Wednesday 9 November 2011

haKikAt CinTa 39

BAB DUA PULUH EMPAT

                   Ellyana terkejut melihat lelaki yang ditangkap oleh Atan itu.'Kenapa dia ada dekat sini?'Soal Ellyana kehairanan.
"Pak cik kepala otak kamu.Kamu ingat aku ni tua sangat ke?Huh...kita nak buat apa dengan dia ni Mak Leha?Kalau Mak Leha tak kisah biar saya bantai je pencuri ayam ni cukup-cukup."Ucap Atan geram.

"Aish aok ni Atan...asyik nak bantai orang aje kerjenye...Koi nengok budak ni bajunye 'semart'...takkanlah pencuri ayam pulok kerjenye..."
"Alah Mak Leha...zaman sekarang ni pencuri pun boleh beli baju lawa-lawalah...Hei,kau cakap..dengan siapa lagi kau datang?"Soal Atan kepadanya.Adam memandang kepada Ellyana dan cuba untuk meminta pertolongan.Semua orang berbisik sesama sendiri mengata tentang dirinya.Rasa menyesal pun ada sekarang namun dia tidak boleh berbuat apa-apa.
"Sumpah mak cik...saya bukan pencuri ayam...saya..."
"Hah..kalau kau bukan pencuri ayam,kau ni siapa?"Gertak Atan sambil memulas tangan Adam kuat sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.'Kalau aku beritahu aku ni siapa pun kau bukannya kenal.Bodoh...'
"Awak...tolong saya..."Jerit Adam sambil matanya memandang ke arah Ellyana.Wanita itu terkejut,kenapa pula dia dipanggil.
"Yana...kamu kenal ke dengan pencuri ayam ni?"Soal Atan tidak puas hati.
"Hah?Tak...saya tak kenal dia pun."Ucap Ellyana.Mak Pah yang baru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku terkejut melihat kehadiran lelaki yang pernah datang di rumahnya dahulu.'Apa yang dia buat dekat sini?'Hatinya bersuara dan dia melihat adam tidak lepas memandang ke arah Ellyana.
"What?Sampai hati awak...okey-okey macam nilah..boleh tak lepaskan saya sekejap bagi saya telefon kawan saya dulu.Dia boleh jadi saksi yang saya bukan pencuri ayam."Atan melepaskan Adam setelah Mak Leha memberi kebenaran.Masa itu Mak Pah menghampiri Ellyana dan mengajaknya pergi ke suatu tempat.

"Kenapa dia boleh ada dekat sini?"Tanya Mak Pah tidak sabar.
"Yana tak tahu Mak Pah..Yana puun baru je jumpa dia..."
"Kamu macam mana?"
"Hurm...macam tulah Mak Pah..yang penting dia belum tahu siapa Yana yang sebenarnya."
"Baguslah tu...tapi kalau Zarif tahu yang Adam ada di sini habis dia..."Ucap Mak Pah.
"Yana tahu Mak Pah...Mak Pah jangan risau,Yana dah ada rancangan."
"Apa dia?"Ellyana membisikkan rancangannya kepada Mak Pah.
"Betul kamu nak buat macam tu?"Soal Mak Pah.Ellyana hanya mengganggukkan kepalanya.

Friday 4 November 2011

sambungan hakikat cinta 38.....kedue...

Adam menghampiri kawasan rumah yang semakin ramai orang itu.Dia cuba untuk mencari bayangan wanita yang dijumpainya tadi namun tidak kelihatan.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melihat di belakang rumah.Akhirnya pencariannya berjaya dan sengihan terbit di bibirnya.Dia cuba mencari tempat untuk menyorok dari dilihat wanita itu.Dia mahu mencari kepastian dan apa yang pasti dia melihat ada resah di wajah itu.Adam menyorok di belakang reban ayam.Dia cuba mengendap di sebalik reban ayam itu."Alamak,busuk la pulak.Adoi...cari nahaslah aku ni."adam mengomel sendiri.Dia asyik memerhatikan wanita itu yang sedang sibuk dengan kerjanya."Ya Allah rindunya aku dengan dia...kalaulah itu dia,dah lama aku bawak balik KL..."Ucap Adam tanpa sedar.

Ellyana mengangkat wajahnya mencari-cari sesuatu,dirasakannya ada orang yang sedang memerhatikannya dan memanggil-manggil namanya.
"Mak Leha ada panggil Yana ke?"Soal Ellyana kepada Mak Leha.
"Tak ada...aok ni kenapa Yana?Pelik Mak Leha tengok aok ni.."Ujar orang tua itu.
"Tak ada apalah Mak Leha..Yana macam dengar ada orang panggil Yana."Ucapnya jujur.
"Orang kat depan nu kot..Entah,Mak Leha tak dengar apa-apa pon.Aok ada dengar Anom?"Soal Mak Leha kepada rakan di sebelahnya.
"Tak ada pulok koi dengonye..."Jawab Anom.
"Tak apalah Mak Leh,Kak Anom...perasaan Yana je tu.."Dia kembali dengan tugasnya.Matanya terasa pedih kerana mengupas bawang yang terlalu banyak itu.

"Alahai...ni yang aku benci ni.Kenapalah kau boleh berak kat sini ayam oi..."Agaknya kalau ayam tu boleh jawab mesti ayam t cakap "Suka hati akulah ni reban aku,yang kau menyibuk dekat sini buat apa?"Adam geli dengan tangannya yang terkena tahi ayam itu.Sedang dia sibuk mencari sesuatu untuk mengesat tangannya,ayam-ayam di reban itu mengokok kuat,mungkin marah dengannya.

"Apasal dengan ayam-ayam Melah tu?Jangan-jangan ada ular sawa tak?"Mak Leha bersuara.Mata mereka semua menghala ke arah reban ayam Mak Cik Milah.
"Cuba aok pergi tengk nuh Atan.."Arah Mak Leha.

"Woi ayam...diamlah..."Jerit Adam perlahan dan dia gabra apabila semua orang memandang ke tempat dia bersembunyi sekarang.'Macam mana aku nak lari ni?'Bisik kata hatinya.

"Hoi..kamu ni siapa?"Jerkah seorang lelaki kepada Adam.Terkulat-kulat Adam apabila dirinya ditarik keluar oleh lelaki yang dipanggil Atan itu.
"Mak Leha...ni pencuri ayam ni."Jerit Atan.'Hah!Muka aku ni dia panggil pencuri ayam?'
"Bu...bu..bukan...saya bukan pencuri ayam pak cik..."Jerit Adam.