rase cam x smpai hati nk biarkan blog ni kosong je kan...
hurm....moh la bace yg seterusnye...korang mesti tertanye2kan...
watak yg muncul lepas ni akan buatkan korang lagi tak sabar nak tahu or may be ade yg da boleh expect jlan cite ni...
so...enjoy la entry kali ni ya..mungkin sye akn buat mcm ni je kot...
create next entry dlam lappy je dlu then bile da rase mcam pnjang berjele baru upload kat sini ya...
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Nasibnya agak
baik kerana sampai di rumah sebeum pukul tujuh malam.Eleh..awal lima minit
je.Yang paling dia tidak terduga apabila suaminya berdiri di pagar rumah dengan
tangan yang bercekak di pinggang beserta wajah yang memerah.Barangkali gunung
berapi mahu meletup agaknya.Sudahlah dia.
“Weh..apasal suami kau
tu berdiri kat depan tu?Sejak bila dia jadi security guard kat rumah
sendiri?”Hartini bertanya dengan loya buruknya.
“Banyaklah kau security
guard..itu maknanya dia nak marahkan akulah tu sebab yang dia tercegat je dekat
situ.Okaylah korang,aku turun dulu..thanks tau sebab temankan aku jogging.Tak
sabarnya nak balik rumah..hurm.”Pa’an membuka pintu kereta selepas bersalam
dengan kedua sahabatnya itu.
“Kitorang tunggu sampai
kau masuk,ya.”Bazlaa Aina risaukan keselamatan Pa’an.Ditundukkan sedikit badannya
untuk bercakap dengan mereka berdua.Hartini menurunkan cermin keretanya.
“Ala..tak payah
risaulah.Mamat tu bukan boleh buat apa-apanya dekat aku.Setakat
tengking-mengking dia tu,aku tahankan je.Korang balik je eh…dah lambat ni,nanti
nak mandi lagi,Maghrib lagi..”Pada hakikatnya,Pa’an tidak mahu mereka berdua
mendengar apa yang bakal ditengking oleh Hilman kepadanya nanti.
“Yelah..kau hati-hati
ya.”Bazlaa Aina memegang tangan sahabatnya sambil mata sempat lagi menjeling ke
arah Hilman.Akhirnya Hartini meneruskan pemanduannya dengan hati yang sangat
gusau.Melihat muka singa Hilman itu membuatkan mereka berdua semakin menyampah
dengan lelaki yang tidak sedar diuntung itu.
“Bye…nanti kita jogging
lagi ya.”Pa’an melambai-lambai kepada mereka berdua yang sudah semakin jauh
darinya.Saja dia mahu menutup gentar dihatinya.
“Dah..tak payah nak
memekik terlolong dekat situ.Diorang dah jauh pun.”Menyampah pula dia tengok.
“Heee…awal kau
balik?”Perlahan-lahan Pa’an menghampiri Hilman dengan kepalanya terdongak-dongak
mencari kereta mertuanya.
“Yang kau balik lambat
tu kenapa?Bukan aku kata sebelum pukul tujuh ke?”
“Bila masa kau
cakap..kau hantar mesej je.”Alah..aku sampai lima minit sebelum pukul
tujuh,okaylah tu.”Malas sebenarnya Pa’an mahu bertekak dengan Hilman pada masa
ini,badannya terasa melekit-lekit dan dia perlu mandi dengan kadar yang segera.
“Ada je jawab kau
ya..kenapa aku telefon kau tak angkat?”Pa’an memandang Hilman pelik.’Mangkuk ni
ada call aku ke tadi?’Dengan pantasnya Pa’an mencari phonenya dan dilihat ada
lima missed called dari Hilman.’uit..apasalah banyak sangat missed called ni?’
“Kenapa kau buat
panggilan rindu dekat aku?”Dia masih tertunduk memeriksa
handphonenya.Berkerut-kerut kening Hilman cuba memahami patah perkataan
isterinya itu.Panggilan rindu?
“Bila masa aku rindukan
kau ni?”Makin geram Hilman dibuatnya,sudahlah dia tidak faham perempuan ni buat
main-main pula.
“Lah..yang kau MISSED
CALLED aku ni apa?Bukan panggilan rindu ke namanya?”Ditunjukkan skrin
handphonenya kepada Hilman.’Argh!!!Perempuan ni memang tak betul agaknya.
“Kau ni sekolah ke
tak?Sakit hati aku bercakap dengan kau nilah..”Hilman masih lagi tidak mahu
membenarkan Pa’an masuk ke dalam rumah.
“Lah..betullah aku
cakap.Kau nak aku tolong translatekan ke?”Kalau ikutkan hati dia yang lagi
sakit,sakit dengan segala penipuan ini dan sakit dengan kejadian malam tadi.
“Kau kalau setakat nak
cakap benda ni je,lebih baik bagi aku masuk dulu.Kita bergaduh malam
karang,boleh?Aku nak mandi ni..badan dah melekit-lekit.Tak selesa.”Hilman pula
berasa tidak selesa dengan mood Pa’an yang berubah menjadi serius itu.Serius
dia tidak suka pula dengan perubahan itu.Tiada jawapan dari Hilman membuatkan
Pa’an terus mahu berlalu.
“Aku call kau tadi
sebab nak beritahu yang mama dengan papa dah balik kampung.”Mati terus langkah
Pa’an.Dia terkejut dengan berita dari suaminya itu.
“Hah?Bukan lusa ke
dorang nak balik?”Pa’an kelihatan keliru,saat ini Hilman merasakan Pa’an
tersangat comel dengan membuat muka pening itu.
“Mama dengan papa ada
hal penting dekat kampung,just Fariza je yang tinggal dekat sini.Lusa baru dia
balik.”Pa’an terdiam,fikirnya kalau keluarga mertuanya sudah balik,bolehlah dia
call Hartini suruh patah semula dan mengambil dia pulang tetapi kenapa pula
Fariza yang tinggal.
“Mama dengan papa tak
cakap apa-apa pun.”Terus dia terfikir akan perkara yang mereka bincangkan malam
tadi,mungkinkah ibu mertuanya terasa hati dengan mereka?
“Aku rasa lebih baik
macam tu,lagi senang kerja aku.”Berasap telinga Pa’an mendengar ayat tersebut.
“Kau ni memang tak ada
hati perut langsung,kau tahu tak yang mama terasa hati dengan kita.Dahlah kita
menipu dorang,lepas tu kau sakitkan lagi hati dia.Kalau macam nilah rancangan
kau dulu,mati hidup semula pun aku tak nak ikut.Menyesal aku ikut rancangan bodoh
kau ni.”Pa’an yang tadinya mahu masuk kembali mendekati Hilman.
“Siapa yang bodoh?Aku
ke kau?Kau dengar sini ya..kalau bukan sebab rancangan BODOH kau yang rosakkan
perkahwinan aku dengan Nisa dulu,tak mungkin aku akan buat perkara yang macam
ni.Kau ingat aku suka nak menipu mama dengan papa?”Hilman menuding jari ke arah
wajah bersih Pa’an.Nasiblah tiada orang yang lalu-lalang di depan rumah
mereka.Budak-budak yang berada di taman permainan pun sudah beransur
pulang.Kalau yang ada pun tak mungkin akan dengar sebab apa mereka peduli kalau
laki bini bergaduh.
