sambungan buat semue.....
Sesampai sahaja di rumah,mereka berdua memapah Pa’an ke ruang
tamu.Hartini pula mencari first aid yang disimpan di almari dapur rumah mereka
manakala Bazlaa Aina membelek bahagian tubuh Pa’an yang lain.Manalah tahu ada
luka yang tidak mereka nampak.
“Nah…”Hartini menghulurkan first aid
itu kepada Bazlaa Aina.Kelam-kabut sahabatnya ini membuka bekas first aid
itu.Pa’an masih mendiamkan diri,sudah tiada esak tangis darinya cuma air
matanya masih belum berhenti mengalir.
“Pa’an….”Hartini menyentuh bahu
Pa’an.Rakannya itu hanya membiarkan Bazlaa Aina menyentuh bibirnya yang luka
tanpa perasaan sedangkan Bazlaa Aina seakan-akan takut untuk menyentuh luka itu
kerana dia takut ianya akan menyakiti Pa’an.
“Macam mana boleh sampai jadi macam
ni sekali?”Sayu hati Bazlaa Aina melihat keadaan Pa’an yang sebegini
rupa.Manusia apakah Hilman sehingga sanggup meninggalkan isterinya keseorangan.
“Kalau kau tak keberatan,ceritalah
dengan kami…luahkan apa yang kau rasa,aku tak sanggup tengok kau membisu macam
ni.”Hartini menunduk dan mengesat air mata Pa’an yang semakin deras mengalir.
“Tapi kalau kau rasa bukan malam ni
masanya,kau rehatlah dulu…”Bahu sahabatnya dipegang kejap.Sudah tidak tahu apa
yang perlu dilakukan.Nak marahkan si Hilman bukannya lelaki itu berada di depan
mereka,buat habis air liur je nanti.
“Betul cakap Tini tu…kau masuk bilik
ya berehat.Esok kau ambil MC…”Bazlaa Aina yang sudah siap merawat luka Pa’an
memasukkan semula bbarang-barang yang dikeluarkannya daripada bekas first aid
itu.Tangan Pa’an digenggam.Entah apa yang dilakukan oleh Hilman kepada
sahabatnya ini menjadi pertanyaan kepada mereka.
“Aku nak berhenti…”Tiga patah ayat
yang diungkapkan oleh Pa’an mengejutkan mereka berdua.Pasti sesuatu yang buruk
telah berlaku sehingga Pa’an mahu berhenti kerja.
“Tapi kenapa?Mesti dia dah buat yang
bukan-bukan dekat kau kan?”Bengang sungguh Hartini dengan boss mereka itu.Pa’an
tertunduk lemah.Segala perbuatan dan tuduhan Hilman tadi berlegar-legar di
kepalanya.Bazlaa Aina dan Hartini semakin gelisah melihat Pa’an yang tiba-tiba
menggelengkan kepala sambil kedua tangannya menutupi telinganya.Pa’an kelihatan
trauma dengan kejadian tadi.
“Pa’an…Pa’an…”Bazlaa Aina cuba
menyedarkan Pa’an dari terus hanyut dengan bayangannya sendiri.
“Aku bukan pelacur…aku bukan
pelacur!!!”Tempikan Pa’an menggamatkan ruang tamu rumah mereka.
“Astaghfirullahaladzim…bawa mengucap
Pa’an.”Hartini bertindak menggoncang bahu Pa’an untuk menyedarkan sahabatnya
ini.
“Aku bukan pelacur..”Tangisan Pa’an
kedengaran sekali lagi dan kali ini dia jatuh dipelukkan Hartini yang
menariknya.Hartini mengusap belakang Pa’an dengan penuh simpati.Pasti berat
dugaan yang ditanggung sahabatnya ini sehingga boleh trauma sebegini sekali.
“Syyy…kau jangan pedulikan apa yang
dia kata.Dia sebenarnya buta dalam menilai hati budi kau.Aku tahu sebenarnya
ada lagi perkara yang korang berdua sembunyikan daripada aku tapi aku tak kisah
kalau perkara tu boleh mengaibkan diri kau.”Hartini meluahkan rasa hatinya yang
selama ini disembunyikan.Dia tahu pasti ada sesuatu yang Pa’an sembunyikan
daripadanya dan hanya Bazlaa Aina yang mengetahuinya.Pada mulanya dia agak
terasa namun dia beranggapan bahawa perkara itu mesti sesuatu yang penting buat
Pa’an.Pa’an melepaskan pelukkan.Wajah Hartini dan Bazlaa Aina dipandang silih
berganti.Luahan hati Hartini itu membuatkan dia rasa bersalah.
“Aku…aku akan cerita dengan
kau.”Pa’an mengesat air matanya.Bazlaa Aina dipandang dan kekuatan diberikan
oleh sahabatnya itu dengan sebuah senyuman yang ikhlas.
