Thursday 1 August 2013

sumpah tak sama 31...last one....



Pintu bilik pejabat Hilman diketuknya sebanyak tiga kali.
Satu…tiada sahutan dari dalam
Dua…masih lagi tiada balasan.
Tiga….
“Opocot muka kau handsome macam katak puru..”Alangkah terkejutnya Pa’an tatkala ketukannya yang kali ketiga pintu bilik itu terbuka dan tersembul wajah suaminya di situ.Apa lagi,keluarlah melatah mak nenek dia.Hilman yang tadinya mahu memarahi si isteri yang mengetuk pintu biliknya bagai nak pecah tidak jadi setelah mendengar latahan si isteri yang agak lucu itu.Nak tergelak pun iya nak marah pun iya.Nak tergelak kerana si isteri melatah dan memujinya handsome dan nak marah pula kerana melatah mengatakannya semacam katak puru.’Boleh dia samakan muka aku yang handsome ni dengan katak puru.Haih..sabar jelah.’Dia memandang ke sekeliling dan sememangnya semua staffnya mentertawakan mereka.
“Huh…terkejut aku,nasib baik tak lemah jantung.”Mencerlung mata Pa’an memandang Hilman yang masih mendiamkan diri di muka pintu.
“Dah…masuk sekarang.”Pa’an mencebirkan bibirnya tanda tidak puas hati.
“Ada apa sebenarnya ni?”Walaupun dia sudah sedia tahu akan apa yang dimahukan oleh Hilman tetapi dia tetap akan bertanya.Hilman yang berdiri beberapa langkah darinya dipandang tidak puas hati.Tiada soalan yang keluar dari mulut Hilman melainkan pandangan matanya yang menikam ke arah si isteri sambil berpeluk tubuh.Dalam kepalanya bermacam-macam soalan yang hendak dia persoalkan cuma dia perlukan susunan ayat yang betul.
“Dey macha..kalau setakat nak main lawan-lawan mata macam ni,baik tak payah.Buang masa aku je bro..banyak lagi kerja aku yang tertangguh.”Tidak tahan dengan panahan mata Hilman yang semakin lama semakin menawan hatinya itu,Pa’an bertindak untuk bersuara.Dia lebih rela mendengar lelaki itu memekik terlolong memarahinya daripada bermain mata seperti sekarang.Seram sejuk badan dia.
“Ehem…banyak langsi kau ya?Tadi kau kata aku macam katak puru,sekarang kau Indiakan aku pulak.Don’t forget that you are now in my office, I can fired you anytime.”Hah,ambik kau Pa’an.Sekali dia bersuara terus nak di firednya kau.
“Alah kau ni…sentaplah pulak.Cepatlah kau nak tanya pasal apa?Aku banyak lagi kerja ni.”Pa’an membuat wajah seriusnya.Hilman menyabarkan hatinya di saat ini.Jika diikutkan amarahnya sekarang,mau di dush-dushkan si Pa’an ni macam mereka masih kecil-kecil dulu.
“Macam kau sorang je banyak kerja.”Pa’an mendengar ngomelan Hilman itu.
“Dah tahu kau pun banyak kerja,cepatlah cakap.”Geram pula Pa’an dengan lelaki pervert ini.Baru dia teringat betapa marahnya dia dengan tindakan Hilman yang mencuba untuk memegang betisnya.Terus sahaja wajah putihnya itu bertukar menjadi pink.Malu…
“Sejak bila kau kerja dekat sini?Dah berapa lama kau kerja dekat sini?Kenapa kau tak cakap dekat aku atau papa yang kau kerja dekat company ni masa papa beritahu yang dia dah beli company ni?Kau dah tak ada mulut ya?”Tangan yang tadinya dipeluk kini dicekakkan ke pinggangnya.
“Woit…banyaknya soalan kau.Dah macam bullet train.Satu-satulah…”Tak terjawap pula Pa’an dengan segala soalan yang dilontarkan oleh Hilman itu.Terlalu banyak dan agak sukar untuk dia menjawap.
“Jangan banyak songeh.Aku tanya tu jawap jelah…”Terdengar giginya yang berlaga tatkala berdetap kegeraman dengan wanita dihadapannya ini.
“Yelah-yelah…Aku dah kerja dekat sini baru nak masuk setahun.Buat apa aku nak beritahu kau or papa pasal aku kerja kat company ni.Kalau papa tahu susahlah aku nak lari dari kau lepas kau ceraikan aku nanti.”Perkataan cerai itu diperlahankannya sedikit.Bergetar hatinya menyebut ayat keramat itu.Dia tertunduk menekur ke lantai.Hilman yang mendengar terasa ada betulnya kata-kata si Pa’an ini.Jika papa tahu yang Pa’an bekerja di syarikat mereka pasti selepas ini susah untuk dia berkahwin dengan Annisa walaupun sebelum ini papa ada mencadangkan bahawa mereka perlu bercerai selepas Pa’an bersalin tetapi bagaimana mahu bersalin jika isterinya itu tidak mengandung.
“Staff –staff yang lain tahu tak yang kau dah berkahwin?”Pa’an hanya menggelengkan kepalanya.Tercabar juga kelelakiannya tatkala melihat gelengan itu.Dia pasti,wajah comel isterinya itu mempunyai ramai peminat diluar sana.
“Kenapa kau tak beritahu?”Terkeluar juga pertanyaan yang bermain dikepalanya itu.Pa’an yang menunduk mengangkat kepalanya dan tersengih sinis.
“Kau sanggup ke kalau aku beritahu dekat semua orang yang kau ni suami aku?”Dengan penuh egonya Pa’an bertanya.
“Kau gila?Cukuplah diorang semua tahu yang aku dah berkahwin.Dan yang pastinya bukan kau isteri aku tapi Annisa.”Nama Annisa dibangkitkan untuk menyakitkan hati Pa’an.Atas alasan mengapa dia pun tidak tahu tetapi yang pasti dia tidak mahu menyerah kalah dengan wanita ini.
“Good for you…kalau dah tak ada apa-apa.Aku nak keluar.”Patah hatinya di saat ini.Benarlah dia isteri yang tidak diiktiraf sehinggakan statusnya diberikan kepada orang lain.Sakit dihati dipendamkan sahaja agar dia nampak kuat di mata orang.
“Kau boleh keluar,by the way..dekat sini kau kena hormat aku.Call me Tuan Hilman.Kalau kau rasa nak kekal lama di company ni,ikut arahan aku.”Dengan nada berlagaknya Hilman menghalau Pa’an keluar.
“Yes sir!!!”Dengan nada menjerit,Pa’an berlalu keluar tanda dia sedang protes.Ikut jelah,dah dia hanya kuli di syarikat ini kenalah dia turutkan sahaja kemahuan bosnya itu.


“Kau tak apa-apa Pa’an?”Hartini menghampiri meja sahabatnya itu setelah dilihatnya Pa’an tekun menyambung kerja bagai tiada apa-apa yang berlaku.
“Maunya tak ada..kita cerita masa nak on the way baliklah ya…aku banyak kerja ni.Sorry..”Pa’an tiada mood untuk bercerita sekarang ini.Fail yang berlambak di atas mejanya disusun ikut susunan tarikh yang paling hampir untuk dia submit kepada pihak atasannya.Siapa lagi,bos berlagak sombong tulah.
“Okay…aku minta maaf..nanti kita lunch sama-sama ya.”Hartini menepuk bahu sahabatnya itu dan berlalu meninggalkan Pa’an yang masih dengan kerjanya.
“Haih..apalah nasib.Ingatkan dua minggu je nak kena mengadap muka dia,tapi nampak gayanya lebih daripada tu.Baik aku cari kerja lain kalau macam ni..”Rambutnya yang tersisir rapi menjadi serabut bila mana dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Lagaknya seolah-olah wanita mati bini.
“Kau ni dah apahal Farhana?”Emy yang berada di sebelah mejanya bertanya setelah mendengar teman sepejabatnya itu mengomel dan membuat aksi yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.
“Hah?”Tangannya terhenti dari mengusutkan rambut dan kemudiannya melurutkannya sehingga kemas semula.Nasib baik rambutnya guna jari pun boleh.
“Hehehehe…tak ada apa-apa..aku kacau kau ke?Sorry ye..stress sangat ni.Berlambak kerja.”Pa’an membuat alasan yang agaknya mampu diterima pakai oleh Emy.
“Hurm..aku ingatkan apalah tadi.Kalau kau nak aku tolong,aku boleh tolong buatkan,lagipun aku free je buat masa ni.”Emy menghulurkan bantuan,kesian pula dia melihat temannya ini.
“Eh tak pe…aku tak nak menyusahkan siapa-siapa.Thank for your concerned…sambung kerja kau…sambung..sambung…”
“Betul ni?”Emy bertanya untuk kepastian.
“Betul-betul…hehe.”Sambil tersengih,Pa’an menunjukkan tanda peace kepada Emy.Tahu dengan perangai gila-gila teman sepejabatnya itu,Emy meneruskan kerjanya dan Pa’an juga kembali mengadap fail-fail berkenaan dengan wajah yang serius.