“Kau ingat aku pun suka
ke semua ni?Hei mangkuk!!Kalau betul kau bencikan aku,kenapa kau tak ceraikan
aku dari dulu lagi?Kenapa kau tak terus-terang dengan family kau pasal
rancangan BODOH aku tu?Ya..aku memang bodoh,bodoh sebab kenal dengan kau.Aku
menyesal tahu tak?”Bergenang tubir mata Pa’an kerana tidak dapat menahan
amarahnya kepada Hilman.Hilman tiada jawapan untuk segala soalan Pa’an itu,apa
yang dia tahu dia hanya kasihankan isterinya itu.
“Pleaselah…aku dah
malas nak bertekak dengan kau pasal benda ni.Lepas Fariza balik ke kampung,aku
nak balik rumah aku.After that,we are over until you married with Annisa.Aku
dah penat.Masa tu,kita hanya akan berjumpa di office je hanya sebagai bos dan
pekerja.No more than that dan apa yang penting kita buat-buat tak kenal je
lepas ni.Aku masuk dulu.”Dengan suara yang lemah,Pa’an mengorak langkah
meninggalkan Hilman yang terkesima di luar.Hilman memegang dadanya,mengapa
dirasakan jantungnya berdetap tidak normal bila mendengar ayat terakhir dari
Pa’an itu.Pura-pura tidak kenal?Macam mana dia mahu berpura-pura sedangkan di
office mereka masih akan berjumpa setiap hari.Apa dah jadi dengan
dirinya,kenapa hati dia meruntun sedih mendengar suara pilu dari isterinya itu.Sebelum
mama dan papanya pulang,papanya itu sempat lagi memberinya nasihat agar
berfikir dengan sebaik-baiknya tentang penceraian mereka nanti.Akan tetapi
mamanya hanya mendiamkan diri seolah-olah terasa hati dengannya.Betullah apa
yang dikatakan oleh Pa’an yang mamanya marahkan mereka.’Kenapa semua orang
sukakan dia tapi aku tak boleh?Apa yang istimewanya dia?’Setelah agak lama dia
berdiri di luar,dia masuk dan terus menutup pintu pagar rumahnya.’Kau tak payah
nak pening-pening fikirkan dia,apa yang penting lepas ni kau akan berkahwin
dengan Annisa,buah hati kau.Biarkan dia..’Suara hatinya berbisik untuk
menyedapkan hati yang sedang gundah itu.
Ruang tamu hanya
diduduki oleh Hilman dan adiknya Fariza sahaja,kosong.Itulah yang dirasakan
oleh Hilman di saat ini.Hanya suara tv sahaja yang kedengaran.Hidupnya terasa
bosan tiba-tiba kerana dia tidak lagi mendengar hilai tawa mama dan
isterinya.Mengenangkan si isteri,Pa’an masih mengurungkan dirinya di dalam
bilik mereka.Terdengar keluhannya yang berat,terasa seakan bersalah dengan apa
yang berlaku tadi.Tidak sepatutnya mereka bertengkar.
“Abang ni kenapa?Dari
tadi adik tengok asyik mengeluh je.Abang ada masalah ya?”Fariza yang tadinya
khusyuk menonton samarinda hilang fokusnya kerana asyik terdengar Hilman
mengeluh.
“Tak ada
apa-apalah..”Hilman menggosok kepala adik perempuannya itu.
“Takkanlah tak ada
apa-apa..adik tengok abang ni macam orang dalam kesusahan je.”Volume tv
diperlahankan oleh Fariza,dia mahu mendengar apa masalah abangnya ini dan dia
juga tahu tentang tindakan abangnya yang mahu mengahwini Annisa itu.
“ Betul..abang okay
je.”Hilman tersenyum kelat tatkala melihat muka si adik yang sudah
tertanya-tanya itu.
“Abang jangan nak tipu
dengan adik,adik tahu yang abang ada masalah dan adik tahu abang juga nak
kahwin dengan kak Nisa kan?”Terkedu Hilman mendengar ayat daripada adiknya
itu.Pasti dia mengetahuinya daripada mama sendiri.Hilman terdiam tidak tahu
untuk berkata apa.
“Abang tak sukakan kak
Fatin ya?Kalau abang tak sukakan dia kenapa abang layan dia mesra?Adik
kesiankan kak Fatin kalau-kalau dengan perbuatan abang ni buatkan dia menaruh
hati dengan abang.Orang perempuan bang,walau sedikitpun abang tunjukkan
keperihatinan abang terhadap mereka,pasti ada satu rasa yang bercambah di dalam
hati mereka.Adik sayangkan kak Fatin macam kakak adik sendiri,adik sukakan dia
tapi macam apa yang papa cakap,adik tak boleh masuk campur antara abang dengan
kak Fatin sebab itu hak abang.Adik faham abang sayangkan kak Nisa tapi kak
fatin lagi berhak untuk mendapatkan kasih sayang abang sebab dia isteri
abang,bukannya orang lain.Adik faham abang tak sukakan kak Fatin sebab dia
musnahkan perkahwinan abang dengan kak Nisa tapi dia buat macam tu bersebab
bang,sebab dia mengandungkan zuriat abang.Abang ingat ada ke perempuan yang
sanggup permainkan maruah sendiri dan orang lain.Jujur adik cakap yang adik
lebih sukakan kak Fatin daripada kak Nisa.Bagi adik,kak Fatin lagi baik
daripada kak Nisa yang entahlah..adik susah nak cakap.”Panjang lebar kata-kata
Fariza sehingga membuatkan Hilman terbungkam diam.Fariza tidak tahu
apa-apa,kalaulah Fariza tahu yang Pa’an adalah seorang perempuan yang sanggup
menggadaikan dirinya semata-mata demi dendam dan dialah manusia yang menjadi
mangsa keadaan.Mahu sahaja dia memekik kepada adiknya itu tetapi apalah gunanya
dia menerangkan perkara tersebut kerana jika hal lama itu diungkit pasti dia
turut dipersalahkan.
“Abang tak kesiankan
anak abang ke?”Fariza masih lagi mendesak abangnya untuk menjawab segala
persoalannya.
“Adik…abang rasa adik
tak payah nak sibuk-sibukkan diri adik dengan masalah abang ni sebab abang
takut nanti adik yang menyesal sebab cakap macam ni.Abang buat semuanya ni
bersebab,bukan saja-saja abang nak kahwin dengan kak Nisa.Adik sendiri pun tahu
yang abang dengan kak Nisa dah nak dekat tiga belas tahun bercinta,adik ingat
senang ke abang nak lupakan dia?”Hilman juga tidak mahu mengalah.Bengang juga
dia bila dibebelkan oleh si adik yang lagi muda darinya.