“Jangan paksa diri kau kalau benda
tu mengaibkan diri kau…”Hartini serba-salah,kerana kata-katanya tadi Pa’an mahu
membuka aibnya sendiri.
“Kau perlu tahu untuk mengetahui apa
yang berlaku tadi..”Hartini terdiam.Pa’an cuba mengambil kekuatan dengan
menarik nafas yang panjang.Perit untuk mengenangkan cerita lama yang berdarah
itu tetapi dia merasa Hartini berhak untuk tahu.Disaat bicara dimulakan,wajah
Hartini berkerut-kerut dan beristighfar panjang.Tidak dia menyangka perkara
sebegitu akan berlaku.
“Ya Allah…aku..aku tak tahu sampai
macam tu sekali masalah kau dengan Hilman.”Hartini menekup mulutnya selepas
mendengar segala cerita dari Pa’an.
“Sumpah Tini..bukan aku yang bubuh
ubat tidur dalam air kitorang.Lagipun takkanlah aku bodoh sangat sampai nak
jerat diri sendiri.Aku masih ada agama..”Esakkannya kembali kedengaran.Hartini
yang tadinya duduk di depan Pa’an bangun dan mengambil tempat di sebelah kanan
Pa’an lalu mencapai tangan Pa’an yang sedari tadi dipegang oleh Bazlaa
Aina.Kini tangan mereka berdua mengenggam tangan Pa’an untuk memberikannya
semangat.
“Aku tahu…aku percayakan
kau.Sudahlah…tak guna kau menangis sebab lelaki bodoh tu.Kalau kau nak
berhenti,aku pun nak berhenti juga.Tak sanggup aku nak mengadap muka lelaki tu
selama lapan jam.Aku takut aku termeletup depan dia je nanti.Kita cari kerja
sama-sama ya.”Pa’an pantas menggelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan
cadangan Hartini.
“Jangan…tak payahlah.Bukan senang
nak cari kerja sekarang ni lagipun cik abang kau tu mesti takkan bagi kau
berhenti tanpa sebab yang munasabah.”Hartini mengeluh berat.
“Betul tu Tini…kau tak payahlah
berhenti.Aku rasa biar si Pa’an je yang berhenti dulu.Kalau kau dah kahwin
nanti kau nak berhenti pun tak apa.”Bazlaa Aina bersuara dengan menyakat
Hartini,niatnya untuk menghidupkan suasana ceria setelah bersedih mendengar
cerita Pa’an sebentar tadi.Dia tidak menyangka Hilman akan meninggalkan Pa’an
keseorangan di tempat gelap macam tu sahaja.Bayangkan jikalau Pa’an
diculik,dirogol dan dibunuh?Nama dia juga yang akan naik sebagai
suspek.Bodoh,mangkuk yang bernama Hilman itu memang bodoh.Hanya semata-mata
kerana tuduhan yang tiada bukti itu Hilman sanggup menyakiti kawannya ini.Dia
hanya memandang Pa’an dari tepi yang sedang pilu dipujuk Hartini.
“Kalau macam tu,kau masuk berehat
je.Biar aku je yang buat resign letter kau.Esok kau tak payah datang kerja
dah.Resign twenty four hours terus,tak payah pergi menghadap muka lahabau tu
dengan keadaan kau yang macam ni.Ikut hati aku yang panas ni,mahu je aku report
polis suruh tangkap dia tapi tak sampai hati sebab gaji aku dia yang
bayar.Huhu..”Pa’an tersenyum sumbing,dia tahu sangat dengan perangai Hartini
ni.Mana dia berani nak buat semua tu,cakap je kadang-kadang terlebih.
“Yelah…kau pergilah masuk dalam
berehat.Tidur je..tak payah fikirkan si mangkuk hayun tu.Lepas ni kau dah
takkan ada apa-apa hubungan dah dengan dia.Kau masuk,salin baju sebab seluar
kau ni dah koyak…kau terus tidur.Tenangkan fikiran kau..”Bazlaa Aina menepuk
belakang Pa’an perlahan.
“Thanks korang…aku rasa kalau korang
berdua tak ada mesti aku lagi lemah…”Dah tak larat sebenarnya untuk dia
mengalirkan air mata tetapi dia berasa terlalu sensitive pada hari
ini.Kepalanya juga bertambah sakit kerana sedari dua jam lepas dia asyik
menangis.Otaknya sudah penat.
“Apa gunanya kitorang ni sebagai
kawan kalau tak menolong kau.Dahlah…lupakan je lahabau tu,jom aku bawa kau
masuk bilik.”Hartini bangun untuk memapah Pa’an.Dia cuba untuk bangun namun
lututnya yang luka terasa tegang setelah disapu ubat iodin oleh Bazlaa Aina.Dia
terjerit kecil.
“Sakit ke?”Bazlaa Aina bertanya.