Jam lagi beberapa minit akan menjangkau ke pukul satu tengahari,masa untuk mereka berehat dan mengisi perut yang lapar.Hilman berdiri dan mengambil handphonenya untuk melihat mesej yang baru di hantar oleh Annisa.Tadi dia menghantar mesej kepada kekasih hatinya itu untuk mengajaknya keluar makan tetapi jawapan yang ditunggunya agak menghampakan bila mana Annisa berpuasa sunat pada hari ini.Nampak gayanya dia terpaksa keluar makan dengan Aleeya Nasuha lah jawapnya.Interkomnya ditekan dan terus dia mengajak Aleeya Nasuha untuk keluar makan bersama.Kakinya melangkah keluar dari biliknya dan dia berdiri tegak di meja setiausahanya yang sedang sibuk memakai lipstick.Muncung-muncung bibirnya dah macam itik.
“Amboi..merahnya.Nak pergi makan je pun,kenapa you taruk lipstick banyak-banyak?Nanti makan hilang juga.”Sambil tertawa Hilman mengenakan Aleeya Nasuha.Semakin panjang muncung gadis itu,dah sama panjang dengan batang hidungnya.
“Alah you ni..I taruk lipstick banyak-banyak pun untuk you juga.I kan secretary you,so I kenalah jaga penampilan I supaya semua orang bangga dengan you.Dah jom…I dah siap.”Aleeya Nasuha mengemas beg tangannya dan bangun untuk menyaingi langkah bosnya itu.
“Apa-apa ajelah....”Nak tergelak Hilman mendengar ayat entah apa-apa Aleeya Nasuha itu.Dia layankan je omongan mengarut setiausahanya ini.Sekali sekala apa salahnya.Rancak sungguh mereka berborak sehingga tidak sedar yang mereka kini sudah berdiri di hadapan pintu lift.
“You ni kelakarlah…”Aleeya Nasuha tanpa segan-silu bermain tepuk tampar di bahu Hilman dan Hilman hanya tersengih memanjang,langsung tiada hati untuk menghalang perbuatan Aleeya Nasuha itu.
“Ehem..ehem..nak bercanda pun agak-agaklah..dah tak nampak orang sekeliling ke?”Hilman semacam kenal dengan suara itu dan sememangnya tepat bila dia berpaling,Pa’an dan Hartini berdiri di belakang mereka.Sejak bila pun dia tidak tahu tapi dia malas ambil pusing dengan teguran Pa’an itu.Sikit pun tak tercabar tapi tidak kepada Aleeya Nasuha.
“Hey..yang you sibuk sangat ni kenapa?You jealous?”Terawang-awang tangan Aleeya Nasuha menuju ke muka Pa’an.
“Alamak…itik serati ni bisinglah pulak.Weh..tak ada masanya aku nak jealous dengan kau.Nak termuntah adalah..”Pa’an menjeling ke arah lain.Meluat dia melihat minah gincu merah ini memekik.Sakit telinga dia.’Itik serati?Hahahahaha..’Tersengih sahaja Hilman mendengar panggilan Pa’an kepada Aleeya Nasuha.Tidak dinafikan yang suara si Aleeya Nasuha ini agak nyaring dan halus jadi memang sesuailah dengan panggilan itu.
“You ni memang kurang ajar kan.”Merahnya muka Aleeya Nasuha hampir menyamai warna lipstick di bibirnya.
Ting!!!Pintu lift sudah terbuka dan mereka kena berkongsi lift.Kalau nak tunggu lift lain alamatnya buang masa je.Tahankan aje dengan perangai itik serati ni.
“Kau memang kurang ajar kan…”Dengan mimik-mimik muka yang melucukan,Pa’an meniru kata-kata Aleeya Nasuha sehingga mengundang tawa Hartini.Suka dia bila si Pa’an mengenakan itik serati ini.Selama Pa’an bercuti tiada siapa yang berani mengenakan perempuan ini tapi kini tidak lagi,heroin mereka sudah kembali.
“You…tengok perempuan ni.”Aleeya Nasuha menarik hujung baju Hilman.
“You tak payah layanlah dia…makin dilayan makin menjadi-jadi.Dah jom..”Makin panjang muncung itik serati ini tatkala Hilman langsung tidak mahu membelanya.
“Sikit-sikit nak mengadu..meluat aku.”Sempat lagi Pa’an berbisik kepada Hartini.
“Yang korang berdua ni tercegat lagi kat luar tu kenapa?Tak nak masuk ke?”Hilman bertanya kepada mereka berdua yang masih berdiri di luar.Walaupun dia tidak sukakan isterinya itu tetapi dia masih waras lagi.Jarinya menekan button agar pintu lift tidak tertutup.Aleeya Nasuha yang bengang berpeluk tubuh dan menjeling tajam kepada Pa’an dan hatinya bertambah panas bila Hilman mengajak mereka berdua turut serta di dalam lift.Hartini sudah keliru samada Pa’an akan masuk atau tidak dan melihat sahaja Pa’an selamba masuk,dia pun ikut masuk.Dalam hatinya berfikir pasti Pa’an tengah kebulur sekarang ini,jika tidak tak mahunya dia masuk sekali dengan malaun dua ekor ni.Ini baru dia tengok Hilman dengan Aleeya Nasuha belum lagi dengan Annisa.Di saat pintu lift mahu tertutup,ada tangan yang menghalang.
“Nanti..”Tercungap-cungap si pemilik tangan itu menahan nafasnya yang kencang.Terkejut mereka semua melihat kehadiran lelaki itu.
“Sorry bos…may I join you all?”Suara itu meminta izin dan dibalas anggukan oleh Hilman.
“Thank you…”Dia ke belakang Aleeya Nasuha dan Hilman di mana Pa’an dan Hartini sedang berdiri sekarang.
“Hai Farhana…Hai Tini.”Sapa si lelaki itu.
“Assalamualaikum En.Hairi…kelam kabut je ni?”Pa’an menyoal lelaki yang menegur mereka.Sempat lagi dia memerli lelaki itu.Apa lagi,tersengih jelah ketua mereka itu.
“Waalaikumsalam..amboilah dia sempat lagi kenakan saya ya.Eh..saya join korang berdua makan sekali boleh?”Soal Hairi dengan penuh berharap.
“Saya no hal En.Hairi..tapi tak tahulah dengan Tini.”Tersengih-sengih Pa’an menolak Hartini dengan bahunya,sengaja dia mahu mengusik sahabatnya itu.
“Apa kau ni…alah En.Hairi kalau nak join kami sekali apa salahnya.Tahulah orang tu rindu dengan orang di sebelah saya ni kan?”Hartini tidak mahu mengalah,sengaja dia menyakat Hairi sebegitu kerana dalam masa yang sama dia mahu melihat apa reaksi Hilman.
“Haha…itu salah satunya.”Jawapan Hairi membantu rancangannya ini.
“Ehem…haih..sakitlah pulak tekak ni.”Hartini tersengih kerana rancangannya itu mengena.Ada respon dari bosnya ini.
“Kenapa you?”Aleeya Nasuha perihatin dengan lelaki idamannya ini.
“Entahlah…tiba-tiba tekak I gatal je.”Hilman menjeling sekilas kepada Pa’an dan seperti biasa isterinya itu buat tak tahu sahaja.
“En.Hairi bukannya MC ke hari ni?”Baru Pa’an teringat yang tadinya Hilman ada memberitahunya yang Hairi MC hari ini.Kalau MC buat apa datang office.
“Oh…saya datang nak ambil briefcase saya ni,tadi tergesa-gesa pergi klinik tertinggal pula.Tu yang tadi naik ambil.Lepas tu saya ternampak awak berdua nak pergi lunch,so alang-alang saya MC hari ni lebih baik saya ikut korang berdua lunch sekali daripada makan dekat rumah sorang-sorang.Bosan..”Tersengih Hairi melihat kedua-dua staff bawahannya ini.
“En.Hairi sakit apa?Demam ya?”Soal Pa’an lagi,perihatin namun agak menyampah didengar oleh Hilman.
“A’ah…demam biasa-biasa je tapi sekarang dah baik dah sebab dapat jumpa awak.Demam rindukan awak..”Selamba sahaja Hairi berkata-kata manakala Pa’an sudah memerah mukanya,bukannya dia tidak biasa dengan Hairi cuma kali ini suaminya ada disisi.Hartini tersenyum bila Hairi semakin menjayakan rancangannya walaupun tanpa sedar.
“Poyo jelah En.Hairi ni..lepas lunch nanti terus balik rumah makan ubat,nanti melarat pula demam tu..”Pa’an mengambil berat tentang kesihatan ketuanya itu.
“Yes dear…sayang juga awak dengan saya ya..”Lebar senyuman Hairi mendengar ayat perihatin Pa’an itu.Suka benar dia.
“Dahlah..jomlah kita keluar,panas I rasa dalam lift ni.”Sesudah sampai ke lobi utama,Hilman mengipas-ngipas mukanya dengan alasan dia panas.Berbulu juga dia mendengar drama-drama jiwang di antara Pa’an dan Hairi itu walau tidaklah sejiwang mana tapi dia meluat dan rasa nak termuntah.Aleeya Nasuha pula hanya menurut sahaja lelaki idamannya itu tanpa mengetahui isi hati Hilman yang sebenar.’Panas sangat ke lift ni?’Hati kecil Aleeya Nasuha tertanya-tanya.
“Kita nak makan dekat tempat biasa ke?”Hairi bertanya dan mendahului langkah mereka berdua.
“He is jealous..”Mati seketika langkah Pa’an setelah Hartini membisikkan kata-kata itu ke telinganya.
“Nonsense…dahlah aku lapar ni.Kang kalau tak sempat makan aku makan kau.Nak?”Pa’an pantas menyaingi langkah Hairi dengan meninggalkan Hartini di belakang.
‘Aku tahu ada sesuatu di hati korang berdua,cuma belum sampai masanya.’Hati kecil Hartini berkata-kata.
“Weh…tunggulah aku.”Jeritnya sambil berlari anak untuk mengejar mereka berdua yang sudah berada di pintu luar Syarikat.
“Lambat tinggal!!”Seperti biasa,Pa’an menjerit sehingga semua yang lalu memandang kepadanya.Dan sekali lagi dia buat muka ‘ADA AKU KESAH!!’