“Tapi bang…semua ni kan
takdir Allah.Abang beria sibuk bercinta dengan kak Nisa bertahun-tahun tapi
last-last abang berkahwin dengan kak Fatin.Itu bukan jodoh ke bang?Abang pun
ingat Allah saja-saja je ke jodohkan abang dengan kak Fatin?”Terdiam Hilman
mendengar hujah adiknya yang menggunakan takdir Allah sebagai ayat pengukuh.
“Stop it..abang dah tak
nak dengar lagi semua ni,keputusan abang muktamad.Adik cakaplah apapun abang
tetap akan berkahwin dengan kak Nisa.Masa tu nanti kita tengok siapa yang akan
menghalang hubungan kami.”Seperti tiada agama,Hilman seolah-olah mempertikaikan
takdir Allah.Mengucap panjang si adik mendengarnya,dia tidak boleh berbuat
apa-apa.Pesanan si ibu yang menyuruhnya memujuk si abang tidak berjaya dan dia
kecewa dengan Hilman.
“Kalau iya pun abang
nak sangat kahwin dengan kak Nisa,tak payahlah abang sampai nak cakap macam
ni,adik takut nanti abang sendiri yang menyesal.Sudahlah…kalau macam ni dah tak
guna adik nak tunggu dekat sini lama-lama..esok petang adik nak balik.Abang tak
payah hantar,adik balik sendiri naik bas.Assalamualaikum…”Fariza bangun dan meninggalkan
si abang dengan rasa yang sangat-sangat geram dan kecewa.’Mama,papa..adik dah
gagal.’Sebak hatinya di saat ini.Hilman langsung tiada tanda mahu
memujuknya,dia sukakan Annisa tetapi dia lebih sukakan Pa’an yang sikapnya
lebih sempoi dan selamba.Kalau dengan Annisa segala yang dilakukannya serba
tidak kena,ada saja yang Annisa akan tegur dan kadang-kadang tegurannya itu
langsung tidak masuk akal.Sepanjang tempoh abangnya bercinta dengan
Annisa,tidak pernah wanita itu cuba mengambil hati bakal mertuanya walaupun
mereka sudah bertunang.Itu yang paling Fariza pelikkan,kenapa wanita sebaik dia
menyombong seperti itu?Nak kata malu padahal mereka juga jiran
tetangga,bercinta dengan abangnya dah bertahun takkan malu lagi.Kalau Pa’an
pula,memang dia tahu yang kakak iparnya itu dulu tomboy tetapi dia senang
dengan cara Pa’an yang peramah,lagi pula sekarang dia dah cantik dan
feminin,mungkin yang kurangnya Pa’an itu hanyalah auratnya tapi sebagai suami
sepatutnya Hilmanlah yang kena menyuruh si isteri menutup aurat,demi kebaikkan
dia juga.Pening kepala Fariza memikirkan masalah abangnya ini.
Ketenangan di
wajahnya membuatkan si anak semakin menyayanginya,betapa bertuahnya dia kerana
memiliki seorang ibu yang terbaik seperti wanita di hadapannya ini.Walaupun dia
hanya menumpang kasih namun dia bersyukur kerana Allah mengurniakan dia seorang
ibu yang baik hati dan penyayang.Kasih sayangnya tidak berbelah bahagi samada
dia dan anak-anaknya.Ilham mendekati si ibu yang sedang sibuk membaca majalah
itu.
“Assalamualaikum umi…”Ilham
memeluk ibunya dari belakang,satu kucupan hinggap di pipinya.
“Waalaikumsalam…anak
umi wangi-wangi ni nak pergi mana?”Si ibu bertanya.
“Umi ni lupalah ni..kan
along dah cakap dekat umi semalam yang along nak pergi Puchong hari ni,nak
melawat kawan along si Norman tu,dia baru dapat baby girl.Along kenalah datang
umi sebab masa dia kahwin dulu along tak ada dekat sini.”Ilham melepaskan
pelukannya dan duduk di sebelah si ibu.
“Yelah umi lupa
pula.”Tersengih si ibu tatkala anaknya itu pernah memberitahunya sebelum
ini.Wajah kacak si anak dipandangnya,dalam fikirannya teringatkan anaknya yang
sekarang ini mungkin muda dua tahun dari anak tirinya ini.
“Baba mana umi?”Ilham
tercari-cari kelibat ayahnya yang tidak kelihatan.
“Baba pergi kedai kejap
dengan adik-adik..kejap lagi baliklah tu.Tunggu baba balik dulu baru pergi
ya..”Ilham menganggukkan kepalanya.
“Along nak air?Umi
pergi buatkan.”
“Tak payahlah
umi..kalau along nak,along pergi buat sendiri.”Si ibu kembali menyambung
pembacaannya tadi.
“Umi tak pergi melawat
anak-anak umi ke?”Ilham bertanyakan tentang rumah anak-anak yatim uminya.
“Umi pergi petang sikit
kot..nak pergi dengan baba sekali.”Tanpa mengalihkan pandangan matanya,dia
menjawab.Tidak lama menunggu,ayah dan adik-adiknya sudah pulang.
“Assalamualaikum…”Jerit
si bongsu yang bernama Munawwarah berusia enam belas tahun.Yang seorang lagi
bernama Aidid berusia lapan belas tahun.Dua-dua perangai masih
kebudak-budakkan,manja terutama sekali dengan dirinya.
“Waalaikumsalam..amboilah
anak dara umi ni,bagi salam macam nak pecah rumah.”Ilham menyakat adiknya ini.
“Alah along ni,adik
jerit kuat-kuat sebab takut along tu tak dengar,maklumlah along adik ni kan
sound trouble sikit.”Terbeliak biji mata Ilham mendengar si adik mengatanya.
“Apa adik cakap?Sound
trouble?Angah..kau pegang dia.”Ilham sudah bangun dan mahu mengejar si adik.
“Angah nak tolong baba
angkat barang,sorry..”Aidid mengangkat tangannya tanda tidak mahu masuk campur.
“Banyak ke?”Tidak jadi
dia mahu mengejar si adik bila melihat macam banyak je barang yang dibeli oleh
babanya.
“Macam biasalah
long,barang anak-anak angkat umi yang banyak.”Ilham keluar untuk membantu
mereka bertiga.
“Ada lagi ke baba?”Si
ayah yang sudah menutup bonet kereta dihampiri.
“Dah habis dah..yang
kat dalam tu semua nak bawa pergi Taufiq,Hidayah dengan Sumayyah.”Dia meminta
plastik beg yang berada di tangan ayahnya itu.
“Along dah nak pergi ke
ni?”Hassan bertanya kepada si anak setelah melihat Ilham sudah bersiap dengan
begnya sekali.
“Dah baba…tunggu baba
balik baru along pergi.”Terangguk-angguk si ayah mendengarnya,kunci kereta
diletakkan di belakang pintu rumahnya.
“Nanti dah sampai
sana,kirim salam baba untuk Norman sekeluarga ya.Ah,satu lagi..nah,ni je yang
baba boleh berikan kepada anak dia.”Hassan menghulurkan sekeping sampul duit
lalu diserahkan kepada anaknya itu.