“Sikit..”Pa’an memegang bahu Hartini
dan dia bersedia untuk bangun tetapi tindakannya terbantut bila mana handsetnya
berbunyi nyaring.
“Kak Farah…”Bazlaa Aina menolong
Pa’an mengambil phone yang diletakkan di atas meja,berkerut dahinya melihat
nama Farah yang keluar.Apa yang perempuan tu nak?Dia tahu sangat yang si Farah
tu tak sukakan Pa’an sedari kecil lagi.Tak pernah-pernah telefon Pa’an.Phone
dihulurkan kepada Pa’an.
“Hello kak…”Pa’an kembali duduk.
“Aku nak bagitahu kau ni..Nek Lang
sakit.Dia asyik meracau sebut nama kau je..”Terkejut Pa’an mendengar berita
yang disampaikan oleh kakaknya itu.
“Ya Allah kak…Nek Lang sakit
apa?”Bazlaa Aina dan Hartini bertaut pandangan.Mereka juga terkejut mendengar
yang Nek Lang sedang sakit.
“Orang tua tu jatuh bilik air pagi
tadi…mak dengan abah baru je sampai pagi tadi.”Farah Fariha bersuara
selamba,langsung tiada kedengaran riak kesedihan.
“Aku balik pagi esok juga kak…Nek
Lang dekat rumah ke hospital?”Berdebar jantung Pa’an disaat ini.
“Dekat rumah..orang tua tu mana nak
pergi hospital.Betul kau balik pagi esok ni?”Farah Fariha sudah tersenyum suka.
“Ya kak…aku naik bas pukul lapan.Nek
Lang ada?Aku nak cakap dengan dia kejap..”Pinta Pa’an yang sedang keresahan
selagi tak dengar suara nenek kesayangannya itu.
“Orang tua tu dah
tidurlah…dahlah,esok jumpa juga kau dengan dia..aku tak ada kredit
ni.Bye…”Terus panggilan dimatikan.
“Kak…kak…ish.Ya Allah..”
“Sabarlah Pa’an…baik kau tidur
sekarang.Esok pagi-pagi aku hantar kau ke terminal.”Hartini yang mendengar
perbualan antara Pa’an dan kakaknya itu menghulurkan bantuan.
“Hurm…tak dapatlah aku balik sekali
dengan kau ya.Tak apalah…kau pergilah tidur dulu.Betul cakap Tini
tu..Insya-Allah Nek Lang tak apa-apa.”Pa’an menganggukkan kepalanya lalu
kembali bangun dan masuk ke bilik dipimpin Hartini.Harap-harap lukanya esok
akan sembuh sedikit kerana agak payah untuk dia bergerak tanpa bantuan orang
lain.Wajah Nek Lang terbayang-bayang kini di ingatannya.Memang sudah lama dia
tidak menghubungi orang tua itu,bukan dia sudah lupakan orang tua itu cuma dia
tidak sanggup berbohong setiap kali menghubungi Nek Lang.
“Jadi budak tu balik kampung?”Farah
Fariha yang baru lepas menelefon adiknya itu ditegur oleh Che Abdullah.
“Jadi bah…esok pagi-pagi juga dia
balik.”Farah Fariha tersenyum kesukaan.
“Hurm..”Che Abdullah berlalu
meninggalkan anak sulongnya yang masih duduk di beranda rumah ibunya.
“Kau tunggulah esok…”Dia tersenyum
jahat memikirkan perkara besar yang bakal berlaku esok.Handset di tangan terus
membalas mesej daripada buah hatinya Zack yang menghantar mesej-mesej rindu
kepadanya.Makin bertambah riang hatinya saat ini padahal dia tidak tahu yang
sekarang ini Zack sedang berkepit dengan perempuan lain.
Wajahnya yang membiru sedikit di hujung bibirnya
ditatap.Lidahnya menolak dinding pipi kanannya.Suaranya sedikit berdecit kerana
kepedihan melanda di tempat yang luka itu.Disentuhnya dengan lembut dan
kemudian itu dia menelek luka di siku dan akhirnya dilutut.Sudah berapa banyak
keluhan yang dilepaskannya saat ini.Dia tidak menyalahkan Hilman seratus
peratus cuma dia agak kecewa bilamana Hilman menuduhnya melulu sedangkan
sebelum ini dia pernah memberitahu Hilman bahawa bukan dia yang melakukan
perbuatan tersebut.Segala perkara yang baru terjadi tadi berputar-putar
dikepalanya.Lengan yang terdedah diusap kasar,terasa meremang bulu romanya
memikirkan betapa selama ini banyak dosa yang dilakukannya.Setiap bait patah
kata Hilman yang mencaci dan menghinanya menjadikan dia semakin takut akan
dosanya.