 
Cawan teh diletakkan ke piringnya semula dengan kasar.Berdengus dirinya tatkala mendengar nama anak yang telah menconteng arang ke mukanya itu.Tidak suka betul dia bila moodnya yang sedang elok ini dicemari dengan nama itu.Tiada siapa yang sebelum ini berani untuk menyebut nama anaknya ini.Sekarang ibu tuanya membangkitkan kembali peristiwa itu.
“Mak kalau tak sebut nama budak tu sehari tak boleh ke?Lemas saya mendengarnya.”Tubuh badannya disandarkan ke kerusi rotan rumah emaknya.Wajah keruh ibu tuanya sikit pun tidak dikasihaninya.Bukan dia mahu melawan kata ibu tuanya itu tetapi dia sememangnya tidak pernah menyukai anak bongsunya itu.
“Salah ke kalau mak sebut nama dia,dia bukannya orang lain.Anak kamu berdua juga.”Nek Lang bersuara lirih.Dengusan Che Abdullah semakin kuat,bengang dengan omongan ibunya itu.Si isteri hanya mendiamkan diri kerana dia tahu pujuk macam manalah suaminya itu,dia tetap tidak akan merubah fikiran.
“Dia bukan anak saya mak.”Tegas ayat yang dikeluarkannya.
“Astaghfirullahaladzim…tak baik kamu cakap macam tu.Dia kan darah daging kamu juga.Lagipun kamu tak kesian ke dengan anak yang dia kandungkan tu?”Nek Lang masih lagi cuba memujuk anak lelakinya yang degil ini.
“Mak..tolonglah jangan disebut lagi pasal budak tu.Lagi-lagi dengan anak haram yang dia kandungkan tu.Mak tahu tak betapa malunya saya bila dia buat hal dekat majlis orang dulu?Lagi malu muka saya ni bila semua orang kampung tahu yang dia tu dah kena tebuk.Mak tak ingat ke sebab apa saya tinggal jauh dari mak dulu?Disebabkan budak tu lahirlah saya terpaksa tinggalkan kampung ni supaya orang kampung boleh lupa perkara memalukan tu.”Merah wajah tua Che Abdullah tatkala mengenangkan peristiwa hitamnya dua puluh lima tahun yang lalu.Peristiwa yang tidak mahu dia ingatkan lagi.Si isteri hanya menundukkan kepala.Farah Fariha yang sedang curi-curi dengar di dapur mengerutkan dahinya cuba mengingati apa yang pernah berlaku dahulu tetapi dia tidak ingat apa-apa.
“Bukan kamu juga yang bersalah ke masa tu?Kamu yang buntingkan si Camelia tu,memang patut kamu kahwin dengan dia.”Farah Fariha menutup mulutnya tatkala mendengar kenyataan yang amat mengejutkan daripada neneknya.Sekarang dia seakan ingat-ingat lupa dengan wajah seorang perempuan yang dilihatnya dalam gambar suatu masa dahulu sebelum bapanya membakar semua gambar wanita tersebut.
“Mak…yang mak pergi bangkitkan nama perempuan tu kenapa?Saya dah tak nak dengar nama perempuan jahanam tu.”Che Abdullah menempik kuat tanpa memikirkan orang tua di hadapannya ini.Si isteri cuba menenangkannya.
“Alang-alang kamu dah kaitkan perkara silam kamu tu,mak rasa tak salah kalau mak sebut nama dia.”Kali ini Nek Lang tidak mahu mendiam diri lagi.Sudah lama dia pendamkan perasaannya tentang bekas menantu keduanya itu.
“Mak jangan nak naikkan darah saya..saya tak nak jadi anak yang kurang ajar.Cukuplah mak…”
“Tak..mak takkan diam selagi mak tak ungkit semua benda tu.”Mak dan anak sama je keras kepalanya.Fatimah yang berada di sebelah suaminya semakin takut dengan pergaduhan mereka anak-beranak.Segala kisah lama diungkitkan oleh mereka setelah sekian lama terpendam.
“Mak nak ungkitkan apa lagi?Mak sendirikan tahu yang dia perangkap saya masa tu.Bukan salah saya..saya tak pernah cintakan dia.Dia bertepuk sebelah tangan je sampai sanggup perangkap saya.”Che Abdullah meluahkan juga kisah pahitnya itu.
“Tapi dia mengandungkan anak kamu.Tak sepatutnya kamu buat dia macam tu.”
“Mak..saya tak faham dengan mak ni,kenapa mak suka sangat bela perempuan pemusnah tu dari anak mak sendiri?Apa lebihnya dia dan apa kurangnya saya?”Dadanya ditepuk kuat minta penjelasan dari ibunya.
“Tak ada bezanya kamu berdua.Dua-dua mak sayang…”Hampir sahaja wanita tua ini menumpahkan air matanya.Sedaya upaya ditahan air matanya dari keluar kerana dia tahu setitik air mata ibu yang mengalir,maka nerakalah buat anaknya dan dia tidak mahu anaknya menjadi anak derhaka.
“Habis kenapa mak sayangkan dia?”
“Semua mak sayang…lagipun dia yang jaga mak sepanjang kamu tinggalkan dia dalam keadaan dia berbadan dua.Dia yang jaga makan pakai mak,sakit mak..kamu ada kisah pasal mak?Kamu hanya kisahkan malu kamu je tapi perasaan mak langsung kamu tak ambil tahu.Mak bersyukur walaupun dia dapat jadi menantu mak selama setahun,mak tetap rindukan dia lebih dari mak rindukan kamu.Mak sayangkan Fatin lebih dari mak sayangkan kamu.Kamu langsung tak pernah berikan kasih sayang kamu dekat dia.Kamu selalu bandingkan si Farah dengan Fatin sedangkan si Farah tu lagi banyak buruknya dari Fatin.Anak yang kamu banggakan sangat tu,belajar pun setakat STPM..sampai sekarang duduk dekat rumah tak buat apa-apa.Sudahlah pakaiannya macam perempuan tak cukup kain.Itu yang kamu banggakan?”Berapi-api mata tuanya memarahi si anak yang suka sangat mencari kesalahan cucu bongsunya itu.Farah Fariha yang mendengar perbualan mereka di dapur mendengus marah bila dirinya dikaitkan sekali dalam pergaduhan mereka anak-beranak.
“Nek Lang jangan nak kaitkan Farah dalam hal ni.Kalau betul budak Fatin tu baik sangat,kenapa dia sanggup gadaikan body dia?Kata budak u tapi otak macam lembu.Mak dengan anak sama je perangai.Nek Lang kalau tak suka Farah duduk dalam rumah ni lagi,Farah boleh keluarlah.Farah pun dah bosan dengar Nek Lang membebel.”Farah nekad keluar dari dapur dan menyampuk pergaduhan mereka anak-beranak.Mukanya merah menahan marah,marah dengan herdikan neneknya tadi.Suka sangat menangkan si Pa’an.
“Farah..tak baik cakap Nek Lang macam tu.Minta maaf sekarang.”Fatimah yang tadi mendiamkan diri bersuara bila anak kesayangan suaminya itu berlaku kurang ajar dengan emak mertuanya.
“Mak,abah…Farah akan keluar dari rumah ni petang ni juga.Farah dah janji dengan Zura nak cari kerja dekat KL…Farah nekad.”Habis berkata-kata,Farah meluru masuk ke dalam biliknya dan berdentum pintu kayu biliknya di hempas.
“Kamu tengok anak kesayangan kamu tu..langsung tak ada adab.”Nek Lang berkecil hati dengan cucu sulongnya itu.
“Cukup mak…mak tak payah nak mengajar saya dalam mendidik anak saya ni.Kalau mak pun tak sukakan saya,tak apa…petang ni juga saya balik ke Perlis.Dah lama sangat saya duduk sini.Ingatkan balik bolehlah tenangkan hati tapi makin menyakitkan hati lagi adalah.Dah,awak pergi kemas semua barang-barang kita.Saya dah tak tahan nak duduk dalam rumah ni lagi,saya ni dah macam orang asing je dalam rumah ni.”Che Abdullah berlalu meninggalkan ibunya yang akhirnya tewas juga dengan air mata.Air mata ibu mengalir kerana sikap si anak yang langsung tidak memahami hati tuanya itu.
“Mak….maafkan abang ye mak.”Fatimah mengenggam tangan ibu mertuanya itu.Dia tidak boleh berbuat apa-apa,selama ini sudah jenuh dia menasihati suaminya itu tetapi tiada siapa yang mampu menegur hati kerasnya ini.
“Tak apalah…kamu ikutlah dia Timah,dia suami kamu..Cuma satu je mak harap.Nasihatlah dia…syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu..pergilah..”Sayu hati Fatimah mendengar suara rintihan si ibu tapi apakan dayanya,baginya pula syurganya terletak di bawah kaki suaminya.Jadi,dia terpaksa dahulukan suaminya.
“Mak bawa bersabar ya mak…mak tolong doakan supaya Allah lembutkan hati abang.Moga Allah ampunkan dosa kami ya mak…”Pipi menantunya di usap pilu.Menantunya ini baik orangnya,sama seperti Camelia tapi yang menjadi masalahnya adalah sikap anaknya sendiri yang panas baran itu tidak pernah berubah.Dia masih ingat lagi dahulu setelah Che Abdullah dan Camelia bernikah,talak telah dilafazkan Che Abdullah ke atas Camelia didepannya yang mana talak tersebut akan jatuh sehingga Camelia selamat melahirkan anak mereka.Dan sehingga sekarang,Pa’an tidak pernah tahu akan kewujudan ibunya itu.Apa yang dia tahu,dia adalah anak Che Abdullah dengan Fatimah bukannya Camelia.Semua ini adalah permintaan Camelia sendiri supaya merahsiakan kewujudannya kepada Pa’an.Dia teringin sangat untuk bertemu dengan bekas menantunya itu sebelum dirinya menutup mata buat selama-lamanya.