“Along..kalau pergi
sana jangan lupa cari calon isteri dekat sana ya?Manalah tahu along adik yang
handsome ni ada orang Puchong yang berkenan.”Munawwarah menyakat si abang,belum
sempat dijawabnya,si ibu sudah menyampuk.
“Betul apa yang adik
cakap tu..umi pun teringin nak bermenantu ni.Bawalah balik seorang
dua.”Munawwarah menunjuk thumbs up kepada uminya.
“Amboi umi…umi ingat
nak cari calon isteri macam cari baju dekat pasar malam?Kalau senang macam tu
umi,dah lama dah along cari umi.Siap boleh ganti-ganti lagi..”Tersengih uminya
mendengar ayat sarkastik si anak.
“Along nak umi carikan
ke?”Si ibu masih berusaha memujuk anak bujangnya itu.Umur sudah dua puluh enam
dan semestinya dia layak untuk berkahwin.
“Umi…kalau boleh
biarlah along cari sendiri ya umi.nanti,kalau along dah memang tak ada yang
berkenan dekat hati,along minta tolong dengan umi ya.”Walaupun sudah jemu dia
mendengar tentang perkahwinannya tetapi dia perlu menjaga hati ibu yang
disayanginya ini.
“Kalau boleh…along nak
cari calon isteri yang cantik macam umi dan penyayang macam umi..”Ilham memeluk
ibunya lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi tua itu.
“Iyalah tu…nak bodek
umilah tu.”Munawwarah bersuara mengejek,dia yang baru sahaja mencabut tudungnya
duduk di sebelah Hassan manakala Aidid pula hanya bersandar di bahu sofa.
“Mana ada…betullah
along cakap.Kalau nak cari isteri kena cari yang elok agamanya..itu yang penting.Penyayang
macam umi…itu pun penting.Betul tak baba?”Si ayah hanya mampu mengangguk kerana
dia faham akan perasaan anak sulongnya itu.
“Alah long..semua orang
nak perempuan yang macam tu.Angah pun nak tapi kita ni tak boleh nak memilih
sangat long,kalaulah Allah bagi kita jodoh tak sama dengan apa yang kita
mahukan,kita sebagai lelakilah yang kena bimbing dia long…”Aidid berhujah.
“Amboilah dia…pandai
naa bercakap pasal kahwin ni..apa kata angah yang kahwin dulu?”Tersengih-sengih
Aidid bila dikenakan oleh babanya pula.
“Angah on je
baba…heee…”Terbeliak biji mata Hassan mendengar jawapan anaknya ini.
“Hah..dah ada calon
ke?Gatalnya anak baba ni..Lia,Lia tengoklah anak kita ni.”Hassan menepuk peha
si anak kuat.
“Hurm..kerja pun belum
lagi ada hati nak tanggung anak orang,angah tu baru habis sekolah tahu..umi nak
angah ambil degree dulu,lepas tu kerja dua atau tiga tahun,baru boleh fikir
pasal kahwin.Umi tak nak nanti bakal bini angah tu makan pasir.”Terkekeh-kekeh
Munawwarah mentertawakan angahnya ini.Bukan uminya tidak tahu siapa awek si
Aidid tetapi uminya hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.
“Alah umi…angah
bergurau je.”Ilham dan Hassan tersenyum.
“Gurau tak apa..kalau
betul-betul siap.”Uminya memberi amaran.
“Angah takkan kahwin
selagi along tak kahwin umi…percayalah.”Terasa lucu pula bila melihat Aidid
mengangkat tangan berikrar tidak akan mengingkar janjinya.
“Dahlah tu Lia..Hah
along..baba rasa baik kamu berangkat sekarang,nanti lambat pula kamu sampai
sana.”Hassan mengingatkan si anak sambil matanya memandang ke jam dinding rumah
mereka.
“Yelah baba…along lupa
pula,sibuk sangat berborak..hurm.”Ilham bangun dan membetulkan t-shirtnya.Dia
terus menuju ke keretanya untuk memanaskan enjin kereta,selepas itu dia masuk
semula.
“Along hati-hati memandu
tu nanti..”Si ibu berasa gusau dengan pemergian anaknya ini,macam tak pernah
berpisah je sebelum ini.
“Iya umi…nanti bila
along dah sampai dekat rumah Norman,along telefon umi ya.Along pergi dulu
umi,baba…”Tangan kedua orang tuanya dikucup hormat.Selepas itu giliran kedua
beradiknya pula yang bersalam dengannya.
“Along nanti jangan
lupa hadiah adik dengan angah tahu..”Munawwarah berpesan mengingatkan alongnya
itu.
“Apalah adik
ni..macamlah along tu nak pergi vacation jauh-jauh,setakat KL tu apa yang ada?”Aidid
mengepit kepala adiknya dengan kuat.
“Ah…umi,baba…tengok
angah ni,aduh angah..ketiak angah tu dahlah busuk,lemas adik tahu.”Munawwarah
membetulkan tudungnya yang sudah senget-benget dikerjakan angahnya,kelibat
Ilham sudah menjauh tetapi mereka masih berdiri di luar rumah.
“Angah..apa buat adik
macam tu?Tak baik..”Hassan menegur sambil tersenyum melihat telatah manja
anak-anaknya.
“Ala baba…sekali-sekala
menyakat adik ni apa salahnya..”Menggeleng sahaja si ibu melihat kerenah mereka
berdua.
“Angah…sudah-sudahlah
tu,pening kepala umi tengok korang berdua ni.Perangai macam budak kecil.”Aidid
tersengih dan masih sempat menarik hujung tudung Munawwarah sehingga senget
kepala adiknya itu,hampir sahaja dia menangis tetapi ditahannya.
“Umi tengoklah angah
ni…huhu..”Munawwarah berlari berselindung dibelakang uminya manakala Aidid
tidak berani untuk mendekati si ibu,takut dipulas telinganya nanti.
“Alah adik ni,manja
terlajak..angah main-main sikit pun nak menangis,nanti bila angah dah masuk u
baru adik rindukan angah.”
“Adik ikut umi masuk
dalam,kejap lagi umi nak pergi rumah
anak-anak umi..banyak yang nak kena buat.Jom..”Si ibu memujuk anak bongsunya
yang terlajak manja itu.Yelah,dah dia seorang je perempuan,memanglah terlajak
manja.Aidid pula diceramah oleh babanya agar tidak selalu mengusik adiknya
itu,mahu dia tidak mengusik adiknya,dalam sehari tidak sah untuk dia tidak
mengusik Munawwarah,keadaan semakin gamat apabila alongnya turut sama mengusik
si adik,pernah Munawwarah merajuk dengan mereka selama seminggu.Semua ini
gara-gara mereka berdua menyorokkan hamster kesayangan Munawwarah sehingga
mati,bukan berniat untuk membunuh binatang tersebut tetapi mereka terlupa
tentang binatang itu selepas disorokkannya.Mahu seminggu bernanah telinga
mereka dibebel oleh umi dan baba.Yang paling teruk kena marah adalah dia kerana
dialah kepala rancangan jahat itu.’Hurm,rindunya kenangan masa kecil…’Hati
kecilnya berdetak.