“Ya Allah...betapa sebelum ni aku
terlalu jahil dan leka tentang auratku.Ya Allah...walaupun aku benci dengan
tindakan Hilman yang berbuat jahat kepadaku tetapi aku bersyukur kerana melalui
dia Engkau berikan aku petunjuk.Ya Allah...ampunilah dosaku.”Sekali lagi Pa’an
menangis menggogoi tetapi kali ini dia menangis bukan kerana lelaki itu tapi
kerana dosanya selama ini.
“Nek Lang...”Baru kini dia
teringatkan panggilan Farah yang memberitahun perkara buruk itu kepadanya.Rasanya
memang patut dia berhenti kerja dan pulang ke kampung menjaga neneknya
sahaja.Pasti orang kampung akan tertanya-tanya dan lebih-lebih lagi ibu dan
bapa mertuanya.Ah,itu satu hal lagi yang perlu dia settlekan.Dia harus
memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.
“Pa’an...kau dah siap ke
belum?”Hartini menjerit dari dalam dengan kepala terjulur di depan pintu bilik
supaya suaranya dapat didengari oleh Pa’an.
“Sekejap!”Jerit Pa’an dengan
lantang.Terasa serba tidak kena dirinya saat ini.Terasa hatinya juga tidak
berapa sedap,adakah kerana dia risaukan keselamatan Nek Langnya atau ada benda
lain yang akan berlaku.
“Mak cik...kau buat apa lambat
sangat ni?”Bazlaa Aina yang sudah siap berpakaian formal untuk ke kerja
mengetuk pintu bilik Pa’an.Mereka tidak mahu terlambat untuk menghantar Pa’an
ke Pekeliling kerana takut nanti jalan jem.Pintu bilik di buka sedikit oleh
Pa’an.
“Alah....benda alah ni ha,macam mana
aku nak pakai.”Pa’an berlalu semula ke cermin meja soleknya sambil muka sudah
memuncung.Nasib baiklah lebam dibibirnya tidak ketara sangat nampaknya.Kalau
tidak jenuh dia nak bersoal jawab dengan Nek Langnya nanti.
“Wah.......Tini.Sini
cepat.”Terjerit-jerit Bazlaa Aina kerana teruja melihat sahabatnya ini manakala
Hartini bergegas berlari menuju ke bilik Pa’an.Mahu mengah juga dia walaupun
bilik dia dan Pa’an tidaklah jauh manapun.
“Apa dia?Wah....”Hartini sudah
bertepuk tangan kesukaan.
“Tak payah nak wah-wahlah..bukannya
korang tak pernah tengok aku pakai tudung.Dah,mari sini tolong aku lilitkan
shawl ni.Lambat dah ni...”Pa’an sudah merengek kepada mereka berdua.
“Memanglah dah biasa tapi.....”Balas
Bazlaa Aina pendek,tidak jadi untuk menyambung ayat seterusnya kerana bimbang
Pa’an akan terasa dengannya.
“Insya-Allah...buat selamanya.”Sebak
di dadanya saat ini.Ya,ini merupakan satu penghijrahan pertamanya untuk menjadi
yang lebih baik.Bergenang air mata ketiga-tiga mereka saat ini.
“Alhamdulillah...aku nak peluk kau
boleh?Huhuhu...”Hartini sudah meluru ke arah Pa’an dan pantas memeluk Pa’an
dengan erat.
“Weh...dahlah tu.Aduh....sakit luka
aku ni.”Pa’an terpaksa menepis pelukan Hartini yang terlalu kemas sehingga
terkena ke sikunya yang luka malam tadi.
“Ops...sorry.”Hartini menjauhkan
dirinya.Ditelek wajah sahabatnya itu dengan pandangan penuh kesyukuran,begitu
juga dengan Bazlaa Aina.Hampir menitis air matanya di saat ini.
“Aku gembira dengar kau nak
berubah.Huhuhu..”Pa’an hanya tersenyum memandang Hartini dan Bazlaa Aina.Dia
tahu sudah lama mereka berdua menyuruhnya berubah tetapi dia belum bersedia
katanya.
“Kau cantik...”Thumb up diberi
kepada Pa’an.
“Aku tahu...”Dengan penuh lagak
Pa’an keluar dari bilik.Dia sebenarnya mahu mengelak dari bersedih-sedih
lagi,cukuplah malam tadi dia menangis sampai bengkak matanya dan terasa agak
sepet untuk dibuka.
“Yelah..kau yang paling cantik.Dah
siap ke?”Kedua mereka mengikutnya dari belakang.Beg baju yang diletakkan di
atas meja ruang tamu di ambil.Sekilas dia menelek penampilannya di cermin besar
di ruang tamu.Agak yakin dengan penampilannya kini dia melangkah keluar.Sandal
berwarna coklat berbunga besar di capai lalu disarungkan ke kakinya dan
kemudiannya dia menarik grill pintu lalu menutupnya.Dengan lafaz Bismillah dia
memulakan langkah menyaingi sahabat-sahabatnya yang sudah berada di dalam kereta.Sesudah
pagar rumah dikunci hatinya yang tadinya tenang menjadi tidak sedap bagai ada
sesuatu yang bakal berlaku nanti.Dipegang dadanya sekejap.