Tan Sri Zakaria duduk bersantai di ruang tamu sambil menikmati minumannya,sambil itu dia menunggu anak menantunya turun.Ada sesuatu yang mahu dibincangkannya,perkara ini mesti diselesaikan sebelum mereka pulang ke kampung.
Penting sangat ke benda yang abang nak bincangkan ni?”Puan Sri Faridah melabuhkan punggung di sebelah suaminya.Kelihatan suaminya itu berwajah serius.
“Memang penting pun…mana budak berdua tu tak turun-turun lagi ke?”Soalnya sambil mata melilau ke arah tangga.
“Sekejap lagi turunlah tu..”Puan Sri Faridah mencapai remote tv yang berada di hadapannya.Baik dia tengok info Astro ada cerita best tak malam ni.
“Apa awak ni…saya nak dengar beritalah.Janganlah kalih..”Si suami menegur perbuatannya itu.
“Alah abang ni,saya tengok info ni je.Nak tengok lepas ni ada cerita apa.”Tanpa menghiraukan teguran suaminya,Puan Sri Faridah meneruskan niatnya.Tidak lama selepas itu,kelibat Hilman turun juga tapi tanpa Pa’an.
“Isteri kamu mana?”Belum sempat Hilman melabuhkan punggungnya dia sudah disoal oleh papanya.
“Ada…dia tengah on call.Tu yang Man turun dulu ni.”Pandai sahaja dia kelentong ibu dan bapanya sedangkan si isteri sedang sibuk memakai perut mengandungnya itu.
“Papa nak bincang apa ni?Macam serius je?”Tidak sabar untuk dia menunggu apa yang bakal dikatakan oleh papanya sebentar lagi.
“Sabar boleh tak?”Hah,ambik kau papa dah marah.Terdiam terus Hilman masa ni.Tak puas hati pun ada tapi apa boleh buat,terima jelah.
“Assalamualaikum…”Pa’an memberi salam dan terus duduk di sofa yang berkerusi satu.Tidak mahu dia duduk di sebelah suaminya itu.Menyampesssss…
“Waalaikumsalam…hurm bang,cakaplah.Dua-dua dah ada ni.”Isterinya pula yang tidak sabar untuk mendengar apa yang penting sangat tu.
“Ish awak ni…sabar boleh tak?Bagilah saya bermukaddimah dulu.”Tan Sri Zakaria mengusik isterinya itu sehingga memuncung dibuatnya.
“Tadi abang juga yang tak sabar-sabar.Ni budak dua orang ni dah ada,cakap jelah.”Merajuk sudah isterinya ini.
“Yelah..abang main-main sikit pun merajuk.”Tan Sri Zakaria tersengih sahaja.Pa’an juga tersengih-sengih melihat telatah mertuanya yang sweet couple itu.Beza dengan mak dan abahnya.Teringatkan mak dan abah,wajahnya bertukar mendung dan itu dapat dilihat oleh Hilman.Suaminya kehairanan kenapa wajah gembira Pa’an bertukar mendung.
“Papa nak tanya kamu berdua ni.”Akhirnya perbincangan dimulakan.Hilman mengalihkan pandangannya dari melihat si isteri yang bermuram durja.
“Yes pa?”Hilman turut bersuara,rasanya dia semacam boleh agak apa yang bakal dikatakan oleh papanya ini.
“Papa nak tanya dengan kamu berdua,kamu berdua betul-betul bahagia ke dengan perkahwinan ni?”Wajah kedua anak menantunya dipandang silih berganti,dia mahukan jawapan dari mereka.Ini kerana di saat ini dia sudah mula sayangkan menantu expressnya.Kedua-duanya senyap tidak bersuara.
“Papa dah boleh agak..kamu berdua ingat lagi dengan cadangan papa dulu?”Secara automatik kedua pasangan suami isteri itu berpandangan antara satu sama lain.
“Cadangan apa papa?”Sememangnya Hilman langsung lupa dengan cadangan papanya itu.    
“Kamu tak ingat masa kamu baru lepas kahwin hari tu papa ada beri cadangan tentang pernikahan kamu berdua ni?”Tan Sri Zakaria memandang mereka berdua,dia tahu anak dan menantunya ini berpura-pura bahagia di hadapan mereka.
“Seriously,Man memang dah tak ingat pa.”Pa’an hanya mendiamkan diri dan semestinya dia ingat akan perkara itu.
“Fatin?”Lambat-lambat Pa’an menganggukkan kepalanya.
“Kamu ingat yang papa pernah cakap kepada kamu berdua agar bercerai selepas Fatin melahirkan anak?”Soalan yang ditujukan kepada Pa’an membuatkan ingatan Hilman kembali mengingatinya.Pa’an sekali lagi mengangguk lemah.
“Fatin ingat pa..”Dalam fikirannya kini,bagaimana nak tunggu sampai dia melahirkan?Perlu ke lagi dia menipu dengan mereka-reka untuk dia bersalin nanti.Ah..fikirannya seakan kusut di masa ini.Tapi apa yang pasti dia perlu memberitahu mereka perkara yang sebenarnya.
“Papa tak nak kamu berdua bercerai.”Terkejut keduanya mendengar ayat papa mereka yang seterusnya.
“But why?”Laju sahaja Hilman bertanya,serba sedikit hati Pa’an terluka dengan bantahan Hilman ini.
“Nothing..tapi papa nak ingatkan kamu berdua,bercerai adalah perkara yang halal tetapi teramat dimurkai oleh Allah.Ingat tu..papa nak kamu berdua sama-sama membesarkan cucu kami nanti.Papa tak nak anak kamu tiada kasih sayang dari ibu kandungnya sendiri.”Sambil bercakap,mata Tan Sri Zakaria memandang ke anak mata menantunya itu kerana dia tahu apa yang pernah dialami oleh menantunya semasa kecil.Tiada kasih sayang seorang ayah dan ibu pun yang dia dapat,yang ada hanyalah kasih sayang daripada seorang nenek.Baru kini dia teringat akan peristiwa yang pernah berlaku dahulu,peristiwa yang melibatkan kaum keluarga Pa’an.Puan Sri Faridah bersetuju dengan cadangan suaminya itu.Dia sayangkan Pa’an macam anaknya sendiri.
“No…Man tak setuju..Man tetap akan ceraikan dia walau macam manapun.”Hilman bangun dengan wajah yang garang.Tersentak Pa’an seketika namun dia tahu sememangnya Hilman berkeras dengan keputusannya.
“Hilman..kamu sedar tak dengan siapa kamu bercakap sekarang ni?Lagipun hormatlah sikit perasaan isteri kamu tu.”Puan Sri Faridah tidak suka dengan sikap anaknya yang ini.Ego,sombong dan agak kurang ajar.
“No mama…I’m so sorry,Man takkan teruskan perhubungan ni.Papa dan mama patut tahu perkara yang sebenar.”Pa’an langsung tidak berdaya untuk bersuara apatah lagi memandang muka Hilman yang sudah menyinga.Biarlah Hilman memberitahu mereka perkara yang sebenarnya.Dia sanggup berhadapan dengan kemarahan ibu bapa mertuanya.Matanya dipejam rapat dan tanpa disedari,ada setitis air mata yang gugur dipipinya.Tersentak seketika diri Hilman tatkala dirinya menangkap titisan air mata yang mengalir dipipi isterinya itu.Hatinya tertanya-tanya mengapa dia perlu menangis?
“Apa perkara yang sebenarnya?”Tan Sri Zakaria bertanya setelah melihat anak lelakinya itu mendiamkan diri sambil memerhatikan si isteri yang sedang menunduk.
“Man akan kahwin dengan Nisa…masa tu talak akan jatuh selepas akad dilafazkan.”Hanya itu yang diberitahu oleh Hilman.Saat itu,Pa’an mengangkat kepalanya dan memandang Hilman kehairanan.Tadi dia sangkakan Hilman akan memberitahu mereka tentang penipuannya selama ini tetapi lain pula yang dikatakan.
“Apa?Kamu dah gila ya Man?”Mamanya menjerit macam orang gila.
“Mama cakaplah apa yang mama nak cakap.Keputusan Man muktamad,Man naik dulu.”Hilman terus meninggalkan mereka semua.Entah kenapa dia tidak sanggup untuk membocorkan pembohongan yang direka oleh Pa’an di saat dia melihat air mata yang gugur dipipi Pa’an sebentar tadi.Sekurang-kurangnya dia akan menyelamatkan maruah Pa’an untuk digantikan dengan apa yang pernah berlaku dahulu.Fikirnya…
“Astaghfirullah..saya tak sangka sampai macam ni sekali perhubungan mereka berdua.Saya ingatkan Man dah berubah,kalau macam ni susahlah hati saya nak tinggalkan mereka.”Puan Sri Faridah  mengeluh sambil memandang si menantu yang masih lagi mendiamkan diri.
“Tak apalah mama…Fatin redha,lagipun semua ni salah Fatin juga.Fatin sebenarnya…”Serba salah pula dia mahu memberitahu perkara yang sebenarnya kepada ibu bapa mertuanya.
“Tak apa Fatin cakap?Fatin tahu tak yang Fatin akan diceraikan?”Mencerlung mata ibu mertuanya di saat ini.Tan Sri Zakaria mengambil tindakan hanya berdiam diri dan mendengar sahaja.Biarlah women to women yang bercakap sekarang ini.
“Fatin tahu mama dan memang sepatutnya Fatin diceraikan.Kalau bukan sebab Fatin mesti abang dah berbahagia dengan pilihan hatinya.”Sebak didada ditahan sebaik mungkin.
“Mama tak fahamlah dengan kamu berdua ni.Tu anak dalam perut tu,dah tak lama dah nak keluar.Kamu sanggup tengok dia lahir tanpa bapa?”Marah sungguh Puan Sri Faridah masa ini manakala Pa’an pantas mengusap perut kosongnya.
“Apa yang Fatin boleh buat ma kalau dah memang abang bencikan Fatin?Daripada Fatin bebankan dia dengan membuat dosa lebih baik kami berpisah.”Sedih dan sendu hatinya ini.Entah mengapa dirasakan perpisahan itu nanti benar-benar memberi kesan yang mendalam kepadanya.Tanpa berkata sekelumit pun,Pa’an beredar dari situ sebelum hatinya semakin terhiris dan terguris.Dan sekarang,macam mana dia mahu berhadapan dengan Hilman.Hatinya pilu,dia sedih dan bingung dengan apa yang perlu dia lakukan di saat ini.
“Sekarang ni macam mana bang?Saya sayangkan si Fatin tu,lagipun kesian dekat dia.”Puan Sri Faridah kembali duduk di sebelah suaminya yang masih lagi tenang.Segarang-garang bapa mertua Pa’an itu bila berhadapan dengan situasi yang macam ni dia lebih cool daripada Puan Sri Faridah.
“Abang pun kesiankan dia juga tapi kalau itu dah keputusan si Man tu,apa yang boleh kita buat.Lagipun dari mula-mula lagi si Man tu tak nak kahwin dengan Fatin.Tapi tulah…yang abang peliknya sekarang kalau dah tak sukakan si Fatin tu kenapalah boleh sampai mengandung budak tu dibuatnya…”Persoalan suaminya membuatkan Puan Sri Faridah terfikir-fikir dan ingatannya teringatkan peristiwa memalukan itu.
“Entah-entah si Fatin tu perangkap Man.Alah sama macam mak dia buat dekat ayah dia dulu.”Bukan mahu menuduh tapi itulah yang apa difikirkannya sekarang ini.
“Ish awak ni…abang tak rasa yang Fatin tu sanggup buat macam tu.”Puan Sri Faridah terdiam,sememangnya dia juga tidak percaya jika Fatin berbuat sedemikian.
“Tapi kan bang…kat manalah si Camelia tu sekarang ni kan?”Puan Sri Faridah bertanya soalan yang semestinya tiada jawapan dari suaminya itu.
“Manalah abang tahu yang oi…dahlah abang nak tengok berita ni.Dari tadi tak dengar apa-apa,asyik dengar suara awak je bertekak dengan anak menantu,abang yang nak berbincang tapi awak yang melebih.”Puan Sri Faridah bengang mendengar ayat perli suaminya itu.
“Yelah…abang tengoklah tv tu sorang-sorang,saya nak naik atas dulu.”Puan Sri Faridah bangun dan berlalu dengan penuh geramnya.
“Sebelum tu,buatkan abang air kopi dulu ye..”Puan Sri Faridah berpusing dan memandang suaminya dengan perasaan yang bercampur-baur.Geram ada,marah lagilah.Dah perli-perli isteri lepas tu buat muka selamba minta air pula.Sabar jelah…Tanpa berkata apa-apa dia terus masuk ke dapur dan membuat secawan air kopi untuk suami tercinta.


