya mampu melihat ke mana tangan
milik suaminya itu pergi.Dia seakan-akan terkaku tidak boleh bergerak.Keadaan
mereka yang terlalu rapat membuatkan dia tidak sanggup bergerak,takut kejadian
tempoh hari berulang lagi.’Apa dia buat ni?Dah buang tebiat ke apa?’Hanya
hatinya sahaja yang boleh berbicara.Sesaat kemudian matanya hampir terbeliak
melihat Hilman semakin mendekatkan wajahnya sambil mata terpejam
rapat.’Wait…dia nak buat apa ni?No….’Dia harus bertindak sebelum sesuatu
terjadi.Renungan mata,bibir yang mungil itu membuatkan naluri Hilman
mendesak-desaknya agar mengulangi peristiwa tempoh hari.Kali ini bukan
kebetulan tetapi dengan kehendak hatinya yang tiba-tiba.Dia semakin
mendekat,mata dipejam untuk menghayati keindahan itu.Dan..
Kuk!!!!
“Adoi….Ah…”Hilman
menggosok-gosok dahinya yang kesakitan.Mata yang terpejam dibuka,dilihatnya
Pa’an bersedia untuk memekik.
“Kau apasal
hah?Aduh…biol kepala otak aku.”Dahi yang merah digosok-gosoknya lagi.
“Padan muka…yang kau
gatal sangat tu kenapa?Pervert.”Sudah berapa kali Pa’an memanggilnya
sebegitu,merah seluruh wajahnya menahan malu.Memang salah dia pun.
“Nah..ambil
ni.Huh…”Baju t-shirt Hilman tadi dibaling tepat ke wajah suaminya,dia juga malu
namun pura-pura marah.Hilman merentap baju yang menutupi wajahnya
kasar.’Huh…buat malu je,macam manalah aku boleh bertindak macam tu
sekali.Mental ke apa aku ni?’Wajah mencuka isterinya dikerling sedikit.Kuat
juga kepala isterinya ini,pasti benjol sekejap lagi.Terus sahaja dia menilik
dahinya di cermin pandang belakang.Nasib baik merah sahaja,kalau tidak macam
mana dia mahu berjumpa dengan Mr.Kumaran nanti.Malulah dia.
“Kepala kau ni memang
kepala batukan.”Sambil menyindir,Hilman membuka baju kemejanya.Dibiarkan
tubuhnya terdedah tanpa sedikit rasa malupun dengan isterinya itu.Alah,bukan
orang lain pun,isteri dia juga lagipun bukannya auratpun.
“What???Woi…kau
agak-agaklah nak tukar bajupun,dah tak ada tempat lain ke nak tukar?”Pa’an yang
tadinya mahu membalas kata-kata Hilman berpaling ke tepi setelah ternampak
tubuh terdedah suaminya itu yang seakan mahu menggoda imannya.
“Apa salahnya,kereta
aku lantak akulah nak salin dekat mana pun.Dah..tak payah nak buat muka
innocent sangatlah.Macam kau tak pernah tengok badan lelaki…”Sengaja je Hilman
mahu membangkitkan api kemarahan Pa’an.Terasa comel pula dia melihat wajah
isterinya yang sedang malu-malu itu.Kalau dulu jangan haraplah dia dapat lihat.Dulu,isteri
dia nilah hantu yang suka menyakat budak-budak lelaki lain.Pernah semasa mereka
bergaduh dahulu,isterinya mengambil baju sekolah dia dan rakan-rakannya sewaktu
mereka sedang mandi sungai.Apa lagi,terpaksalah mereka balik ke rumah
masing-masing dengan hanya memakai seluar pendek sahaja,teruk dia dimarahi oleh
papanya sendiri.Teringat akan kenangan itu,Hilman tersenyum.Banyak betul
isterinya ini berubah,langsung tak sama seperti dahulu.
Usai memakai
t-shirtnya,dia sudah bersedia untuk bergerak ke destinasi mereka.
Pa’an
berjalan mendahului Hilman,tak sanggup rasanya dia berjalan dengan suaminya itu
mengenangkan perkara yang memalukan tadi.Elok sahaja Hilman masuk parking,terus
dia mengambil beg tangan dan fail yang tersedia ada di pehanya dan keluar
meninggalkan Hilman yang terpinga-pinga.
“Woi..tunggu
akulah.”Kelam-kabut Hilman cuba mengejar si isteri yang sudah jauh ke depan.Dia
mana kenal dengan Mr.Kumaran,inilah kali pertama mereka akan berjumpa kerana
sebelum ini bos lama yang berurusan dengan usahawan India itu.
“Laju
sangat..perlahanlah sikit.”Entah hantu mana yang merasuk dirinya,dia merentap
tangan Pa’an sehingga membuatkan si isteri terhenti langkahnya.Debaran di dada
semakin kencang dirasakannya,Pa’an tidak suka dengan perasaan ini.Sebolehnya
sebelum dia dan Hilman berpisah,dia tidak mahu apa-apa perasaan bercambah di
dalam hatinya,takut dia akan terluka dan susah untuk meninggalkan suaminya
ini.Wajah Hilman dipandang sejenak sebelum tangannya direntap.