Nombor telefon Norman
dihubunginya setelah dia sampai di Tol Kesas,dia berhenti di perhentian Awan
Besar.
“Hello bro…aku dah
sampai awan besar dah ni..”Ilham menelefon Norman mengikut pesanan sahabatnya
bahawa dia mestilah berhenti di perhentian tersebut terlebih dahulu.
“Okay..bagus-bagus,kau
dah dekat dah tu..nanti kau terus je then kau akan nampak signboard ke Klang
Lama tapi kau jangan terus,kau ambik side kiri terus ke Kinrara.Kau terus lagi
then kau belok dekat traffic light belah kanan kau,kat situ kau nampak Caltex
kau turn kanan.Lepas tu kau tunggu aku dekat Caltex je…aku pick up kau dekat sana,dah
dekat sangat dah tu.”Ilham terangguk-angguk memahami arahan yang diberikan oleh
Norman itu.
“Okay bro..aku gerak
sekarang.”Panggilan dimatikan dan Ilham masuk ke dalam kereta,bungkusan hadiah
dibaiki kedudukannya yang sudah senget itu.Bimbang terjatuh pula buah tangannya
untuk isteri dan anak baru Norman itu.
Pa’an
duduk termenung di hadapan tv,siaran di tv langsung tiada yang menarik minatnya
sekarang ini,rasa nak hempas-hempas je tv ni.Pada hakikatnya dia masih marahkan
Hilman tentang perkara tadi.Sudahlah ibu dan bapa mertuanya balik kampung dia
tidak tahu,adik iparnya balik pun dia tidak diberitahu juga. Mahu sahaja dia
menyerang Hilman di pejabat tadi tetapi dia masih waras walaupun telinganya
terasa berasap dengan sindiran daripada Hilman yang memang menyakitkan hati
itu.
“Apasal kau tak
beritahu aku yang adik dah balik?”Pa’an menerjah masuk ke dalam bilik pejabat
Hilman dengan hati yang mendongkol marah.Baru je tadi dia plan nak ajak adik
iparnya keluar berjalan-jalan selepas dia balik nanti tetapi harapannya musnah
bila menerima mesej bahawa adik iparnya sudah dalam perjalanan pulang ke
kampung.Terpaksa dia berbohong mengatakan Hilman terlupa memberitahunya.
“So?”
“So kau
cakap?Eeii..geramnya aku,kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni,aku
patah-patahkan kau lepas tu aku lipat kau masuk dalam tong buang dekat sungai
Pahang.Huh..”Hilman mencebirkan bibirnya dan itu menaikkan lagi darah Pa’an
yang sudah menggelegak.
“Kau ni memang kepala
batukan..asyik nak kena ikut kepala kau je.”
“Watch your mouth..we
are now in office.Aku tak nak staff lain dengar..adik aku dah balik kampung apa
kena-mengena dengan kau?”Berdesup rasa jantung Pa’an mendengar ayat yang baru
dituturkan oleh Hilman.Penumbuknya dikepal menahan marah,wajahnya sudah
kemerahan dan dia betul-betul bengang kali ini.
“Apa kena-mengena
dengan aku?Sedap mulut kau bercakap kan?Aku ingat bila dah besar ni,perangai
kau berubah tapi aku silap.Kau memang tak akan pernah berubah.”Suara yang
keluar agak kuat dan menderam.Hilman yang tadinya menyibukkan diri menyusun
kertas-kertas kerjanya,menghempaskan kertas-kertas tersebut hingga berterabur
ke lantai.Buat sia-sia dia kemas je tadi.Hati panas yang tadinya ditahan
semakin mengelegak.
“Hei tomboy…kau jangan
lupa yang aku ni bos kau dekat sini.Kalau kau nak tunjuk perangai gangster kau
tu dekat sini,baik kau blah..berambus kau dari bilik aku.”
“Itu je yang kau boleh
cakap kan?Kau ingat sebab kau bos kau boleh buat semua benda sendiri?Hei
blahlah dengan pangkat kau tu..aku tak heranlah..”Hilman menghampiri si isteri
yang membuat muka bengang dan dia juga tidak kurang hebatnya sehingga terbit
urat-urat hijau di mukanya.
“Kau tak payah nak
pusing sana sini.From now on,kau boleh balik semula dekat rumah kau.Bawa barang-barang
kau berambus dari rumah aku.Aku dah tak nak tengok muka kau dah dekat rumah
tu.”Terjegil biji mata Pa’an mendengarnya.
“Kau ingat aku teringin
sangat ke duduk rumah kau tu?Aku tak hadaplah..”Bentak Pa’an kuat.
“Kau tak boleh cakap
elok-elok sikit ke hah?Kau tu dahlah perempuan..perempuan buatlah cara
perempuan.”Tanpa sengaja,Hilman menolak bahu Pa’an sehingga terdorong wanita
itu ke belakang.
“Woi..apa ni main
tolak-tolak.Main kasar nampak.”Pa’an menyinsingkan lengan baju kurungnya,dia
mahu bersiap sedia untuk membelasah Hilman.
“Suka hati akulah nak
tolak kau ke tak.Hah..”Kali ini bahunya ditolak berkali-kali oleh Hilman,Pa’an
yang tidak bersedia dengan keadaan itu terjatuh ke belakang namun dia sempat
menarik sesuatu.
“Fuh..nasib tak
jatuh.”Pa’an berpaut kepada tali itu dan sekali dia berpusing,dia terkejut lalu
terlepas tali tersebut dan jatuh.Apa dah jadi ni?Tanpa berkata apa-apa,Pa’an
meninggalkan Hilman yang dalam kebingungan sebentar tadi.Dadanya
dipegang,terasa senak di situ.Sesuatu telah terjadi di antara mereka
berdua.Sebenarnya tali yang dipegang oleh Pa’an itu ialah tali leher
Hilman.Pautannya itu hampir membuatkan Hilman tercekik dan terpaksalah lelaki
itu membongkokkan badannya mengikuti tubuh Pa’an yang hampir jatuh.Hilman asyik
menatap wajah si isteri dari belah tepi manakala Pa’an masih memejamkan matanya
dan memandang ke tepi.Disaat Pa’an membuka mata dan berpusing
memandangnya,jarak yang terlalu dekat di antara mereka telah membuatkan
masing-masing terkedu dan terpana sehingga pautan Pa’an terlepas dan
terjatuh.Bibir masing-masing masih terasa kehangatannya.Ya,tanpa sengaja,mereka
telah berkucupan seketika.Membulat mata Hilman dan Pa’an sewaktu itu.Sungguh
tidak disangka perkara itu berlaku di dalam keadaan mereka berdua sedang
marah.Hilman bangun dan membetulkan tali lehernya dan berdehem beberapa
kali.Telinganya memerah hebat manakala Pa’an yang jatuh terduduk itu terus
bangun dan keluar tanpa berkata apa-apa.
“Argh!!!Macam mana
boleh jadi macam tu.”Pa’an menjerit dan menyerabutkan rambut
lurusnya,keadaannya dah serupa orang gila pula.Nasib baiklah kedua sahabatnya
itu keluar membeli barang dapur.Kalau tidak,macam mana dia nak ceritakan
perkara tersebut kepada mereka berdua.Pasti dia malu nanti.