Suasana rumah anak-anak yatim Al-Hidayah di Kuantan meriah dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain.Mereka sungguh gembira dengan kedatangan umi mereka yang membawa mereka pelbagai hadiah.
“Jangan berebut-rebut ya,semua orang boleh dapat.”Seramai dua puluh orang anak yatim yang berumur dari sebulan sehinggalah dua belas tahun di jaga di rumah itu.Tujuan rumah itu dibuka oleh wanita yang dipanggil umi ini adalah untuk mengubati hatinya yang merindukan anak yang telah ditinggalkannya suatu masa dahulu.Pelbagai kesalan bermain di hatinya sehinggalah dia menubuhkan rumah anak-anak yatim ini.
“Umi…untuk Maria ada tak umi?”Seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan empat tahun yang membahasakan dirinya sebagai Maria itu menarik-narik hujung baju kurungnya.
“Ada sayang..sekejap ya.”Wanita tersebut mengusap kepala si kecil itu dan mencari hadiah yang tertulis nama kanak-kanak tersebut.
“Ha…ni dia hadiah untuk Maria.”Tersengih-sengih Maria tatkala hadia itu diberikan kepadanya.
“Terima kasih umi.Umi..baba mana?”Maria bertanyakan di mana suami wanita tersebut.
“Baba kerja sayang..nanti petang baba datang ya..rindu baba ya?”Si kecil itu mengangguk tapi tangannya sibuk membuka hadiah yang diterimanya.Wanita tersebut bangun dan menuju ke dapur di mana pekerja-pekerjanya sedang sibuk menyediakan masakan tengahari.
“Assalamualaikum…”Salam dijawab oleh kedua orang pekerjanya iaitu Mak Misah dan Harlina.
“Patutlah kecoh je dekat luar tu,rupanya umi diorang datang.”Mak Misah yang sedang menyiang ikan bersuara riang.
“Umi nak minum?”Harlina yang sedang membancuh air bertanya kepada majikannya itu.
“ Tak  payahlah Lina…umi dah minum dekat rumah tadi.Hari ni menu apa kak Misah?”Wanita ini menyinsing lengan baju kurungnya dan menjengahkan kepalanya ke dalam periuk besar.
“Akak ingat tadi nak masak ikan patin masak tempoyak tapi tak jadi,tempoyaknya tak ada pula.Akak tukar menulah,tadi abang Mail belikan petai.Akak masak udang tumis petai jelah.Ikan patin ni simpan dulu..”Semerbak bau udang tumis petai bila tudung periuk itu dibuka.
“Hurm..sedapnya kak.Tembikai ni biar sayalah yang potong ya.”Tanpa disuruh,majikan Mak Misah itu terus mengambil pisau di dalam laci dan membasuh tembikai itu terlebih dahulu.Dengan lafaz bismillah,tembikai itu dipotong dan terserlah isinya yang merah dan meliurkan.
“Ish sedapnya umi…merah je.Sedap je Lina tengok.”Harlina mendekati majikannya itu setelah siap membancuh air.
“Lina nak ke?”Wanita itu melayan Harlina seperti anaknya sendiri kerana mengikut perkiraannya,umur Harlina sebaya dengan anak yang dia tidak ketahui bagaimana rupa dan namanya.
“Tak apalah umi…nanti kita makan sekali dengan diorang semua.Kalau Lina makan nanti takut tak cukup pula,umi tengok jelah badan Lina ni macam mana.Kus semangat..”Tersengih-sengih Harlina mengata dirinya sendiri.Suka sangat merendahkan dirinya,walaupun dia berbadan besar tetapi manisnya tetap ada.Wajahnya comel dan tidaklah gemuk sangat cuma berisi sedikit sahaja.
“Ada-ada je Lina ni..”Wanita yang dipanggil umi oleh semua orang itu mengambil empat pinggan untuk meletakkan tembikai itu berasingan.Dua untuk bahagian lelaki dan dua lagi untuk bahagian perempuan.Rumah anak-anak yatim Al-Hidayah ini sudah dibuka semenjak tujuh belas tahun yang lepas.Bagi anak-anak yatim yang sudah menjangkau usia tiga belas tahu ke atas mereka akan dipindahkan ke rumah anak-nak yatim At-Taufiq bagi yang lelaki dan As-Sumayyah bagi yang perempuannya.Tujuan rumah ini dibuka adalah hadiah daripada suaminya kepadanya untuk dia melupakan kenangan lama dan mengubati rasa rindu kepada anak yang tidak pernah ditemuinya.Kalau bukan kerana si suami,pasti hidupnya kini tidak tentu arah dan terumbang-ambing.Si suamilah yang banyak membimbing dan mengajaknya kembali ke jalan Allah.Dia bersyukur diketemukan dengan lelaki sebaik suaminya sekarang.Si suami merupakan duda anak satu yang telah kematian isterinya.Sikap si suami yang penyayang dan dalam masa yang sama si anak memerlukan kasih sayang seorang ibu,dia menerima lamaran suaminya sehinggalah kini mereka dikurniakan lagi dua orang anak.Hidupnya cukup bahagia kini cuma entah kenapa hatinya kini asyik teringatkan dosa dan anak yang pernah ditinggalkannya dahulu.