“We are now in
public…no one knows that we are married.Please behave yourselves Mr.Hilman.”Terkejut
Hilman dengan ayat sinis Pa’an itu.Dia sendiri tidak sedar yang dia sedang
menarik tangan isterinya itu.Kini mereka sudah berada di dalam cafe
tersebut,hanya mencari kelibat Mr.Kumaran sahaja.
“Wait…Kalau kau tak nak
aku tarik tangan kau lagi,jalan sama dengan aku.”Hanya itu yang mampu
membuatkan Pa’an mendengar katanya.Terdengar dengusan isterinya namun apa dia
kisah,yang penting masa ini dia terasa seperti mahu bersama dengan Pa’an
sahaja.Hilman hanya mengikut sahaja langkah isterinya itu dan dilihat ada
seorang lelaki India dan seorang wanita Melayu yang sedang duduk membelakangi
mereka.
“Hello
Mr.Kumaran…”Tekaan Hilman tepat bila mana isterinya itu menegur lelaki India
yang sedang sibuk berborak dengan wanita Melayu itu.
“Hai..Farhana,long time
no see you.Baru sekarang nampak,you banyak busy ke sekarang
ni.Eh..duduk-duduk.”Mr.Kumaran mempelawa mereka duduk setelah dia berjabat
tangan dengan Hilman.
“Alah Mr.Kumaran,saya
ada je dekat-dekat sini,tak sibuk manapun.Isteri Mr.Kumaran apa khabar?Sihat?”Hilman
memandang isterinya itu.’Wah..sampai ke isteri India ni pun dia tahu,patutlah
si Hairi suruh dia je yang pergi.
“Sihat..dia ada di
rumah,penat baru balik dari UK semalam,melawat anak dekat sana.Ini dia ada kasi
you present dari sana.”Belum apa-apa lagi,Pa’an sudah mendapat hadiah dari
lelaki India ini.Hebat.
“Oh..thanks
Mr.Kumaran,say thanks to your wife and send my regard to her.”Pa’an menerima
huluran beg kertas yang mengandungi kotak kecil di dalamnya.
“Never mind,my wife
suka sama you…dia selalu ingatkan you.Nasib kami tak ada anak
lelaki..hahaha..”Gurauan lelaki India itu mengundang tawa Pa’an,tahu sangat
Mr.Kumaran ni memang jenis yang suka bergurau,kalau iya pun Mr.Kumaran ada anak
lelaki,tak sanggup dia.Satu hal nak ajar lelaki itu mendalami Islam sedangkan
dia pun tidak berapa pandai.Hilman pula terasa tercabar dengan gurauan
Mr.Kumaran itu,tak nampak ke dia ada di depan mereka sekarang ini.Sedari
tadi,hanya wanita melayu di sebelah Mr.Kumaran itu sahaja yang asyik
memandangnya.Akhirnya dia berdehem.
“Opss…ini mesti
En.Hilman right?Your new boss..betul tak?”Baru Mr.Kumaran teringatkan lelaki di
depannya ini.
“Ya right…”Perlahan
sahaja Pa’an menjawab seolah-olah tiada mood.
“Nice meeting you…tak
sangka boss you ni kacak orangnya,muda lagi.”Baru sekarang Hilman
tersenyum,bangga barangkali dipuji sebegitu.Pa’an pula hampir termuntah
mendengar pujian Mr.Kumaran itu.
“Sesuai juga dengan
you…hahaha…”Meletus ketawa Mr.Kumaran tatkala melihat wajah kelat dan terkejut
Pa’an itu.Hilman pula terus tersenyum suka.
“By the way,this is my
secretary,Sheila.”Mr.Kumaran memperkenalkan wanita melayu yang asyik
memandangnya itu.Tersengih Sheila bila Mr.Kumaran memperkenalkannya kepada
lelaki kacak di depannya ini.
“So…Mr.Kumaran,dari
rekod kami yang pernah ada,Mr.Kumaran merupakan customer tetap syarikat kami
yang paling banyak membuat tempahan dengan kami.Jadi kali ini Insya-Allah saya
akan berikan diskaun kepada Mr.Kumaran jika Mr.Kumaran bersetuju dengan design
kami yang terbaru.”Hilman memulakan perbincangan mereka.
“Wah..it’s sound
good.Tapi ianya bergantung kepada you berdua untuk meyakinkan I why should I
choose this new design.And you Farhana,macam biasa I nak dengar speech you
dulu.”Pa’an menganggukkan kepalanya lantas membuka fail yang menunjukkan segala
design terbaru syarikat mereka.Syarikat mereka menawarkan dekorasi hiasan
dalaman rumah,pejabat,hotel dan juga restaurant.Kali ini Mr.Kumaran memerlukan
design terbaru untuk rumah anak perempuannya yang bakal berkahwin empat bulan
lagi sebagai hadiah perkahwinan mereka.Hilman hanya menyampuk sekali sekala
jika perlu,dia cukup yakin dengan penerangan yang diberikan oleh isterinya itu
sehingga membuatkan dia berasa kagum.
“Okay…I think I’ll
choose modern concept because my daughter like it.Hurm…which one
suitable?”Mr.Kumaran menunjukkan dua design modern yang diminatinya,design yang
pertama berwarna putih dan silver,nampak ringkas tetapi menenangkan dan design
yang kedua pula bermain dengan warna-warna yang terang.
“Anak you suka warna
terang?”Pa’an bertanya pula,kalau dia diberi pilihan,dia lebih sukakan
warna-warna terang.