“Pa’an..kau okey tak?”Dilihat Bazlaa
Aina menjulurkan kepalanya bertanya mengapa Pa’an termenung.Tanpa jawapan dia
terus menyusup masuk ke dalam kereta.Ditenangkan hati dengan mengandaikan itu
hanyalah mainan syaitan semata-mata yang mahu menggodanya.
“Janganlah kamu marahkan budak tu
nanti..kesian dengan dia.”Si anak yang tercegat di depan pintu rumah sambil bercekak
pinggang menanti kepulangan seseorang dengan wajah yang membengis menggusarkan
hati tua Nek Lang.
“Mak jangan nak menangkan budak sial
tu...mak tahu tak yang dia dah menipu kita hidup-hidup..malu muka saya ni
mak.”Seperti biasa Che Abdullah menempik kuat tanpa menghiraukan siapa yang
sedang dia berbicara sekarang ini.Sedikit tersentak orang tua itu dibuatnya
namun langsung dia tidak hiraukan perasaan ibu tuanya itu.Wajah uzur Nek Lang
semakin mengendur dan muram.Cucu kesayangannya bakal dimarahi sekali lagi dan
kali ini dia tidak berupaya lagi untuk menghalang anaknya.
“Farah!!!Farah!!!”Farah Fariha yang
sibuk berangankan adiknya bakal dimalukan sebentar lagi tersentak lantas
berdiri dari duduknya.
“Kenapa abah?”
“Kamu dah panggil Tan Sri Zakaria dengan
bini dia datang sini belum?”Soalan yang ditanya tidaklah sesukar mana tetapi
agak sukar bagi Farah Fariha untuk menjawabnya kerana dia terlupa menelefon
besan ayahnya itu.
“Aaaa..Farah lupalah abah.”Wajah Che
Abdullah yang garang itu membuatkan Farah Fariha menikus di belakang
Fatimah.Walaupun dia anak manja Che Abdullah tetapi dia masih takut bila
melihat wajah bengis ayahnya itu.
“Apa yang kamu ingat?Dah..telefon
Tan Sri sekarang...cakap abah suruh dia datang rumah kita sekarang juga.”Pantas
telefon rumahnya dicapai dan mencari nama Tan Sri Zakaria yang ditampal di
dinding rumah oleh Nek Langnya.Selang beberapa saat kedengaran ada suara
menjawab panggilannya.
“Kenapa balik pagi ni?Semalam kata
nak balik lepas Solat Jumaat?”Annisa yang duduk di sebelah Hilman agak
tertanya-tanya dengan keputusan Hilman yang tiba-tiba berubah.
“Lagi cepat kita balik lagi cepat
kita kahwin.”Berdesup telinga Annisa mendengar ayat yang diungkap oleh Hilman
yang seakan-akan memerlinya.
“ Abang ni kenapa?Saja nak perli Nisa
ke?”Dia bercekak pinggang tidak berpuas hati dengan Hilman yang dirasakan
tersangat berlainan hari ini.Adakah hanya hati dia sahaja yang berasa
sedemikian ataupun memang benar Hilman semakin berubah.Keluhan berat dilepaskan
oleh Hilman.Bukan niat dia untuk memerli Annisa tetapi dia seakan-akan
terbawa-bawa dengan kemarahannya terhadap Pa’an malam tadi.Hatinya sakit dengan
segala penipuan isterinya itu.
"Pleaselah Nisa...abang tak ada
mood nak gaduh dengan Nisa pagi-pagi ni.Please...lagipun ini yang Nisa mahukan
selama ini kan?So...please!!"Tangan sebelah kirinya diangkat menandakan
dia tidak mahu mendengar sebarang perbualan yang seterusnya daripada
Annisa.Kepalanya masih lagi berserabut memikirkan hal malam tadi.Memang pada
mulanya dia mahu pulang selepas Solat Jumaat nanti tetapi hatinya tidak tenang
dan beranggapan pasti ada sesuatu yang bakal berlaku dikampungnya tetapi dia
tidak tahu apa.Agak terasa dengan sikap Hilman yang kasar itu,Annisa
memusingkan badannya menghadap keluar tingkap.Tidak dapat menahan perasaannya
yang terasa dengan Hilman membuatkan air matanya mengalir secara
spontan.Dibiarkannya sahaja tanpa sedikit niat pun untuk menahannya kerana dia
tidak mahu Hilman menyedari yang dia sedang menangis sekarang ini.