                Sepi,bisu,sunyi dan ghaib.Itulah ta’arif kepada perhubungan mereka sekarang ini.Semenjak malam itu,Hilman seolah-olah langsung tidak bertengkar apatah lagi bercakap dengan isterinya itu.Dia protes dengan cadangan terbaru papanya itu.Dia juga ada kemahuan sendiri takkanlah setiap perbuatan dan pilihan hidupnya perlu mengikut kata orang tuanya sahaja.Untuk hidup semati bersama Pa’an sememanglah perit untuk dia lakukan.Baru sepuluh hari mereka tinggal bersama pun dia sudah rasa sengsara,inikan pula untuk seumur hidupnya.
Hari ini Pa’an bercadang untuk pergi berjogging dengan dua orang sahabatnya di Taman Bukit Jalil.
“Weh Tini,aku bosan gila duduk rumah macam ni.Apa kata petang ni lepas Asar kau dengan Aina pick up aku,kita pergi jogging dekat Taman Bukit Jalil nak?”Pa’an bertanya dengan penuh semangat.Majalah yang tadinya dibelek-belek dilepaskan begitu sahaja.Hilman yang turut berada dalam bilik itu langsung tidak diendahkannya.Masing-masing mahu duduk di luar kerana tidak mahu mendengar ceramah free mama mereka.Dan Hilman seperti biasa bersiap untuk keluar berjumpa dengan Annisa.Dalam masa yang sama dia turut memasang telinga mendengar perbualan mereka.Alah,dah satu bilik mestilah dia boleh dengar lagi-lagi si Pa’an tu kalau bercakap dalam phone dah macam bercakap kat dalam gua je.
“Aku on je tapi kau tu boleh keluar ke?”Hartini bertanya kepada Pa’an.
“Alah..boleh je.Aku ni ada laki tapi sama je macam tak ada laki.Kalau mak mertua aku tak ada dekat sini jangan harap aku nak lama-lama dekat rumah ni.”Selamba sahaja kata-katanya itu.Hilman berdehem kuat,saja menunjukkan dia sedang marah dengan apa yang diperkatakan oleh Pa’an manakala isterinya itu elok sahaja membelek-belek kukunya.Langsung tidak hiraukan Hilman yang bercekak pinggang memandangnya.
“Yelah..apa-apapun kau kena minta izin suami kau dulu.”Tiba-tiba Bazlaa Aina menyampuk di hujung sana.Pa’an mengeluh kecil.
“Okay-okay…aku tahulah ustazah Aina oooiiii….setuju ye?”Teruja benar Pa’an meminta persetujuan mereka berdua.
“Alah bolehlah…lagipun kita boleh cuci-cuci mata dekat situ.Hahahaha…”Bingit telinga Hilman mendengar tawa si Pa’an.
“Alah..buat sparepart je apa salahnya,lepas ni aku dah freeeee….”Dalam nada bergurau Pa’an menyindir Hilman.Dia cuba untuk mengembirakan hatinya dikala ini.
“Boleh je…nak kitorang ambil kau ke?”Hartini pula yang bertanya.’Ish kawan-kawan aku ni main pas-pas pula phone tu.Tahulah rindu nak bercakap dengan aku..hahaha…’Hatinya tertawa riang.
“Tak payahlah..korang berdua pergi je sana terus.Aku naik teksi je dari sini,aku tak nak nanti mak mertua aku kenal korang berdua.”Jujur Pa’an menjawab.
“Weh..mak mertua kau kenal aku okay.”Bazlaa Aina pula yang menyampuk.Suka sangat mereka berdua ni buat  macam ni.
“Alah…dia kenal kau gitu-gitu jekan.Lagipun dia bukan tahu kau dah ada dekat sini.”Dari hujung matanya dia nampak Hilman yang sengaja melambat-lambatkan dirinya untuk bersiap dan matanya pula sekali-sekala menjelingnya.
“Hurm…ikut kaulah Pa’an.”
“Okay…aku nak minta tolong korang bawakkan baju jogging aku yang warna hijau lumut tu ya.Sekali dengan kasut sukan aku.”Setelah mendapat persetujuan dari keduanya,Pa’an mematikan phonenya dan dia bangun untuk siap-siap mandi dan menunggu solat Asar.
“Kau nak ke mana?”Terhenti langkah Pa’an,inilah kali pertama Hilman bercakap dengannya setelah dua hari Hilman marah dengannya.
“Aik..ada suara sumbang yang bercakap dengan akulah tadi.Suara siapa tu ya?Ish…takutnya aku…”Pa’an menggaru-garukan kepalanya,dia masih tidak mengendahkan Hilman.Tuala mandinya dicapai.
“Woi..kau tak payah nak buat-buat bodohlah.Aku tahu kau dengar..aku tanya kau nak pergi mana?”Tanpa sedar,Hilman menarik tangan Pa’an.
“Ish..apa main tarik-tarik ni.”Pa’an pantas menarik tangannya dan menepis-nepis bekas tangan Hilman yang memaut tangannya tadi.
“Aku tanya tu jawab jelah..kau ni memang susahkan nak jawab soalan aku.”Bengkak sungguh hati Hilman dengan sikap Pa’an yang satu ini.
“Aku nak pergi jogging.Kenapa?”Mendongak Pa’an memandang Hilman dengan muka lagaknya.
“Aku tak benarkan.”Terjegil biji mata Pa’an mendengar larangan suaminya itu.
“Weh…kau siapa hah nak halang aku?”Lupa agaknya si Pa’an ni.
“Siapa aku?Aku suami kau.Faham…dah jangan harap aku nak bagi kau pergi jogging.”Hilman berlalu pergi sebelum sempat Pa’an membuka mulutnya.
“Woi..mana adil macam ni.Woi…Argh!!!!Tension aku dengan dia ni..Serabut,serabut,serabut!!”Habis rosak rambut panjangnya bila tangannya pantas mengusutkan rambut lurus itu.
“Mentang-mentanglah dia pegang status suami dia ingat dia hebat?Huh..yang dia keluar dengan perempuan lain tak apa.Ini tidak adil…ya Allah..”Hebat sungguh rasa marahnya pada petang ini.Apa motif Hilman tidak membenarkan dia keluar berjogging pun dia tidak tahu.Nak balas dendam agaknya.Tuala mandi yang tadinya diambil,dicampaknya ke atas katil.Bengang punya pasal dia terus pergi ke meja kerja Hilman.Tanpa berfikir panjang,meja yang tidak bersalah itu disepaknya berkali-kali sehingga kakinya sendiri yang sakit.
“Bodoh..yang aku pergi sepak meja ni buat apa?Sepatutnya aku sepak je tuan dia tu.Huhuhu…”Dalam menahan sakit dia turut menangis kecil,menangis kerana geram dengan sikap Hilman yang suka cari pasal dengannya.Dirinya terduduk bersandar di meja yang disepaknya itu.Dibiarkan air mata mengalir untuk melepaskan rasa tertekannya ini.Dalam bersedih,dia baru teringat yang dia perlu menelefon Hartini untuk membatalkan program mereka.Baru sahaja dia ingin bangun dan mencari handphonenya,bunyi mesej masuk.Melihat nama Hilman yang tertera membangkitkan lagi kemarahannya tetapi selepas membaca mesej tersebut,senyumnya kembali terukir.Lega hatinya..