“Not really..tu yang
buat I susah nak memilih ni.What do you think Sheila?”Mr.Kumaran bertanya pula
kepada setiausahanya itu.
“Putih silver ni cantik
sir…”Mr.Kumaran menganggukkan kepala.
“Susah juga ya kalau
macam ni..”Pa’an menggaru kepalanya.
“Apa kata kita combine
kedua-dua design ni?”Tiga pasanga nak mata memandang ke arah orang yang
bersuara itu.Siapa lagi kalau bukan Hilman.
“Maksud you?”Mr.Kumaran
teruja untuk mengetahui pendapat boss muda ini yang sedari tadi hanya menjadi
pemerhati.
“Okay macam ni…ruang
tamu kita gunakan warna putih dan silver.Warna-warna terang pula kita gunakan
untuk master bedroom,bilik tamu dan juga dapur.Sebelum itu Mr.Kumaran kenalah
tanya anak perempuan Mr.Kumaran dulu warna apa yang dia dan suaminya suka.Takut
nanti dia tidak suka dengan warna yang kita gunakan dalam master bedroom dia.”
“Brilliant…kenapalah I
tak terfikir tadi.Bagus-bagus…hahaha..”Tersengih-sengih Hilman manakala Pa’an
terasa menyampah melihat muka perasan bagus Hilman itu.Setelah hampir sejam
perbincangan mereka,Mr.Kumaran meminta diri untuk pulang kerana selepas ini dia
ada meeting di tempat lain pula.
“Okay..kalau macam
tu,kita akan suruh Interior designer kita,Miss Fong untuk berjumpa dengan
Mr.Kumaran for the next meeting.Macam biasalah procedure dia ya..”Pa’an
memberitahu kepada Mr.Kumaran.
“Okay..lagipun I dah
biasa sangat dengan dia.Nanti apa-apa hal I akan contact dia terus,senang I
boleh beri alamat rumah tu.Okaylah…I terpaksa gerak dulu,takut lambat pula
nanti.En.Hilman…nice meeting you again.”Mr.Kumaran dan Hilman bersalaman sesama
mereka manakala Pa’an pula bersalam dengan Sheila.Puas hati Pa’an kerana dapat
berurusan dengan customer tetapnya ini.’Dapat buat sale,dapat komisen
lebih..yeayy…’Pa’an sudah berkemas dan bersiap-siap untuk balik tetapi tidak
Hilman,dilihatnya lelaki itu masih duduk menikmati air minumannya.
“Tak nak balik ke?”Soal
Pa’an.
“Nanti dulu..ada
sesuatu yang aku nak cakap dengan kau..”Berubah terus wajah Pa’an disaat
mendengar ayat serius dari Hilman itu,terus dia kembali duduk dikerusinya.
“Apa dia?”Lama juga
Pa’an terpaksa menunggu Hilman membuka mulutnya.Terasa agak bosan,Pa’an mula
bangun tetapi ditegah dengan suara Hilman.
“Kau okay?”Pa’an cuba mencari
wajah Hilman yang sedang berkata-kata itu,wajah suaminya itu menunduk
muram.Tidak pernah dia melihat Hilman sebegini dan belum pernah dia melihat
Hilman muram seperti ini.Apa yang sedang merasuk fikiran suaminya itu agaknya ya.
“Kalau kau setakat nak
tanya benda tu je,baik kita borak dalam kereta.Aku nak balik ni,banyak lagi
kerja yang kena aku buat.”Hilman tersandar,wajah si isteri dipandang serentak
dengan keluhan terbit dari bibirnya,sebenarnya sekarang ini dia keliru dengan
perasaannya.
“Aku akan berjumpa
dengan keluarga Annisa..kau fahamkan maksud aku?”Dengar sahaja ayat Hilman yang
seterusnya itu membuatkan Pa’an terbungkam.Kelu lidahnya kerana dia tahu jika
itu berlaku maknanya tidak lama lagi dia bakal diceraikan.Sejenak matanya
dipejamkan untuk mencari kekuatan.
“Great…tahniah untuk
kau berdua.”Pa’an tersenyum kelat.
“Kau macam
mana?”Teringin juga Hilman mengetahui apa perancangan isterinya selepas mereka
bercerai nanti kerana dia tahu pastinya Pa’an akan dicemuh namun Pa’an hanya
tersenyum.
“Itu kau tak perlu
tahu,aku tahu apa yang patut aku lakukan.”Dalam perkiraan Pa’an,jangkaan yang
dia bakal ‘bersalin’ hanya tinggal dua minggu dari sekarang.
“Aku akan
berterus-terang dengan semua orang.”Pa’an menunduk.
“Perlu ke kau buat
macam tu?Aku rasa biarlah kita rahsiakan perkara ni dulu.”Pandangan yang
tadinya tertunduk diangkat mencari wajah suaminya.Berkerut mukanya,tidak faham
apa yang difikirkan oleh suaminya sekarang ini.
“Sampai bila?Sampai
bila kau nak aku terus menipu?Aku tahu semua ni salah aku tapi lagi dua minggu
Hilman..dua minggu.Mana aku nak cari baby?Kau nak aku terus menipu sampai aku
mati sedangkan kau bahagia dengan Annisa?”Sinis sahaja kata-kata Pa’an dikala
ini,dia tahu pastinya Hilman akan melenting memarahinya kerana semua ini adalah
kerja bodohnya dahulu.Tetapi semuanya tidak seperti yang dia sangkakan,Hilman
tidak marah sebaliknya mengasihaninya.