“Ni semua salah mangkuk
tu,siapa suruh dia tolak-tolak aku.Dasar lelaki pervert..memang suka cari
kesempatan.Argh…”Kali ini tubuhnya dihumban ke sofa dan menutup mukanya dengan
bantal kecil dan kakinya menendang-nendang ke udara.
Bibirnya dikemam tetapi
bila teringatkan kejadian sebelum pulang tadi,dia terus ke bilik air dan
membersihkannya.Ditonyoh-tonyoh bibir itu dengan kuat namun selepas itu
diusapnya pula.Pelbagai perkara yang bermain dimindanya saat ini.Masih terasa
betapa lembutnya bibir Pa’an bertemu dengan bibirnya ini.Kali ini dia tersenyum
dan terasa amat bertuah sekali.Tapi selepas itu kepalanya
digeleng-gelengkan.Apa yang dia fikirkan ni?Bukan ke dia tidak sukakan
Pa’an,mengapa dia perlu suka dengan perkara yang berlaku petang tadi?Ini tidak
boleh jadi,dia perlu buat sesuatu yang boleh melupakan Pa’an dan bibirnya.
Si kecil Danisya
terlena di dakapan Ilham,selesa agaknya dipeluk oleh badan sasa Ilham.Ilham
pula seronok mendodoikan Danisya,terasa best pula memeluk dan mencium baby
ni,bau mereka wangi.
“Seronok betul kau cium
anak aku ya.Tulah,orang suruh kahwin tak nak…dah kahwin boleh dapat anak
sendiri,tak payah dah nak peluk cium anak orang.”Norman hadir bersama isterinya
yang baru selesai mandi.
“Syy..ish kau ni,cakap
tak boleh perlahan.Terjaga anak buah aku nanti.”Ilham menghulurkan Danisya
kepada Kila setelah si ibu meminta untuk meletakkan anaknya di tilam.
“Eleh…kau tak payah nak
tukar topiklah Am…macam aku tak kenal kau je.”Ilham mengekori Norman duduk di
luar rumahnya.
“Sampai bila kau nak
macam ni Am”Norman menepuk bahu sahabatnya itu.Malam ini,dia mengajak Ilham
tidur di rumah mereka tetapi Ilham menolaknya kerana dia takut Kila tidak
selesa dengannya walaupun Kila sebenarnya tidak kisah.Dan dia memutuskan untuk
mencari hotel sahaja nanti.Esok dia akan balik semula ke Kuantan.
“Sampai bila
apa?”Soalnya dengan main-main.
“Sampai bila kau nak
kecewa macam ni?Aku tahu kau masih rindukan arwah Zila kan?”Ilham menundukkan
pandangannya di saat Norman menyebut nama bekas kekasihnya yang sudah lama
meninggalkan mereka semua.Zila,kembar kepada Kila merupakan kekasih hatinya
yang pertama,dan kerana dia dan Zilalah Norman dapat berkenalan dengan
Kila.Sebab itu jugalah dia menolak pelawaan Norman mengajaknya tinggal di rumah
mereka,ini kerana setiap kali dia terpandangkan wajah Kila,dia akan teringatkan
arwah Zila yang meninggal sewaktu dalam perjalanan beraya ke kampungnya.Hampir
setahun dia hilang arah,nasib baik umi,baba dan adik-adiknya sama-sama berusaha
untuk mengembalikan semangatnya.
“Susah aku nak cakap Man…”Luah
Ilham perlahan,sudah lama dia pendamkan perasaan itu dan sudah lama juga tiada
siapa yang berani menyebut nama arwah kekasihnya itu melainkan Norman.
“Aku tahu kau masih
cintakan dia Am..tapi sampai bila kau nak seksa hidup kau macam ni.Kau langsung
tak ada feeling dekat mana-mana perempuan ke?”Norman menyatakan
keperihatinannya terhadap sahabatnya itu.
“Entah..buat masa
sekarang ni aku tak ada hard feeling pun dengan mana-mana perempuan.Perasaan
aku kosong..”Terdengar keluhan terbit dari bibir Ilham membuatkan simpati
Norman semakin menggebu.
“Sabarlah
Am…Insya-Allah satu hari nanti Allah akan bukakan pintu hati kau.”Norman
menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu dan dia mengeluarkan kotak rokoknya.Berkerut
dahi Ilham melihat Norman dengan selambanya menarik sebatang rokok dan
diletakkan ke bibirnya dan mencari mancisnya pula.
“Weh Man…kau ni dah ada
anak pun tak berubah-ubah juga ya?Ni mesti masa Kila tu mengandung kau selamba
je merokok depan dia kan?”Ilham memarahi Norman yang selamba mahu merokok itu.Ditariknya
puntung rokok dan kotaknya sekali lalu dibuangnya ke dalam tong sampah yang
berhampiran,nasib baik masuk.
“Woi…apa kes kau buang
rokok aku tu.Mahal tu..”Norman hanya mampu memerhatikan kotak rokoknya yang
sudah direnyuk oleh Ilham dan dicampak ke dalam tong sampah dengan hati yang
pilu.
“Tahu pun kau mahal.Dah
tahu mahal,berhentilah merokok.Duit beli rokok tu kau simpan..tak pun boleh
beli keperluan anak bini kau tu.Ingat-ingatlah sikit,kau tu dah ada anak..kau
tak sayangkan diorang ke?”Ini yang dia tidak suka bila Ilham dah mula
membebel,bebelnya mengalahkan mak nenek.Kenapalah dia mengeluarkan kotak rokok
tersebut di hadapan Ilham.Sebelum ini jenuh juga dia dimarahi oleh Kila tetapi
dipekakkan telinganya tetapi kalau dengan Ilham dia tidak boleh buat tidak
tahu,nanti habis diberitahu umi dan babanya,dia juga yang teruk kena marah
dengan umi dan baba Ilham.
“Alah..aku merokok
dekat luar je..bukannya aku merokok depan diorang.”Norman masih membela
dirinya.Terasa nak tercekik lehernya melihat wajah kelat Ilham.
“Banyaklah kau…luar ke
dalam ke sama je merbahaya.Kalau bukan bahayakan anak dan bini kau,rokok tu
tetap memudaratkan diri kau juga.Kau sanggup tengok Danisya membesar tanpa
kau?”Laju sahaja Norman menggelengkan kepalanya,ini juga salah satu kelebihan
Ilham yang pandai menakut-nakutkan orang.
“Yelah-yelah…aku ikut
cakap kau.”Dengan berat hati,Norman menurut juga kata-kata Ilham demi
kepentingan keluarganya.Saat ini,barulah Ilham tersenyum puas hati.
“Bagus-bagus…dengar
juga kau cakap aku.”
“Memanglah aku kena
dengar cakap kau..kalau aku tak dengar cakap kau sekarang ni,nanti umi kau pula
yang marahkan aku.Aku bukannya tak tahu perangai kau tu..suka sangat report
dekat umi.”Ilham sudah tertawa kecil mendengarkan ketidakpuasan hati Norman itu.