Tambang teksi dibayar dengan agak
tergesa-gesa kerana sebentar tadi Farah telah menelefonnya dan mengatakan Nek
Lang semakin tenat.Memang teruk betul perangai si Farah ni.Nek Lang yang dengar
dibelakang hanya mampu menggelengkan kepalanya bila mana mendengar cucu sendiri
mendoakan dia sakit tenat.Semakin tidak keruan jadinya Paán sehingga dia
meminta pak cik teksi itu memecut kenderaannya.
"Terima kasih pak cik...baki
pak cik simpanlah."Ucap Paán tanpa berlengah lagi.Tidak mengapalah,baki
wang itu dikira sedekah darinya buat keluarga pak cik teksi yang terpinga-pinga
itu.Dari tangga rumah Nek Langnya itu kelihatan banyak sekali selipar dan kasut
berselerakan.Ianya semakin menggusarkan hati Paán kerana sekarang ini dia
menggambarkan orang yang datang itu sedang membacakan Yassin untuk nenek
kesayangannya itu padahal langsung tiada suara yang kedengaran.
"Assalamualaikum...Nek
Lang...Nek Lang..Fatin dah balik ni."Tangga rumah dipanjat tetapi
langkahnya terhenti bila melihat wajah abahnya yang tersembul di depan muka
pintu rumah.Terus dia terkaku di anak tangga batu yang kedua kerana sudah lama
dia tidak bersua muka dengan abahnya semenjak kejadian lalu.
"Aaa..abah..."Tangan
dihulurkan kepada Che Abdullah yang mencerlung matanya memandang ke segenap
tubuhnya.Huluran salam tidak bersambut ditangan sebaliknya hinggap di pipi
kanannya.Terkedu dan terkejut dia menerima tamparan yang maha hebat dari
abahnya itu.Mengenangkan dirinya dalam keadaan yang tidak bersedia,tubuhnya
jatuh terduduk di beranda rumah.
"Astaghfirullahaladzim....Dolah,kamu
nak bunuh anak sendiri ke?Ya Allah.."Bingung Paán dibuatnya tatkala
melihat Nek Lang meluru dan memeluknya erat.Tidak dihiraukan dirinya yang
terjatuh terus ditarik dan ditelek wajah kesayangannya itu dengan riak yang
risau.
"Nek Lang sihat?Nek Lang tak
apa-apa?"Tangan kanannya memegang pipi tua itu,bertambah bingung pabila
melihat wajah tua itu mengalirkan air mata.
"Kenapa ni Nek Lang?"Belum
dapat jawapan yang dikehendakinya dari Nek Langnya ditangannya ditarik kuat
oleh Che Abdullah.
"Kau tak payah nak tanya
kenapa...sekarang ni aku nak kau bangun dan beritahu perkara yang sebenar
kepada semua orang!!"Lengan kirinya digenggam kejap oleh abahnya sehingga
menyakitkan dirinya.
"Beritahu apa ni bah?”Pa’an
sudah semakin keliru dengan pertanyaan Che Abdullah.
“Kau tak payah nak berlakon lagilah
Pa’an…rahsia kau dah lama terbongkar.”Farah Fariha yang tadinya hanya tersenyum
kemenangan di belakang abahnya bertindak keluar dan menyemburkan kata-kata yang
masih tidak dapat ditangkap oleh Pa’an.
“Rahsia apa ni kak?Aku tak
fahamlah…”Dia cuba bangkit namun pergerakannya terhenti tatkala sentuhan lembut
Nek Lang di perutnya seakan menyedarkan dia ke alam nyata.
“Ya Allah…”Menggeleng kepala orang
tua itu tatkala dapat menangkap kebenaran bahawa memang cucu kesayangannya itu
berbohong.Air mata bergenang tidak percaya tapi dalam masa yang sama bersyukur
kerana cucunya itu tidak buat perkara terkutuk itu.
“Abah…Pa’an boleh
terangkan..”Bergetar suaranya di saat ini.Wajah bengis Che Abdullah memang
digeruninya.
“Kau nak cakap apa?Tu perut tu
kempis kau nak cakap kandungan kau tu kena culik dek bunian?Macam tu?”Situasi
sekarang ini sememangnya tersangat tegang.
“Dari hari tu lagi Pa’an dah mengaku
yang Pa’an tak mengandung tapi tak ada siapa pun yang dengar..”Pa’an membela
dirinya.Sekarang ini dia mengharapkan kehadiran Hilman di sini namun dia tahu
yang lelaki itu tidak mungkin akan membantunya kerana semua ini berpunca dari
dia juga.
“Tapi kenapa Fatin buat kecoh dekat
majlis nikah Hilman?”Wajah sendu si nenek ditatap serba-salah.Tidak tahu
bagaimana untuk menjawab soalan itu.Jika diberitahu perkara yang sebenar adakah
mereka semua akan percaya lagi dengan dia?
“Fatin…..”Lidah terkelu lalu
tertunduk.