“Aku tak nak abah
dengan mak kau semakin membenci kau.Aku tahu diorang marahkan kau..”Pa’an
menutup rasa sedihnya dengan tertawa kecil.
“Sejak bila kau
perihatin dengan aku ni?Bukan selama ni kau benci aku?Marahkan aku?Sudahlah
Hilman..aku dah biasa dengan semua tu,kau tak payahlah nak kesiankan aku.”Sebak
sungguh hati Pa’an disaat ini bila Hilman mengungkit tentang abah dan
emaknya,bukan dia tidak mencuba untuk menghubungi abahnya namun orang tua itu
langsung tidak mahu mengangkat panggilannya.Terkilan rasa dihati hanya ditahan
seorang diri.Hilman nampak wajah comel isterinya itu mendung.
“Sebelum aku
berterus-terang dengan semua orang,aku nak minta maaf dengan kau terlebih
dahulu sebab musnahkan impian kau dan Annisa untuk bersama.Disebabkan idea
bodoh aku tu kau terpaksa kahwin dengan aku.Huh..bodohkan aku
ni,haih..haha.”Tawa yang sengaja dibuat-buat untuk menutup kesedihan
dihatinya,sungguh dia menyesal dengan apa yang telah terjadi.Hilman diam tidak
terkata apa,separuh dari hatinya terasa berat untuk membiarkan Pa’an menanggung
semua kesalahan dan separuh lagi mendambakan kebebasan itu tetapi ada satu yang
membuatkan dia rasa terhalang.
“Kau masih ingat dengan
perkara dulu?”Pantas Pa’an mengalihkan pandangannya,sesungguhnya dia tidak mahu
membincangkan lagi perkara tersebut.Disebabkan perkara itulah dia membuat
tindakan bodoh sebegini.
“Sumpah demi Allah
bukan aku yang masukkan ubat tidur tu..”Hilman terdiam,kalau sebelum ini dia
terlupa dengan peristiwa hitam itu tetapi sekarang perkara itulah yang
menghantuinya semenjak Pa’an tinggal bersamanya.Dia sendiri tidak mengingati
perkara hitam tersebut.
“Please don’t talk
about that anymore…”Hanya itu pinta Pa’an.
“Satu je aku nak tanya…kenapa
masa tu kau tak buat report sedangkan kau betul-betul marahkan aku masa
tu?”Bergenang air mata Pa’an,sedaya-upaya dia mahu melupakan perkara yang
hampir membuatkan dia hilang pertimbangan diri.Bayangkan umur baru sahaja
belasan tahun dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya
sebagai seorang wanita.
“Aku malu…malu sebab
aku yang tomboy boleh hilang sesuatu yang dinamakan dara.Kau ingat kalau aku
canang cerita tu semua orang akan percayakan aku?”Kali ini air matanya menitis
jua.Sudah lama dia pendamkan perkara tersebut,betapa lamanya dia menjadi
seorang yang pendiam dan terpaksa
tinggal bersama emak dan abah yang hari-hari mencari kesalahan dirinya.Kalau
hatinya tidak cukup kuat pada masa itu sudah lama dia menjadi gila.Serba-salah
Hilman melihat isterinya yang sedang mengelap air matanya dengan hujung lengan
bajunya itu.Wajah yang putih gebu itu bertukar pink kemerahan menahan tangisan.
“Aku…”
“Stop right
here..please,aku nak balik.”Laju sahaja dia bangun sebelum sempat Hilman
bersuara,dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari mulut Hilman.Hatinya kini
terasa sakit dan sedih.Lantas dia meninggalkan Hilman yang masih terpaku di
tempat duduknya.Hatinya berkecamuk antara kasihan dan juga dendam.Kasihan
dengan nasib isterinya selepas ini dan juga dendam yang terlalu lama terjadi
antara mereka.Akan tetapi dendam itu rasanya sudah lama terkubur ditutupi rasa
bersalahnya.Hatinya merasa lega sedikit kerana dapat berbincang mengenai
perkara tersebut dengan isterinya.Selepas ini tak perlulah lagi dia merasa
bersalah dengan Pa’an.
Wajah muram
sahabatnya ini membuatkan Bazlaa Aina dan Hartini tertanya-tanya sesama mereka
apa yang telah terjadi dengan sahabat mereka ini.
“Kau menungkan apa tu
beb?”Hartini memberanikan diri untuk bertanya kepada Pa’an yang sedang muram
itu.Sekotak ais-krim walls yang menjadi kegemaran Pa’an selama ini langsung
tidak dipandangnya.
“Nothing…opss,aku
terlupalah orang tu ada datelah hari ni.”Baru Pa’an teringatkan perbualannya
dengan Hairi pagi tadi.Sengaja dia tidak mahu menceritakan kepada mereka berdua
apa yang menyebabkan dia bermuram durja pada hari ini.Merah padam muka Hartini
bila Pa’an mengusiknya manakala Bazlaa Aina terkejut besar.
“Kau date dengan siapa
weh?Tak beritahu aku pun..”Bazlaa Aina yang tadinya duduk di meja makan sambil
menikmati yogurtnya bangun dan duduk di sebelah Hartini.