“Kita keluar lepas
Maghrib ni nak?Lepak dekat kedai mamak depan sana tu.”Norman menunding jarinya
menunjuk ke arah kedai mamak tersebut.
“Okay juga tu..bolehlah
kita borak panjang-panjang.Kalau dekat rumah kau ni takut anak kau terganggu
pula.”Ilham bersetuju dengan cadangan sahabatnya itu.Apa sahaja dia
ikutkan,maklumlah sekarang ni dia di tempat orang.Ikutkan sahaja.
“Cantik ah..nanti aku
telefon Duan dengan Ikram sekali..”Makin lebar senyuman Ilham tatkala mendengar
kedua nama sahabat di universitinya dahulu.
“Aku
malaslah nak masak hari ni,tu yang aku ajak korang berdua keluar makan
ni.Korang nak makan dekat mamak Teluk Belanga ke Johan?Kalau aku,aku nak makan
dekat Johan..”Pa’an bertanya kepada keduanya yang sedang sibuk menyarung
selipar masing-masing.Bazlaa Aina mengunci pintu manakala Hartini sudah berada
di samping Pa’an.
“Kau kata lagi dua hari
nak balik sini..tup-tup hari ni kau dah balik..”Soalan daripada Hartini
membuatkan Pa’an terdiam dan bengang tetapi bukan salah Hartini untuk bertanya
soalan tersebut.
“Aku malas nak cakap
pasal tu..buat sakit hati aku je.Nanti-nanti aku cerita dengan korang
ya.Sekarang ni aku lapar sangat-sangat ni.Jom..”Pa’an mendahului mereka berdua
dengan penuh semangat,Bazlaa Aina menggelengkan kepalanya kerana dia tahu pasti
ada sesuatu yang tidak kena dengan Pa’an.
“Kau rasa dia
kenapa?”Hartini bertanya pula kepada Bazlaa Aina namun sahabatnya itu hanya
membalas dengan menggeleng tidak tahu.
“Mesti ada sesuatu yang
dia bengangkan dengan Hilman tu..dahlah jom,kebulur sangat kawan kita
tu.”Bazlaa Aina menarik tangan Hartini untuk mengejar langkah Pa’an yang dah
terlebih laju itu.
Gamat kedai mamak Teluk
Belanga tu dengan hilai tawa mereka berempat.Sukanya dia bila dapat berjumpa
dengan sahabat-sahabatnya ini.Antara mereka berempat,hanya dia dan Ikram sahaja
yang belum berkahwin,yang bezanya Ikram sudah bertunang dan tunggu tahun je
untuk berkahwin.
“Korang ingat lagi tak
dengan Sulia?”Duan bertanya selepas lega menghirup air Milonya.
“Sulia budak hot course
ENT tu?”Laju sahaja Norman mengingati nama tersebut,mau tak ingat dengan nama
budak hot tersebut.
“Ha..dialah,kau tahu
tak yang dia kahwin dengan siapa?”Teruja sungguh Duan mahu bergosip.
“Bukan dia kahwin
dengan Tengku Emir ke?”Itu sahaja yang mereka ingat tentang Sulia selepas
mereka grad.
“Itu masa dekat
u..sebelum tu..kau ingat tak Sulaiman budak course kita tu?Alah…Sulaiman yang
kurus-kurus pakai cermin mata tu.”Terangguk-angguk mereka bertiga tetapi masih
tidak faham apa kaitannya Sulaiman dengan Sulia.
“Apa kaitan Sulaimannya
pula?”Ilham memandang Duan yang sedang duduk di hadapannya sekarang ini.
“Ha..kalau korang nak
tahu,memang si Sulia tu bercinta dengan Tengku Emir..bercinta bagai nak rak
last-last kahwin dengan si Sulaiman tu.”Melopong ketiga-tiga mulut sahabatnya
itu tidak percaya.
“Kau biar betul.”
“Serius?”
“Kau reka cerita je
ni…”Tergelak Duan ketika mendengar segala respon dari sahabat-sahabatnya.Dia
dah agak pasti tiada siapa yang percaya dengan cerita itu,iyalah..dulu punyalah
Sulia mengutuk dan membenci Sulaiman sebab lelaki tu tak handsome dan kaya
seperti Tengku Emir.
“Lah…betullah,takkan
aku nak tipu korang pulak.Si Sulaiman tu dah lama sukakan si Sulia tapi Sulia
bukannya nak dengan dia tapi…yalahkan,dah jodoh diorang Allah yang
tentukan.Masa lepas si Sulia break up dengan Tengku Emir tu,si Sulaiman nilah
yang tolong Sulia daripada kena jual dekat bapak ayam masa dia bercinta dengan
lelaki lain.Memang kesianlah Sulia masa tu,trauma habis.Nasib baik Sulaiman
setia beri kata-kata semangat dekat dia.Sejak tu yang Sulia mula sayangkan
Sulaiman sebab dia rasa Sulaiman ni ikhlas dengan dia.”Seperti bercerita kepada
kanak-kanak,ketiga temannya begitu tekun dan terangguk-angguk mendengar
ceritanya.Dia pun sudah seperti si penglipur lara.
“Tulahkan…yang beria-ia
kita tak nak,kita tolak..alih-alih dia yang jadi jodoh kita,hebat percaturan
Allah buat kita sebagai hamba-Nya.”Norman bersetuju dengan hujah si Ikram.
“Kadang-kadang Allah
tak bagi kita apa yang kita hendakkan kerana Dia tahu ada yang lebih baik
menanti kita nanti…”Dalam benar kata-kata Norman itu,terusik sedikit hati Ilham
mendengarnya,bukan dia terasa tetapi baginya ada benar kata-kata Norman itu.
“Tolong pencuri…”Sedang
elok mereka berborak,tiba-tiba mereka berempat dikejutkan dengan bunyi suara
seorang mak cik sedang meminta tolong.Alangkah tercemarnya pemandangan mereka
bila melihat ada seorang lelaki sedang merampas beg tangan mak cik tersebut dan
berlari meninggalkan orang tua itu.Semua yang berada di situ bangun cuba
membantu dan sekali lagi pandangan mereka semua terpana melihat kejadian yang
baru berlaku sekarang ini.
“Weh..cepatlah,lambatlah
korang berdua ni.Aku dah laparlah..”Pa’an bercekak pinggang berpusing ke
belakang memandang Hartini dan Bazlaa Aina yang semacam mengah sedikit untuk
berjalan.
“Sabarlah..tak
kemananya kedai Johan tu..aku ajak naik kereta tak nak,cepat sikit
sampai.”Hartini membebel memarahi Pa’an yang tidak penyabar itu.
“Weh..buang minyak je
naik kereta,baik jalan kaki boleh buang lemak.Cepatlah…kang aku tak jadi makan
nasi aku makan korang berdua kang.”Pa’an ke belakang semula dan menarik tangan
Hartini supaya cepat.Rumah mereka hanya perlu melalui satu simpang sahaja untuk
ke kedai makan Johan itu,tidaklah jauh mana sampai nak kena naik kereta.