“Kau nak cakap apa lagi?Sekarang kau
beritahu aku kenapa kau cakap kau mengandung?Kau tahu tak kau dah malukan nama
aku?Kau ni memang anak pembawa sial!Memalukan aku depan keluarga Tan
Sri…”Hancur luluh hati tatkala dilabelkan anak pembawa sial oleh bapanya
sendiri.
“Pa’an minta maaf abah,Nek
Lang…Pa’an tak berniat pun nak menipu semua orang.Memang Pa’an bercadang nak
beritahu semua orang perkara yang sebenarnya.”Pa’an berusaha untuk meraih
tangan Che Abdullah tetapi pantas ditepis oleh oang tua itu.Malu benar dia
mempunyai anak seperti ini.Sebaiknya dibuang sahaja anaknya ini sedari bekas
isterinya meninggalkan kampung ini.
“Sampai bila?Kau nak tunggu sampai
aku mati baru kau nak beritahu perkara yang sebenar?”Terpejam matanya di saat
ini.
“Sampai hati Fatin buat mama macam
ni…”Disaat telinga di sapa suara seseorang yang dihormati,matanya kembali
terbuka.Pintanya ianya hanyalah igauan namun tatkala mata dibuka,terlihat wajah
lemah dan sayu Puan Sri Faridah berhadapan dengannya sambil dipaut oleh bapa
mertuanya.
“Mama…”
“Sekarang cuba Fatin beritahu kami
kenapa Fatin tipu kami?”Soalan yang ditujukan oleh Tan Sri Zakaria langsung
tidak dapat dia jawab.Takkanlah dia perlu membuka rahsia yang selama ini dia
simpan.Takkanlah dia mahu memberitahu kepada mereka semua yang dia sudah tidak
suci lagi.
“Fatin minta maaf…”
“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan
kau ni…hidup menyusahkan orang.Kau ingat semua ni main-main ke hah?Kau dengan
mak kau sama je..”Kali ini dia tidak terkejut tetapi keliru,mengapa dia
disamakan dengan emaknya pula.Apa salah emaknya sebelum ini?Matanya dikalih
kepada Aminah yang hanya membisu di sebelah Farah Fariha yang tersengih
gembira.Sememangnya emaknya itu seperti tidak mempunyai perasaan dan hanya tahu
berdiam diri sahaja.Apatah lagi bila suaminya sedang marah.
“Astaghfirullah…jangan diungkit lagi
benda lama tu.Sekurang-kurangnya budak yang dikandung tu tak ada…”Che Abdullah
dan yang lain-lain sememangnya memahami maksud Nek Lang itu melainkan Pa’an
yang terpinga-pinga.
“Mak jangan nak sebut benda
tu…”Merah muka Che Abdullah di saat ini Menandakan dia malu atau marah telah bergabung.
“Hilman tahu benda ni?”Suara serak
si mertua yang bertanya membuatkan Pa’an mengangguk perlahan.
“Ya Allah….”Terasa darah tingginya
semakin naik bila mendengar anak lelakinya itu turut berkomplot.Kalut sekejap
Tan Sri Zakaria memegang si isteri yang mahu tumbang itu.Fariza yang berada di
belakang sekali hanya memandang wajah kakak iparnya sayu.Serasa dia tahu wanita
itu mempunyai alasan yang kukuh dan dia tahu Pa’an terpaksa.
“Jadi kamu dengan Hilman
sama-samalah tipu kami?”Semakin membara Che Abdullah dibuatnya tatkala
mengetahui menantunya turut serta.
“Man tak salah…”Tiba-tiba mereka
mendengar suara seseorang yang memekik dari laman rumah Nek Lang.Rupa-rupanya
Hilman sudah pulang dan laju sahaja dia bergerak menaiki tangga rumah.Wajah si
isteri dijeling tajam,sungguh dia sakit hati dan bencikan perempuan
itu.Setibanya dia di rumah tadi,dia pelik kerana tiada seorang pun ahli
keluarganya berada di rumah dan setelah bertanya kepada pembantu rumahnya,terus
dia bergegas pergi ke rumah Nek Lang bertemankan Annisa.Dia hanya berjalan kaki
kerana dalam keadaan marah ini dia tidak berasa untuk membawa kereta.Pa’an yang
bertembung dengan Hilman tidak berani mengangkat wajahnya.Pedih dibibir,lengan
dan lutut seakan-akan berdenyut merasai kehadiran si suami.
“Apa maksud kamu tak salah?”Wajah si
menantu di pandang dengan tidak puas hati.