“Kau tahu ya Pa’an?Ni
mesti kerja kau kan?”Hartini menuding jari ke arah sahabatnya itu.
“Wah….tengok ni,dah
siap ada cincin lagi dekat jari dia.En.Hairi yang sarungkan ke?”Teruja benar
Pa’an melihat jari Hartini yang terhias dengan sebentuk cincin.Malu-malu kucing
Hartini,macam manalah dia boleh terlupa dengan cincin di jarinya ini.
“What?En.Hairi yang kau
selalu cakap sukakan Pa’an tu ke?”Bazlaa Aina menginginkan kepastian kerana
selama ini dia hanya mendengar dari Hartini yang Hairi menyukai Pa’an,macam
mana pula boleh dating dengan Hartini pula.
“Alah..tu taktik dia
nak rapat dengan member kita ni je.Wah…jealousnya aku,dia cakap nak confess je
dengan kau tup-tup melamar terus.Hebat sunguh ketua kita
tukan..tahniah-tahniah…”Pa’an menepuk-nepuk bahu Hartini.
“Woi..sakitlah.Aku pun
terkejut juga bila dia cakap dia sukakan aku.”Hartini mula teringatkan kenangan
terindahnya tadi.
“Fuyyooo…”Usik Pa’an
lagi.
“Kau ni..kang aku malas
nak cerita kang baru kau tahu.”Rajuk Hartini.
“Ish…diamlah
Pa’an,teruja tahu aku nak dengar cerita bahagia member kita ni.”Bazlaa Aina menyampuk
sambil tangannya laju memukul peha Pa’an.
“Yelah-yelah…usik sikit
pun nak merajuk.”
“Aku mula-mula tak
percaya,ingatkan dia nak main-mainkan aku.Yalah,dia tu siapa aku ni siapa?Dia
tu anak dato’,aku ni…”
“Anak pak Yusuf.Aduh…”Sekali
lagi pehanya ditepuk kuat oleh Bazlaa Aina yang marah kerana dia menyampuk.
“Kau ni…tapi aku nak
ucap terima kasih dekat kau Pa’an sebab kalau bukan kau yang suruh dia
berterus-terang,tak mungkin aku dapat cincin ni.Aku admit yang sepanjang dia
bertanyakan tentang kau,aku cemburu sebab aku sukakan dia tapi disebabkan aku
sayangkan persahabatan kita,aku pendamkan je perasaan tu.”Terharu Pa’an
mendengarnya,dia mengenggam erat tangan Hartini.
“Dia cakap bulan depan
dia nak hantar rombongan merisik..”Bertambah merah wajah Hartini.
“Wah…cepatnya,Alhamdulillah…”Bazlaa
Aina menadah tangannya.
“Tahniah…kan aku dah
cakap yang En.Hairi tu sukakan kau.Masinkan mulut aku ni..”Terkekeh Pa’an
ketawa dengan lawaknya sendiri.
“Allah…”Bazlaa Aina
menepuk dahinya membuatkan Hartini dan Pa’an tertanya-tanya.
“Kau ni dah
kenapa?”Pelik Pa’an melihat Bazlaa Aina yang menepuk dahi sendiri.
“Aku lupa…sekarang ni
dah pukul berapa?”Soal Bazlaa Aina sambil mata memandang jam yang tergantung
didinding.Sudah pukul lapan malam.
“Ah mampus aku…”
“Apasal kau ni…cuba
cakap dengan kitorang apa masalah kau?”Geram pula Pa’an bila Bazlaa Aina masih
tidak mahu bercakap mengapa.
“Azman call aku tadi
dia,dia nak belanja kita KFC malam ni…”Habis sahaja Bazlaa Aina
berkata-kata,Pa’an sudah tersengih-sengih jahat.
“Nampak gayanya kawan
kita yang seorang ni pun dah tak lamalah ni…”
“Kau jangan nak
merepek..kalau kau tak nak biar aku mesej dia.”Bazlaa Aina bangun untuk
mengambil handphonenya,malu sebenarnya bila diusik sebegitu oleh Pa’an.
“Woit..gila kau aku tak
nak,makan free tu.Jimat sikit duit kita malam ni.Dah jom siap sekarang.”Laju
sahaja Pa’an bangun menuju ke biliknya.
“Tahupun…lepas
Isya’lah…”Jerit Bazlaa Aina pula.
“Alah…prepare
awal-awal tak salahkan.Dah,korang berdua tunggu apa lagi tu,siap
sekarang.”Tersembul muka Pa’an di muka pintu biliknya.
“Kau tengoklah kawan
kau tu,asal sebut pasal makan free laju je dia…”Hartini tersenyum sambil
tangannya menekan off remote tv.
“Kawan aku,kawan kau
juga..”Satu yang Hartini tidak tahu apa yang dia tahu ialah dia tahu yang Pa’an
sedang bersusah hati dengan perihal dirinya dan Hilman.Setiap kali sahabatnya
itu termenung,pasti ianya ada kaitan dengan lelaki itu.Bukan dia tidak kenal
dengan sikap Pa’an yang suka memendam perasaan seorang diri.Selalu sangat dia
menasihati sahabatnya itu agar mencari penyelesaian dengan secepatnya supaya
dirinya tidak lagi sakit.Apa yang dia boleh buat kini hanyalah mendoakan yang
terbaik untuk sahabat kesayangannya itu.Amin.