Jogging je jangan nak buat benda yang bukan-bukan..balik before seven…mama,papa and adik keluar.Got it?

Menjerit-jerit Pa’an kegembiraan.Tuala yang dicampak tadi diambil semula dan terus meloloskan dirinya ke dalam bilik mandi.


Pa’an tercari-cari dimana teman-temannya berada di taman itu.Dia perlu menukar pakaian joggingnya.
“Waalaikumsalam…ye korang dekat mana ni?”Pa’an sudah gelisah menunggu kedua temannya itu.Dia sampai awal ke?Rasanya tidak sebab sebelum dia keluar tadi dia sudah pastikan kedua sahabatnya keluar dahulu sebelum dia.
“Kitorang dah nampak kau…aku off dulu.”Panggilan dimatikan oleh Bazlaa Aina.
“Weh..lambatnya korang ni.Berjanggut aku tunggu tahu tak.”Tersengih-sengih Pa’an menyambut beg bajunya.
“Banyaklah kau punya janggut.Nah..”
“Wow..first time aku tengok perut kau ni.Besar juga ya.”Pantas tangannya menepis tangan Bazlaa Aina yang menyentuh perut palsunya itu.
“Ish,terkejut anak aku nanti..haha.Dahlah..malas nak layan korang,aku nak salin baju kejap.Tunggu aku.”Tanpa berlengah,Pa’an masuk ke tandas untuk menyalin pakaiannya.Dia hanya mengambil masa selama lima belas minit untuk bersiap.
“Lamanya….”Perli Hartini.
“Alah sorrylah…macam mana?Comel tak?Haha..”Rambut yang tadinya dilepaskan,diikat senget.
“Dah,tak payah nak perasan sendiri,jom cepat jogging nanti pakwe-pakwe handsome kena cop dengan orang lain.”Laju sahaja Hartini memulakan langkah.
“Woi..warming up lah dulu,nanti terkejut otot-otot kau tu kang.”Jerit Pa’an.
“Aku dah buat dah masa tunggu kau tadi.Cepatlah…”Hartini berjalan perlahan-lahan dahulu sementara menunggu kedua sahabatnya memanaskan badan.
“Nampak sangat tak sabar…En.Hairi tu kau nak campak dekat mana woi?”Merah muka Hartini bila ada mata yang memandangnya gara-gara dengan jeritan Pa’an yang tidak bertempat itu.Pa’an tertawa riang melihat Hartini menunjukkan penumbuk kepadanya.Sungguh Pa’an gembira kerana dapat meluangkan masa bersama teman-temannya di hujung minggu ini.Hanya sekali pusing mereka sudah menyerah kalah,peningkatan usia membuatkan mereka bertiga tercungap-cungap kepenatan.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjalan sahaja.Ada juga faedahnya mereka berjalan daripada terus duduk nanti tak pasal-pasal pengsan.
“Huh penat aku weh…”Bazlaa Aina mengipas-ngipas mukanya yang kemerahan.Cuaca tidaklah terlalu panas tetapi tetap terasa bahangnya.
“Kau bawa air tak?”Hartini bertanya kelelahan.Sudah lama mereka tidak melakukan acara berjogging.Jika tidak selalunya Pa’an dan Hartini pasti ke sini,setidak-tidaknya tiga hari seminggu.
“Alah…aku lupalah.Ada dalam kereta..”Nampak muka Hartini yang agak kecewa dengan jawapan daripada Bazlaa Aina.
“Aaaa…nak berjalan jauh ni.Aduh,aku haus gila ni.”Hartini mengurut tekaknya yang haus.Dipandang Pa’an yang masih lagi selamba bersenam.
“Woi mak cik..kau tak penat lagi ke?”Hartini mengambil tempat di sebelah Bazlaa Aina.Seorang lelaki cina tua lalu di hadapan mereka.Seingat Hartini,sepanjang mereka berjogging tadi rasanya ini kali kedua mereka bertembung.Malunya dia dengan cina tua itu sedangkan dia yang muda ini pun kelelahan tak sampai satu pusingan tetapi cina tua itu dah nak masuk round yang ketiga agaknya.Memang betul pun yang orang Melayu ni agak liat untuk berjogging.Banyak alasan yang diberikan.Malulah,penat,tak bestlah..tak ada masalah dan bermacam-macam alasan.Akibatnya penyakit menyerang tidak kenal usia tua atau muda.
“Aku buat warming downlah…korang pun kena buat.Lupa ke?”Pa’an mematikan lamunan Hartini.Dilihatnya juga Bazlaa Aina sudah menyertai Pa’an untuk melakukan warming down.Warming down ini perlu dilakukan setelah melakukan perkara-perkara yang memerlukan kita menggunakan stamina.Salah satu sebabnya juga adalah untuk menjaga badan kita daripada sakit-sakit di bahagian otot.
“Aku bukannya lupa tapi penat sikit.”Dia lantas bangun dan mengikuti step yang dipandu oleh Pa’an.Bermula daripada kaki sehinggalah kepala,semuanya dilakukan bersama.
“Jom kita balik..”Setelah mengambil nafas seketika mereka memulakan langkah untuk pulang.
“Kita kena buat macam dululah Pa’an..tiga hari seminggu kita mesti jogging dekat sini.Badan aku ni rasa lemau sangat bila tak jogging macam dulu.Rasa lemah je..”Hartini mengurut-urut lengannya manakala Pa’an mendepangkan tangannya dan melibas ke atas dan ke bawah.
“Tulah…aku pun rasa macam tu juga.Dulu masa dekat U kita rajin joggingkan.Tapi lepas kerja hurm..langsung tak pernah.”Pa’an membalas senyuman kepada pengunjung-pengunjung yang sedang berjogging di sebelahnya.Apa salahnya bersedekah.Kan?
“Aku pun nak join koranglah..boleh juga aku jaga badan.”Bazlaa Aina menyampuk.
“Eleh..dah keding ada hati nak jaga badan lagi.Lainlah kalau macam aku ni ha.”Hartini menepuk bahu Bazlaa Aina.
“Haha..tak habis-habislah korang ni,sweet je.”Towel kecilnya diletakkan di atas kepala dan ditutupi oleh cap lamanya.
“Sayang sangat dia dengan cap tu.”Selar Bazlaa Aina bersahaja.
“Mestilah..ni hadiah daripada Azman.Ouch…”Sedang rancak dia berborak tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.Bahunya dipegang kejap,sakit ooo..
“Aduh…balak apa yang langgar aku ni.Gila sakit.”Tanpa memandang si pelanggarnya,Pa’an menggosok-gosok bahunya yang sakit.
“Maaf..I’m so sorry…”Seorang lelaki meminta maaf kepadanya dengan bersungguh-sungguh.Sememangnya dia tidak sengaja melanggar gadis dihadapannya ini kerana sedari tadi matanya ralit melihat salah seorang dari mereka.
“It’s okay…”Balas Pa’an,dia tidak mahu panjang-panjang cerita dengan lelaki itu.
“Sakit tak Pa’an?”Bazlaa Aina bertanya kepada sahabat baiknya itu.Pelik benar dia melihat lelaki itu yang asyik memandangnya.Dia tahu lelaki itu melanggar Pa’an kerana ralit memandangnya,bukan dia perasan seorang diri tapi memang benar lelaki itu asyik melihatnya.
“Pa’an?”Lelaki itu bersuara,Pa’an mengangkat mukanya memandang lelaki tersebut.’Apa kena dengan lelaki ni,terkejut sangat ke dengar nama aku tu?’
“Aku tak apa-apalah Aina.Jomlah kita balik…”Baru sahaja dia mahu melangkah,lelaki itu menghalang langkah mereka.
“Kau nak apa lagi ni?Aku maafkan kau.Dahlah,kitorang nak baliklah..”Panas juga hati Pa’an melihat lelaki ini.Macam nak dush-dush je.
“Farhana Fatin a.k.a Pa’an right?And you are Bazlaa Aina right?”Berkerut kening keduanya tatkala lelaki tersebut mengetahui nama penuh mereka berdua.
“Weh..ni akulah Azman…”Lelaki yang bernama Azman itu menepuk dadanya berkali-kali.Teruja dapat berjumpa dengan sahabat lamanya ini.Habis sahaja tingkatan satu,dia terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke Johor Bharu.
“Azman?Ya Allah..baru je aku sebut-sebut nama kau tadi.Weh,biar betul ni kau?”Pa’an masih lagi tidak percaya dengan apa yang didengarnya kini.Baru tadi dia menyebut cap yang dihadiahkan oleh Azman dulu.
“Betullah ni aku..wah Pa’an.Aku lagi tak percaya ni kau…bukan ke kau dulu abang-abang ke?”Azman sememangnya tidak percaya itu adalah Pa’an.Berbeza dari dulu,kalau dulu dia tomboy yang comel tapi sekarang dia adalah gadis Melayu yang cantik dan manis dan masih lagi comel.
“Kau agak-agaklah..sampai bila aku nak jadi abang-abang..lupa pulak.Ni kawan aku,Hartini.”Hartini dan Azman hanya senyum sahaja.
“Wei Aina..kau senyap je dari tadi kenapa?Bukan dulu kau rindu gila ke dekat Azman,siap nangis-nangis lagi mengadu dengan aku.”Suka benar Pa’an mengenakan sahabatnya itu.Sedari dulu,Azman dan Bazlaa Aina tidak pernah tidak bergaduh,asal berjumpa je pasti bertekak dan dialah yang menjadi orang tengah mereka.Azman sudah menggaru-garu kepalanya sambil tersengih malu.Entah mengapa hatinya menjadi dup dap dup dap melihat wajah Bazlaa Aina yang semakin cantik ini.Kalau dulu dia suka menyakat temannya ini kerana Bazlaa Aina terlalu nerd dan pasif sedangkan dia dan Pa’an suka huhahuha.
“Kau ni kan..”Merah muka Bazlaa Aina bila disakat oleh Pa’an tapi memang betul pun apa yang dikatakan oleh Pa’an itu,mahu sebulan jugalah dia menangis selepas Azman berpindah.
“Awak sihat Aina?”Azman bertanya setelah sahabat lamanya itu masih berdiam diri.Hartini dan Pa’an sudah tersengih-sengih melihat mereka berdua.
“Wah..kalau macam ni sampai bila nak habis.Macam nilah Azman..aku dah nak balik ni.Apa kata aku bagi kau phone nombor aku.Boleh?”Pa’an yang sudah tidak boleh berlama-lama disitu terpaksa menghentikan perbualan antara Azman dan Bazlaa Aina.Nampak sangat yang kawannya ini malu-malu.Bukan dia tidak mahu berbual panjang dengan Azman tetapi dia kena balik cepat sebelum pukul tujuh.Sekarang sudah pukul enam suku petang,takut dia terlambat pula nanti.
“Ooo sorry…okay.Apa nombor kau?”Azman mengeluarkan phonenya dan terus mendail nombor yang diberikan oleh Pa’an itu.
“Tu bukan nombor Aina ke?”Pertanyaan Hartini membuatkan Azman tercengang dan akhirnya tersengih.
“Alah..aku saja je bagi nombor Aina dekat kau…aku sebenarnya lupa apa nombor aku.”Sambil tersengih Pa’an mengenyitkan matanya kepada Azman.Azman mengangguk manakala Bazlaa Aina memarahi Pa’an yang pandai-pandai memberikan nombor phonenya kepada Azman.
“Alah..aku tahu kau pun suka sebenarnya.”Semakin merah wajah Bazlaa Aina.
“Kau memang tak pernah berubah Pa’an.Okaylah aku jogging dulu..nanti kita jumpa lagi.Assalamualaikum…”Azman beredar dari situ dengan hati yang puas.Tak sangka yang dia akan dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah rendahnya di sini.Dan paling bestnya dia dapat nombor Bazlaa Aina.Senyuman tidak lekang dari bibirnya sepanjang dia berjogging.Penuh semangat.
“Kenapa kau bagi nombor aku dekat dia?Kau ni buat malu aku je kan?”Bazlaa Aina mencubit lengan Pa’an.
“Ish kau ni..sakitlah.Alah..apa salahnya aku bagi nombor kau dekat dia.Dahlah..jom cepat,aku nak tukar baju lagi ni.Nanti lambat pula.”Pa’an berjalan laju kerana tidak mahu dicubit lagi sekali oleh Bazlaa Aina.