“Dia yang menipu..dia cakap dia
mengandung sedangkan Man tak pernah ‘sentuh’ pun dia.”Perkataan sentuh itu
ditekannya kuat.Sengaja memberi tekanan lagi kepada Pa’an dan jelas menunjukkan
yang dia masih lagi tidak berpuas hati dengan isterinya itu.Terbuntang biji
mata semua yang ada disitu tatkala mendengar pengakuan daripada Hilman itu
manakala Pa’an pula hanya mampu menggelengkan kepalanya berkali-kali.Untuk
menafikan menggunakan mulutnya dia tidak mampu,sudahnya dia hanya membiarkan
sahaja orang mencemuhnya.Entah sejak bila dia menjadi selemah ini sedangkan
sebelum ini pantang baginya untuk orang menuduh sesuatu yang bukan dia lakukan.
“Apa yang korang berdua sorokkan
dari kami semua ni ha?Kalau Man tak pernah sentuh kamu,macam mana pula kamu
kata kamu mengandungkan anak si Man?”Tan Sri Zakaria yang tadinya hanya berdiam
diri,bersuara kebingungan.
“Kalau semua nak tahu….”Pekikan
suara Hilman serta tudingan jari kearahnya membuatkan Pa’an ketakutan hingga
dia tidak mampu lagi menggelengkan kepalanya tetapi suara bantahan keras yang
tiba-tiba keluar dari mulutnya tatkala dapat mengetahui apa yang bakal
dikeluarkan oleh mulut Hilman.
“Jangan!!!”
“Kamu diam.Biar Man yang cakap,dari
tadi aku tanya kamu hanya tahu menangis je…cepat kamu beritahu aku apa yang
kamu nak beritahu tadi.Jangan sampai aku bunuh kamu berdua.”Gertakan daripada
Che Abdullah memeranjatkan semua orang.Beristighfar panjang Nek Lang dan yang
lain-lainnya tetapi tidak si Farah Fariha yang tersengih kesukaan.
“Please….i’m begging you.Jangan
beritahu semua orang..aku berani sumpah yang aku takkan tunjukkan muka aku
depan kau lagi.”Atas nama maruah dan kehormatan dirinya,dia sanggup merayu
kepada si suami yang turut sama membengis.Tangannya yang memegang lengan Hilman
direntap kasar oleh bapanya.Che Abdullah yang tidak lagi dapat bertahan dengan
drama sebabak Pa’an itu seperti sudah hilang akal.
“Abang nak buat apa ni?”Fatimah yang
dari tadi berdiam diri bertanya dengan penuh debaran,seperti dia tahu akan apa
yang bakal dilakukan oleh suaminya kepada anaknya itu.Che Abdullah tidak
menghiraukan pandangan keluarga Tan Sri Zakaria dan orang kampung,apa yang
penting sekarang ini anak yang banyak buat masalah kepadanya ini perlu
diajar.Mati pun tidak mengapa baginya.Diheret Pa’an menuruni anak tangga rumah
ibunya tanpa sempat dihalang oleh Nek Lang.Terjerit-jerit orang tua itu
memanggil namanya agar tidak bertindak bodoh tetapi tidak diendahkannya bila
mana kuasa jahat sudah menular dikepalanya.
“Ya Allah…”Segarang-garang Tan Sri
Zakaria,dia tidak pernah mengajar Hilman dan Fariza sedemikian rupa.Si isteri
sudah terduduk di anjung pintu,dikipaskan oleh si anak.Mudah sangat lemah
semangat jika mendengar perkara yang di luar jangkaannya.Belum sempat kaki
kanan Pa’an mencecah tangga terakhir rumahnya,tubuhnya sudah terhumban ke
tanah,tubuh yang sakit terpaksa ditahan,malu yang diterima terpaksa ditelan
kerana dia sedar semua itu berpunca dari diri dia sendiri.
“Aku nak kau berambus dari rumah mak
aku..aku dah tak nak tengok muka kau lagi.Dari dulu lagi aku benci kau dengan
mak kau.”Terjahan tersebut membuatkan Pa’an terpinga-pinga,apa kaitannya dia
dengan mak dia dibenci.Kenapa Fatimah dicemuh sedangkan sebelum ini Pa’an tahu
ayahnya terlalu menyayangi emaknya itu.
“Apa hak kamu nak halau cucu
aku?”Nek Lang yang kehabisan tenaga tadi turun ke tanah tatkala mendengar Che
Abdullah menghalau cucu kesayangannya dengan sewenang-wenangnya sedangkan rumah
itu adalah rumah dia.Memanglah bila dia mati nanti rumah itu akan bertukar
milik kepada Che Abdullah tetapi masalahnya sekarang ini dia masih lagi
hidup.Sedih hati memikirkan sikap panas baran anaknya ini.
“Mak
tak payah nak masuk campur..ni urusan kami anak-beranak?”Tersentak dan hancur
hati Nek Lang mendengar ayat bangkangan anak lelakinya itu.Malu dia apabila
melihat jiran-jiran berbisik sesama sendiri.Dengan kudrat yang ada,dia
melangkah laju menghampiri si anak yang durhaka.p/s: hanye ni je yang sempat sambung dlm mase due tahun...maaf ye...