“Seronok betul aku
tengok kau makan Pa’an.Bab makan ni memang kau daripada dulu tak pernah
berubah.Haha..”Azman yang sedang duduk di sebelahnya ketawa melihat betapa
seleranya Pa’an menghabiskan coslow milik Hartini itu.
“Well..you know
me.”Diambil pula air pepsinya yang di order paling besar punya lalu disedut
rakus.
“Burb..alhamdulillah..”Tergeleng-geleng
kepala mereka bertiga melihat telatah Pa’an yang tidak tahu malu ini.
“We..senonohlah sikit
perempuan.”Bazlaa Aina cuba menegur,malu dia dengan Azman meskipun Azman sudah
biasa dengan sikap pelahap Pa’an ini.
“Alah…bukannya dengan
orang lain pun,korang bertiga juga.Azman ni?Huh..dia ni lagi teruk tahu,kentut
main lepas je dekat muka orang.Hahaha…”Merah padam muka Azman bila Pa’an
mengungkit kisah lamanya.
“Woi..apa buka cerita
aku pulak?Kau memang teruklah Pa’an.”Malu sebenarnya Azman dengan Bazlaa Aina
dan Hartini.
“Kau nak malu
apa..bukannya kau tak biasa dengan Aina ni?Dulu pun bukannya kau tak pernah
kentut depan dia kan?Alah…kentut tu kan perkara normal,lagipun kalau
ditahan-tahan nanti senak perut tu.Kau tak payah risaulah,kau kentut busuk
macam manapun kawan aku ni tetap pilih kau juga.Percayalah cakap aku..”Kini
Azman sudah mampu tersengih manakala Bazlaa Aina rasa mahu mencekik Pa’an yang
becok bercakap.
“Makan jelah kau ni
perempuan..ish,mulut dah mengalahkan bullet train.Bercakap je kerjanya.Tengah
makan pun cerita pasal kentut.”Tidak senang duduk Bazlaa Aina bila Azman
sekali-sekala menjelingnya yang duduk berhadapan dengan lelaki itu.Itupun dia
terpaksa bila Hartini memaksanya duduk di situ.Hartini pula sudah mengekeh
ketawa.
“Dia marah-marah sayang
je tu…”Azman sudah ketawa pabila melihat wajah kelat Bazlaa Aina yang diusik
oleh Pa’an itu.
“Ye aku sayang
kau..”Balas Bazlaa Aina jujur.
“Aku?”
“Burr..”Habis tersembur
air milo yang diminum oleh Bazlaa Aina.Meraban dia mencari tisu untuk mengelap
mulutnya.Pa’an dan Hartini dah ketawa melihat Bazlaa Aina yang menggelabah
manakala Azman sudah disimbahi air milo.Nasib baik kena mukanya sedikit
sahaja.Kalau kena baju,habis dihurung semutlah dia nanti.’Ish…apalah aku ni,dah
berapa kali asyik tersembur je hari ni.’
“Sorry…sorry..”Bazlaa
Aina spontan menghulurkan tisu yang digunakan untuk mengelap mulutnya kepada
Azman.Terpana sekejap lelaki itu,sekali lagi Bazlaa Aina mengunjurkan tisu
itu.Lambat-lambat Azman mengambilnya sambil senyuman gembira.
“Weh…tisu kau buat lap
mulut kau bagi dia?Gila romantik..”Saja Hartini mahu menambah malu Bazlaa
Aina.’Erk…alamak,macam mana aku boleh tak perasan ni,patutlah dia tersengih je
dari tadi.’Bazlaa Aina menundukkan kepalanya.Malu beb.
“Haha..kelakarlah kau
ni Aina.Kau malu ya?Buat apa nak malu,Azman ni kan member kita masa kecil
dulu..ke kau?”Sekali lagi Pa’an mengusik,terus sahaja Bazlaa Aina mengangkat
kepalanya.
“Apa?Kau jangan nak
macam-macam ya Pa’an…”Merah padam muka Bazlaa Aina masa ini.
“Dahlah tu..korang kan
bestfriend..tak bestlah bergaduh macam ni.”Azman sudah gelisah melihat kedua
sahabat itu bertekak.
“Alah Man..kau tak
payah nak hairanlah.Aku ni hari-hari dengar diorang berdua ni bertekak tapi
lepas tu,makan bersuap.”Selamba sahaja Hartini berkata-kata,lega sedikit hati
Azman.Dia takut disebabkan dia mereka berdua bergaduh.
“Entah
Man…biasalah,gaduh-gaduh manja.Suka aku menyakat si Aina ni,dari dulu lagi kan
aku suka sakat dia.”Terangguk-angguk Azman mengia sahaja.
“Aku nak pergi toilet
kejap.Tini,jom teman aku kejap.”Bangun sahaja dari duduknya,Pa’an terus membuat
isyarat mata kepada Hartini.
“Ha..jom-jom…aku pun
nak pergi toilet kejap.”Hartini turut bangun.
“Weh..aku pun nak pergi
juga.”Bazlaa Aina mencari beg tangannya.
“Kau duduklah
sini,temankan si Man ni.”Pa’an menghalang Bazlaa Aina daripada bangun.
“Eh..tak apa,aku boleh
duduk sini sorang-sorang.”Sela Azman kemudiannya.