Sewaktu mereka di tandas,ramai pula pengunjung yang sedang menggunakan tandas itu.Teragak-agak Pa’an untuk masuk ke dalamnya namun memandangkan dia sudah tidak punya banyak masa,akhirnya dia masuk juga ke dalam tandas itu.Bazlaa Aina dan Hartini menunggunya di luar sambil Hartini sibuk bertanya siapa si Azman itu.Malu-malu alah Bazlaa Aina mahu menjawabnya.Tak lama selepas itu Pa’an keluar dengan baju mengandungnya.Rambutnya dibetulkan agar nampak kemas.Setelah berpuas hati dengan penampilannya,Pa’an keluar dari toilet.Tanpa dia sedar,ada mata-mata yang memandangnya kehairanan.Dia buat tidak tahu pada mulanya tetapi setelah dia sampai kepada Hartini dan Bazlaa Aina,dia terdengar beberapa suara sumbang yang mengatanya.Barulah dia teringat yang tadinya dia masuk ke dalam toilet dengan berbaju jogging dan pabila keluar perutnya memboyot ke depan.Dengan muka tidak malunya dia bersuara kuat.
“Eh korang..jomlah cepat kita pergi.Aku dah lambat ni,lepas Maghrib ni scene aku keguguran dah nak mula.Aku takut lambat,sebab tu lepas jogging je aku terus pakai benda alah ni.Nanti senang dah sampai sana tak payah nak susah-susah pakai benda ni.”Pada mulanya kedua sahabatnya itu membuat muka pelik tapi setelah melihat muka Pa’an yang memberi isyarat masyarakat sekelilingnya barulah mereka faham.
“Aaaaa’ah…itulah kau.Mak kau suruh kau jadi doktor kau sibuk-sibuk nak jadi pelakon tu siapa suruh?Kan dah menyusahkan diri nak pakai benda ni bagai.Yang pengarah kau pun satu,guna bantal je sudahlah.Senang.”Pa’an membuat muka bengang dengan ayat tambahan Hartini itu.Banyak pula ngomelnya,dahlah main tokok tambah benda yang bukan-bukan.
“Alah…berlakon mengandung ni mestilah kena nampak real.Nanti kang penonton semua nampak yang perut aku ni pakai bantal.”’Ah gasaklah…janji aku tak tanggung malu.’Getus hati kecilnya.Bazlaa Aina tidak menyampuk apa-apapun,dibiarkan Hartini dan Pa’an rancak mereka-reka cerita.Sejak bila dia jadi pelakon entah sampaikan semua yang tadinya memandang hina kepadanya terangguk-angguk dan percaya yang dia tu pelakon.Janji selamat.
“Pelakonlah sangat kau kan?”Bazlaa Aina berbisik di telingan Pa’an.
Betullah dia ni pelakon tapi bukan pelakon yang ditayangkan dekat tv.Pelakon yang berlakon di depan mak dan bapa mertuanya sahaja.




p/s: mesti semua marahkan..tak berniat pun nak buat korang semue tertunggu-tunggu...i think this is the last part that i can give u all..entri kali ni agak pnjang dan mungkin membosankan...selepas ni cerita ni mungkin dah tak publish dekat sini.Ianya hanya akan dijadikan koleksi sye semate2..insya-allah,kalau cerita pa'an ni dpat sye habiskan,entri tersebut akn dipublishkan di sini..sye x janji..mcm yg sye kate dulu..semangat untuk trus menulis kat blog ni dah hilang...sedih tapi itulah hakikatnya...enjoy with this last part..special for aidilfitri...

3 comments:

  1. alahai... sedihnyer. sian pa'an. baru nak smp climax. sy doakan writer rajin2 upload n3 baru lps ni. Amin....

    ReplyDelete
  2. Ala...cik Az, teruskanlah menulis. saya suka sangat nak tahu kisah paan dgn Hilman. selalu tertunggu2 cerita ni...tp sedih jugak kadang2 bila nak baca masih pos yg lama....plsssss....cerita ni mmg best sangat. tak pedulilah org nak kata apa...tapi saya suka cerita ni

    ReplyDelete
  3. Apakah? You owe me one explanation... WHY? Sakit nya hati baca cerita tergantung

    ReplyDelete