“Yelah-yelah…kalau iya
pun sabarlah sikit,kereta lalu-lalang tu.Kang tak dapat makan,sakit yang
dapat.”Hartini menjeling Pa’an geram.
“Okay-okay..dah
jom,Aina cepatlah…”Akhirnya Pa’an menarik tangan Bazlaa Aina juga untuk
melintas jalan.Kini mereka telah selamat menyeberang dan di hadapan mereka
terdapat satu gerai nasi lemak dan Char Kuew Tiaw.
“Hai..laju je
jalan..meh la beli char kuew tiaw ni..”Ada satu suara menegur mereka
bertiga.Tanpa berpaling Pa’an menjawab.
“Sorrylah bang..saya
tak ada selera nak makan char kuew tiaw ni..tak ada mood.”
“Selera dia besar
bang,setakat char kuew tiaw ni tak cukup…maklumlah selera lembu..”Sebijik
Hartini mengenakan Pa’an sehingga mengundang tawa mereka yang berada di gerai
itu.Alah,bukan mereka tidak biasa beli makanan di situ,kira mereka ni pelanggan
tetap jugalah.
“Kau jangan nak buat
hal ya Tini..kang selera lembu ni bertukar jadi selera dinosaur kang.Dah
jom..”Geram Pa’an bila dimalukan oleh Hartini di depan abang-abang dan
kakak-kakak di gerai kecil itu.Bazlaa Aina pula dari tadi hanya tumpang tengok
dan gelak.Sepanjang masa Pa’an membebelkan Hartini,sekurang-kurangnya dia boleh
lupakan perihal Hilman seketika.
“Kau suka sangat cari
pasal dengan aku time-time aku tengah lapar kan?Aku…”
“Tolong pencuri..”Hilang
rasa geramnya kepada Hartini bila mendengar ada suara yang menjerit meminta
pertolongan.Meliar matanya mencari kelibat suara itu dan pabila jumpa,geramnya
bertambah setelah melihat seorang wanita pertengahan usia sedang bergelut
dengan seorang lelaki.
“Aku pantang betul
tengok orang lelaki menindas kaum perempuan ni.Lagi-lagi peragut lahabau macam
ni..tunggu kau.”Belum sempat Pa’an pergi ke arah mereka,lelaki itu telah
berjaya menarik beg tangan mak cik tersebut dan berlari ke arahnya.’Peluang
keemasan.’Detak hatinya sambil tersenyum sumbing.’Nak buat jahat
sangatkan,depan-depan orang ramai pun kau berani.Siap kau..’Pa’an sudah
menyinsingkan lengan bajunya sehingga paras siku.
“Weh..kau nak buat apa
ni?”Bazlaa Aina sudah cuak melihat reaksi Pa’an,dia tahu pasti rakannya itu
akan bertindak sesuatu.Memang Pa’an pantang tengok orang buat jahat ni.
“Kau tengok
jelah..”Balasnya geram.
Satu..dua..tiga…
Bedebuk!!
“Hah..ambil kau..nak
mencuri ya.Ini makan dia…”Pa’an menumbuk muka si peragut yang sudah terlentang
di sebelah kakinya,nak tahu apa yang dia buat?Semasa peragut itu melarikan diri
sambil melihat ke belakang,tanpa dia sedar Pa’an telah menghadang kakinya
semasa dia lalu di sebelah Pa’an.Memang jatuh tersadunglah dia di sebelah gadis
itu.Beg tangan yang dicurinya tercampak jauh ke depan.Orang ramai yang tadinya
tercengang datang memberikan bantuan.Lelaki tersebut dipegang oleh dua tiga
orang awam.
“Bawa je malaun ni
pergi balai..”Seru yang lainnya manakala Pa’an ke belakang dan mengambil semula
beg tangan dan diberikan kepada mak cik yang sudah berada dekat dengan mereka.
“Terima kasih
nak..”Lega hati bila beg tangannya yang mengandungi sejumlah wang besar dapat
diselamatkan.
“Tak apalah mak
cik..hal kecil je ni.Lain kali hati-hati ya..”Pa’an berpusing menghadap lelaki
yang dipukulnya tadi.Agak lebam jugalah wajahnya.Lelaki itu merayu kepadanya
jangan dibawa kepada polis.
“Lelaki macam kau ni
tak layak nak hidup atas dunia ni..buat malu kaum je.Anggota badan dah cukup
lengkap tapi otak tak ada.Dah macam tak ada kerja lain dah kau nak buat selain
meragut?Buatnya masa kau meragut tadi Allah tarik nyawa kau macam mana?Mati tak
sempat bertaubatlah kau…lebih baik kau meringkuk kat dalam penjara tu ,boleh
ajar sikit diri kau tu supaya insaf.Huh..”Pa’an berlalu pergi kerana dia
benar-benar lapar sekarang ni.
“Cik…cik bertiga
ikutlah kami ke balai,sebagai saksi mak cik ni.”Seorang lelaki bersuara dan
mematikan langkahnya,tanpa melihat wajah tersebut Pa’an membalas.
“Nope…saya lapar
lagipun ramai saksi yang melihat.Awak pun saksi kejadian juga,saya lebih
pentingkan perut saya buat masa sekarang ni.Assalamualaikum…dah jom kita
blah..perut aku dah berkeroncong hebat dah ni.”Tangan Bazlaa Aina dan Hartini
ditarik sekali lagi,mereka tercengang seketika melihat aksi ganas Pa’an tadi.Didepan
matanya kini hanya ternampak makanan sahaja dan hanya beberapa langkah lagi
mereka akan sampai ke kedai Johan.
Ilham terkedu melihat
tindakan pantas gadis tersebut,melihat sahaja aksi itu,dia dan rakan-rakannya
dan beberapa orang lain lagi menghampiri tiga gadis itu.Tak berkelip matanya
melihat si gadis berwajah comel itu memarahi peragut yang sudah dipegang oleh
Norman dan Duan.Melihat sahaja si gadis mahu pergi,dia bersuara laju.jnhb
rtfgrr
“Cik…cik bertiga
ikutlah kami ke balai,sebagai saksi mak cik ni.”Entah kenapa,hatinya jadi
penasaran untuk mengetahui siapa gadis ini.Kalau boleh tahu nama pun sudah
cukup tetapi jawapan yang dibeikan oleh si gadis menghampakan dirinya apatah
lagi wajahnya langsung tidak dipandang.’Aku ni tak handsome ke?’Dirinya
tertanya sendiri.Dalam hati dia berharap akan bertemu lagi dengan si gadis
comel ini.Agaknya hatinya sudah terbuka untuk sesuatu yang bernama cinta.
“Weh..kau menung apa
tu?Jomlah kita bawa dia ni pergi balai.Am..kau pergi bayar dulu minum kita
tu..nanti lupa pula.”Ikram pantas berlari semula ke kedai mamak tadi,orang
ramai yang melihat kembali kurang.
“Mak cik ikut kami
ya..kita buat report polis.”Terangguk-angguk kepala wanita tua itu manakala si
peragut sudah resah gelisah menantikan apalah nasib dirinya selepas ini.