“No…kau jaga kawan aku
ni.Faham?”Menjegil biji mata Pa’an kepada Azman.Dia sebenarnya sengaja memberi
Azman peluang untuk mengorat sahabatnya itu.Sekali sekala mata Pa’an
mengarahkan kepada Bazlaa Aina.Barulah Azman faham sehingga mulutnya berbentuk
o.
“O…okay-okay.Pergilah…”Dalam
diam sempat juga Azman menunjukkan thumb up kepada Pa’an.
“Korang jangan pergi
lama-lama tau.”Dah macam budak kecil je lagaknya Bazlaa Aina ni.Tergelak kecil
Azman dibuatnya.
“Kau ni macam budak
kecil je kan?Tapi cute…”Terdiam Bazlaa Aina mendengarnya.’Kenapa aku malu
sangat dengan mamat ni?Bukannya tak kenal dengan dia ni..dari kecil dulu selalu
sangat aku bertekak dengan dia tapi sekarang kenapa nak angkat muka pandang
wajah dia pun aku malu?’Bazlaa Aina berperang dengan dirinya sendiri.
“Kau apa
khabar?Sihat?”Mahu sahaja Bazlaa Aina tergelak dengan soalan Azman yang entah
apa-apa itu.Dah dia berada di depan matanya mahu ditanya lagi sihat atau tak.
“Sihat..”Sepatah sahaja
jawapannya,semuanya kerana dia terlalu malu dengan lelaki di hadapannya
ini.Siapa sangka Azman yang dulunya comot boleh jadi sekacak ini.Kurang
sikitlah dari suami si Pa’an itu tetapi dimatanya Azman lagi handsome dari
Hilman.
“Haih..berangan
ya?Teringatkan pak we ya?”Sengaja Azman mengusik Bazlaa Aina,sengaja nak tau
samada si gadis sudah berpunya atau belum.
“Mana ada…pak we pun
tak ada macam mana nak teringatkan dia.”Nak je dia cakap yang dia teringatkan
kenangan mereka semasa kecil.
“Ooo..kalau macam
tu,single lagilah ni ya.Good..”Terangkat kepala Bazlaa Aina,pelik dengan ucapan
Azman itu.Selepas itu mereka hanya membisu sehinggalah Pa’an dan Hartini
kembali semula kepada mereka.
“So,macam mana?”Pa’an
bertanya kepada Azman namun dibalas dengan gelengan oleh Azman.
“Haih..lembablah korang
ni.”Geram pula Pa’an dengan mereka berdua ni.Dah terang-terang suka sama suka
tapi masing-masing macam tak ada mulut nak bersuara.
“Kau ni suka ke tak
dekat kawan aku ni Man?Kalau tak aku nak kenenkan dia dengan staff member aku
dekat office tu.”Hartini dah tergelak kerana dia tahu Pa’an hanya menipu
sahaja.Azman dah menggelabah dan begitu juga dengan Bazlaa Aina.
“Eh..janganlah,aku
mengaku aku suka dia.”Hah ambik,keluar juga pengakuan dia.Nak kena gertak
dengan Pa’an baru nak berjalan si Azman ni.
“Hah..kan senang macam
ni.Ini tak,diam je.Kau Aina macam mana?”Dah macam match maker dah si Pa’an
ini.Sebelum ini dia matchkan Hartini dengan Hairi dan sekarang Bazlaa Aina
dengan Azman pula.Si sahabat hanya mendiamkan diri,masih terkejut dengan
pengakuan drastik Azman itu.
“Aku nak balik.”Bazlaa
Aina mahu bangun,jelas riak wajah Azman yang kecewa dengan jawapan yang diberikan
oleh Bazlaa Aina itu.
“Kau…”Pa’an mahu
membebel tetapi Azman menahannya.
“Biarlah..aku pun tak
mengharap sangat,yelah..aku ni siapa.Budak comot,suka sakat dia..suka bergaduh
dengan dia.Suka sakitkan hati dia,tapi sumpah Pa’an.Sumpah memang aku sukakan
dia,dari dulu lagi aku sukakan dia.Sebab tulah aku selalu mengusik dia,sebelum
kau datang sekolah tu lagi aku dah sukakan dia.”Bazlaa Aina terkedu,seketika
suasana menyepi sebelum Azman menyambung kembali kata-katanya.
“Masa aku kena ikut
bapa aku pindah,aku punyalah tak nak sebab tak sanggup nak berpisah dengan dia
tapi aku terpaksa.Aku teringin nak tulis surat untuk dia tapi aku malu…aku
tahankan perasaan aku ni sebab aku percaya kalau ada jodoh,aku akan berjumpa
dengan dia semula.Hari tu,aku bersyukur sangat sebab Allah perkenankan doa aku
untuk berjumpa dia.Masa aku jumpa korang dekat taman tempoh hari,hati aku
gembira bukan kepalang.Kalau ikutkan hati aku ni Pa’an,dah lama aku suruh orang
tua aku masuk merisik dia tapi aku sendiri nak tahu samada dia dah berpunya
atau belum…”Luahan hati Azman membuatkan Hartini dan Pa’an terharu.Bazlaa Aina
masih lagi terkedu,sungguh dia tidak sangka yang Azman mempunyai perasaan cinta
yang lagi kuat darinya dan sesungguhnya mereka berkongsi perasaan yang sama
setelah sekian lamanya.Bazlaa Aina memandang wajah lelaki ini.Azman hanya
menunduk.
“Kenapa kau tak hantar
je rombongan merisik tu?”Azman memandang Bazlaa Aina pelik manakala Pa’an sudah
tersenyum.
“Kau…”
“Kau tahu tak yang aku
pun hampir merana sebab rindukan kau.Lepas kau pergi aku rasa macam orang tak
betul.Dahlah lepas tu,mangkuk sorang tu pula yang pergi.”Bazlaa Aina menjeling
ke arah Pa’an.’Aku pun kena..hurm,diam jelah..’
“Kau…”
“Apa?Kau ingat aku ni
lembu ke nak kau-kau…”Merah padam muka Bazlaa Aina bila Azman sudah dapat
menangkap ayatnya itu.
“Aaa..aku tak tahu nak
cakap apa tapi betul ke ni?”Gembira sungguh Azman,tak sia-sia dia meluahkan
perasaannya tadi.Malu juga sebenarnya dia tadi tetapi kerana kecewa,habis
terluah isi hatinya itu.
“Kalau nak tahu betul
atau tak,hantar rombongan cepat.Tandas jap..”Laju sahaja dia menghilangkan
diri.Malu sangat-sangatlah tu.Azman sudah tersenyum sampai ke telinga.
“Suka dia ya..”Pa’an
bersyukur kerana Bazlaa Aina tidak terlalu bermain tarik tali dengan Azman.
“Pergh!!Lagi advance
member kita tu…macam dah tak sabar je bunyinya.”Hartini tergelak melihat reaksi
Azman yang serupa beruk dapat bunga itu.
“Dia tu bukannya
apa,tak mahu bercinta lama-lama.Dia lebih suka bercinta lepas kahwin,lebih
romantik katanya.”Hartini terangguk-angguk mendengar ayat Pa’an itu.Sudah diaa
tahu tentang itu.
“Kau tunggu apa lagi
Man?Dah dapat greenlight tu jangan pula kau sia-siakan kawan baik aku tu.Kalau
tak,memang siap kau aku patah-patahkan.”Pa’an memberi amaran dalam gurauan.
“Insya-Allah..aku
takkan sia-siakan dia.Aku sayangkan dia Pa’an.Terima kasih dekat korang berdua
sebab beri peluang dekat aku.Kalau tak,aku rasa sampai bila-bila aku akan
simpan je perasaan aku ni.”
“Alah…no big deal.Cuma
lepas ni rajin-rajinkanlah diri kau belanja kitorang makan.Haha..”Suka Pa’an
bila Azman mengangguk bersetuju.
“Jap..kau ni kerja apa
ya?Dah lama aku nak tanya tapi lupa.”Soal Pa’an setelah terlintas soalan itu
dihatinya.
“Pilot.”Ternganga
Hartini dan Pa’an mendengarnya.
“Pergh…untungnya
Aina.Weh..jadi juga pilot kau ya?Aku ingat kau main-main je dulu.”Pa’an teruja
mendengar kerjaya sahabatnya ini yang terlalu gah untuk di dengar.
“Ni semua sebab
dia…”Azman ingat lagi semasa kali pertama dia memberitahu cita-citanya yang
mahu menjadi pilot ditertawakan oleh Bazlaa Aina sehingga dia nekad mahu
menunjukkan cita-citanya bukan angan-angan yang kosong.Dia juga pernah berjanji
dengan gadis itu bahawa dia akan menjadi seorang pilot.
“Gila gempaklah kau…hari
ni tak fly ke?”Hartini menyoal berminat.
“Tak…”
“Ni mesti dah selalu
fly ke luar Negara kan?Seronoknya..”Azman mengangguk sahaja dan tersenyum
mendengar kata-kata Hartini itu.
“Tapi aku nak korang
simpan dulu rahsia ni dari dia..aku nak buat surprise.”
“Lah…nanti kang merajuk
pula minah tu.Dia bukan boleh orang berahsia sikit dengan dia.”Pa’an agak tidak setuju dengan rancangan
Azman itu.
“Alah kau ni..kan dia
dah kata surprise..mesti ada yang dia rancangkan tu.”Hartini menyokong Azman.
‘Hurm..jangan lambat
sangat beritahu dia.Nanti dari dia on terus off pula.”Gertak Pa’an.
“Ish..janganlah doakan
macam tu.Aku janji lepas aku fly ke Paris minggu depan aku berterus-terang
dengan dia.”Ucap Azman itu membuatkan Hartini ternganga.
“Wah..Paris..untunglah
Aina.”Pa’an hanya menggelengkan kepalanya.Tahu sangat dengan perangai Hartini
yang suka berjalan tu.Pantang dengar tempat pelancongan yang best,mulalah dia
melopong.
“Dah berapa kali ke
sana?”Hartini bertanya lagi dan kali ini matanya terbeliak melihat symbol peace
yg dibuat oleh Azman yang bermaksud dua itu.
p/s : part pilot tu sye x confirm la had umur boleh bwak kpal terbang umur berape...sape2 yg tau boleh komen x bgtau..huhu...nanti senang nak edit..enjoy ye..
Hi.. ada fb group or fb sendiri?
ReplyDeletehai there..just fb sndr je..azmah tan
ReplyDeletebest...saya suka sangat bila Hilman mula angaukan Paan...
ReplyDeleteBest sambung please.
ReplyDelete